Klik Jommm

Friday, December 2, 2011

Stretchmark cream saya

Bila blogwalking semua orang cerita pasal persiapan barang baby, beli baju, beli lampin, beli kasut..huiii seronok. Aku?? satu pun tak beli lagi, bukan tak excited, excited tapi insyaallah, panjang umur, murah rezeki bulan ni aku dengan En. Syg akan pindah rumah sendiri. So, takmo la kalut nak pindah rumah, kalut beli barang baby, nak mengangkut sana sini payah la pulak, dah elok settle pindah rumah, baru nak start kumpul barang baby tu pasal sekarang tak sabar nak pindah, baju baby melambai-lambai mintak dibeli..haha. 

Excited diam-diam, semalam pergi Mydin USJ beli barang dapur, saja lah singgah tempat baby, saja feeling-feeling sendiri tengok baju, tilam, seronoknya..tak sabar nak beli, dah beli nanti mesti hari-hari duk cium baju baby je kan, psycho gila serius tak sabar nak scan minggu depan nak tau gender

Ok sekarang nak cerita pasal stretchmark cream, dulu masa belum kahwin, bila tengok officemate pregnant, siap bagitahu dia, nanti belilah Bio Oil, elok untuk stretchmark, wahhh orang lain pregnant ko lebih-lebih pulak kan, takdelah aku tolong dia je, sebab dia tau aku banyak baca blog, so taulah sikit-sikit pasal pregnancy ni. 

So bila masa sendiri pregnant, dalam sebulan lebih tu aku dah sibuk survey pasal stretchmark cream, aku terbaca dalam suratkhabar pasal Pureen stretchmark cream ni, sebab kat iklan tulis ada cocoa butter, shea butter, collagen kejadah-kejadah, En. Syg nak belikan Bio Oil aku taknak, nak jugak yang Pureen ni, ke hulu ke hilir cari kat butik baby, tak jumpa. En. Syg suggest yang lain pun tak mau, dia cakap aku adalah perempuan yang selalu terpengaruh dengan iklan..mana adee ohhhh. Akhirnya En. Syg jumpa dekat Guardian (eh tapi semalam dah jumpa dekat Mydin, harga RM28++) dan dia belikan, masa tu baru pregnant sebulan lebih, perut aku oversize, sebulan lebih pun dah besar, so aku start apply stretchmark cream ni dari awal pregnant sampai sekarang dengan harapan tak wujudlah stretchmark kat perut aku ni, sampai sekarang hari-hari suh En. Syg tengok perut kotlah ada stretchmark yang aku tak nampak, alhamdulillah takde lagi.

"Tapi kat bon-bon ada selulit sayang..1..2..3" gigih kira selulit kat bon aku

"Tak payahlah kira!"

Pastu dia mintak stretchmark cream aku nak sapu kat bon, aku taktau la berhasil ke tak stretchmark cream ni dekat selulit..haha 



 Baru sebotol tak habis-habis, asyik lupa je nak sapu 2x sehari, kadang sapu sekali je, kadang lupa langsung.


Thursday, December 1, 2011

of being sick

Hai everyone..ceyyy ceyyy speaking pulak dia. Eh, tak..tak, dah sihat dah pun, cuma minggu ni tak tau nak update apa, sebab minggu lepas tak sihat dan duduk dirumah saje, kalau nak merepek tak tentu hala ni, tak retilah eh, bukan selalu buat ke?. Ahad malam tu aku memang tak boleh tidur langsung, tiba-tiba sakit perut memulas, lepas membuang, tiba-tiba pulak muntah, habis semua nasi goreng pattaya keluar. Siap muntah mengadu kat En. Syg, dia cakap biasalah tu sambil mamai..boleh?. Aku tak boleh tidur lagi sebab perut tak sedap, lari pergi toilet sekali lagi, muntah 3 kali, pun keluar nasi goreng pattaya lagi, hoi banyak betul aku makan, asyik keluar nasi je. Bangun pagi tu En. Syg gorengkan paratha, aku makan sikit, minum air masak sikit, muntah lagi, habis semua paratha keluar. En. Syg ajak pergi klinik, klinik penuh dengan budak nak sunatlah pulak, terpaksa pergi klinik lain kat Rawang, dahlah pening naik kereta, sampai klinik doktor check lebih kurang, dia kata banyak angin. 

