Klik Jommm

Monday, August 22, 2011

Mabuk Kepayang

Blog adalah berehat sebentar (bajet blog glamer gila la ramai orang baca..haha) aku adalah pening dari celik mata sampailah tidur, perut asyik masuk angin je, bila puasa, angin penuh dalam perut, bila makan, angin tolak makanan keluar, bagus ko angin, berangin-angin je aku sekarang. Sekarang jugak memang berderet tinggal puasa, meloya jangan cakaplah, muntah je belum lagi, harap sangat aku tak stok muntah-muntah. Aku alah kepada semua bau, semuaaaaaaaaa. Bau perfume suami, bau bantal dia, bau rumah aku, bau kereta aku, bau aircond, bau ikan, bau masak-memasak, bau minyak angin, semualah, bau jari sendiri pun aku naik pening. Tapi bila mabuk-mabuk ni barulah teringat pengorbanan seorang ibu. Macamanelah Ma boleh beranak 6, hebatlah Ma. Tak taulah samada aku akan menjadi hebat seperti Ma lalu beranak 6, tssskkk 6?? ramainye.

Aku berdoa siang malam, semoga baby sihat dan membesar dengan baik (padahal, asyik skip minum susu je, ohhh loya betul minum susu sekarang) Oh, tabahlah aku hendaknya. Demimu nak, demimu.


Thursday, August 18, 2011

Handbouquet

Handbouquet majlis nikah dan sanding di Temerloh ada satu je. Aku buat sendiri, masa orang tengah tahlil malam Jumaat tulah, aku sibuk menggentel handbouquet dalam bilik. First time buat, aku tibai je, asal lekat but sadly bunga yang aku beli tak fresh sangat. Should be aku pergi order dulu 2 hari sebelum majlis, but since aku tak punya banyak masa, aku main terjah je, dan ambil stock yang ada, so bunga pun paham-pahamlah, sampai tengahari dah nak tercabut-cabut.



Pagi pun dah nak layu..huuuu



OP cakap: sila buat muka hodoh



Ni handbouquet masa bertandang, dibuat oleh adik iparku, ni bunga ape eh, lupa lah. Tahan lamaaaaaaaaa, berhari-hari pun tak layu

Dah tu je nak update, hari ni dilanda pening, mulut payau dan loya. Update pun terkemut-kemut dari pagi tadi, dah nak balik baru nak publish. Taip satu huruf, picit kepala sekali, satu huruf, picit lagi..heeee


Tuesday, August 16, 2011

Kisah Pregnancy Test

Assalamualaikum semua, terima kasih untuk semua doa dan wish. Aku cuma minta doa dari semua, semoga aku dan baby selamat dan sihat sampai bersalin. Aku pun baru-baru lagi ni, still takut-takut jugak, hopefully ini rezeki kami dan semoga Allah sentiasa melindungi. 

Last period aku is on 11 Julai - 20 Julai, tu memang period paling lama, selalunya 8 hari, tapi lepas kahwin tiba-tiba jadi 10 hari. On 25 July masa aku pergi tengok Cik Betty di Ampang Puteri, perut aku masuk angin, senak sampai seminggu, nak ku kontutkan tak boleh, nak ku sendawakan pun tak boleh, lepas tu rasa lapar yang teramat macam gastrik, pastu asyiklah cer-ber seminggu tu, dan breast mula sakit macam nak period. Tapi baru habis period, takkanlah period lagi kot, melampau tu namanya. So menjadi pengoogle setia, aku pun mengoogle la, and baru tau sakit breast ni salah satu tanda hamil. So aku pun hint-hint kat En. Syg "tah-tah saya pregnant koootttt" Gile yakin je kan, padahal baru seminggu habis period. 

Bila sakit breast and sakit perut tak baik-baik, tambah pulak aku demam masa hari kedua puasa hari tu, aku dah geram nak buat UPT, tapi En. Syg tak bagi, dia suruh tunggu dulu. So terpaksalah isteri ini bersabar walau hati meronta-ronta nak tau sebab musabab sakit breast dan perut yang berpanjangan. Sampailah aku miss period, masa tu En. Syg hari-hari tanya "dah period belum, saya harap sangat awak pregnant", eh pulak..hehe. So hari Jumaat (12 Aug) lepas sahur dan lepas minum air bergelen-gelen, yakin je aku buat UPT, dia kata 5 minit result, aku ni asyik lah berulang alik ke dapur sebab UPT tu takde garis langsung. 


