Klik Jommm

Thursday, July 17, 2014

Beli Baju Raya Anak Bujang

Salam,

Serius, tahun ni rasa macam kejap sangat bulan puasa, esok dah 20 hari puasa, tak lama lagi dah raya, confirm korang dah siap beli semua baju raya anak beranak kan, ku tahan je hati bila orang cerita pasal baju raya masing-masing, sebab aku tak beli lagi!!! hahahaha, biasalah aku memang gini sokmo..hujung-hujung puasa tu kang, masa orang tengah bersesak, berhimpit, haaa masa tu la baru aku reti nak beli baju raya. Insyaallah minggu depan aku cuti sehari kot nak pergi beli baju raya, cuti berdua je dengan adik perempuan aku, tak sanggup rasanya nak bawak anak bujang mencari baju raya, kang baju raya tak dapat dia yang mendapat..hahaha. Aish lasak weh, lasak yang berlari ke sana sinun, ko halang kang dia nangis tahap terbaring, daya ke ko nak nengok-nengok baju raya masa anak ko tengah kuak lentang atas lantai??, tak daya wa cakap lu!!!. Cukup la semalam kitaorang buka puasa kat luar, dia boleh berlari buat dek je masuk Sushi King sebab nak main benda alah bergerak yang tempat sushi tu haaa, padahal aku makan kat kedai sebelah, mengamuk satu SCM bergegar..wahahaha, aku sempatlah makan, tapi tak puas, minum pun tak sempat terus masuk kereta, biasalah budak kecikkan, aku tak marah..geram je, and rasanya tak serik lagi kot bawak dia keluar, aku cuma tak bawak dia shopping raya sebab aku takut tak sempat pilih baju raya je, settle baju raya kang, ikutlah ko kemana mak ko ni pergi ye nak, tidaklah aku kejam benor dengan anak sendiri. Sebab aku bukan nak beli baju raya je, segala baju aku nak beli ni, baju kerja, baju duk rumah, baju suami, baju anak, baju tidur dia, baju basahan dia, kira macam setahun sekali beli stok baju sampai tahun depan..muahahaha, senang buat satu hari sekaligus, memang aku buat gitu dari tahun lepas..hehe. Sebab suamiku tidak mempunyai skill seperti suami kamu iaitu skill menunggu..hahaha ko nak fitting-fitting kang anak nangis, dia punya gelisah sampai aku fitting pun gelisah jugak, Aish je yang happy dalam cerita ini, happy berlari-lari, while bapak eh gelisah, mak eh gundah gulana, kang tak sampai 20 minit daddy cakap "beli je yang mana-mana, sama je" T_T

Tapi sebenarnya sebelum puasa lagi aku dah beli baju raya Aish sikit-sikit, tapi untuk anak sikit itu tidak cukup ye, dia kena banyak-banyak baru puas hati, baju dari pagi membawak ke tengah malam, gitu kekdahnya mak-mak sekarang.

Sebelum puasa hari tu ada Poney Warehouse Sale kat SACC, kemain semangat acik pergi, kembang kempis idom bersemangat waja nak beli baju raya anak kat situ


Apa RM9???..ok nak beli seploh



Tak sempat nak ambik gambar banyak-banyak, ni je yang ada, terimalahhh, nampak tenang je kan, padahal lepas tu aku macam di medan perang, aku kumbar sana, ko kumbar sinun, berlaga bontot, bergesel bahu..huhu.



Tak banyak sangat pilihan untuk baju yang sale tu, yang lain sama je harga dengan butik, tapi dah alang-alang sampai, aku beli lah jugak, yang harga RM9 sedih pulak rasa nak beli sebab bajunya memang menyedihkan.



Dapatlah 2 pasang baju Aish ni, jadilah, RM30++ sepasang



Baju raya Aish setakat ni, tu pun banyak yang daddy beli masa Aish belum setahun, saiz besar, sekarang pun masih besar, tu ingat nak beli lain, baju yang besar-besar tu nanti-nanti pun boleh pakai lagi



Tak lama lagi nak dapat anak saudara baru, so beli sedondon sama dengan abang Aish..hehe

Tu kisah aku pergi warehouse sale, esoknya aku pergi butik pulak, hadoiii rupa-rupanya harga kat butik pun sama je dengan kat warehouse sale, except baju RM9 takde kat butik, yang baju Aish atas ni pun ada jual..gahahaha penat acik himpit orang tau, tak baik buat acik gini, acik teraniaya..kuakakaka





Shopping sambil tersenyum sebab anak bujang tidur..




