Klik Jommm

Thursday, May 9, 2013

LOVE







Esok aku update pasal birthday okay, hari ni nak membz. See you tomorrow

P/S: TQ bestfriend, tolong capture and tag this lovely picture. Luv it so much.



Wednesday, May 8, 2013

Random aka merepek

Hari ni entry takde ilmiah, nak merepek je semata. Nak update pasal birthday party Aish, gambar tak ambik pun lagi dari kamera mertua, ada la 2-3 keping gambar dari handphone aku, boringlah kalau gambar sikit sangat kan. Tak sabar nak cerita betapa kelam kabutnya majlis aku..hahaha, maklumlah first time buat di rumah sendiri, manage sendiri manalah tak kelam kabut.

Jarang sangat kan aku bercerita pasal rumah sendiri, sekarang aku duduk kat Bukit Jelutong, rumah sendiri, En. Syg beli sebulan sebelum kitaorang kahwin without my permission..wahahahaha. Aku tak tengok pun rumah tu sebelum dia beli, kitaorang dapat kunci rumah masa aku pregnantkan Aish 5 bulan on Dec 2011, masa tulah baru aku tengok rumah tu for the first time. Bergaduh bertarik rambut sebelum beli rumah tu, aku nak rumah teres, En. Syg pulak dah berkenan sangat, so dia main beli je without bagitahu aku. Dahlah masa tu sebulan je lagi sebelum kahwin, duit nak pakai banyak, dia  pergi beli rumah pulak..grrrrr.

Tapi yang buat aku sejuk hati, rumah tu fully renovate, so kitaorang memang tak payah buat apa-apa pun. Rumah tu pun still in good condition sebab owner duduk beberapa bulan je lepas beli, lepas tu terus dia pindah, dan rumah tu dia buat macam rumah persinggahan je, setiap minggu hantar maid untuk cuci rumah. Tapi yang aku kurang berkenan sikit sebab dalam master bedroom ada built in almari and side table warna coklat, sejak azali aku bercita-cita nak buat bedroom aku warna putih, kalau nak tanggalkan almari tu memang banyak kerjalah jadinya, kena upah orang, lepas tu kenalah betulkan balik dinding, kena cat semula. Nak cat almari tu boleh, tapi gigih ke aku nak mengecat almari tu jadi warna putih..fuhhh, udahlah almari tu storage dia sampai ke syiling. Kat living room pun ada built in tv cabinet warna coklat jugekkk, nyampah betul, aku nak buat english style ok, dah cakap dengan En. Syg nanti aku nak cat jadi warna putih. Tv cabinet tu rendah, so setakat ni gigih lagi lah nak ngecat semula, tapi tak taulah sebab suami aku tu ada anak kecik bernama Aish Yusuf, bergaduh bertumbuklah aku ni sambil mengecat dengan si kecik tu, aku cat sini, dia cat sinun, memang terbaiklah.

Dulu masa mula-mula pindah, aku tengah mengandung, lepas bersalin bulan April 12, aku duduk rumah mertua sampai September 12, October 12 baru duduk rumah sendiri semula tapi bila ada anak kecik dan bekerja, faham-faham jelah busynya cemana. Memang dari dulu dah cakap dengan En. Syg lepas majlis Aish selesai, aku memang nak "buat" rumah betul-betul, so lepas ni mengadaplah korang aku update blog pasal rumah je, tapi bukan setiap hari la, mungkin sebulan sekali or 2- 3 bulan sekali tu pun kalau proposal aku tuan rumah (suamiku) luluskan.

Minggu depan aku start update dengan benda-benda kecik dulu pasal rumah ye, kecik je, pasal bekas garam..hahaha, eh tapi macam impian tercapai tau, sebab dah lama teringin nak ada bekas2 begitu. Pehhh sedih benor bunyinya tapi tak kira nak jugak tayang, aku suka je nak share, sebab aku sendiri seronok kalau tengok korang share pasal rumah. Kalau korang bagitahu harga dengan beli kat mana lagi aku suka, boleh aku tiru kalau aku berkenan :). Silalah terima ke over an aku ni, bekas garam pun nak tayang, kampung betul (menari goyang bontot macam shin chan) tolonglah bayangkan

Oklah penat dah merepek, bye


 Saya dan Aish Yusuf this morning, inilah nasib bermata sepet, kemain tebal aku sapu eyeliner, haram tak nampak, jerawat period jugak yang nampak..sobss


