Klik Jommm

Thursday, September 12, 2013

Resepi: Spagheti Sup Daging untuk Aish

Salam,

Dah makan?? Semalam aku baca blog Anis, baru teringat nak share resepi yang aku buat untuk Aish baru-baru ni. Alaaa resepi untuk budak, senang je, tapi aku nak share jugak sebab Aish yang sekarang makin kurang selera makan dia, boleh makan resepi yang aku masak ni sampai habis. So aku agak, sedap la tu kannnnnnn, tinggal dia je tak pandai nak cakap yang masakan campak-campak mak dia ni sedap..ngeh..ngeh. Aku share ni pun bukan nak cakap aku ni pandai masak sangat, tapi yelah kalau dah hari-hari masak untuk anak, buntu jugak dibuatnya, dah tak tau nak pusing resepi yang mana, balik-balik itu. Nasib baik Anis share resepi tomyam baby tu, lepas ni boleh aku test, kalau tak idoknye aku terfikir nak buat tomyam untuk anak sendiri.



Bahan-bahan

Spagethi
Daging cincang
Tomato (potong dadu kecik-kecik)
Bawang Putih (tumbuk kasi pecah je)
Sayur cincang kecik-kecik (aku pakai kubis panjang)
Ikan bilis (buang semua tulang, dan tumbuk halus-halus)
Air
Tofu telur dan tauhu lembut
Garam (kalau mahu)

1. Mula-mula rebus bawang putih dengan air
2. Bila dah panas dan hampir menggelegak masukkan tomato
3. Bila dah menggelegak masukkan daging, ikan bilis tumbuk
4. Agak-agak daging dah hampir masak, ko masukkan spagethi. Jangan lupa patah-patahkan kasi pendek, senang anakmu nak makan nanti, masa ni aku buat api kecik je, sebab kita nak rebus spagethi tu sampai masak dalam sup
5. Bila spagethi dah hampir lembut dan masak, ko masukkan sayur, tofu telur dan tauhu
6. Jangan lupa check spagethi ye, once dah betul-betul masak, tutup api dan boleh kasi anak makan

Senang je kan, sedap sebab spagethi tu ko rebus dalam sup, memang serap rasa dia, aku suka rebus api kecik sampai sup hampir kering, berair sikit-sikit je, aku tumpang makan dengan Aish sekali. Kadang kalau ko dah letak ikan bilis, tak payah letak garam pun ok, sebab rasa masin ikan bilis tu dah ada. Pandai-pandai la agak ye, nak tukar daging kepada ikan pun boleh, sukahati ko lah. Selamat mencuba..wahhh chef sangat bunyinya ni. Ok bye!

12 comments:

  1. Ok tq erin.

    Ada lg resipi br.aku kna masak blk tuk yaya yg best2 ckit.dia da mla ssa blk nk mkn.

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. boleh kak, semua yg sy letak tu budak 10 bulan pun boleh makan, tp klu akak blum start Aish dgn daging, maybe kena test dulu, letak ayam pun boleh, tukar2 je

      Delete
  3. Suke baca blog erin, slamberrr je, n slalu citer pasal baby.. Kita dok area yg sama ni.. Still slalu pergi jaya grocer lagi? Since mydin dah siap ni rasanya jaya grocer sure dah slow sgt hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kite pun suka baca blog dia laaa, x komen je. Baca dari sebelum awk kawen tau, awk org kuantan, sy org temerloh, selalu pergi jaya grocer, eh klu terserempak tegur tau, hari tu ada pergi sekali je mydin, try test..ok jugakkan, duk bukit jelutong jugak kan?

      Delete
    2. huhuuu yekeeeee... :D a'ah dok kt jln kubah.. akak slalu grocery shopping kat mydin. erin slalu beli organic food utk aish kan? kat mydin pon dah bnyk organic food dah.. promo mydin nih hehe. anyway jaya grocer tuh akak slalu pegi utk cari brg imported. kafe dia punye lasagne pon beshh.. ok kalo terserempak akan kutegur.. kalo agak2 tak malu la.. hehe :P

      Delete
    3. mana update pasal baby, lama tunggu nih nk tgok baby akak :)

      Delete
    4. takde feel nak apdet.. prasan bizi manjang.. :P

      Delete
  4. Wa.. mcm sedap.. harap rajin nak masak utk arissa hjg mgu ni. Hoho.

    ReplyDelete
  5. erin!tlg buatkan tuk alisha boleh dok?hehehehe

    ReplyDelete
  6. yeay tq kak.boleh buat utk princess.tpi kan.princess xminat sgt mkn pasta2 ni.cane ni.haih~ nk nasi gak mcm mak dye.

    ReplyDelete