Klik Jommm

Wednesday, November 26, 2014

2nd Baby: Boy ke Girl eh?

Salam,

Semalam aku pergi checkup dan detail scan sekali, benda yang paling excited nak tau mestilah samada baby sihat dan gender dia kan, errr mak tak sabor dah ni nak beli barang baby. Alhamdulillah baby sihat dan sempurna, doktor check jantung, otak, tulang belakang, jari, kaki tangan, eh semua la dia check, organ dalaman pun dia check jugak, siap tengok blood flow lagi, berdebor-debor aku dengan En. Syg..hahahaha..pastu asyik tanya "normal kan doktor", pastu doktor jawab "iye normal, kalau tak normal kita explain". Lubang idom baby pun dia tunjuk jugak..miahahaha, ada 2 lubang, alhamdulillah..kahkah. En. Syg cakap "ni sama macam lubang idom Aish jugak ni" kihkih.

Setakat ni semua normal, alhamdulillah, berat baby ok, uri ok, semua pun ok, moga ok dan baik-baik aje sampai bersalin insyaallah. Yang tak ok, omaknya ni sebulan berat naik sampai 3kg, apa cer?? Penat mak hincik diet memalam makan ringan-ringan je contohnya tak makan nasi tapi makan aiskrim Magnum 2 batang, abis cane?? wakakaka. Somi mak pun, aku mintak sebatang je aiskrim Magnum, dia balik beli 4 batang, terpaksa aku habiskan 2 batang satu malam, pastu pagi esoknya bangun tidur makan Magnum dulu sebelum mandi, pastu merungut badan naik, nak kena pukul ke ko ni, tu salah sendiri tau dok. Sekarang berat aku dah 54kg!!!!, baru nak masuk 6 bulan dah 9kg naik T_T, beranak sok entahlah bertan-tan gamaknya..mihihi, takpelah nak asal kamu sihat, mommy gemok pun takpelah.

Ok jom citer pasal gender pulak, masa belum kahwin dan belum jumpa prince charming..ehemmmsss, aku plan nak anak 4 orang, 2 lelaki, 2 perempuan, amboiiiii sangat, kawen pun belum dah gataiii pikir nak berapa orang anak. Lepas tu masa dah bercinta-cinta dan plan nak kawen dengan En. Syg aku tukar plan nak ada 3 orang anak, 2 lelaki, 1 perempuan. Lepas tu bila dah lahirkan Aish tetiba aku jadi tak kisah, pernah cakap dengan En. Syg kalau ditakdirkan 3-3 anak aku boy pun aku happy je, agaknya bila dah jadi emak, asal anak sihat dah lebih dari cukup untuk aku, gender dah tak jadi keutamaan aku pun. Aku tak tau orang lain, tapi itu yang aku rasa la. Bila tau je pregnant 2nd baby ni, orang akan cakap "kalau lepas ni girl mesti seronok kan" aku senyum je, sebab aku tak kisah, kalau dapat boy pun tetap seronok bagi aku. Tapi aku tetap excited bila tau gender, sebab shopping punya pasal..miahahaha tu yang buat aku over excited bila tau gender.

Orang cakap kalau anak boy, kita suka makan manis-manis, kalau anak girl kita suka makan masam-masam, ke terbalik eh?? aku pun dah tak ingat. Tapi antara dua tu lah. Lepas tu orang akan tanya pregnant kali ni mabuk dia sama tak macam yang first dulu, kalau sama, gender pun sama, kalau lain gender nya lain. Kalau perut ke depan boy, kalau perutnya bulat girl. Kalau berseri girl, kalau tak berseri boy and kadang-kadang terbalik, macam-macamlah cara orang dulu-dulu predict gender, sekarang senang, ko gi je scan terus ko tau baby ko boy or girl, takyah telek sana sini dah..hahaha. Kalau ko tanya aku, simptom masa pregnantkan Aish sama je macam aku pregnant kali ni, semua sama, aku suka makan manis-manis, aku loya kalau sejuk, aku tak suka mandi, aku malas, aku sememeh dan tak berseri, perut aku bloated lepas makan, aku kuat makan walaupun perut bloated..miahahaha. Badan aku banyak angin, asyik kentut dan sendawa je, semua sama macam pregnantkan Aish dulu, so ko rasa?? Boy ke Girl?? Cer bagitahu apa yang ko rasa?? adakah sama macam yang aku rasa dan apa yang doktor nampak semalam?? hahaha tetiba buat teka teki, ok tak kelakar, bye!!



