Klik Jommm

Showing posts with label Resepi Baby. Show all posts
Showing posts with label Resepi Baby. Show all posts

Thursday, September 10, 2015

Solid Food: Review Autumnz Baby Food Processor

Salam,

Esok, 11 September Alana dah 6 bulan, tapi disebabkan esok dia akan start makan kat rumah babysitter, maka emak yang excited ni plan nak suap dia makan malam ni..hahahahaha. Boleh je nak tangguh hari Sabtu ni, tapi i is tak penyabo punya orang ;) So malam tadi lepas settle dinner dan kerja rumah, aku pun testlah Autumnz Baby Food Processor yang aku baru beli hari tu, errr aku beli dengan diri sendiri je sebab aku jual barang Autumnz, kalau korang berminat jangan lupa contact aku lepas habis baca review ni tau..tau..tauuuuuu.



Ni antara barang paling baru yang Autumnz jual, jadi sebagai reseller, kenalah kita test dulu sebelum jual, so that bila customer tanya soalan, aku tak teragak-agak nak jawab, nasib baik jugak aku baru beranak kecik, adalah alasan nak gunakan duit business sendiri beli sample pastu pakai untuk diri sendiri..mihihihi. Jangan risau ye barang Autumnz ada warranty setahun, dan alhamdulillah aku sendiri dah pakai steriliser dan warmer Autumnz 3 tahun lebih, setakat ni tak pernah rosak dan memuaskan hati, dah lah murah pulak tu, memang investment yang berbaloi-baloi.



Ok ni dia food processor tu, saje aku letak botol susu Alana nak bagi korang agak-agak size dia, tak besar sangat, sedang-sedang je. Siapa yang pernah beli set steriliser warna purple hijau ni dengan aku (Gobok Mommy & Baby), marilah beli food processor ni pulak, kasi matching..kekekeke



Bawah food processor ni ada pelekat getah ni, kot kalau korang blend idokla dia terpelanting, so takyah susah-susah nak pegang macam korang blender cili kering tu ;p.



Yang hijau ni tempat kita letak air, so sebelum apa-apa, kita letak air dulu, senang je, buka penutup hijau ni, masukkan air sampai MAX dan tutup kemas.




Tak payah susah-susah nak sukat air bagai, sebab kat dalam tu ada tanda sampai paras mana air yang korang kena isi, kena isi sampai MAX tau, jangan lebih dan jangan kurang ye. 




Malam tadi aku buat puree pear, lepas basuh dan kupas kulit potong kecik-kecik macam ni ye, jangan la korang gi potong 4 pulak, haaa bercinta nak tunggu buah tu lembut kang.




Settle potong buah dan masukkan dalam bowl boleh la mula steam buah tu, kalau nak steam, pusingkan knob purple tu ke kanan mengikut arah jam, pear kena steam 30 minit, dah siap pusing knob boleh la sambung buat kerja lain, dah siap steam kang dia beep.




Tu tengah steam




Kalau nak blender pusingkan knob purple tu ke kiri mengikut arah lawan jam



Tengok, halus kan, korang tak payah tambah air dah tau lepas steam tu, terus je blend, untuk baby yang baru nak belajar makan kena buat cair-cair je, in case korang rasa puree tu macam masih kasar dan tak cukup air, baru korang tambah air.




Puree dah sejuk boleh tuang dalam bekas ais kiub yang ada penutup dan bekukan, bila anak nak makan just panaskan semula pakai warmer atau buat teknik double boiler je, waaaa senang hidupku selepas ni, tak payah sambil lipat kain sibuk nak jenguk dapur takut buah/sayur Alana terlebih masak.

Personally aku rasa, ni memang gajet yang sangat best untuk mak-mak, tak kiralah ko bekerja or surirumah sekalipun, sebab memang sangat menyenangkan kerja, kurang periuk nak dibasuh, tak payah korang tunggu kat dapur sebab takut makanan anak hangit, ko just steam dan tinggalkan je, siap steam terus blend, senang kan, dah lah harga murah, aku rasa ni memang investment yang sangat berbaloi-baloi, sampai anak 5 pun boleh pakai lagi nanti insyaallah.

Ok dah settle baca review ye, macamana nak beli??

Like Page Gobok Mommy & Baby.

Disebabkan September ni kira first batch aku nak ambik order, so aku buka preorder ye, boleh bayar 2 kali, kotlah anak korang baru 2-3 bulan, dah boleh la bayar ansur2 tu, tapi dah bayar depo, tak boleh la cancel pulak sebab once korang dah depo aku terus ambik stok dan dulukan duit aku, settle bayar baru aku pos kat korang. 