satu garis pun tak timbul, aku ingat rosak

Dah pergi kerja, dan google semula, baru tau yang aku tak boleh minum air, nanti air kenc cair macam air, so of course tak boleh detect..tekad aku hari Jumaat tu tahan kenc sampai petang ko, semata nak pastikan balik nanti air kenc ku pekat bewarna kuning diraja masa buat test nanti..haha.. Sampai rumah siap sembahyang Asar, projek pun bermula, mula-mula satu garis, lepas tu dua, wahhhhhhhhhhhhhh senyum leboooorrrrr je, terus duduk sebab macam tak percaya. Syukur alhamdulillah, En. Syg sampai je rumah aku buat soalan bijak pandai dulu

Aku: Sayang, awak rasa saya pregnant ke tak?
En.Syg: Entahlah, tak tau
Aku: Kalau pregnant UPT ni ada berapa garis eh?
En. Syg: Kalau pregnant 2, kalau tak pregnant satu.
Aku: Eh, mana awak tau
En. Syg: Semalam saya tengok kotak dia, kenapa?
Aku: Cuba awak tengok ni ada berapa garis (sambil tunjuk UPT yang aku dah buat)
En. Syg: Eh, kenapa ada 2 garis (buat muka pelik)
Aku: Sebab ada baby lah

Wah dia punya suka, terus tangkap aku nak peluk, pastu sengih-sengih kerang busuk, pastu tanya berkali-kali. "Betul ke sayang awak pregnant, ke awak conteng2 kat UPT tu?"

Sabtu minggu lepas kebetulan kitaorang balik Rawang, so terus pergi klinik di Rawang untuk sahkan. Alhamdulillah confirm dan baru berani nak bagitau family. Ohhh, saya adalah sangat happy..syukur sangat. Aku doakan sesiapa yang TTC (trying to conceive) tu akan dapat jugak rezeki yang satu ni, insyaallah. Aku doakan korang, korang doakan aku eh.


Monday, August 15, 2011

Anugerah Terhebat

Bila aku putus cinta dan mula berputus asa, Kau hadirkan lelaki ini, terima kasih Tuhan untuk dia.




Dan terima kasih Tuhan untuk rezeki ini, betapa aku bersyukur di atas segala rezeki yang kau turunkan buat aku dan suami.



 Hari ni genap 5 minggu, doakan aku dan baby sihat sampai bersalin ok. :)

 **Cerita kahwin dengan prewed pun belum habis lagi, dah up cerita lain pulak..huhu, wajib buat update marathon ni


Sunday, August 14, 2011

Hantaran

Dah dekat 2 bulan kahwin, cerita kahwin tak habis-habis lagi. Aku dah tekad nak buat marathon pasal cerita kahwin ni..haha, tengoklah nanti eh, berjaya ke tidak. Hari ni cerita pasal hantaran. Seperti biasa perempuan cheapskate ni wajiblah buat hantaran sendiri, pandai ke tak pandai belakang kira, dah sedia semua bahan, aku main tampal-tampal je. Asal melekat sudah..haha. Aku tak pakai fresh flower sebab aku nak tidur yang cukup sebelum hari kahwin. Takmo berjaga sampai 2-3 pagi semata nak buat hantaran, so kerja mudah pakai bunga plastik je, dan hasilnya.......

_

_

_

_

_

_

_


_

_
_

Ngade je kan nak scroll-scroll...tadaaaaaaaaaaaaaaa (fine, En. Syg kat sebelah ni cakap, "eh, tada tada bajet comel la tu"..biarlah kannnnnnn)



Aku punya warna biru, En. Syg warna silver hitam



 Hasil tampalan sesuka hati dan seindah mata sendiri je



Buku yang tak sampai sebulan kahwin, habis dibaca, lepas tu En. Syg asyik mintak hadiah buku lain pulak..eh, ngadenye dia tuuu. Siapa suruh baca laju-laju kan...kannn



Cincin En. Syg


High heel kesayangan, aku pakai masa belah bertandang



Perfume Set

Sikit je la eh, nak upload semua kang, tak mandi pulak aku ni..ehehehe, dah dekat pukul 2ptg ni. Mandi lepas tengok Nona la kan, sekarang ni musim hujan, sejukkkkkkk.


Friday, August 12, 2011

Ramadhan ke-11

Since member office sejak 5 tahun yang lalu bakal berpindah kerja, ke tempat yang lain. So En. Director dengan murah hatinya telah membelanja kami semua majlis berbuka puasa di Ole-Ole Bali, Sunway Pyramid. First time ni, mulanya aku ingatkan buffet, maklumlah perut lapar, tamak tak hingat, dah berkira-kira, dan azan je, terus nak lari menerpa segala jenis makanan. Sekali kena order rupanya, ok takpe, mari order banyak-banyak



Ni kalau kitaorang tak terjah ke dalam, 18 jam lah kot tunggu terpacak kat depan ni, waiter dia boleh lalu lalang buat tak peduli je, walaupun mata dah bertentang mata ni, dia buat tak tau je, sah-sah lah kitaorang terpacak sebab nak tanya meja kitaorang kat mana.