Aish masa 6 bulan

Lepas dah confirm gender semalam, En. Syg cakap "saya dah boleh rasa mesti baby kali ni pun sama je macam muka Aish kan" aka nak cakap macam muka dia la tewwww. Takpe yang, mommy ok je..haha :)



Monday, November 24, 2014

Room/Playroom: Carpet

Salam,

Buat apa tewwww?? Lama tak cerita pasal playroom Aish kan, sebab memang takde progress pun selain stok lori dan kereta yang bertambah, dan kain-kain baju yang menimbun tak berlipat masa mak dia ni mabuk kepayang hari tu, ehemmm tapi once hilang mabuk dah clear dah semua kain-kain tu..hihi. Berbulan jugak la playroom Aish jadi mangsa kain menimbun, pastu nak gi keje, mommy daddy cakar-cakar kain cari baju kerja memasing..miahahah buruk sangat perangai, sian playroom anak jadi mangsa tempat mencakar kain baju.

Gambar latest sangat tu takde la, sebab sekarang pun playroom Aish tu aku buat bilik stor kejap sementara daddy mengecat bilik ketiga, weekend hari tu dah dapat cat separuh dinding, takpe, kita buat slow2 yang penting daddy nak buat..kiukiukiu, ku cakap banyak kali kat dia, tolong cat bilik tu sebab lepas ni aku nak beli almari, kena siap jugak sebelum baby lahir, sebab nak alihkan barang-barang yang tak perlu dalam playroom Aish tu ke bilik ketiga, sebab playroom Aish nanti kena la kongsi dengan adik kan, so aku nak load barang adik pulak kat situ.

Eh lupa nak cerita pasal carpet, dah lama aku nak beli sebenarnya tapi aku nak kaler hijau, sebab theme bilik Aish tu kan biru hijau, tapi nak cari carpet hijau yang menepati piawaian orang cerewet cam aku ni memang payah la kan, aku nak bulu lembut-lembut, gebu-gebas, pastu murah within budget, tengokk memang payah la nak dapat, pastu aku nak plain or kalau ada corak pun corak comel-comel, amboiii mengada sangat ko kan, carpet pun nak cerewet sangat.






Pastu aku jumpa kat IKEA carpet ni, hoiii suka, 2-3 kali pergi IKEA mesti aku pegang je carpet ni, belinya idok jugok..kahkah sebab bulu dia kasar dan kurang sesuai untuk baby-baby, penat mak hincik fikir nak beli ke tak, dah la aku ni jenis tak tahan habuk, bulu dia pulak panjang benor, kang jadi perangkap habuk pulak, so aku biar dulu, ingat nak cari kat kedai biasa je, kotla jumpa yang berkenan, tapi setelah setahun lebih buat bilik Aish, tak jugak aku beli, so balik-balik aku akan tenungggggg jugok carpet ni kat website IKEA sambil fikir nak beli ke idok, nak beli ke idok. Hadoiii beli carpet je pun ko ni, masalah donia sangat kononya.


Sampailah aku pergi IKEA dengan parents aku hari tu, tak boleh jadi aku musti jugak beli carpet untuk bilik Aish, musti!! musti!!. Pastu aku pejam mata dan aku beli je, malas dah nak fikir, ahhh lantokla



Ni carpet yang dah lama aku tak berkenan, ye tak berkenan, tapi bila fikir-fikir, carpet ni kecik sesuai la nak letak dalam bilik Aish sebab lantai kat bilik tu lantai kayu, tak payah la aku beli besar-besar sangat, kalau lantai mozek logik la jugak nak beli carpet besar takut sejuk bontot anak aku kan, pastu bulu dia pendek pastu dia murah dan pastu dia warna hijau macam yang aku nak, dah settle, lepas ni nak aim langsir pulak, nak hijau jugak :), mana nak carik ni eh  -__-"





Hi Abang Aish, bestkan carpet mommy beli ni, lembut je ;p


Ok, bye!!