Balik rumah sebelum makan ubat, aku makan roti sekeping dengan air masak sikit, muntah lagi keluar habis roti semua. Lepas makan ubat aku tidur, tengahari mak mertua buat bubur nasi untuk aku, aku paksa diri makan semangkuk sebab lapar sangat. Habis makan baru je masuk bilik, muntah habis bubur semangkuk, gila tak larat. Aku terbaring tidur sepanjang hari, En. Syg baik betul, aku order je dari katil, selamat semua sampai, aku jerit je suruh picit, sambil tengok bola pun dia boleh lari masuk bilik picitkan aku...siap mandikan, sabunkan, syampukan, lepas tu ambik gambar aku terbaring, dia cakap boleh masuk blog, motif sangat nak upload gambar sendiri berkain batik, muka sememeh macam orang baru lepas pantang kan..hehe. Masa terbaring tu asyik terfikir, ni baru sakit macam ni pun aku rasa dah tak larat, kalau bersalin nanti boleh ke? Serius takmo fikir, nak doa yang baik-baik je, moga smooth semuanya. Dah tu je nak update, annoying gile kan update pasal sakit sendiri..bye


Friday, November 25, 2011

Tengok bola

Huiiii bz gilaklah minggu ni. Ni pun tengah bz, tapi sempat lagi taip-taip blog..hehe. Ni cerita hari Isnin lepas masa tengok Malaysia lawan Indon for Sukan Sea, eh, dah dekat seminggu baru hegeh-hegeh nak update, orang lain update sepantas kilat kan, aku update macam semut.

Petang Isnin tu, tengah sibuk fikir-fikir nak masak apa for dinner, En. Syg call bagitau member sekolah dia ajak makan di rumah. Wooo weee, tak payah masak, seronok. Lepas balik kerja, En. Syg terus ambik aku kat rumah.



Tuan rumah baju biru yang berdiri, yang lain tu semua member sekolah En. Syg, semua datang bawak isteri masing-masing, anak-anak je belum ada lagi, semua pun pengantin baru..ewahhh, aku sorang je yang dah pregnant. Kesian tengok isteri tuan rumah, kitaorang tengok bola, dia asyik berulang alik ke dapur je, balik kerja terus masak.



Tuan rumah masak lamb dengan mint sauce, sedapppppppppp, teringat-ingat. Lepas tu masing-masing bawak pizza ngan sate, En. Syg bawak jajan je. Aku?? bawak perut..hehe.

Orang lain tengok bola sungguh2, En.Syg asyik suruh aku pejam mata, takut aku stress, dia kata nanti baby pun stress..haha..tak kira nak tengok jugak, walaupun kekadang stress sampai tarik-tarik rambut suami..hehe, En. Syg menahan je.



Aku makan tak sudah-sudah, masa balik tu pun tak puas lagi makan, tapi seganlah pulak, orang lain tengok bola, aku dok ulang alik ambik makanan depan diaorang, pipi aku tak cembong macam tu, tu sebab En. syg nak ambik gambar, aku simpan sate kat pipi, owhhh berat dah 52.5, tak pernah seumur hidup berat naik cecah 50kg..rasa syok pulak tengok badan berisi je, dulu kurus kering.

Apepun, tahniah Harimau Muda, mak vangga ngan uolsss *tetiba*. Para suami menjerit sampai kena sound dengan orang sebelah rumah..huuu. Nasib baik tak kalah, kalau kalah aku stress seminggu, sebab tu aku tak suka tengok Malaysia lawan ni, kalau kalah seminggu aku kuciwa, teringat-ingat, terkenang-kenang, termimpi-mimpi..dahsyat aku ni, emo sangat.


Wednesday, November 23, 2011

Rabu dengan sedikit kata

Busy sikit hari ni, sibuk kira claim sebenarnya, sambil sengih-sengih bahagia..haha. Last week first time makan happy meal McD, memang happy!! tu pun sebab pengaruh rakan sebaya yang makan happy meal semata nak kumpul toys untuk baby dia, aku takde baby, so tak tau nak transfer kat baby sape toys ni. En. Syg: "eh, ni yang bobblehead tu kan, boleh letak dalam kereta, belikan satu lagi" Issshhh baby tua mucuk macam ni.




Suami pergi celebrate birthday kawan dia, so isteri di rumah masak makanan yang disukai




Ikan bakar 2 ekor dengan daging black pepper bakar + air asam..nyumsss

Tuesday, November 22, 2011

Hai

Ok tajuk memang takde kena mengena dengan isi karangan hari ni. Eh, hari tu En. Syg terbeli sesikat pisang yang mengandungi 4 biji pisang kembar siam (ayat). Aku nak makan, En. Syg tak kasi, fine, aku tak tau apa relevennya, tapi menjadi isteri yang mithali, aku makan jelah pisang yang single, sampailah akhirnya pisang habis dan yang tinggal hanyalah pisang kembar siam

Aku: Syg, rin nak makan pisang, tapi pisang single dah habis tinggal yang kembar ni je, tapi syg tak kasi rin makan

En. Syg: Hmm makan jelah..