Selesa



Sementara menunggu makanan sampai, diaorang kasi 2 butir cekodok dengan air cincau letak lengkuas ke halia tah..tapi rasa dia memang dahsyat, manis tu jangan cakaplah.



Bali Trio. Ade sate yang dibalut dekat batang serai, sotong goreng tepung dan chicken wing

Steak yang dimakan dengan sambal orang bali, aku pun tak tau ape namenya. Serius, tak boleh masuk, ibarat kata kalau ko pergi Melaka, ko order steak, dia hantar steak dengan gravy cencaluk or ko pergi Kelate, dia hantar steak dengan gravy budu..amacam boleh makan tak?


Nasi campur, ada rempeyek, rendang daging, kangkung goreng pahit, sotong bakar, udang bakar, fish fillet dengan sate lilit. 

Oklah, dah lapar kan, makan je, orang belanja pulak tu, ko banyak pulak songehnya. Air dia dahsyat punya manis, macam air kosong ko letak air gula semata, ais dah cair pun dia manis letin lagi..huiii muak aku. Ole-Ole Bali terima kasih atas pengalaman yang dahsyat ini. :P. Orang Bali ni memang makanan dia kurang rasa eh, aku rasa pahit dengan manis je. Kangkung dia pahit dia letak ape eh, aneh la pulak. Service dia lembsss, pinggan kitaorang penuh atas meja, bersusun-susun, makan berlaga-laga siku, diaorang lalu buat tak tauuuuuuuuuuuuu je, bila suruh angkat, main angguk je, lepas tu berlalu pergi dengan tenang. Nasib baik aku puasa, saborrrrrrr je la, ke cawangan Subang je cenggitu? Ada sesiapa pernah pergi?

Wednesday, August 10, 2011

Mengidam

Eh..tak, tak, belum lagi. Aku single lagi ni, belum ber'dua' lagi. Ni cerita pasal nafsu sendiri. Kalau bulan puasa ni nafsu makan kemain lagi. Kalau boleh satu bazar ramadhan tu nak beli kannnnn. Hari Isnin baru ini kemain lagi aku teringin nak makan ayam goreng McD yang spicy tu, pedas dia memang meletsss. Setiap kali pergi McD, tulah makanan wajib aku, aku kurang sikit makan burger-burger ni, kalau beli set french fries pun aku tak makan sangat. So sebab En. Syg cakap dia nak singgah McD beli makanan buka puasa, laju je aku order ayam goreng. Dari pukul 12 tengahari dah terbayang-bayang keharuman, kepedasan, kesedapan, kelemakan, segala ke la melambai-lambai mintak dimakan..haha.

Sekali petang tu, En. Syg call bagitau dia dapat Spicy Chicken McDeluxe bukannya ayam goreng spicy, masa tu dia dah kat Putra, tak sampai hati pulak nak suruh dia pergi McD balik, aku pun on je walaupun bergenang air mata aku. Lepas tu dia salahkan budak counter sambil bagitau balik kat aku cemana dia order "Sy nak order spicy chicken satu set" Grrrr..len kali cakap BM senang, cakap omputih dah dapat benda lain. Aku makan sikit je, yang separuh lagi burger En. Syg habiskan, gila lapar, nak tidur pun tak boleh, En. Syg pulak tidur mati, langsung tak tengok betapa terseksanya isteri dia ni nak tidur dalam kelaparan.

Petang semalam sebab lapar sangat, aku beli nasi campur walaupun dalam hati berazam nak makan ayam goreng McD. Tapi sebab lapar adalah di tahap kritikal, terpaksa jugak beli nasi. En. Syg sampai rumah time orang dah azan, dia hulur beg dekat aku, bila bukak je, wahhhhhhhhh bersinar mata hitamku. Ada ayam goreng spicy McD, terus air mata berderai-deraian sambil minum air, seumur hidup nilah kali pertama aku menangis sebab nakkkkkkkkkkkkkk sangat makan something. Aku pun pelik..haha. En. Syg tengok aku nangis terus tanya "terharu tak?" sambil angkat-angkat kening "isteri punya pasal, lautan api sanggup ku redah". Ok over gila statement dia, elehhhh dia punya pasal la aku tidur dalam kelaparan semalam. Pastu makan sorang-sorang, ya allah heaven gilee.


image from Google

Pagi tadi mendapatlah aku sakit perut cer-ber. Perut kan kosong, makan pulak yang pedas-pedas. Dahlah pagi tadi datang lambat, parking semua dah penuh, aku dah berpeluh satu badan ni nak gi toilet. Lepas parking kereta, aku berlari naik office. Walaupun sampai sekarang perut still sakit lagi, tapi memang puas hatilah, dapat jugak pengidaman aku. Oh, hari ni macam teringin nak makan chicken winglah..hmmm