Friday, November 21, 2014

Moh ke IKEA

Salam,

Dah lama sebenarnya aku pergi Ikea ni, seingat aku bulan September hari tu, masa tengah hebat mabuk kepayang, tapi Ikea punya pasal, dan-dan terus sihat..mihihi. Kebetulan family aku dari Pahang datang sebab adik ipar aku nak buka butik kat Temerloh dan dia nak beli semua barang Ikea untuk butik dia. Diaorang nak pergi hari kerja, maka aku pun ambik cutilah kan sebab ko ingat senang ke nak ke Ikea dan jalan lama-lama sampai sakit kaki?? kalau pergi dengan Aish paling lama pun 2 jam je pastu dah penat mengejar anak kesayangan aku tu, terus rasa nak balik ko..kihkih. So kalau pergi hari kerja, anak boleh la aku tinggalkan kat rumah babysitter, boleh aku jalan sampai sakit kaki dan lupa mabuk, nampak tak agenda aku, padahal bukan nak beli apa pun, biasalah perempuan dapat window shopping pun dah cukup buat hati gembira kannnn.




Sebelum menghabiskan duit, kita makan dulu, berebut-rebut makan sebab semua pun dah kelaparan..miahahah

Perut dah kenyang baru kita mulakan sesi mencuci mata, errr aku lah tu, orang lain memang nak shopping, aku niat nak cuci mata je




Tengah discuss, patut ke idok kita beli sofa ni dan letak kat butik, gituu, setiap barang yang nak dibeli pun duk berdiscuss, banyak jugaklah barang yang diaorang beli, sampai kena balik naik bas, sebab kereta dah penuh dengan barang sesaja.









Pa aku nak beli rak kat dinding sama cam bilik Aish







Dari taknak beli apa-apa, aku beli la jugak carpet untuk letak dalam bilik Aish, sebab dah lama sangat aku aim nak beli carpet dalam bilik dia, tapi kan, bila dah tengok banyak-banyak carpet gini, terus jadi confuse tak tau nak beli yang mana satu..pffttt. Serius duk mengulang 3-4 kali aku ni tak tau nak beli yang mana, last-last sebelum balik sambar je lah, malas nak fikir banyak, nanti aku tunjuk ye, boleh korang tengok bilik Aish sekarang..hahaha T_T. 

Sekarang bilik Aish jadi store room kejap, sebab aku dah alihkan semua barang dari bilik ketiga ke bilik dia, sebab nak cat bilik ketiga tu sebelum bersalin, bukan aku cat, suami yang cat, aku mandur je, sebab pregnant tak di galakkan mengecat ye, not good for you and baby. Aku cuma cari design, lepas tu aku kemas bilik tu minggu lepas kasi clear. Minggu ni or minggu depan dah boleh start cat. Kali ni aku cari design simple je tak macam bilik Aish hari tu pun, pakai 2 warna je, nantilah kalau dah mula cat nanti aku show off.







Dari tengahari membawak ke maghrib kat Ikea, ni je aku beli..miumiumiu, mulanya ingat nak beli bathroom set yang letak sabun and berus gigi tu, boleh pulak dah habis stok, so aku beli berus sinki, penyangkut kat pintu dengan carpet untuk bilik Aish je la. Walau tak shopping banyak tetap lah ku balik dengan senang hati dan senyum lebor..hahahahaha sakit kaki pun sakit kaki la yang penting happy dok.

Oklah, bye!!


