Klik Jommm

Tuesday, October 28, 2014

Buku Pink Kiteww

Salam,

Amboi ngada sangat tu nak kite jadi kiteww, alaaa sekali sekala bior laaa..husband kitew pantang betul kalau kitew cakap bior laa, dia kata tu perkataan melawan tu, amboiii sangat dia tuuu, orang pahang memang begini bang, suka cakap bior la, kasar dimulut je orang pahang ni, tapi lembut di hati..tak gitu orang2 pahang..hahahaha



Buku pink kedua, moga ada rezeki boleh buat untuk kali ketiga pulak nanti..ehemmss

Kali ni aku buat check up kat private and insyaallah bersalin pun kat private jugak, tapi aku suka nak buat buku pink dulu, ye lah mana tau sok-sok kot nak sambung checkup or bersalin kat government kan, at least aku dah ada buku pink, yakin sikit nak hulur buku tu, lagipun buku pink ni kan detail sikit, dan sebenarnya pun aku lagi suka checkup kat KK, detail sangat berbanding private, tapi bila dah ada anak ni, dah tak larat kot nak tunggu lama-lama kat KK pulak kalau check up kat KK Seksyen 7 nun, orang berbulus2, masa Aish dulu aku checkup kat KK Serendah kat Rawang nun, orang pun tak ramai sangat, tapi dah ada Aish ni larat ke aku nak bangun pepagi buta hantar dia ke rumah babysitter lepas tu rush dari Shah Alam ke Rawang untuk checkup, memang tak sanggup la, dulu single mingle bawak perut je, boleh la kan. So suami cakap gi private je la senang, baiklah saya menurut perintah.

Masa buat buku pink ni aku dah 3 bulan++, benda yang paling aku takutkan adalah masa ambik darah, a'ah serius aku ni penakut, tapi disebabkan ni experience kedua takdelah aku nangis macam masa Aish dulu..kahkah, bengong betul, siap nangis depan bilik nurse tu sebab takut gileee. Kali ni debor-debor sikit je..otai kata ko..kahkah, sok anak ketiga aku dah boleh senyum simpul kot..mihihi.



Kiri buku baru, kanan buku masa pregnantkan Aish dulu, dah rupa belacan.

Insyaallah due date second baby ni on 22 Mac 15, so sekarang aku dah 19 minggu dan alhamdulillah baby membesar ikut minggu, last week dah scan kali ketiga dan gender pun dah nampak, tunggu next month kita detail scan baru aku yakin nak beli barang, moga sihat dan sempurnalah anak aku ni hendaknya. Korang rasa anak aku boy ke girl?? Oklah, bye!


Friday, October 17, 2014

Berhenti Berbuai

Salam,

Selamat Hari Jumaat, sekejap betul aku rasa minggu ni, tup-tup dah Jumaat and of courselah happy kan..hahahaha, ada orang tak happy bila dah hari Jumaat?? Pelik ni..keskes. Ni nak cerita pasal anak bujangku nan seorang tu, masa pregnantkan Aish dulu aku dah bersemangat waja dengan slogan NO PACIFIER AND NO BUAI, eh aku rasa kebanyakan emak2 first time ni memang itula slogannya, yelah tak pernah ada anak, so ko tak tau peel seorang anak ni macamana, mampu ke idok ko nak handle dia tanpa buai dan puting, so semangat untuk tidak memutingkan dan membuaikan anak tu memang membara-bara la kan, lagipun sebenarnya doktor dan nurse sendiri pun tak galakkan kita ajar anak berbuai dan berputing dan aku tak nafikan seeloknya kalau anak ko ok, janganlah ko ajar dia berputing and berbuai segala, sok kalau dia dah addicted, haaa jenuh ko nak berentikan dia.

Aish dari hari pertama dia lahir alhamdulillah, dia jenis tidur malam dan berjaga siang, so takdelah aku ni sengguk-sengguk tetengah malam duk meneman baby berjaga, tapi dia kerap bangun malam untuk menyusu, biasalah baby kan kuat menyusu nak pulak baby boy, dia takde keje lain, ituuuuuu je dia ingat..hahahaha.

Tapi..tapi..tapi, dia adalah sangat dan teramat susah tidur siang, ko tepuk-tepuk, dodoi-dodoi dia sampai berasap tangan, once ko berenti je dan pergi ke tempat lain, auto dia terjaga dan menangis, tak sampai seminit pun ko tinggal tau, so waktu siang aku adalah caca marba, terkejor-kejor nak makan, kadang makan sambil meriba dia yang menangis, tercekik-cekik ku rasa, kadang ku makan biskut kering je, tak sempat nak tinggal, pergi basuh beras pun tak boleh, kalau ko sibuk nak buat kerja, maka satu hari lah dia berjaga dan tak tidur dan menangis. Pernah masa balik rumah sendiri kejap duduk berdua dengan Aish (masa tu tengah cuti bersalin lagi), aku sakit perut gile nak gi toilet, baru ku tinggal kejap, dia dah terjaga dan menangis..waaaaaa, tahanlah hajat besor aku tu sampai la suami ku balik kerja malam tu, dari pagi membawak ke malam mengemut2 aku ni, sabooooo je la ko ni nakkkk.