Tengah tengok baju yang sama macam aku beli untuk Aish semalamnya tu..




Ni je kitaorang beli kat butik dengan sehelai t-shirt, tak pe minggu depan ku cuti nak beli baju kasual lagi dan baju melayu Aish sekali, hopefully theme colour family aku tu senanglah nak dicari, kalau tak mau bertawaf aku ni nanti, hujung-hujung puasa, size baju pun banyak dah habis, kalau takdok jugak pakai je la baju yang ada nak. Pasrah je la.

Ok, bye!



Wednesday, July 16, 2014

Birthday Party Aish 2 Tahun

Salam,

Lama tak update blog, malas tahap ya rabbi, aku malas nak fikir ayat n taip, sebab tu lama tak update..kuekekeke, melampau malasnya. Ni tengah gigihkan diri update balik, moga lepas ni aku rajin lalu up post bertalu-talu dalam sehari..hahahaha.

Hari nak cerita pasal Majlis Hari Lahir anak bujang yang kitaorang dah buat 2 bulan lepas..iye dah 2 bulan, (26 April 2014) tapi nak jugak update untuk kenangan.

Mulanya aku ingat nak buat kecik2 je, tapi family mertua ajak buat kenduri doa selamat dan birthday party Aish sekali, so join je la kan, jemputan pun family and kawan je, dan takde sorang pun kawan yang datang..kuakakaka, maklum la jauh, di rawang sinun aku buat, aku tak kisah sangat pun sbb aku faham tak ramai orang yang nak travel jauh2 ye dok, and family pun dah ramai..alhamdulillah masih meriah.

Tema tahun ni Upin Ipin, daddy yang pilih sebab Aish memang suka Upin Ipin, dulu masa birthday setahun aku buat tema Elmo, itu aku yang pilih sebab dia kecik lagi, tak tau apa dia minat masa tu.

Mula-mula buat doa selamat around pukul 3 petang, masa tu hujan lebat gile, aku dah risau sikit sebab takut takde orang boleh duduk bawah khemah takut tempias air hujan kan, siap blackout berkali-kali pulak tu sebab guruh kuat sangat, around pukul 4 macam tu, hujan reda, dan majlis Aish pun bermula. Alhamdulillah semua ok, parents aku pun ada datang dari Pahang nak celebrate birthday cucu lelaki nan seorang tu...hihi.

Ok tengok gambar jelah malas nak pikir ayat dah ni.



Belah kiri parents aku, belah kanan mertua :)


Mertua and adik-adik ipar yang sporting sangat sebab pakai baju upin ipin jugak..hehe, pak mertua aku pun pakai tau demi cucu, comelssss











Ini budak dah 2 tahun laaa









 2 beranak


Maksu-Mommy-Aish


Habis majlis, dia pun terbaring sebab penat kejar belon..haha



Hadiah birthday Aish, tq semua :), duit pun dapat jugak, alhamdulillah




Atok and nenek kasi set meja


Pool ni pun atok and nenek yang bagi

Happy belated birthday Aish, moga membesar jadi anak yang baik dan diredhai Allah selalu, Mommy sayang Aish :)

Ok la, tu je, bye!


Tuesday, June 3, 2014

Flat Shoes di Gobok Mommy & Baby

Salam,

Lama ku menyepi, jangan tanya apa yang aku sibukkan, adalah sibuknya tu..kahkahkah. Btw, sekarang aku jual kasut pulak, kalau korang cari kasut flat yang selesa dan murah, meh beli kat aku, serius selesa sebab material getah, lembut je tapak dia, aku rasa macam jalan atas tilam, kalau korang pregnant memang sesuai sangat pakai kasut ni, tak tipu memang selesa. Kalau korang pregnant kena beli saiz besar sikit la ye, sebab kaki mu akan mengajah dari minggu ke minggu..hahahaha, bercakap dari pengalaman sendiri ni tau.