Friday, November 14, 2014

Mengganti Baju Abang Aish

Salam,

Masa Aish baby dulu, kerap sangat belikan dia baju, sebulan or 2 bulan sekali kot memang kerjanya duk membeli baju dia je la, nak pulak aku memang tak suka beli baju gobos-gobos, kalau beli mesti nak baju yang fit dengan dia, tu pasal la kerjanya duk membeli baju je, sebab baju yang aku beli kejap sangat dia boleh pakai. Eh aku suka tau beli baju anak, nampak je timbunan baju budak-budak, mulalah terus rasa tamak dan rambang mata, wuuu semua pun nampak cantik and semua pun ku nak beli.

Lepas setahun aku rasa 6 bulan sekali kot baru restock baju dia, sebab budak lepas setahun kan lambat sikit tumbesarannya tu, so lama la jugak baju dia bertahan. Sekarang Aish dah 2 tahun++, aku tengok baju dia pun dah ada a few yang dah lusuh and sempit. Aku pun ngajak la En. Syg beli baju anak, ye la sebelum beli baju baby, baik aku ganti dulu semua baju Aish, kang adik dapat baju baru, abang pakai yang sendu je, ini tidak adil ok..haha. So aku jenguk-jenguk lemari Aish aku congak-congak berapa pasang nak beli, lepas tu moh la ke Jusco.





Aish suka betul Mickey Mouse Clubhouse, so mommy beli Mickey Mouse ye, ni baju tidur. Botol Aish pun aku beli Mickey Mouse, punyalah dia suka Mickey Mouse, kalau dia tengah menangis kan, ko buat je susu kasi dia, kang terus dia diam dan sebut sambil senyum "kii mouseeee" pastu minum susu..bahahaha kelakor kot.



Ni baju siang



Pastu rasa tak cukup, ajak pulak En. Syg pergi Tesco, aku suka beli baju tidur Aish kat Tesco sebab kain ok dan murah. Baju lengan panjang, baru RM20 sepasang, kadang kalau sale dapat RM15 sepasang, tapi time aku pergi hari tu takdok sale.



Hari tu masa tengah jenguk-jenguk lemari Aish, ada nampak baju jalan dia yang dah lama dan dah tak sesuai dibawak jalan lagi dah, so aku nak buat baju jalan tu pakai harian je, aku beli seluar pendek kasi matching. Balik rumah excited kemain basuh dan lipat semua baju Aish, asingkan mana yang dah lusuh ngan sempit, sekali kooo penuh almari dia, tahap sepenuh-penuhnya..bahahaha, tak tau mana nak letak dah baju dia, ni terlebih beli ni, baju jalan dia pun mak aiii penuh almari, tu belum yang belum pakai lagi tu, ada la jugak yang kitaorang terbeli besar, kitaorang lipat dan simpan dulu, siap cakap dengan En. Syg, "dah yang jangan beli lagi dah baju Aish, almari dah tak muat, banyak gile dah ni" habis aku sumbat-sumbatkan, baju jalan pun dah tak boleh gantung, penuh dah sebab baju lama dia banyak lagi yang boleh pakai sebenarnya, aku yang excited nak beli baru sebab rasa macam dah lama sangat tak beli baju dia, yang lusuh and tak muat adalah 2-3 pasang je, yang aku duk menambah over-over sangat.

Takpelah, lama sikit bertahan baju dia nanti, ni pun aku dah gatal-gatal tangan nak beli baju baby, tak syok kalau beli sebelum confirm gender, minggu depan aku nak buat detail scan, tau je gender kang, berlari mak gi mall beli baju baby pulak..haha. Errr dah tau gender pun sebenarnya, tapi tak berani lagi nak beli barang, tunggu kita tengok detail scan baru berani :). Oklah bye!!


