Klik Jommm

Thursday, October 17, 2013

Meet the Gojes: Put dan Dyll

Salam,

First day bekerja, alhamdulillah Aish dah baik demam semalam, dia start demam dari hari Sabtu sampai Selasa, meragam bukan main, aku balik Temerloh pun tak buat kerja sangat sebab asyik melayan dan mendukung dia, nak berdukung setiap masa, rebeh pinggang mak dia ni dah..hahaha.

Hari Ahad baru ni, 13 Oktober 13 rumah parents aku buat kenduri aqiqah anak buah aku, kebetulan buat kenduri besar sikit, takdelah besar sangat kira medium size gitu..haha ada kenduri medium size?? so Ma aku memang suruh aku ajak kawan-kawan, memang ku ajak la seluruh warga Gojes, especially yang duduk Pahang la kan, siap bagi no phone ni, tapi bila sampai kampung, line takdok, disebabkan takdok line aku memang tak expect langsung bebudak Gojes akan datang kenduri ni. Yelah buatnya diorang sesat tak jumpa rumah, call aku tak dapat-dapat, ada yang patah balik kang, aku pun lupa nak bagi phone no. Asrul. Tapi alhamdulillah, aku baru je siap pakai tudung, baru nak bersosial dengan saudara mara, tetiba ada orang panggil depan pintu..ehhhhhhhhh Put dengan Dyll datang ko, terus mak terharu..sroottt srrooott sedut hingus (yeyekkk). 

Appreciate sangat, nasib baik jugak rumah parents aku pun tepi jalan je, so memang tak susah nak dicari and Dyll pulak cakap husband dia memang ada sedara kat kampung tu and sebelum ni pun dia dah perasan rumah parents aku ni (rumah parents aku baru buat, so orang memang akan perasan la, sebab dulu hutan tetiba sekarang dah ada rumah pulak kan). 

First time jumpa rasa macam dah lama kenal, Dyll pernah datang kenduri kahwin aku, datang tengok pelamin jelah sebab dia ambik vendor pelamin yang sama dengan aku, and dia kahwin selepas aku, dia tak datang makan pun sebab dia bukan guest aku (masa tu belum kenal dia lagi, and rumah dia jauh dari rumah aku walaupun kitaorang setaman), lepas aku kahwin baru dia jumpa blog aku and tegur. Sekarang family aku dah tak duduk taman tu, rumah kat taman buat homestay, kitaorang jadi orang kampung sekarang, lagi syiokkk.

Puteri pulak pernah kawan dengan adik aku, K.cik masa dia kecik dulu, diaorang satu sekolah rendah, bila Puteri dah kerja, dia kenal pulak kakak sulung aku, sebab diaorang kerja tempat yang sama, sekarang Put dah transfer KL so dah tak sama tempat kerja la dengan Along aku, nampak tak link kat situ..haha masing-masing kenal dari kejauhan je.



Ustajah pilihan sangat pose aku tu, sopan kan. Ya allah Yayannnn tu memang menggeramkan, dia siap naik buai berendoi lagi..hahaha


Aish berguling takmo bergambar, semua orang tengok ko dik, terpaku Ilman and Yayan tengok perangai molekmu itu. Ilman pun tak sihat sangat, so banyak diam je



Dengan anak-anak. Kemain comel anak korang hah.

Gambar banyak, tapi kalau aku upload banyak-banyak kang gitu jugak rupa aku, tq korang sebab datang, raya nanti kena datang lagi sebab dah tau rumah kan. Ok, bye!


Friday, October 11, 2013

Update: Living Hall (Frame dan Pasu Baru)

Salam Jumaat semua,

Hari ni nak update pendek je, sebab malas, boleh? Esok, insyaallah kitaorang nak balik Temerloh, Ahad ni ada kenduri Aqiqah untuk anak saudara aku. Sembelih seekor kerbau, makanya kenduri pun kenalah besar, bila kendurinya besar, nak pulak masak gotong royong dengan orang kampung makanya banyoklah kerja acik ni nanti..hahaha, last parents aku buat kenduri besar macam ni masa aku kahwin 2 tahun lepas, tapi pakai katering,  this time masak sendiri. Hopefully tak banyak kerja kena buat..haha harapan apakah itu, sah-sah la banyak kerja oiii. Hari ni nak update pasal frame dan pasu baru untuk living hall aku :)



Tumbuhan pelsu: RM12.90
Pasu: RM9.90
Frame: RM14.90

Semua pun dari IKEA. Sorry Aish, bilikmu dah jadi favourite spot mommy untuk ambik gambar, tumpang ye nak..kihkih.

