Klik Jommm

Showing posts with label Gobok Mommy & Baby. Show all posts
Showing posts with label Gobok Mommy & Baby. Show all posts

Thursday, September 10, 2015

Solid Food: Review Autumnz Baby Food Processor

Salam,

Esok, 11 September Alana dah 6 bulan, tapi disebabkan esok dia akan start makan kat rumah babysitter, maka emak yang excited ni plan nak suap dia makan malam ni..hahahahaha. Boleh je nak tangguh hari Sabtu ni, tapi i is tak penyabo punya orang ;) So malam tadi lepas settle dinner dan kerja rumah, aku pun testlah Autumnz Baby Food Processor yang aku baru beli hari tu, errr aku beli dengan diri sendiri je sebab aku jual barang Autumnz, kalau korang berminat jangan lupa contact aku lepas habis baca review ni tau..tau..tauuuuuu.



Ni antara barang paling baru yang Autumnz jual, jadi sebagai reseller, kenalah kita test dulu sebelum jual, so that bila customer tanya soalan, aku tak teragak-agak nak jawab, nasib baik jugak aku baru beranak kecik, adalah alasan nak gunakan duit business sendiri beli sample pastu pakai untuk diri sendiri..mihihihi. Jangan risau ye barang Autumnz ada warranty setahun, dan alhamdulillah aku sendiri dah pakai steriliser dan warmer Autumnz 3 tahun lebih, setakat ni tak pernah rosak dan memuaskan hati, dah lah murah pulak tu, memang investment yang berbaloi-baloi.



Ok ni dia food processor tu, saje aku letak botol susu Alana nak bagi korang agak-agak size dia, tak besar sangat, sedang-sedang je. Siapa yang pernah beli set steriliser warna purple hijau ni dengan aku (Gobok Mommy & Baby), marilah beli food processor ni pulak, kasi matching..kekekeke



Bawah food processor ni ada pelekat getah ni, kot kalau korang blend idokla dia terpelanting, so takyah susah-susah nak pegang macam korang blender cili kering tu ;p.



Yang hijau ni tempat kita letak air, so sebelum apa-apa, kita letak air dulu, senang je, buka penutup hijau ni, masukkan air sampai MAX dan tutup kemas.




Tak payah susah-susah nak sukat air bagai, sebab kat dalam tu ada tanda sampai paras mana air yang korang kena isi, kena isi sampai MAX tau, jangan lebih dan jangan kurang ye. 




Malam tadi aku buat puree pear, lepas basuh dan kupas kulit potong kecik-kecik macam ni ye, jangan la korang gi potong 4 pulak, haaa bercinta nak tunggu buah tu lembut kang.




Settle potong buah dan masukkan dalam bowl boleh la mula steam buah tu, kalau nak steam, pusingkan knob purple tu ke kanan mengikut arah jam, pear kena steam 30 minit, dah siap pusing knob boleh la sambung buat kerja lain, dah siap steam kang dia beep.




Tu tengah steam




Kalau nak blender pusingkan knob purple tu ke kiri mengikut arah lawan jam



Tengok, halus kan, korang tak payah tambah air dah tau lepas steam tu, terus je blend, untuk baby yang baru nak belajar makan kena buat cair-cair je, in case korang rasa puree tu macam masih kasar dan tak cukup air, baru korang tambah air.




Puree dah sejuk boleh tuang dalam bekas ais kiub yang ada penutup dan bekukan, bila anak nak makan just panaskan semula pakai warmer atau buat teknik double boiler je, waaaa senang hidupku selepas ni, tak payah sambil lipat kain sibuk nak jenguk dapur takut buah/sayur Alana terlebih masak.

Personally aku rasa, ni memang gajet yang sangat best untuk mak-mak, tak kiralah ko bekerja or surirumah sekalipun, sebab memang sangat menyenangkan kerja, kurang periuk nak dibasuh, tak payah korang tunggu kat dapur sebab takut makanan anak hangit, ko just steam dan tinggalkan je, siap steam terus blend, senang kan, dah lah harga murah, aku rasa ni memang investment yang sangat berbaloi-baloi, sampai anak 5 pun boleh pakai lagi nanti insyaallah.

Ok dah settle baca review ye, macamana nak beli??

Like Page Gobok Mommy & Baby.