Aku: OK (laju capai pisang terakhir)



 Kenyang, sampai tak larat nak habiskan

Ok, cerita pasal checkup kat KK hari semalam. HB dah naik 11.2 tapi tetap kena makan iron tablet 2 kali sehari, nak maintain HB, berat pun naik 1kg dalam masa 2 minggu, kenapa badan cepat betul menyimpan lemak sekarang? akibatnya minum air gula bulan depan..sobss


Friday, November 18, 2011

Ini entry masak memasak

Hai semua *bajet Sheila Rusly* aku memang tak pandai masak, dah kahwin ni baru hegeh-hegeh call Ma or mak mertua tanya resepi. Bukanlah tak pandai langsung, setakat goreng ikan, goreng sayur, tomyam, bihun sup, spagheti, masak senang-senang tu taulah, ni kalau masak complicated tu yang masalah sikit. So di suatu petang yang damai.......

En. Syg: (thru phone) Sayang, awak dah beli barang masak ke? hari ni saya teringiiiiiiiinnnnnnnnnnnnnnnnn sangat nak makan mee bandung, awak buatkan boleh?

Saya: Rin tak pandai la sayang

En. Syg: Ok, awak beli bla bla bla, mula-mula awak masukkan bla bla bla, lepas tu bla bla

Saya: *blur*

En. Syg: Takpelah awak sedia bahan, saya masak balik nanti.

Saya: OK

Dah beli barang, sampai rumah, tiba-tiba En. Syg call balik

En. Syg: Saya balik lambatlah hari ni, awak masaklah, nanti awak call mak tanya resepi eh

Saya: Nanti rin refer internet jelah

En. Syg: Tak boleh, awak kena call mak jugak

Saya: Baiklah suami



Mak cakap, mula-mula buat stok daging (saya buat stok daging dalam periuk Ikea yang dihadiahkan oleh bff saya, tengkiu sesayang ku, ada jugak gunanya periuk korang nih)



Lepas tu tumis bawang putih je, tapi menantu degil nak jugak letak bawang besar, nak jugak, nak jugak tak kira ;p (ni bawang cincang, rumah takde lesung batu..sobsss)



Lepas tu boleh masukkan cili giling, rumah ko ada cili tak?

Ada mak


Pehtu masukkan pulak taucu, ko lenyek-lenyek dulu taucu tu rin, nanti kalau tergigit tak sedap pulak "baik mak" (muka gigih lenyek taucu dengan sudu, taucu asyik lari je, ya allah kurniakanlah aku lesung batu..)



Mak, sos tomato tak payah masuk ke?

A'ah masukkan sekali, mak lupa nak bagitahu ko

Sos cili ngan sos tiram?

A'ah masuk jugak 

T_T 
(masa bercinta dulu aku pernah buat simbol ni kat En. Syg dalam email, lepas tu dia reply T T tu ape?? kahkahkah dari planet mana anda datang sayang??)



Udang ko ada beli rin?

Ada mak

Haa ko masukkan udang, lepas tu stok daging dengan dagingnya sekali, dah didih masuk tauhu, ko beli tak tauhu?

Iye ada mak

Dah didih nanti ko pecahkan telur dalam tu, bagi telur tu seketul-seketul, nak makan nanti baru ko masukkan sawi, ha dah siaplah tu

OK

Setengah jam kemudian, berbekalkan memori otak sendiri tentang susun atur resepi mertua



Eh dah jadilah, hehehehe, otw balik suami call

En. Syg: dah siap masak? sedap tak?

Saya: Sedap sebab saya yang masak

Sampai rumah suami makan sambil mengeluh "sedapnyaaaaaaaaaaaaaaa, macam mak punya, tq sayang"

Saya: hnssfff hnsssfff hnsssffff (hidung kembang kempis secara berkala)


Thursday, November 17, 2011

Cer Teka

Cer teka ni kuih apa? Kuih raya? kuih bunga?






Kuih jalin? Bentuk pretzel pun ade..hehe, ni adik ipar aku yang pintal, aku tengok je


Petang-petang tengok gambar kuih, terus rasa lapar..huuuuuuu. Dahlah gemok dempok semuanya. Dapat teka tak?

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*
*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*




Ni kuih donut, tapi kat rumah mertua dia buat seketul je rupa donut, yang lain memacam rupa, suka hati je nak pintal, aku nak tolong pun takut, takut salah pintal..haha. Buat sambil main macam gentel tanah liat adik ipar aku cakap.






Ni mak mertua aku buat, dia cakap ni siput..haha, mak..mak..comellah mak ni. Sedap, lembut jee. Terima kasih mak mengubat mengidam saya, lepas ni nak mengidam apa eh?