Nanti dah siap aku show off ok, hari ni gambar baru siap, so minggu depan la aku gebangkan.  Ok bye!


Thursday, October 10, 2013

Buai

Salam,

Nak gebang gambar lama Aish, masa ni kitaorang balik Rawang, ke rumah nenek suamiku aka moyang Aish la kiranya, comel gila moyang Aish ni, dia duduk sorang-sorang je kat rumah, tak nyanyuk, semua pun dia boleh ingat lagi, suami aku masa kecik pun dia ingat lagi,  arwah nenek aku dulu masa baya dia memang dah lupa, cucu sendiri pun dia dah tak kenal, setiap 5 minit dia akan tanya "anak ni siapa?". Nenek En. Syg semua pun dia boleh buat sendiri, rajin bekebun and masih memasak. Masih sihat walafiat, alhamdulillah.










Aish memang suka tidur buai, ko tengok tu siap minum susu and lepas tu terus dia tidur dalam tu. Pak mertua aku siap bawak payung nak lindung Aish dari panas, setia menunggu tepi cucu tengah tidur dalam buai, sayang betul dia kat Aish, kalau aku, aku angkat je terus masuk dalam rumah..haha. 

Eh nak cerita, pagi tadi kan, masa aku nak pergi kerja, Aish still tidur lagi, so aku salin diaper dia and kejut dia bangun sebab nak hantar ke rumah babysitter lah kan. Dia dok baring je atas katil takmo bangun, so aku tipulah dia konon-konon aku pergi kerja dulu, lambai-lambai dia, dia tengah baring dengan mata celik boleh lambai aku balik siap cakap "byeeee", so aku pun buat-buat la buka and tutup pintu depan, siap buat bunyi kunci sekali ni dengan harapan dia akan bangun and cari aku. Lepas tu aku duk tunggu dia kat dapur, kononnya nak menyoroklah, kemain lama aku tunggu, nak menitis peluh dah ku rasa, sekali aku pergi balik kat bilik, molek dia tidur balik mulut ternganga..cissss penat mak ko ni menyorok dik, rupanya ko boleh sambung tidur! Memang anak bujang. 

Semalam Aish genap 1 tahun 6 bulan, jalan pun dah makin laju but still terhuyung hayang lagi, aku pulak yang takut tengok dia jalan, takut tertomos muka ke jalan tar je. Kalau berparut, kurang hantaran ko nanti dik.  Oklah bye!


Wednesday, October 9, 2013

Update: Room/Playroom (Wall Shelves)

Salam,

Selamat Hari Rabu, ok hari ni nak update pasal wall shelves dalam bilik Aish. Ingat tak dulu sebelum aku cat bilik Aish aku ada cakap, aku taknak perabut banyak-banyak dalam bilik dia? Ingat ke tidok?? Tak ingat takpe. Nak tau kenapa? Sebab bilik Aish is kecik, seboleh mungkin aku nak minimumkan penggunaan perabut di lantai buat at the same time aku memang nak display sikit mainan Aish, macam playroom mat salleh kata ko, aku nak display sikit jelah, yang lelain tu semua aku nak letak dalam kotak mainan je. Aku taknak beli rak mainan yang macam kat IKEA tu, ala yang bertingkek-tingkek tu, cantik kan tapi akan makan ruang, aku nak Aish bebas berlari dalam bilik sendiri. Sebab aku plan nak letak almari and drawer, esok-esok bila Aish dah besar sikit nak letak katil pulak.



Ha nilah dia rak mainan itu, tapi bila aku tengok lagi sekali ni macam berkenan la pulak. Ishhh cannot..cannot..cannott..grrrr tak tetap pendirian aku ni.

Jadi apa penyelesaian yang paling best untuk display mainan Aish?? Yes wall shelf it is, banyak gila kot gambar yang aku google untuk ku jadikan sumber inspirasi. Excited ko bila nak buat bilik anak ni, dari sekecik-kecik benda sampailah sebesar-besarnya ko akan google dan save.


Keinginan nak install wall shelf start with this picture actually,  dah lama gila aku save gambar ni, lamaaaaa sangat, sebab aku adore feature wall dia, tapi suamiku tak sanggup buat feature wall macam tu..sroootttt






Nampak?? cantikkan, hari-hari aku tengok website IKEA sambil berdoa dalam hati, cepatlah kerja mengecat siap, aku tak sabor nak beli wall shelf

Suamiku nak susun senget-senget macam gambar ketiga tu, tapi haruslah aku menentang sekerasnya, aku nak lurus dan sama rata.