PREORDER AUTUMNZ BABY FOOD PROCESSOR BATCH 1 (SEPT 2015)



Sila order dan buat pembayaran depo/full payment sebelum atau pada 23 September 2015, seminggu lepas tu baru aku dapat barang dan terus pos untuk yang dah buat full payment sahaja. So ETA early October.



HARGA RETAIL: RM229.90

GMB PROMO PRICE FOR SEPT: RM170.00 (exc postage)


CITYLINK: RM18.00 (1-3 HARI BEKERJA)
POS DOMESTIK: RM9.00 (4-5 HARI BEKERJA)

ORDER SEKARANG MAYBE BULAN DEPAN EMAK ALANA NI TAK BAIK HATI DAH..KUEKEKEKEKE..MAI LAAAAAAA


Whatsapp/SMS/Telegram: 0162305024 (Erin)

Ok, bye!!


Wednesday, September 9, 2015

Solid Food: Makanan Pertama Bayi 6 Bulan

Salam

Gituuuu tajuk mak hari ni..hahahahaha. Alhamdulillah, Alana dah 6 bulan Jumaat ni, kejap je kan, jangan kata ko, aku pun rasa ehhh kejapnyaaaa, maybe sebab dah anak kedua, tumbesaran dia tu macam tak terasa, tetiba je dah besar, Aish dulu anak pertama agaknya, diaaaaa je yang ku hadap hari-hari so terasa jugaklah lamanya nak tunggu Aish ni besor, awat tak besor-besor ko ni dik..hahahaha.

Tujuan aku buat tajuk gitu sebab senang orang nak google nanti, sebab yelah Aish pun dah 3 tahun, dah lupa dah apa yang aku kasi dia makan dulu, terpaksalah google dan bertanya balik dengan kawan-kawan yang baru beranak kecik macam aku, sebab knowledge diaorang pasal solid food ni pun kira fresh-fresh lagi, agak malas nak google aku telegramkan aje, laju masing-masing jawab, senang kerja mak ni.

Zaman sekarang tak macam dulu, dulu yang aku perasan especially kalau mak-mak yang bekerja ni, diaorang bagi nestum je, tapi sejak zaman aku menceburkan diri sebagai mak, memang masing-masing akan masak untuk anak, which is aku rasa sangatlah bagus. Kalau ko bekerja pun ko masih boleh masak untuk anak tau, sama macam susu ibu jugak, lepas masak ko boleh bekukan je, setiap kali anak nak makan just panaskan pakai warmer atau ko buat double boiler.

Seriously, aku sangatlah excited nak suap Alana makan, sangat-sangat excited, dah siap beli feeding set kaler merah, belikan thermos nak letak makanan dan hantar panas-panas ke rumah babysitter nanti, belikan bib and belikan food feeder. Tak sabar nak tengok reaksi muka dia sebenarnya..alolololo mak-mak memang begini.

Sama macam Aish jugak untuk 6 bulan aku akan mulakan dengan puree buah atau sayur. Masa Aish dulu aku start dengan sayur, tapi kali ni aku ingat nak start dengan buah la dulu. Tapi sebelum tu dah siap google dan bertanya sana sini jenis buah yang sesuai untuk baby 6 bulan, tak semua buah or sayur boleh kita bagi ye, sebab ada yang jenis bergas dan tak sesuai lagi untuk baby yang baru 
makan. 




Korang print ni dan highlight ikut umur anak, so everytime nak shopping buah or sayur untuk dia senang. Untuk permulaan ni aku decide nak mulakan dengan pear, epal dan peach, dah ku suruh En. Syg belikan tadi..hehe.

Seeloknya untuk baby yang baru belajar makan, korang buat satu jenis je, contohnya pear, lepas basuh dan kupas kulit, steamkan buah (nak rebus pun boleh tapi sebaiknya steam so khasiat buah/sayur tu tak pergi pada air rebusan) dan kisar halus, kalau agak was-was, lepas blend boleh tapis pakai penapis teh tu, beli asing untuk anak tau, kang pening anak ko makanan dia bau teh..hahahaha. Kena buat cair-cair je, sebab diaorang baru nak belajar makan, selalunya untuk permulaan bagi sehari sekali je, dan sekali makan dalam 2-3 sudu je, buat rasa-rasa kata orang, nanti slowly baru ko increase kan sikit jumlah makanan dan maybe lepas seminggu dua boleh bagi baby 2 kali sehari, ikut kesesuaian anak kita sebenarnya, sebab setiap baby berbeza. 