Disebabkan September ni kira first batch aku nak ambik order, so aku buka preorder ye, boleh bayar 2 kali, kotlah anak korang baru 2-3 bulan, dah boleh la bayar ansur2 tu, tapi dah bayar depo, tak boleh la cancel pulak sebab once korang dah depo aku terus ambik stok dan dulukan duit aku, settle bayar baru aku pos kat korang. 

PREORDER AUTUMNZ BABY FOOD PROCESSOR BATCH 1 (SEPT 2015)



Sila order dan buat pembayaran depo/full payment sebelum atau pada 23 September 2015, seminggu lepas tu baru aku dapat barang dan terus pos untuk yang dah buat full payment sahaja. So ETA early October.



HARGA RETAIL: RM229.90

GMB PROMO PRICE FOR SEPT: RM170.00 (exc postage)


CITYLINK: RM18.00 (1-3 HARI BEKERJA)
POS DOMESTIK: RM9.00 (4-5 HARI BEKERJA)

ORDER SEKARANG MAYBE BULAN DEPAN EMAK ALANA NI TAK BAIK HATI DAH..KUEKEKEKEKE..MAI LAAAAAAA


Whatsapp/SMS/Telegram: 0162305024 (Erin)

Ok, bye!!


Tuesday, September 1, 2015

Potty Training

Salam,

Aish dah 3 tahun 5 bulan September ni, errr kalau ikutkan dah patut free diaper dah anak aku tu sebab tahun depan dah nak sekolah, tapi omaknya ni yang asyiklah duk bertangguh-tangguh nak PT kan dia, hahahaha macam tak berapa tabah je nak mengelap sisa kumbahan atas lantai tu. Plan asal, aku ingat nak PT kan Aish masa aku dalam pantang, tapi ku tunda-tunda sampailah hari ni masih belum free diaper. Bila tengok dah ramai kawan sebaya dia yang free diaper, wahhh terus berkobar-kobar omaknya ni nak PT kan big boy tu jugak

Sebelum PT kenalah ada semua barang ni..hahahaha nampak tak aku beli dah berbulan-bulan tapi asyik menangguh je. 




Waterproof Sheet Protector, aku letak kat toto depan tv, sebab Aish suka baring-baring, kot kalau dia terkencing idok la menangis sangat mak ko ni duk membasuh toto kan. Errr aku ada jual jugak ni, murah aje, RM40.00 x masuk pos, haaa sempat lagi menega mak ko ni ;p

Toilet Seat, En. Syg belikan dekat One Baby World

Seluar dalam dan seluar pendek, kena ada banyak untuk waktu-waktu kecemasan..hahaha. En. Syg beli kat Giant je, tapi mahal jugak seluar dalam tu, RM17.99 untuk 1 set, 1 set ada 4 helai, Aish pakai saiz S, ku ingat tak muat, rupanya memang sedang molek dengan dia, kot ada kumbahan tu takdelah cicir sangat sebab pakai seluar dalam. First day ku pakaikan seluar dalam je, 2nd day aku pakaikan seluar dalam dengan seluar pendek sekali.

Sebelum PT kena tarik nafas dan pesan dengan diri sendiri, tak boleh marah-marah ye mommy. Banyak jugak kutip tips-tips dari mak-mak yang dah berjaya PT kan anak:

1) Tak boleh marah kalau anak terlepas sisa kumbahan, kena la senyum je dan pesan, kalau nak poo or pee bagitau mommy ye Aish.

2) Bawa anak ke toilet setiap setengah jam, lepas dah boleh baca pattern dia pee, baru ko jarakkan sikit. Macam Aish hari tu ku buat setiap setengah jam, lepas tu setiap sejam.

3) Jangan asyik-asyik tanya, Aish nak poo?? Aish nak pee?? stress anak ko, eh Aish memang stress kot..hahahaha sampaikan dia jawab balik, "xde kencing..xde!"

4) Setiap setengah jam bawak je anak ko ke toilet, tak payah tanya dia, bawak aje.

5) Kalau budak yang belum pernah poo kat toilet dia akan fobia sikit bila ko letak dia kat toilet seat, so pegang dia tau masa dia tengah poo.

6) Puji anak setiap kali dia berjaya poo or pee

7) Ajar anak poo kat toilet terus instead of menatang plastik yg bentuk macam mangkuk tandas tu yang boleh poo di mana-mana, haa menatang tu lah, aku pun tak ingat apa nama dia.

