Klik Jommm

Wednesday, November 23, 2011

Rabu dengan sedikit kata

Busy sikit hari ni, sibuk kira claim sebenarnya, sambil sengih-sengih bahagia..haha. Last week first time makan happy meal McD, memang happy!! tu pun sebab pengaruh rakan sebaya yang makan happy meal semata nak kumpul toys untuk baby dia, aku takde baby, so tak tau nak transfer kat baby sape toys ni. En. Syg: "eh, ni yang bobblehead tu kan, boleh letak dalam kereta, belikan satu lagi" Issshhh baby tua mucuk macam ni.




Suami pergi celebrate birthday kawan dia, so isteri di rumah masak makanan yang disukai




Ikan bakar 2 ekor dengan daging black pepper bakar + air asam..nyumsss

Tuesday, November 22, 2011

Hai

Ok tajuk memang takde kena mengena dengan isi karangan hari ni. Eh, hari tu En. Syg terbeli sesikat pisang yang mengandungi 4 biji pisang kembar siam (ayat). Aku nak makan, En. Syg tak kasi, fine, aku tak tau apa relevennya, tapi menjadi isteri yang mithali, aku makan jelah pisang yang single, sampailah akhirnya pisang habis dan yang tinggal hanyalah pisang kembar siam

Aku: Syg, rin nak makan pisang, tapi pisang single dah habis tinggal yang kembar ni je, tapi syg tak kasi rin makan

En. Syg: Hmm makan jelah..

Aku: OK (laju capai pisang terakhir)



 Kenyang, sampai tak larat nak habiskan

Ok, cerita pasal checkup kat KK hari semalam. HB dah naik 11.2 tapi tetap kena makan iron tablet 2 kali sehari, nak maintain HB, berat pun naik 1kg dalam masa 2 minggu, kenapa badan cepat betul menyimpan lemak sekarang? akibatnya minum air gula bulan depan..sobss


Friday, November 18, 2011

Ini entry masak memasak

Hai semua *bajet Sheila Rusly* aku memang tak pandai masak, dah kahwin ni baru hegeh-hegeh call Ma or mak mertua tanya resepi. Bukanlah tak pandai langsung, setakat goreng ikan, goreng sayur, tomyam, bihun sup, spagheti, masak senang-senang tu taulah, ni kalau masak complicated tu yang masalah sikit. So di suatu petang yang damai.......

En. Syg: (thru phone) Sayang, awak dah beli barang masak ke? hari ni saya teringiiiiiiiinnnnnnnnnnnnnnnnn sangat nak makan mee bandung, awak buatkan boleh?

Saya: Rin tak pandai la sayang

En. Syg: Ok, awak beli bla bla bla, mula-mula awak masukkan bla bla bla, lepas tu bla bla

Saya: *blur*

En. Syg: Takpelah awak sedia bahan, saya masak balik nanti.

Saya: OK

Dah beli barang, sampai rumah, tiba-tiba En. Syg call balik

En. Syg: Saya balik lambatlah hari ni, awak masaklah, nanti awak call mak tanya resepi eh

Saya: Nanti rin refer internet jelah

En. Syg: Tak boleh, awak kena call mak jugak

Saya: Baiklah suami



Mak cakap, mula-mula buat stok daging (saya buat stok daging dalam periuk Ikea yang dihadiahkan oleh bff saya, tengkiu sesayang ku, ada jugak gunanya periuk korang nih)



Lepas tu tumis bawang putih je, tapi menantu degil nak jugak letak bawang besar, nak jugak, nak jugak tak kira ;p (ni bawang cincang, rumah takde lesung batu..sobsss)



Lepas tu boleh masukkan cili giling, rumah ko ada cili tak?

Ada mak


Pehtu masukkan pulak taucu, ko lenyek-lenyek dulu taucu tu rin, nanti kalau tergigit tak sedap pulak "baik mak" (muka gigih lenyek taucu dengan sudu, taucu asyik lari je, ya allah kurniakanlah aku lesung batu..)