Pastikan korang buat 4 days rule sebab nak pastikan yang anak kita tak alergik/kembung/sembelit dengan makanan yang kita bagi tu. Oh lupa, kalau korang nak campur dengan susu ibu or formula pun boleh, barulah rasa lemak-lemak manis gitu. Kalau anak korang menyusu badan, letak susu ibulah, kalau dah minum fm, buh fm lah.

Lepas anak korang dah lulus dengan satu buah/sayur, boleh campur buah/sayur untuk next menu, contoh pear+ kurma, epal + pisang, pandai-pandailah campur ye jangan rasa pelik sudah..haha. Macam tu lah seterusnya sampai dia 7 bulan barulah start dengan bubur nasi. Ada orang 6 bulan dah kasi bubur, lagi sekali ikutlah kesesuaian anak ye, kalau anak ok, oklah tu, tapi aku rasa lagi baik buah/sayur dulu untuk permulaan so tak berat sangat perut baby nak hadam ;) 

Masa Aish dulu ku tibai aje asalkan Aish suka dan tak kembung/sembelit, kali ni nak alert sikit pasal makanan yang boleh buat kahak.



Ok ni baru entry permulaan, berazam ni lepas ni nak update pasal solid food Alana kerap sikit, mana tau ada rezeki anak ketiga nanti boleh refer blog sendiri je. Oklah bye!!


Thursday, September 12, 2013

Resepi: Spagheti Sup Daging untuk Aish

Salam,

Dah makan?? Semalam aku baca blog Anis, baru teringat nak share resepi yang aku buat untuk Aish baru-baru ni. Alaaa resepi untuk budak, senang je, tapi aku nak share jugak sebab Aish yang sekarang makin kurang selera makan dia, boleh makan resepi yang aku masak ni sampai habis. So aku agak, sedap la tu kannnnnnn, tinggal dia je tak pandai nak cakap yang masakan campak-campak mak dia ni sedap..ngeh..ngeh. Aku share ni pun bukan nak cakap aku ni pandai masak sangat, tapi yelah kalau dah hari-hari masak untuk anak, buntu jugak dibuatnya, dah tak tau nak pusing resepi yang mana, balik-balik itu. Nasib baik Anis share resepi tomyam baby tu, lepas ni boleh aku test, kalau tak idoknye aku terfikir nak buat tomyam untuk anak sendiri.



Bahan-bahan

Spagethi
Daging cincang
Tomato (potong dadu kecik-kecik)
Bawang Putih (tumbuk kasi pecah je)
Sayur cincang kecik-kecik (aku pakai kubis panjang)
Ikan bilis (buang semua tulang, dan tumbuk halus-halus)
Air
Tofu telur dan tauhu lembut
Garam (kalau mahu)

1. Mula-mula rebus bawang putih dengan air
2. Bila dah panas dan hampir menggelegak masukkan tomato
3. Bila dah menggelegak masukkan daging, ikan bilis tumbuk
4. Agak-agak daging dah hampir masak, ko masukkan spagethi. Jangan lupa patah-patahkan kasi pendek, senang anakmu nak makan nanti, masa ni aku buat api kecik je, sebab kita nak rebus spagethi tu sampai masak dalam sup
5. Bila spagethi dah hampir lembut dan masak, ko masukkan sayur, tofu telur dan tauhu
6. Jangan lupa check spagethi ye, once dah betul-betul masak, tutup api dan boleh kasi anak makan

Senang je kan, sedap sebab spagethi tu ko rebus dalam sup, memang serap rasa dia, aku suka rebus api kecik sampai sup hampir kering, berair sikit-sikit je, aku tumpang makan dengan Aish sekali. Kadang kalau ko dah letak ikan bilis, tak payah letak garam pun ok, sebab rasa masin ikan bilis tu dah ada. Pandai-pandai la agak ye, nak tukar daging kepada ikan pun boleh, sukahati ko lah. Selamat mencuba..wahhh chef sangat bunyinya ni. Ok bye!

Thursday, March 28, 2013

Puding Oat untuk Baby

Hello, first time ni buat puding untuk Aish, kesian benor, anak dah dekat setahun baru nak bagi dia makan puding, ni pun aku stumble upon one blog yang rajin sangat masak untuk anak dia, terkagum kejap. So aku ingat-ingat dalam kepala je resepi dia, senang je, sesuai la untuk aku yang anak takmo berpisah ni, aku bagi dia main botol, aku buat cepat-cepat. Aku tau korang dah expert buat puding untuk anak tapi aku tetap nak share, manalah tau ada orang yang baru nak belajar tetiba terbaca blog aku, kan ke pahala tu kongsi ilmu..ececeh