Thursday, November 13, 2014

9, 10, 12, 16 DIY CUBES CARTOON AND PLAIN MURAH DI GMB


READY STOCK



9 CUBES DIY CARTOON WARDROBE

GMB PRICE: RM125.00 (exclude postage)

REFER TO THIS ALBUM FOR MORE DESIGN AND COLOR AVAILABLE



12 CUBES DIY CARTOON WARDROBE

GMB PRICE: RM150.00, RM159.00, RM160.00 
PRICE RANGE DEPENDS ON DESIGN (exclude postage)

REFER TO THIS ALBUM FOR MORE DESIGN AND COLOR AVAILABLE




16 CUBES DIY CARTOON WARDROBE

GMB PRICE: RM170.00, RM172.00, RM174.00, RM180.00, RM186.00 AND RM188.00
PRICE RANGE DEPENDS ON DESIGN (exclude postage)

REFER TO THIS ALBUM FOR MORE DESIGN AND COLOR AVAILABLE




16 CUBES DIY PLAIN WARDROBE

GMB PRICE: RM186.00 (exclude postage)

                    REFER TO THIS ALBUM FOR MORE DESIGN AND COLOR AVAILABLE




16 CUBES DIY PLAIN WARDROBE + SHOES RACK

GMB PRICE: RM182.00 (exclude postage)

                    REFER TO THIS ALBUM FOR MORE DESIGN AND COLOR AVAILABLE



10 AND 12 CUBES DIY PLAIN SHOES RACK

GMB PRICE: RM133.00 (exclude postage)

                    REFER TO THIS ALBUM FOR MORE DESIGN AND COLOR AVAILABLE



BERMINAT??

PM/WHATSAPP/TELE: 0162305024 (Erin)

 atau LIKE Page Gobok Mommy & Baby


Babymoon: Johor Day 3 and 4

Salam,

Ok ni finale, hari ketiga (Sabtu, 25/10/14), pagi-pagi lagi member En.Syg and wife dia balik Shah Alam, memang tak sempat pun nak bawak diaorang explore Johor...gahhhh ngada sangat macamkan ko biasa gi Johor je kan, padahal ni baru kali kedua..mihihi.

Lebih kurang pukul 5 petang kot baru kitaorang keluar rumah, gila lewat sebab masing-masing kepenatan, aku memang dah ajak En. Syg pergi Little Big Club kat Puteri Harbour and aku memang tau tempat tu tutup pukul 6pm, tapi orang dah penat malas la ku nak paksa siap and gerak awal, so by the time kitaorang sampai kat Puteri Harbour, Little Big Club tu memang dah tutup pun T_T, kenapakah ko tutup awal sangat haaa. Kesian kat pelancong macam ai ni, kempunan nak gi tengok menan budak kecik.

So kitaorang just jalan-jalan jelah kat Puteri Harbour tu, ambik gambar, tengok air pancut, pastu makan Sushi King, pastu nampak farmasi, so singgah beli Iberet Folic..kuikui kemain sampai ke Johor beli supplement orang ngandung eh.




Die hard fan air pancut T_T


Die hard fan saya..ehh




Aish kalau dia tau aku nak ambik gambar, mesti dia buat muka, kerenyut la kerenying la



Sekarang mak mertua aku duk Johor sebab jagakan anak adik ipar aku.



Makan kat Sushi King, Puteri Harbour

Habis makan Sushi King terus gerak ke JB, sebab aku ajak diaorang gi Bazar Karat, tak kira nak gi jugak (hentak-hentak perut), bukan selalu pun kitaorang ni dapat gi Johor kan, alang-alang sampai, jauh pun jauhlah asal puas hati dapat berjalan

Bazar Karat ni macam uptown je rupanya..hahaha, kemain aku bayangkan dia jual barang lama yang dah berkarat, kira barang antik la, tapi bukan rupanya ye, sama je macam uptown


Tertanjat-tanjat aku bila En. syg nak beli belt kaler pink, terus aku suruh tukar beli kaler purple, sebab striking pink dia macam errr errr sangat.




Nak belikan Aish baju Johor tulisan jawi ni tapi takde saiz, yang ada terlalu kecik or terlalu besar





Kitaorang pergi Bazar Karat ni malam minggu tau, adik ipar cakap biasa kalau malam minggu berhimpit-himpit nak jalan pun tahap laga bontot, tapi kebetulan malam tu JDT lawan bola, so memang heaven la, xde orang sangat pun. Kitaorang dah nak balik baru crowded, lega di situ.