Warna: Brown
Size: 36, 37, 38 (2 pasang), 39 dan 40


Warna: Red Blood
Size: 36, 37 (2 pasang), 38, 39 dan 40





Warna: Dark Blue
Size: 36, 37, 38, 39 dan 40





HARGA: RM24.00 (tidak termasuk pos)
POS: RM7.00 (Semenanjung) RM 9.00 (Sabah/Sarawak)

Berminat??

PM/Whatsapp/SMS: 0162305024

atau 





Thursday, May 22, 2014

Wordless Thursday

Salam,






 Penat dah larang, DVD jugak dia nak main



Daiso, RM5.00 



 Sorok kat sini



Mihihihi, macam buku, so Aish tak perasan :p

Bye!

Wednesday, May 21, 2014

Dating di Kidszoona Aeon Au2

Salam,

3 May hari tu aku ajak member blog gather kat Kidszoona, kebetulan aku memang nak jumpa Sha sebab dia ada mintak tolong belikan Jam Strawberi masa aku pergi Cameron hari tu, so alang-alang nak jumpa dia, ajaklah sekali semua yang available hari tu, sambil gather sambil bawak anak main.

Dah agak lama jugaklah aku tak pergi Kidszoona ni, last pergi masa birthday aku tahun lepas, masa tu gathering dengan Gojes, dah almost setahun..huhu lama gile.






Masa pergi Kidszoona last year, Aish belum pandai jalan lagi, laaa ni, masak aku mengejar dia, kebetulan pulak daddy demam, so daddy tidur tepi sudut..bahaha.. aku pulak kejar anak di setiap sudut ;p







 Aish tak bagi orang usik mainan ni, setiap kali budak lain datang, sungguh-sungguh dia tolak










Counting, sambil sebut warna



Cakkkk














 Ni la para pendating sekalian..huhu

Aku, Sha, Ika, Aini, yang depan tu Yumie



Ira dan aku..eh ira pulakkk..aini lahhh





Dah lama tak pegang baby kecik, serius kekok gila aku dukung Ayra anak Sha ni









Ambik gambar kemain banyak, tapi aku sempat borak dengan diaorang sepatah dua kata je kot, sebab sibuk mengejar Aish. Ni pun saje ku tepek gambo banyak-banyak, tq korang, nanti kita jumpa lagi yeh

Kitaorang lepak pun tak lama sangat sebab anak-anak dah lapo, lepas tu En. syg aku pulak tak sihat, monyok je..kikiki, lepas makan aku terus balik

Ok, bye!!

Friday, May 16, 2014

Wedges Vincci Size 5 Untuk Dijual

Salam,

Hai korang...aku ada masalah ni..hmmmmmmm. Hari tu kan aku g Vincci beli wedges, aku pun test la size 5 dengan size 6, kalau ikutkan kaki aku memang size 6, tapi ada certain kasut aku boleh pakai size 5, lepas dah cuba aku beli size 5 sebab aku rasa wedges tu macam muat sikit dengan kaki aku, saiz 6 pun muat tapi besar sikit je, kononnya lepas seminggu dua kang kembang la dia kotkan. Balik rumah aku test pulak dalam rumah berjalan ke hulu ke hilir, alamakkk ketat la T_T, esoknya test pergi office pakai kasut tu, memang ketat, tak bernafas kaki aku rasa..hahahaha, so aku nak let go, aku pakai beberapa jam je lepas tu dah tak sanggup..kikiki

















Brand: Vincci
Colour: Orange
Size:  5
Platform: 3.5 inch
Price to Let Go: RM60.00 (include postage): Semenanjung
RM63.00 (include postage): Sabah/Sarawak

Berminat?? PM/Whatsapp/SMS: 0162305024 (Erin)


Ada yang nak beli tak?? Kalau ada yang beli, lepas ni berdesup aku nak g Vincci semula beli size 6 pulak, sebab aku suka gila design wedges ni. Warna oren dia tak striking sangat, ada macam brown2 sikit kaler dia, so kalau ko nak match dengan baju kaler apa-apa pun ok.

Tolong la beli, aku nak beli size 6 pulok ni..hahahaha

Oklah bye, jangan lupa beli yeh..kehkeh