8) Nak lagi best, janji belikan hadiah yang dia suka kalau dia berjaya free diaper

Ok setakat tu tips yang aku ingat. nanti kalau ada tips lain aku update lagi ye.

UPDATE AISH:

Aku PT Aish 2 hari, dan 2 hari tu asyiklah terbabas, sebab setiap kali aku bawak dia ke toilet dia tak poo or pee pun, asyik cakap takdeeee manjang, bila ko tinggalkan dia kejap nak basuh poo Alana, or ke dapur goreng ayam ke, dan-dan tu dia pee tau, sabor jelah aku ngan anak bujang ni..hahahaha, takpe tu kira intro, this weekend mommy train lagi ye, so lepas ni every weekend aku nak PT Aish sampai berjaya, moga aku jugak berjaya tidak bertukar menjadi gorgon..hahaha.

Ok, bye!!


Friday, February 27, 2015

New Chapter untuk Gobok Mommy & Baby

Salam,

Sedar tak sedar dah setahun aku buat bisnes, haha, kecik-kecik je tapi alhamdulillah tak sangka ada sambutan, kadang-kadang tak menang tangan sebab aku ni masih kerja full time, balik rumah, sibuk dengan Aish lagi dengan kerja rumah lagi, malam-malam pun masih reply whatsapp/PM customer tapi sekarang aku slow down sikit sebab tak lama lagi kan dah nak bersalin, buatnya terbersalin kang, sapa nak uruskan order customer, tu yang paling aku risau, tunggulah lepas habis pantang kang baru kita aktif balik ye, tapi korang masih boleh buat order macam biasa tau untuk ready stock, barang pre order je yang aku stop kejap.

Baru-baru ni En. Syg pergi course dan dia dapat lucky draw, dapatlah RM200 voucher Harvey Norman, apa lagi terus aku sendeng ajak dia belikan aku phone baru, sebab aku dah lama nak buat insta untuk GMB, phone sekarang aku pakai insta personal, sayanglah kan kalau campur-campur dan aku taknaklah asyik login in, log out kalau ada 2 insta, susah ko, acik ni femalas, nak keja senang dan cepat je..hewhew



Bakal expired bulan March, jadi moh la kita cecepat beli barang




Tak jadi beli phone sebab tergoda dengan Samsung Galaxy Tab 3, features takdelah hebat sangat tapi sebab dia murah dan screen besar dari hp, lagi senang kerja aku kan :)

So sekarang ni GMB dah ada instagram tau, korang follow gobok_mommy_baby, barang tak banyak lagi, aku baru sempat upload DIY cube je  =_=', sebab iolss kan dah nak bersalin ni, so iolls sekarang bz menguruskan kerja office dulu, kasi settle semua, korang follow dulu tau, kang slow-slow makyong update barang yeh :p..tau tau tauuuuuuuuuuu, follow tauuuuuuu...kuikuikui, insta ni En. Syg yang buat, dia boh gambo anak dia..hahahaha, nantilah ingat nak tempah official design utk GMB, tunggu la pas banak kang eh, skang memacam nak ku settlekan sebelum beranak.







Lepas follow insta ni jangan lupa doakan aku dipermudahkan bersalin ye..hahaha, takdok kena mengena ;p, Oklah bye, moga GMB terus maju jaya, nak simpan duit bisnes beli rumah satu lagi..wahahahaha...errr serius ni :)



Tuesday, January 20, 2015

Carter's Baby Blanket Murah

Salam,

Bila dah tau gender kan, wahhh excited mak beli barang anak, serius seronok sangat rasanya, semua pun nak hangkut, over sangat ni. 

Salah satu keperluan newborn baby mestilah blanket or bedung kan, sebab baby kan suka berbedung baru lena je tidur dia tu. Macam biasalah dah katanya menega barang baby, so aku beli dengan diri sendiri jelah..wahahaha





GMB Price: RM37.00 per set (1set 4pcs) (tidak termasuk pos)

Haa boleh pilih design yang korang berkenan, tapi kan, huhuhu tinggal 8 set je ready stock sekarang, sorrylah lambat update..huhu, Stok available sekarang B, D, E, F, G and H je lagi. 

Kalau berminat boleh whatsapp/sms/tele: 0162305024

or 



Ni aku beli untuk anak dara aku. Kain sedap tau, material cotton flanel, selesa dan lembut je.








Design C, tapi dah sold out tau T_T

Oklah, bye!!