Mak, sos tomato tak payah masuk ke?

A'ah masukkan sekali, mak lupa nak bagitahu ko

Sos cili ngan sos tiram?

A'ah masuk jugak 

T_T 
(masa bercinta dulu aku pernah buat simbol ni kat En. Syg dalam email, lepas tu dia reply T T tu ape?? kahkahkah dari planet mana anda datang sayang??)



Udang ko ada beli rin?

Ada mak

Haa ko masukkan udang, lepas tu stok daging dengan dagingnya sekali, dah didih masuk tauhu, ko beli tak tauhu?

Iye ada mak

Dah didih nanti ko pecahkan telur dalam tu, bagi telur tu seketul-seketul, nak makan nanti baru ko masukkan sawi, ha dah siaplah tu

OK

Setengah jam kemudian, berbekalkan memori otak sendiri tentang susun atur resepi mertua



Eh dah jadilah, hehehehe, otw balik suami call

En. Syg: dah siap masak? sedap tak?

Saya: Sedap sebab saya yang masak

Sampai rumah suami makan sambil mengeluh "sedapnyaaaaaaaaaaaaaaa, macam mak punya, tq sayang"

Saya: hnssfff hnsssfff hnsssffff (hidung kembang kempis secara berkala)


Thursday, November 17, 2011

Cer Teka

Cer teka ni kuih apa? Kuih raya? kuih bunga?






Kuih jalin? Bentuk pretzel pun ade..hehe, ni adik ipar aku yang pintal, aku tengok je


Petang-petang tengok gambar kuih, terus rasa lapar..huuuuuuu. Dahlah gemok dempok semuanya. Dapat teka tak?

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*
*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*




Ni kuih donut, tapi kat rumah mertua dia buat seketul je rupa donut, yang lain memacam rupa, suka hati je nak pintal, aku nak tolong pun takut, takut salah pintal..haha. Buat sambil main macam gentel tanah liat adik ipar aku cakap.






Ni mak mertua aku buat, dia cakap ni siput..haha, mak..mak..comellah mak ni. Sedap, lembut jee. Terima kasih mak mengubat mengidam saya, lepas ni nak mengidam apa eh?


Wednesday, November 16, 2011

Aktiviti hujung minggu

Cerita beberapa minggu lepas, eh macam tak biasa pulak kan, dah berminggu-minggu baru nak update :p. Aku balik Rawang, En. Syg pergi main golf, habis takkan nak tinggal kat rumah sorang-sorang, so aku ikut family mertua main bowling kat Bukit Beruntung Golf Club, aku rasalah, aku pun dah tak ingat. FIL nak bawak adik ipar aku yang stress bergumbira, ingat tak stress ke jadi doktor, stress manjang tau, dahlah ngadap orang sakit je, nak ngadap sakit hati sendiri lagi asyik kena marah. Tapi main kat sini selesa, tak ramai orang, tidaklah macam pergi shopping mall yang orang beratur tunggu giliran, dan-dan ko nervous terus bola asyik masuk longkang, sini boleh bermain secara lembab, takde orang tunggu pun.



Tengok, seperti tempat bowling ni kami yang punya.



Pemain 1 (SIL) tangan tak bedung, asyik masuk longkang je..hehe



Pemain 2 (ibu mertuaku)



Pemain 3 (bapa mertuaku)

Pemain 4 aku lupa nak ambik, penunggu ke 5 aku, ibu mengandung tak boleh main, bola berat, so kena jadi penunggu je. Apa penunggu buat selain makan non stop? Ye, ke toilet berulang kali, ambik gambar dan menguap beberapa puluh kali, mengantuk gila..haha. Sampai rumah, goreng ikan, lunch lepas tu tido, heaven gila.