Ok resepinya ya puan-puan

Sebiji telur
1/4 cawan oat
1/2 cawan susu (EBM or formula)
Buah ikut apa yang ada dalam peti (aku pakai prune)
Campur dan kukus sampai masak (aku kukus dekat 40 minit tau, sebab aku risau tak masak bebetul, ko nak masuk oven pun boleh, lagi cepat)



Sebelum



Selepas

Senang je kan, sambil pejam mata pun boleh siap, dah siap aku keluarkan dan sejukkan, suap la dekat Aish, dia makan 4-5 sudu ok je, masuk 6 sudu, dia buat muka nak muntah (wek..wekk) lepas tu dia terus muntah keluar balik semua yang dia makan tadi..hmpphhh tak suka la tu. Aish ni aku buat pasta pun dia muntah, aku syak dia geli makan benda yang lemak-lemak creamy ni, nanti aku cuba bagi la, kotla dia mau pulak kan

Penat mak ko berkejaran ke dapur memasak..sobsss, takpelah lepas ni aku test resepi lain pulak. Bye


Wednesday, January 9, 2013

Resepi Best untuk Baby

Assalamualaikum dan Selamat Tengahari ye puan-puan. Dah makan ke belum? Makan apa tadi? Saye makan lakse (laksa, orang pahang sebut lakse), tapi lakse pedas sangat, dahlah mulut tengah ulser, so lakse tak habis, jap lagi kang mesti dah lapar balik dan mengagau cari biskut HupSeng bawah meja. Ok berbalik kepada tajuk di atas ye puan-puan, hari ni ye puan-puan saya nak update pasal satu resepi yang cambest untuk baby puan-puan. Kalau puan-puan nak buat untuk tekak sendiri pun boleh sebab resepi ni sedap dan menyelerakan. Dahlah senang gile nak buat. Eh penatlah jadi chef ni, ok bertukar jadi diri sendiri semula.

Aku tiru resepi ni dari blogger MommyCha, btw aku baru join group Solid Food kat FB dan baru ternampak resepi yang sama kat situ, tapi disebabkan aku mula-mula tau pasal resepi ni dari blog MommyCha, aku kira aku tiru MommyCha la ni. Aku teruja nak cuba bila MommyCha cakap Mikha suka makan resepi ni, dan-dan aku rasa aku pun suka nanti. Gituuuu macam aku je yang nak makan kan, ok mari kite tengok resepi dan gambar

Mula-mula ye puan-puan, sila pergi ke pasar dan beli kentang, brokoli dan cheese. Itu saja barang yang diperlukan, dah kata resepi senang kan. Aku pakai Beqa cheese, tapi bukan macam MommyCha punya, aku beli yang lain punya, pening aku tengok cheese kat Jaya Grocer, beratur bertingkat-tingkat sampai naik pening nak pilih. So aku pejam mata dan ambik saje.

Mula-mula aku steamkan kentang dan brokoli, dah siap masukkan dalam blender, parut cheese sikit dan blend, semua aku main agak-agak je, takde sukatan yang betul-betul, 2-3 kali jugaklah aku rasa sampai mencapai tahap piawaian aku baru aku frozenkan. Senang kan? dan sedap jugak



Kemain berkecah dapur, kalau masuk MasterChef, confirm terkeluar awal. Nak kejar masa ni, masa ni dah dekat pukul 12malam, hari bekerja, suami dan anak sudah mengeroh, aku masih di dapur.

Ni jelah gambar yang aku boleh upload, yang lain semua tak nak enterframe, kenapa tah tak boleh upload. So esoknya aku bagi Aish makan resepi baru as dinner dia, dia tak mau makan, ok aku fikir maybe dia mengantuk sangat sebab tu dia tak mau. Second day aku cuba bagi lagi, pun dia tak mau. Aku tunggu weekend pulak, aku bagi as breakfast, dia makan sikit je, lepas tu dah tak mau, satu hari aku bagi menu ni, tetap tak mau, lepas 2-3 sudu dah tak mau, bila aku makan sedap je rasanya.

Semalam aku campur dengan bubur nasi, terus mau, habis dia makan, oooo nak bubur rupanya budak kecik ni, tak mau makan kentang sesaja, sungguh Melayu rupanya. Tolonglah cuba resepi ni sebab sedap sangat, Aish Yusuf ni kes terpencil kot..hahaha. Baru ni aku perasan dia suka makan bubur nasi dimasak dengan ikan bilis, peas, ayam and cheese, 2 mangkuk dia makan T_T, perut buncit macam nak meletup, aku takut nak pegang perut dia, takut dia termuntah sebab kenyang sangat. Tak kisahlah kan, asalkan dia makan, bersyukur dah mak ko ni dik. Bye semua and selamat mencuba, tajuk resepi aku tak tau.