Wednesday, December 17, 2014

CLEARANCE SALE DI GMB




Kain Sulam Bandung
Material: Satin (tidak jarang dan tak perlu lining)

1 PASANG SAHAJA

NORMAL PRICE: RM88.00 (TIDAK TERMASUK POS)

CLEARANCE PRICE: RM25.00 (TIDAK TERMASUK POS)

YOU SAVE RM63.00!!!!

POSLAJU: RM8.00 (SEMENANJUNG), RM13.00 (SABAH/SARAWAK)




GENIE BRA PASTEL SAIZ L
1 SET 3 PCS

1 SET SAHAJA

NORMAL PRICE: RM35.00 (TIDAK TERMASUK POS)

CLEARANCE PRICE: RM30.00 (TIDAK TERMASUK POS)

YOU SAVE RM5.00!!!!

POSLAJU: RM7.00 (SEMENANJUNG), RM9.00 (SABAH/SARAWAK)



GENIE BRA SUMMER SAIZ S
1 SET 3 PCS

1 SET SAHAJA

NORMAL PRICE: RM35.00 (TIDAK TERMASUK POS)

CLEARANCE PRICE: RM30.00 (TIDAK TERMASUK POS)

YOU SAVE RM5.00!!!!

POSLAJU: RM7.00 (SEMENANJUNG), RM9.00 (SABAH/SARAWAK)




STOK ADA 1 JE SETIAP SATU, SO KALAU BERMINAT CEPAT2 YE!!

BERMINAT??
Whatsapp/Telegram: 0162305024 (Erin) 

atau 

Like Page Gobok Mommy and Baby

Ok, bye!!



Wednesday, December 10, 2014

YES: Organizer Storage Murah

Salam,

Year End Sale di Gobok Mommy & Baby

READY STOCK!!!





M212

GMB PRICE: RM 23.00 (exclude postage)






M47 (GREEN AND ORANGE)

GMB PRICE: RM36.00 (exclude postage)





M31 (PINK AND RED)

DIMENSION: Size: 31cm x 21cm x18cm

GMB PRICE: RM 22.00 (exclude postage)





M30 (PINK AND RED

DIMENSION: 35.8cm x 21cm x 18cm

GMB PRICE: RM25.00 (exclude postage)



M46 (RED, ORANGE AND BLUE)

GMB PRICE: RM23.00 (exclude postage)



M27 (BLUE, PINK AND RED)

GMB PRICE: 15.00 (exclude postage)




M39 (ORANGE, RED AND BLUE)


Dimension: 20.9cm (W) x 15cm (L) x 17.8cm (H)

GMB PRICE: RM16.00 (exclude postage)


BERMINAT??

PM/WHATSAPP/SMS: 0162305024 (Erin)

or like Page Gobok Mommy & Baby

Thursday, November 13, 2014

9, 10, 12, 16 DIY CUBES CARTOON AND PLAIN MURAH DI GMB


READY STOCK



9 CUBES DIY CARTOON WARDROBE

GMB PRICE: RM125.00 (exclude postage)

REFER TO THIS ALBUM FOR MORE DESIGN AND COLOR AVAILABLE



12 CUBES DIY CARTOON WARDROBE

GMB PRICE: RM150.00, RM159.00, RM160.00 
PRICE RANGE DEPENDS ON DESIGN (exclude postage)

REFER TO THIS ALBUM FOR MORE DESIGN AND COLOR AVAILABLE




16 CUBES DIY CARTOON WARDROBE

GMB PRICE: RM170.00, RM172.00, RM174.00, RM180.00, RM186.00 AND RM188.00
PRICE RANGE DEPENDS ON DESIGN (exclude postage)

REFER TO THIS ALBUM FOR MORE DESIGN AND COLOR AVAILABLE




16 CUBES DIY PLAIN WARDROBE

GMB PRICE: RM186.00 (exclude postage)

                    REFER TO THIS ALBUM FOR MORE DESIGN AND COLOR AVAILABLE




16 CUBES DIY PLAIN WARDROBE + SHOES RACK

GMB PRICE: RM182.00 (exclude postage)

                    REFER TO THIS ALBUM FOR MORE DESIGN AND COLOR AVAILABLE



10 AND 12 CUBES DIY PLAIN SHOES RACK

GMB PRICE: RM133.00 (exclude postage)

                    REFER TO THIS ALBUM FOR MORE DESIGN AND COLOR AVAILABLE



BERMINAT??

