Klik Jommm

Wednesday, November 16, 2011

Aktiviti hujung minggu

Cerita beberapa minggu lepas, eh macam tak biasa pulak kan, dah berminggu-minggu baru nak update :p. Aku balik Rawang, En. Syg pergi main golf, habis takkan nak tinggal kat rumah sorang-sorang, so aku ikut family mertua main bowling kat Bukit Beruntung Golf Club, aku rasalah, aku pun dah tak ingat. FIL nak bawak adik ipar aku yang stress bergumbira, ingat tak stress ke jadi doktor, stress manjang tau, dahlah ngadap orang sakit je, nak ngadap sakit hati sendiri lagi asyik kena marah. Tapi main kat sini selesa, tak ramai orang, tidaklah macam pergi shopping mall yang orang beratur tunggu giliran, dan-dan ko nervous terus bola asyik masuk longkang, sini boleh bermain secara lembab, takde orang tunggu pun.



Tengok, seperti tempat bowling ni kami yang punya.



Pemain 1 (SIL) tangan tak bedung, asyik masuk longkang je..hehe



Pemain 2 (ibu mertuaku)



Pemain 3 (bapa mertuaku)

Pemain 4 aku lupa nak ambik, penunggu ke 5 aku, ibu mengandung tak boleh main, bola berat, so kena jadi penunggu je. Apa penunggu buat selain makan non stop? Ye, ke toilet berulang kali, ambik gambar dan menguap beberapa puluh kali, mengantuk gila..haha. Sampai rumah, goreng ikan, lunch lepas tu tido, heaven gila.

2 comments:

  1. penah jugak main kt situ..memang xde orang dan MURAH..!!hehe

    ReplyDelete
  2. nur: a'ah kan, takdelah stress macam main kat midvalley nun, ramai gile orang

    ReplyDelete