Aku kan kalau dapat pergi tempat gini seronok sangat, serius aku suka, sebab barang semua murah-murah, tak beli pun dapat tengok pun jadilah, sebab aku kan jarang dapat pergi tempat crowded-crowded ni..ehemmss macam la ko tak paham kan.






Pastu makan aiskrim goyang, pastu makan Ani Sup Utara sambil En. Syg jumpa member dia, lepas tu balik. Puas hati dapat pergi bazar karat :D


Hari keempat (Ahad, 25/10/14) pepagi lagi kitaorang dah bersiap and around pukul 11pagi gerak balik ke Shah Alam. 



Bye-bye Johor, Aish nak balik dah ni

Sekian, habis dah cerita babymoon, lepas ni nak gi mana pulak ye, aku ingat nak berjalan sekali lagi sebelum bersalin, ada baby kecik sok renyah sket nak berjalan jauh-jauh ni kan, kena tunggu baby besar dan dah kuat sket baru berani nak bawak berjalan jauh-jauh. Oklah, bye!!



Wednesday, November 12, 2014

Babymoon: Melaka dan Johor Day 2

Salam,

Ok dah hari kedua, Jumaat (24/10/14), pagi-pagi bangun mestilah makyong lapor kan, ku tak boleh tahan lapor, kena makan jugak ontime, kang gigil gigil apa pun tak boleh buat. A'Famosa ni kan besor gile, so nak keluar pergi breakfast pun amboiiii bercinta tau jauhnya, kitaorang pulak memang tak ambik pakej breakfast, so kenalah cari makan sendiri. Kitaorang breakfast kat kampung dekat-dekat situ je, seingat aku nama tempat tu Taman Sri Naning kot, ada gerai sebelah surau, boleh tahan sedap jugaklah.



Nasi lemak sedap



Roti Canai pun sedap, tapi Aish sekarang memang tak mboh makan, kot sedap cane pun dia tetap taknak, dia duk sibuk mengejar kucing tau kat kedai ni..haha, pastu aku makan nasi lemak sambil mengejar dia, ku takut dia lari ke tengah jalan je.

Settle makan, kitaorang balik ke villa semula dan terus bersiap untuk check out. 



Otw ke Dataran Pahlawan cari Asam Pedas sedap, Aish sampai tertidur sebab kitaorang ikut jalan dalam nak ke sana. Dekat 2 jam wehhh, sebab jumaat kan confirm la jammed, semua orang keluar lunch awal.



Akhirnya sampai kat sini, Asam Pedas Selera Kampung, dekat dengan dataran pahlawan. Ni kalau tak sedap memang tak berbaloi la spend 2 jam ke bandar melaka. Tapi lucky memang sedap, teramatlah sedap tahap hirup kuah, mak oiii tetiba air liur meleleh ni T_T. Susah gila nak cari parking kat sini, dah dapat parking korang mintak je tiket parking kat kedai ni, dia akan bagi free untuk customer









Lauk dia semuanya sedap dan menggiurkan, tapi bila dah sedap tu faham-fahamlah, orang memang ramai sangat.




Daddy's best friend

Ok dah petang kitaorang nak cari Coconut Shake Klebang pulak, otw ke Klebang, singgah klinik dulu sebab tangan En. Syg dah berdenyut dan bengkak tahap max, kalau pegang tangan dia panas je ku rasa. Dia pun dah tak tahan sakit.



Tulah tulahnya kalau takmo dengor cakap isteri, berbuih mulut aku suruh pergi klinik dari malam sebelum tu, ni dah tak tahan baru ko nak gi kan bang.

Lama jugaklah kat klinik, almost sejam, cucuk pain killer and balut2 lagi. Settle kat klinik, kita gerak ke Klebang pulak, Klebang ni pun ada dalam list wajib singgah aku.