PM/WHATSAPP/TELE: 0162305024 (Erin)

 atau LIKE Page Gobok Mommy & Baby


Monday, September 15, 2014

Resepi Mudah: Ayam Panggang dengan HappyCall

Salam,

Biasalah orang mengandung, nafsu makan tu jadi luar biasa sikit..eh bukan sikit, jadi luar biasa yang banyak. Aku ni kan, pantang tengok orang upload gambar makanan atau bagi resepi dengan gambar makanan yang sedap..haaa jap lagi teringin aku pun datang, asal nampak je teringin, asal nampak je teringin, parah gini.

Baru ni aku baca blog Fillanie, hehe memang dah lama baca blog dia, resepi yang dia bagi pun simple je, senang ko nak buat, hari tu dia buat ayam panggang, perghhh menggiurkan aku tengok, terus dan-dan tu teringin so weekend baru ni aku suruh En. Syg belikan bahan sebab aku nak buat and ngapp.



Sebab nak makan 3 beranak je, aku buat 4 ketul, tu pun end up Aish taknak makan, Aish sekarang memang tak nak makan, penat aku masak, makannya sesuap, nasib baik dia telan, nasib tak baik dia luahkan balik..aihhh ko ni

First kena make sure ayam tu kering, lepas basuh, aku lap dengan kitchen towel sampai kering.


Lepas dah lap sampai kering, ko sapu butter, ikut suka nak letak banyak mana, agak-agak la ye, jangan terlebih banyak sudah, ni resepi main agak-agak je, aku kalau cuba resepi for the first time, aku akan skema je, ikut je resepi tu, lepas ni baru boleh derhaka.



Lepas dah sapu butter, boleh perap dengan bawang besar sebiji, kicap pekat, kicap manis, madu, sedikit garam, serbuk lada hitam dan serbuk lada putih, dan rupanya akan jadi begini ye. 



Sementara perapkan ayam, aku potong sayur dan lepas tu rebus, aku cuma rebus sayur yang keras-keras je, button mushroom aku ada letak jugak, tapi takyah rebus, sebab jap lagi bila ayam dah hampir masak kita akan letak semua sayur dalam magic pan kita, so rebus pun takyah la lama sangat, kang overcooked pulak.



Takde oven takpe, magic pan kan ada, alaaa lebih kurang oven la jugak ni. Dah settle dengan sayur, baru la start panggang ayam, dalam 25-30 minit, agak-agak la ye, sebab aku pun memang check banyak kali nak pastikan ayam tu betul-betul masak. Senang je nak check, korang cucuk dengan garfu tau, kalau merah tu tak masak la lagi tu.



Ni magic pan aku, aku jual ni tau, sekarang aku kasi harga RM72.00 tak termasuk pos, yang aku jual ni saiz 32cm. Pos ke Semenanjung lebih kurang RM8.00, aku tak pakai poslaju ye, aku pakai ABX :), kalau nak order meh whatsapp 0162305024 atau korang boleh like page aku kat FB Gobok Mommy and Baby.

Gituuuu sempat ko menega ye..hahahaha



Tadaaa...dah siap, sedap tapi tawar sket..hahaha aku takut nak tambah garam banyak-banyak kang masin sangat tak boleh makan la pulak, biar tawar jangan masin ye dok.

Eh satu lagi korang jangan lupa tau, masa ayam tu dah hampir nak masak korang campak sayur-sayuran dalam tu, nanti rasa sayur tu bila dah bercampur dengan kuah ayam, memang sedap.

Serius lepas ni aku nak buat lagi, lepas tu nak derhaka sikit, nak letak sos tiram dengan bawang putih, mesti lagi umpphhh!!.

Oklah tu je, bye!!

Tuesday, June 3, 2014

Flat Shoes di Gobok Mommy & Baby

Salam,

Lama ku menyepi, jangan tanya apa yang aku sibukkan, adalah sibuknya tu..kahkahkah. Btw, sekarang aku jual kasut pulak, kalau korang cari kasut flat yang selesa dan murah, meh beli kat aku, serius selesa sebab material getah, lembut je tapak dia, aku rasa macam jalan atas tilam, kalau korang pregnant memang sesuai sangat pakai kasut ni, tak tipu memang selesa. Kalau korang pregnant kena beli saiz besar sikit la ye, sebab kaki mu akan mengajah dari minggu ke minggu..hahahaha, bercakap dari pengalaman sendiri ni tau.