And plan mulanya aku nak beli wall shelf yang nipis dan ada penahan kat bawah tu, sebab lagi nipis, lagilah murah, lagipun aku nak letak toys and buku Aish je, tak perlu kot yang tebal, tapi suami nak beli yang tebal, ku ikutkan saja, terus budget ku lari..hahaha (padahal budget bilik Aish pun suami yang bagi, sila jangan derhaka)

So kitaorang beli LACK Wall Shelf, shelf ni memang tak pakai penahan kat bawah, ko terus drill penahan dia ke dinding dan ko masukkan je shelf tu dalam penahan dia, macam ko gantung la kiranya, memang kemas, material dia pun glossy, boleh tahan beban seberat 15kg, harga RM59.00 satu, kalau yang panjang RM99.00. Kalau ko nak jimat ko boleh beli Ekby Osten lagi panjang dari shelf aku dengan harga RM39.00, tapi kena beli penahan kat bawah tu tau, serius berbaloi-baloi, nak lagi best pergi tengok sendiri kat website IKEA, pening ko nak pilih nanti.

Mari kita tengok wall shelves dalam bilik Aish, peluh tiak suamiku install :)









 Pandangan dari pintu bilik





Aku display certain mainan Aish je, kalau nak letak semua serabut la pulak, banyak lagi part kosong kan, lepas ni kena tambah mainan la..kuikuikui, takpe kita tunggu budget bulan depan. Nak hunting karpet dan langsir pulak lepas ni. Bilik Aish ni aku nak buat theme putih, biru dan hijau, semua perabut putih, cat dah biru, karpet, langsir dan aksesori tambahan semua aku nak beli hijau, baru nampak unisex kan.

Habis dah update pasal bilik Aish untuk minggu ni, minggu depan pulak aku sambung ye, kalau hari-hari update pasal bilik, muntah la pulak. Btw korang tau tak kat mana nak cari langsir bilik baby yang ceria? Aku takmo watak kartun dalam tv tau, Ben10 ke Doraemon ke aku pangkah awal. Kalau tau update aku boleh? Hari tu dah cari tapi tak jumpa yang berkenan, Ikea pulak pilihan terakhir, aku nak cari kat tempat lain dulu. Kalau korang tau, tolong eh. Oklah, bye!

Tuesday, October 8, 2013

Beberapa Jam di IKEA

Salam,

Bila bilik Aish dah siap, maka aku adalah tergedik-gedik nak mula deko, tak sabar. Mulanya aku ajak suami ke Kaison (nak cari jam dinding macam Wawa Mama Naila). Aku nak cari jam dinding yang ada nombor besar-besar, so that boleh ajar Aish tengok jam nanti. Tapi suamiku upgrade ajak aku ke Ikea, ibarat kata pucuk dicita ulam mendatang..huehuehue. Marilah abang, marilah bersama kita ke Ikea. Sekejap je pun kitaorang pergi, and memang aim barang deko untuk bilik Aish je, terpaksa aku pejam mata dari tengok barang lain, itu pun over budget...pfftttt (oh, kitaorang memang akan save bulan-bulan untuk bilik Aish, so duit tu lah yang kitaorang guna untuk buat bilik dia, memang takkan usik duit lain). Banyak lagi yang aku nak beli sebenarnya, takpe kita tunggu budget bulan depan pulak, baru kita top up barang lagi.



Kitaorang sampai around pukul 11 am, parking almost penuh, nasib baik senang dapat parking..fuhhhh. Kalau parking penuh terus, mau kitaorang pun terus balik, ingat suamiku rajin nak cari parking?



Orang ramai macam pergi pasar weii, berpusu-pusu, beli menda la korang ni..kehkeh, padahal aku pun sama



Walaupun orang super ramai, aku tetap bertabah beratur demi meatball



Hai lama tak makan awak, marilah duduk dalam ususku :)


Lepas makan terus turun ke bawah nak cari barang kat gudang, Aish boleh mengamuk menangis menjerit sekuat hati sebab nak tolak troli, yang aku tak paham tu, sambil tolak troli sambil menangis menjerit, orang tengok je aku mengikut belakang dia, kalau aku pegang troli tu nak alih sikit laluan dia (takut dia langgar orang) lagi kuat dia menjerit, terbalik hati aku ni tauu sebab tak sabar nak balik, pening dengar dia menjerit



Pi lah mana hang nak pi, jangan nangis sudah



Segala benda dilanggarnya, aku biar je, mana boleh pegang troli dia, ada kang dia mengamuk terlentang atas lantai, sabor jelah.



