Aku sebenarnya tak suka sangat makan pizza. Tak kenyang, except for mushroom soup and salad dia lah, itu favourite. Tapi bila pregnant, eh asyik terbayang-bayang pizza je. Sejak pregnant dah 2 kali ajak budak office lunch kat pizza. Baru-baru ni teringin nak makan pizza yang ada cheese bertingkat-tingkat tu, ala yang nipis tu. Tapi bila pergi Pizza Hut, dah takde pulak, dah ganti dengan Ultimate Cheesy 7, bolehlah asalkan cheese, pastu boleh add topping dia, ko nak Hawaian ke, tuna ke, boleh saje asal tambah juga duitnya.
Sungguh cheese sekali, rasa cheese sesaje, makan 1 slice pun dah nak muak
Nampak yang bulat-bulat macam fishball tu, itu cheeseball, tak mampu nak dimakan, cheese pekat, geli tekak
Ini saya, sejak mengandung semua cakap saya comot, tak terurus, rambut mengerbang-ngerbang, muka pucat, lipstik takde, cer ko ngandung ko tau la betapa takde moodnya ko nak bercomel-comel, pagi-pagi nak melayan loya, ada mood nak sapu lipstik, tak kose.
Saya terpaksa minum milo walaupun set yang saya order ada air gas sedap, demimu bayi, mummy tahankan saja, tu pun mummy ngelat sroott srooot air orang depan..ehehehe, sikit je, rasa hujung lidah. Tengok gambar ni baru aku percaya yang hidung aku besar, maafkan saya suami kerana tidak mempercayaimu selama ini, bayi, sila ambik hidung mummy, lepas ni daddymu tidak mampu mengata lagi, sebab mummy sudah ada geng..miahahaha..GENG HIDUNG BESAR!!..eh. Ok, dahlah merepek, bye
No comments:
Post a Comment