Tuesday, November 15, 2011

18 weeks ++

Syukur alhamdulillah, dah 18 minggu, so far i'm doing ok. Ok lah, pening datang sekali-sekala je, loya pun sekali sekala jugak, taklah hilang terus semuanya. Aku rasa aku ni one happy pregnant lady, jarang sangat lah aku sensitif ni, kalau menangis pun sebab makanan je, sebab hari tu aku nak makan durian sangattttttt, menangis sebab durian yang dibeli tak sedap..haha ngada je. Dahlah tak boleh makan banyak, of courselah aku nak makan 2-3 butir durian yang lemak berkrim disukai ramai, alih-alih dapat yang hampeh belaka, sakit hatiku.

Hari tu masa 17 minggu buat checkup kat KK, hb pulak rendah 10.5 je, berat naik sampai 3.5kg..sobsss. Masa mengandung ni berat naik mencanak-canak, sampai aku jadi takut nak makan. Lagi 2 minggu meh datang KK lagi, nak check hb sekali lagi. Sabar jelah, masa 3 bulan hari tu darah tinggi, sekarang hb pulak, 6 bulan nanti doktor suruh minum air gula pulak, sebab berat naik banyak sangat, nasib baik family takde diabetes, tu pasal dia postpone sampai kandungan 6 bulan. Hopefully baby aku sihat. Tak sabar nak scan next month nak tengok gender, lepas tu boleh start berangan nak letak nama apa, nak beli baju cemana..oh..ohh tak sabar.

Hari tu scan masa 4 bulan baby tengah tidur, dia ek ek sikit je, aku scan pun dah malam dalam pukul 10 kot sebab sakit perut teramat. Oklah aku update ni pun buat syarat je, sebab kalau tak update sehari, En. Syg denda RM2 kena masuk tabung baby. En. Syg pulak akan bayar aku RM5 untuk setiap follower yang bertambah, pun aku masuk kan dalam tabung baby. Lepas tu sekarang pantang nampak duit 50sen sekeping, kitaorang kumpul letak dalam tabung pun untuk baby. Kayalah baby cani, nanti bleh mummy pinjam sket.

Friday, November 11, 2011

Pizza Huuuuuttttttttttt (tajuk versi lagu)

Aku sebenarnya tak suka sangat makan pizza. Tak kenyang, except for mushroom soup and salad dia lah, itu favourite. Tapi bila pregnant, eh asyik terbayang-bayang pizza je. Sejak pregnant dah 2 kali ajak budak office lunch kat pizza. Baru-baru ni teringin nak makan pizza yang ada cheese bertingkat-tingkat tu, ala yang nipis tu. Tapi bila pergi Pizza Hut, dah takde pulak, dah ganti dengan Ultimate Cheesy 7, bolehlah asalkan cheese, pastu boleh add topping dia, ko nak Hawaian ke, tuna ke, boleh saje asal tambah juga duitnya.



Sungguh cheese sekali, rasa cheese sesaje, makan 1 slice pun dah nak muak


Nampak yang bulat-bulat macam fishball tu, itu cheeseball, tak mampu nak dimakan, cheese pekat, geli tekak



Ini saya, sejak mengandung semua cakap saya comot, tak terurus, rambut mengerbang-ngerbang, muka pucat, lipstik takde, cer ko ngandung ko tau la betapa takde moodnya ko nak bercomel-comel, pagi-pagi nak melayan loya, ada mood nak sapu lipstik, tak kose.

Saya terpaksa minum milo walaupun set yang saya order ada air gas sedap, demimu bayi, mummy tahankan saja, tu pun mummy ngelat sroott srooot air orang depan..ehehehe, sikit je, rasa hujung lidah. Tengok gambar ni baru aku percaya yang hidung aku besar, maafkan saya suami kerana tidak mempercayaimu selama ini, bayi, sila ambik hidung mummy, lepas ni daddymu tidak mampu mengata lagi, sebab mummy sudah ada geng..miahahaha..GENG HIDUNG BESAR!!..eh. Ok, dahlah merepek, bye