Cepat-cepat aku pergi bayar while En. Syg layan dia tolak stroller pulak, dah siap baru call dan caallooooo. Dalam kereta behave pulak dia, first time ni Aish mengamuk macam tu kat luar..grr grrr grrr. Dulu diam je, baik je, kemain senang nak bawak dia berjalan, bertabahlah.



Aku banyak beli frame, ada projek sikit nak buat untuk bilik Aish nanti, yang lain aku update kemudian eh. Ok, bye!


Monday, October 7, 2013

Mengecat: Kod Warna Cat Room/Playroom

Salam,

Hari tu kan ada janji nak share warna cat bilik Aish. Actually weekend baru ni kitaorang tak balik Rawang, pagi Sabtu lepas breakfast aku berkurung sorang-sorang dalam bilik Aish semata nak siapkan touch up stripes wall dia tu, ya rabbi rasa nak patah pinggang. En. Syg tolong touch up every colour, while aku touch up warna putih je. Kena masking tape balik setiap stripes tu and cat balik warna putih sebab banyak part yang terkopek..wuwuuwuuu. Dalam pukul 5 petang baru settle semua, serius puas hati.



Walaupun dah pakai masking tape, tetap tak lurus jugak stripes kitaorang, kena touch up balik




Yang putih-putih tu semua part yang terkopek lepas buka masking tape, mula-mula kitaorang just nak touch up yang terkopek tu je but turns out cat putih yang kitaorang beli lebih putih dari cat asal (cat asal rumah tu dah bertahun aku rasa, dah nak jadi kuning pun) kalau kitaorang tak touch up balik every stripes, maka bertompoklah ia, hodoh. Petak besar yang terkopek tu suami aku korek jadi bentuk empatsegi, kalau tak tahap keterkopekannya adalah di tahap kritikal, so kitaorang pecahkan yang terkopek, cat balik tompok-tompok gitu, lepas beberapa hari baru cat every white stripes..menangisi laaaa.


Aku cat sorang-sorang sambil membayangkan aku sedang melukis potret Monalisa, kalau tak aku stress..hahaha nak-nak pulak kalau stripes yang halus kena pakai berus lukisan. But seriously, tiba-tiba aku rasa enjoy sangat..huwahahaha.



Ko tengok rambut tu ko boleh bayangkan tak tahap stress tu camne?? Hantu Kak Limah pun tak stress macam ni tauuu..hahaha. Aku pun dah tak perasan rambut aku dah jadi gini. Tu belum cat yang terpalit kat muka, tangan, baju segala



Tapi bila tengok hasil lepas siap touch up, terus pekpek bahu sendiri "syabas beteh", terus aku nak announce diri aku wanita besi (tiba)..hahaha. Cantik ke idok?? 



Ok, mari share warna cat, so that korang boleh cat bilik anak korang macam bilik Aish ni, dan rasakan stress yang ku alami..mari-mari

Cat biru pekat: Pacific Coast (code: 18BG 47/282, 913B)
Cat Lime Green: Primavera (code: 90YY 69/419, 913B)

Kod warna cat biru cair aku dah share hari tu, kalau nak tau sila cari balik, malas nak link. Selesai cat bilik, lepas ni mari menghias. Mommy is super excited :)

Ehemssss, nampak tak watermark baru? Tu suami aku yang buat sebab tertanjat dengan kehodohan watermark aku yang first hari tu, hehe, TQ sayang, Ok, bye!!!


Friday, October 4, 2013

Review Diaper Aish

Salam,

*Entry ni khas untuk Fifi yang request aku buat review, orang lain nak baca pon bolehhh..:)

Mula-mula nak cakap review ni based on pandangan sendiri je, mangsa review pun anak sendiri, beli diaper je pakai duit suami, tidak ku pakai duit sendiri..eh..haha. Selama Aish lahir tak banyak kot aku try test diaper ni, aku tak berani. Pernah sekali je beli Huggies masa Aish dalam pantang dan pernah sekali je try Whoopee, Aish tak sesuai dengan Whoopee sebab bird dia merah, setiap kali pakai pun merah, so aku bagi officemate je. Review aku ni ikut kesesuaian anak aku tau, anak aku dengan anakmu manakan sama, so setakat nak beli diaper yang sama macam Aish aku tak kisah, tapi kalau tak sesuai dengan anakmu, jangan lah marah daku, gituuuu. Setakat ni faham ye aku punya T&C ni..hahaha puihh.

Diaper pertama yang aku bagi Aish pakai is PetPet, sebab aku main beli je dan takde experience lagi. PetPet ok, lepas 3-4 jam baru penuh, tahap kering dia sama je macam Drypers, bezanya cuma PetPet ni banyak gel, kalau banyak anak ko peepee, diaper tu akan melayut ke bawah. Melayut-layut macam nak londeh, lepas tu anak ko jalan kedek-kedek..aiyoohhh comel la pulak. Harga PetPet pun affordable sama macam Drypers.