Tak pernah minum coconut shake kat sini, so kemain beli 3 cawan kongsi berdua dengan En. Syg, pastu tak habis sebab..errr tak kick, sedap lagi coconut shake kat Mydin USJ ni, bukan aku je cakap gitu, member En. Syg pun sama, semuaorang kuciwa..haha, takpelah bukan rezeki nak dapat coconut shake sedap kot, kot hari tu salah resepi, jadi tak sedap, tapi orang punyalah ramai, kalau dah ramai gitu mestilah sedap kan..ke errrrr



Mulanya aku ingat nak ajak En. Syg cari Keria Haji Jalil, member aku cakap memang famous dan sedap, otw ke Klebang ni memang selisih dengan kedai Keria Haji Jalil tu, tapi macam tutup je, kedai dia bebetul sebelah masjid, malas nak ajak patah balik, so aku try je keria kat Klebang ni, sebab aku tengok keria ni pun disira dengan air gula melaka jugak, so lebih kurang je la kot rasanya. Rasa apa?? rasa manislah..hahahaha


Masa pergi Melaka ni, aku tengah pregnant 18 minggu, masa ni dah naik 6kg tau dari berat asal, gomok tak mak?? Muka memang tak nampak naik, tapi perut amboiii sangat..hehe, tapi aku suka je, baru rasa pregnant ye dok perut besor godang-godang. Pastu Aish suka betul timpa perut aku, nak muntah dibuatnya.

Habis minum coconut shake terus kitaorang gerak ke Johor, plan memang nak tidur kat rumah adik ipar aku kat Kulai, tak pernah lagi pergi rumah dia, so alang-alang ke Melaka kita panjangkan sikit langkah terus ke Kulai.



Nasib baik bawak bermacam-macam mainan dan buku dia, diam sikit duduknya, Aish kalau berdua dengan aku je dia akan duduk dalam carseat, kalau daddy dia yang drive, memang dia taknak duduk carseat sebab dia tau Mommy ada kat belakang tengah bersenang lenang so dia pun nak bersenang lenang jugak kat belakang..ppffftttt



Setelah singgah RnR 2-3 kali, akhirnya sampai jugak kita kat sini. First time ni nak pergi JPO, dulu dah pernah pergi Kulai, masa adik ipar aku ni kahwin, suami dia orang dekat-dekat sini jugak, tapi kitaorang tak singgah pun JPO ni. Kitaorang sampai time maghrib kot kat sini, so energy level tu memang dah low sangat, muka pun tak berapa nak siap dah, penatnya tak sabar nak baring sangat dah.




Sila tengok muka tak berapa nak siap kitaorang bertiga ni, Aish sorang je yang dah mandi, tu pun sebab dia poopoo, so aku mandikan je terus.

Tapi dah kata tak pernah pergi kan, rugi la pulak kalau tak beli or singgah mana-mana kedai, biasalah emak2, pergi mana-mana pun mesti ingat nak beli baju anak dulu, baju sendiri tak payah, malas nak di test test, beli baju anak je senang



2 helai baju Aish, ni je yang aku beli kat JPO, jadilah buat kenangan pergi JPO kan, kebetulan pulak masa kitaorang pergi memang tengah sale, baju Cotton On tu dapat RM19 je, baju Disney RM21.00++ dari 40 something dua-dua tu. Lepas beli baju Aish terus dah malas nak jalan, penat sangat, tak larat dah nak bawak perut.





Sementara tunggu member En. Syg beli baju baby dia, kitaorang makan aiskrim, rehat sampai dia settle beli barang.





Aish memang suka tengok air pancut colorful gini, sebab kalau kitaorang ke Setia City Mall memang wajib bawak dia pergi tengok air pancut. Sanggup je dia menunggu tepi air pancut tu sambil sebut satu-satu color air pancut.

Lepas tengok air pancut, Aish mengamuk nak naik escalator, terus kitaorang masuk kereta dan tunggu member En. Syg dalam kereta je, settle dia beli barang terus gerak ke rumah adik ipar pulak, fuhhh settle hari kedua, esok ku update hari ketiga pulak ye..muahahaha muntah la korang, malas baca kalu, tengok gambar jelah. Oklah, bye!!