Klik Jommm

Friday, May 9, 2014

Salam Jumaat

Salam,

Amboih sopan ni, hari Jumaat kate ko, update ringkas je la hari ni yeh



Dinner semalam, salad dengan grill chicken breast

En. Syg cakap tak payah masak sungguh-sungguh, aku paling suka kalau dia cakap gitu..kekeke, berlari gi Mydin beli barang nak buat salad, lagipun aku sekarang kena mendietkan suamiku yang dah mula nak mengembang tu, jadi dengan aku-aku pun terdiet sekali la ni, tapi takpe, aku kalau lapo lepas makan salad, aku makan benda lain pulak kan, sebab aku tak diet, aku join diet kejap je masa dinner, lepas dinner aku back to normal, ate gane nak diet ahkak ni dah kurus terlampo..tulang je ni hah..sobss sobsss nak la badan solid sket ye dak.

Errrmmm nak cerita apa lagi eh, haaa Aish dah 2 tahun kan, alhamdulillah sekarang dah kenal warna dengan huruf, cakap tu tak petah lagi la, baru sebutir-sebutir keluar..haha, boleh la kan untuk budak 2 tahun, nak kata risau sangat tu takdelah, sebab aku rasa kebanyakan budak 2 tahun pun memang baru nak cakap, maksudnya belum lancar lagi. Tapi setiap kali dalam kereta memang bercakap je lah aku ni dengan dia, nampak lori aku suruh dia sebut warna lori tu, kadang aku tunjuk tree, sky, cloud, macam tu jelah aku ajar dia pun, jarang sangat aku duduk betul-betul dan ajar dia kecuali masa bacakan dia buku cerita. Aku banyak ajar Aish dari apa yang dia nampak di sekeliling dia. Kagum jugakla bila aku tengok orang yang bekerja macam aku ni masih mampu duduk dan hadap anak dia ajar for certain hours, aku belum sempat lagi nak buat setiap hari, waktu kerja rumah kurang, boleh la nak buat, bila kerja banyak memang tak tercapai dek akalku, balik rumah je, beratur hah kerja rumah..masak, basuh pinggan, kemas dapur, berus baju, basuh baju, mengemas rumah, menyapu sampah..eh merungut ke apa ko ni..huhu. Aku tak merungut tau aku bercerita je ni, nasib baik jugak la dapat suami jenis rajin jugak menolong kat dapur, lega sangat dah aku rasa, TQ Abam (tetiba la pulak abam kan) Pastu bertuah betul aku dapat mak mertua yang rajin, asal datang rumah aku je habis kain dia tolong lipatkan T_T bahahaha, mak ni rajin benor, pastu mak caj RM2.00 sekilo..kekekeke, kalau aku tak bagi mesti mak jawab "habis takkan aku nak duduk saje kat umah ko ni" kuakakaka. Tak dapek den nak halang dah, padahal mak mertua aku datang beberapa jam je kat rumah aku, habis jugak kain dia lipatkan, tapi mak mertua aku memang jenis rajin, tak duduk diam, aku ni menantu yang rajin jugok, rajin duduk diam..wahahaha.

Oklah, bye, sian korang aku tinggalkan terkontang kanting, next week pulak yeh :)


3 comments:

  1. Huhu suami kita pun suka cakap macam tu, kita pun apa lagi buat yang seringkas mungkin asalkan kenyang.. hehe

    ReplyDelete
  2. selamat berkenalan. jemput ke blog saya pulak :)

    ReplyDelete
  3. sonoknya jd ko kak oiii.xyah susah susah diet.huaaaaa.

    ReplyDelete