Warna: Brown
Size: 36, 37, 38 (2 pasang), 39 dan 40


Warna: Red Blood
Size: 36, 37 (2 pasang), 38, 39 dan 40





Warna: Dark Blue
Size: 36, 37, 38, 39 dan 40





HARGA: RM24.00 (tidak termasuk pos)
POS: RM7.00 (Semenanjung) RM 9.00 (Sabah/Sarawak)

Berminat??

PM/Whatsapp/SMS: 0162305024

atau 





Wednesday, May 7, 2014

Homemade

Salam,

Entry pantas buat tatapan korang, sebab mood malas melabel gambar sudah mari..gambar cameron, gambar birthday Aish, gambar wedding bff, gambar Aish main belon air, gambar ehhhh macam2 gambar la..pinor mata, esok kita sambung cerita yeh.





Lamb chop versi pantas dan tuntas

Ku rebus sayur, suamiku marinate dan bakar kambing..settle boleh ngap.

Ok, bye!!

Eh, hari ni last order untuk barang Autumnz ye, sape lambat next month boleh order lagi..hehe

Jangan lupa like page aku Gobok Mommy & Baby

Macam-macam ada :) dengan harga murah dari pasaran


Tuesday, March 18, 2014

Aktiviti dengan Aish

Salam,

Baru semalam cerita pasal kain sulam bandung kan, hari ni pagi-pagi cargo dah call bagitau kain sulam dah sampeeeee..yippeyyy, aku tak sabar, lepas ambik kain terus pergi beli plastik nak bungkus dan nak arrange utk pos esok or bila customer dah bayar je terus aku nak pos. Ye lah dah lama d'orang tunggu, sekali bila aku buka je parcel, aku tengok kain lain yang datang, nak pengsan aku rasa tau, aku order 23 pasang je yang sampai 35 pasang, patutlah maha berat wehhh. Bila aku bagitau supplier aku semula, dia check dan rupa-rupanya tertukar dengan customer dia kat kedah nun, kan dah banyak kerja aku ni jadinya, saborrrr jelah, so aku call kakak kedah tu dan inform dia, kain aku belum sampai lagi ke kedah, bila call cargo, cargo cakap dah on the way ke kedah, nak tak nak memang kena tunggu parcel aku sampai dulu la kat tangan akak tu sebelum dia pos barang aku dan aku pos kain ni ke dia, takpelah, dugaan namanya walaupun aku dah stress ni. Complicated betul, so insyaallah minggu depan aku dapat dan aku pos kain korang ye, aku minta maaf sangat-sangat, dahlah sampai lambat, salah pulak dia..grrrr. Ni cemana aku nak bungkus balik kain tu, berat gile, aduhaiiii ko berikanlah aku kesabaran ya allah. Aku harap sangat memang kain aku tertukar dengan akak kedah tu sebab kain dia kat aku, janganlah tertukar dengan orang lain pulak, dah berganda kerja aku jadinya kang.

Haha stress korang baca, ok-ok sekarang kita kasi cerita gembira. Pagi-pagi sabtu lepas breakfast terus ajak daddy temankan Aish mandi pool, aku suka pergi pagi-pagi sebab takde orang, ko boleh bermaharajalela sesuka hati.



Pakaikan dia pelampung lengan, lepas tu pandailah dia bawak diri, ni pool untuk kanak-kanak, tapi kena tengok jugak, kadang-kadang dia terbabas, sebab dia tenjekkan kaki dia



 Amboiii macam mak ko je yang terlebih seronok ni



Air dah masuk dalam mulut dan hidung dia pun dia masih happy, sian anak mommy jarang-jarang dapat mandi pool. Sekarang jerebu, memang tak boleh la dik, duk la kita dalam rumah je.











Pastu lari terkedek-kedek bila nampak playground



Duduklah dia mengadap orang main kat situ, budak-budak tu pulak tengoookk je dia. Sekarang hari-hari nak pergi playground, tapi lately ni aku tak bagi sebab jerebu, sekarang ni pun Aish dah start batuk. Kalau aku tak bagi, memang mengamuk la dia, bagai nak patah pinggang dukung dia sampai tingkat 8 sebab dia meronta-ronta..waaaaa. Oklah, bye!