PetPet aku suka, Drypers pun aku suka, tapi sekarang Aish dah tak pakai PetPet, aku belikan dia Drypers untuk pakai waktu siang, after 3-4 jam baru penuh. Corak Drypers comel, berbeza ikut saiz, ok point ni tak penting pun sebenarnya, anak ko pakai seluar, takde sape nampak corak diaper dia pon. Tapi best sama je macam PetPet, 2-2 pun aku recommend. Tapi bila dah penuh Drypers tak melayut-layut macam PetPet, dia kembung je, kalau melayut pun tak semelayut (ada ke ayat ni?) PetPet.



Aku ni boleh kata rajin jugaklah tukar diaper anak, aku takut Aish tak selesa, kadang-kadang belum penuh pun aku dah tukar, masa Aish belum setahun, dia teramatlah kerap bangun menyusu waktu malam, bila dah banyak susu yang masuk, peepee dia pun banyakkk jugak, stress mak kena tukar diaper dia sampai 4 kali satu malam, masa tu dia pakai Drypers, setiap kali dia bangun menyusu, setiap kali tu jugakla aku tukar diaper dia. Lama-lama sebab tak tahan aku suruh En. Syg belikan MamyPoko. So waktu malam memang aku pakaikan Aish Mamypoko. Selalunya aku akan tukar diaper Aish sekali je waktu malam around pukul 2-3 pagi, sebab biasanya dah penuh, kalau aku biar sampai pagi memang akan bocor. Eh bukan nak cakap MamyPoko tak ok, tapi anak aku tu kuat peepee sebab dia kuat minum susu. MamyPoko serius terbaik, sebab tu harga dia pun terbaik. Tapi aku tak kisah sebab kalau Aish pakai MamyPoko boleh la aku dapat tidur yang lena gitu, tak payah bangun malam asyik menukar diaper dia je.






Alhamdulillah ketiga-tiga diaper tu semuanya sesuai dengan Aish, sebab tu aku taknak tukar brand lain, risau tak sesuai dengan dia macam Whoopee hari tu. Since Aish dah besar ni susah gila kot nak pakaikan dia diaper, seboleh mungkin dia keraskan badan, menangis sekuat mungkin taknak pakai diaper, so aku suruh En. Syg belikan diaper pants, senang, sambil dia main pun boleh ku pakaikan. Setakat ni aku baru cuba 3 jenis diaper pants, ni pun suami aku main belikan je.



Aku suka cutting and design Drypers DryPantz ni, cute and kemas. Aku rasa Drypers DryPantz la yang paling terbaik, daya serapan dia pun sama je macam Drypers yang strap tu, kalau ko nak jalan-jalan pakai Drypers DryPantz ni memang ok sangat, tak payah beli yang mahal-mahal tu, sebab yang ni memang dah ok bagi aku


BabyLove GrowPants aku letak ranking kedua lepas Drypers Drypantz, daya serapan dia so-so je, cepat jugakla penuh and dia jenis yang banyak gel, Aish pakai dalam 2 jam je dia macam dah nak penuh, tapi design dia kemas sama macam Drypers Drypantz.

MamyPoko Easy Fit Pants plastik kuning ni memang murah, tapi daya serapan dia lagi kurang dari BabyLove tu, paham dok, kalau ko lambat tukar diaper anak, insyaallah anak ko bergelumang dengan peepee sendiri, aku dah test dengan tangan sendiri, dia macam span, bila aku tekan je, peepee tu naik semula ke permukaan, kira macam lecak la bonbon anakmu kalau pakai diaper ni lama-lama. Nak pakai boleh tapi kena kerap tukar, kalau tak sian baby. Tapi Aish memang jenis banyak minum, kalau dapat air masak dia boleh minum sampai kembong, sebab tu peepee dia pun banyak. Orang cakap MamyPoko pants ni banyak jenis, ada jenis yang ok dan lebih baik dari yang plastik kuning ni, aku tak tau sebab tak pernah cuba, aku review mana yang aku pernah cuba je. 

Akhir sekali, nak jimat kalu, ko pakai daun je



 Ini budak suka air, boleh menggelupur kalau ko pisahkan dia dengan air. Sebab dia dan air ibarat aur dan tebing, ibarat isi dan kuku, ibarat lagu dan irama, ibarat peepee dan poopoo, ibarat Mommy dan Daddy..eh? ibarat Buddyz..takkan terpisah yo!

Ok, bye!