Kitaorang start hantar Aish ke rumah pengasuh masa Aish dah 5 bulan, sebelum tu mertua aku yang jaga Aish, so memang takde problem sangat la kan kalau dia tak tidur siang, sebab mertua aku sangatlah cermat dan memang tak tinggal Aish, diaorang bergilir-gilir jaga, tapi bila dah hantar pengasuh dan dah faham dengan peel anak sendiri, aku pesan je la dengan pengasuh, takpe acik buaikan je la kalau dia takmo tidur, abis takkan aku berkeras takmo buaikan dia, kang tak jadi kerja pulak pengasuh tu duk hadap anak aku, walaupun Aish berbuai kat rumah pengasuh kitaorang tetap tak beli buai untuk Aish kat rumah dan still Aish memang tak tidur siang, weekend memang aku tak buat kerja sangat pun, rumah ku bagaikan hutan Tropika..kuakakaka sebab anak aku takmo tidur. Sampailah Aish 10 bulan barulah kitaorang ada buai kat rumah, tu pun lepas ku rayu2 En. Syg, sebab aku tak tahan dah, aku tak larat mendodoi dan menepuk non stop, aku tak larat tahan lapar malam-malam sampai suami aku balik dan barulah boleh bergilir makan and bergilir mandi dan etc etc etc.

Maka pada usia 10 bulan tiada lagi slogan NO BUAI, ngada sangat ko kan, padan muka 10 bulan hidup ku tak menentu..hahaha over sangat statement aku ni..kahkah. 

First time Aish tidur buai kat rumah sendiri, tetiba aku rasa sunyi, dia tidur sejam lebih tau, tak pernah dia tidur siang selama tu dengan aku, terkagum-kagum dengan kehebatan buai..wakakaka

Itu cerita berbuai, moh cerita macamana nak stopkan dia berbuai pulak, anak-anak buah aku pesen berbuai dari baby lagi, 3 orang anak buah aku memang dah biasa berbuai dari kecik dan sampai satu tahap diaorang sendiri yang reject buai, meronta-ronta taknak tidur berbuai dah..goooddd, tapi Aish tidak ye, kalau tak dapat buai yang buat dia meronta-ronta, pernah sekali kitaorang test pergi bercuti dan tak bawa buai, masa tu Aish dah setahun 10 bulan, kitaorang pergi Teluk Batik, maka satu malam kitaorang tak tidur sebab Aish meratap hiba merindukan buai, menangis la dia sepanjang malam sampai kitaorang terpaksa bawak dia bersiar-siar dalam kereta pukul 3 4 pagi semata nak bagi dia tidur. Lepas tu memang surrender la, kitaorang tak bawa Aish bercuti pun dah sebab serik. Bila Aish dah 2 tahun aku cuba berhentikan dia buai, sehari dua menangis tu biasalah kan, aku dah siap tanggal dan simpan buai sampailah tiba-tiba Aish kena HFMD, dia menangis siang dan malam sebab ulser kan pedih, tak tidur siang malam tau, dengan aku pun tak tidur sekali, Aish nangis, aku pun nangis dan akhirnya aku suruh En. Syg bukakan balik buai, sepanjang malam dia tidur dalam buai walaupun setiap sejam dia terjaga and menangis, tangan aku ni non stop buaikan dia nak bagi dia lena, berhari-hari macam tu sampailah HFMD dia sembuh. Lepas tu melekat balik la kawan tu dengan buai kannn.

Sampailah beberapa minggu lepas kitaorang decide..ok that's it, kita kena berhentikan jugak Aish berbuai, or else sampai bila kan, nak pulak dia dah nak dapat adik ni, memang wajib kitaorang hentikan dia berbuai, so satu malam tu masa dia menangis mintak buai, dan-dan tu jugak En. Syg buka dan simpan buai tu, maka menangis mendayu-dayu la dia kat kaki aku, dah habis pujuk, ku biarkan je dia menangis sampailah dia tertidur sendiri. Sorry Aish, mommy kena tegas kali ni, or else sampai bila kan, dan magicnya satu malam tu je la dia menangis, lepas tu dah ok, alhamdulillah, kitaorang pun tak sangka senang sangat sebenarnya nak berhentikan dia berbuai, cuma kita lah yang kena kental sikit, adalah jugak 2 3 malam lepas tu dia menangis teringat buai tapi tak lama macam malam first tu, sekarang dah senang dia tidur sendiri, tak payah ku tepuk bontot sampai berasap tangan..hehehe











Lepas ni adik pun NO BUAI, hopefully adik Aish nanti jenis senang tidur siang and malam..kikiki, boleh mak ko rehat lebih sikit ye. Oklah, bye!!