Tido bersungguh-sungguh lepas penat menangis sebab tergigit lidah sendiri sampai berdarah akibat syok sangat tengok BabyTV pagi-pagi. Mula-mula aku tengok dia menari-nari tepuk tangan depan tv, tak lama lepas tu menangis, tengok-tengok lidah dah berdarah

Tuesday, May 7, 2013

Aqil Hamzah

Al fatihah untuk baby Aqil Hamzah yang kembali ke rahmatullah pada 3 Mei 13, jam 7 ptg due to Streptococcus Pneumonia di HKL dan selamat dikebumikan pada pagi Sabtu, 4 Mei 13.

Aku jugak seorang ibu, aku boleh rasa sedihnya kehilangan seorang anak yang kau tatap senyumnya, tawanya, manjanya dan tangisnya setiap hari dan setiap saat. Anak yang sentiasa dengan kau dari hari pertama kau tahu kewujudan dia didalam rahim sehingga saat dia menghembuskan nafas terakhir. Tapi walau sedih macamana sekalipun yang aku rasa, aku takkan mungkin boleh rasa peritnya kehilangan seorang anak. Sebab aku tak melalui itu, buat Erina dan suami, semoga kuat menghadapi kehilangan permata hati yang paling indah kurniaan Allah yang dipinjamkan hanya untuk 1 tahun 2 bulan di dunia tapi insyaallah selama-lamanya di syurga. Betul, apa yang kita nikmati di dunia ni semua milik Allah, semuanya pinjaman semata, tak de satu pun hak milik mutlak kita.

Aku tak sempat melawat Aqil di hospital, aku plan nak pergi on Sabtu, tapi takdir Tuhan, Aqil meninggal hari Jumaat. Hari Sabtu, lepas appointment follow up Rotavirus Aish di KPJ, baru kitaorang gerak ke rumah family Ena di Seksyen 18, lucky rumah dia nearby rumah bestfriend aku, so aku tak ambik  masa sangatlah nak cari. Serious aku proud dengan Ena, dia strong sangat, masih boleh senyum bila cerita pasal Aqil, sekali-sekala je air mata dia menitik, aku pulak dah memang macam hujan, tak boleh tahan.

En. Syg pun cakap, masa Amir (hubby Ena) cerita pasal arwah Aqil sampailah saat Aqil meninggal, menitik-nitik air mata dia, dia kata dah cuba tahan, tapi tak boleh. Kitaorang jumpa Aqil 3 kali je, tapi anak-anak blogger ni macam dekat sangat kat hati, sebab anak-anak kita sebaya je kan. Infact, kita lebih kenal anak blogger dari blogger tu sendiri. Walaupun hubby Ena ada mintak aku support Ena, but still sampai sekarang aku tak contact dia lagi, aku jadi takut, takut kata-kata aku buat dia menangis or tak selesa. Sorry Ena, kalau Ena ada baca ni, sorry ye, tapi rin doakan Ena selalu.


First time jumpa di Gojes Bloggermom gathering on October 2012


2nd time jumpa on Aqil's first birthday party

3rd time, on Aish's birthday party about a week ago, and it feels like yesterday. Doa aku selalu buat Ena n hubby, moga sentiasa diberi kekuatan menghadapi ujian terhebat dari Tuhan. Aqil Hamzah, saham akhirat mama dan ayah. Al-fatihah.


Friday, May 3, 2013

Cerita Rotavirus

Hai, dah lama sangat tak update, bz bercuti and bz buat kerja lepas masuk kerja balik which is semalam. Unplanned. Cerita majlis Aish kita update minggu depan mungkin. Hoh, esok dah Sabtu, maknanya dah seminggu majlis selesai, updatenye belum lagi. Nak cerita pasal rotavirus hari ni.

Rabu hari tu Aish baru keluar wad sebab rotavirus, sebelum ni tak pernah ambil kisah pun pasal penyakit ni. And seriously aku tak tau macam mana Aish boleh dapat this kind of virus, sebab masa majlis Sabtu tu, aku memang bz, anak aku tah sape-sape yang pegang, tah ape yang disuap, bersih ke tidak tangan diaorang, aku tak tau, sebab aku sibuk sangat ke hulu hilir, dengan majlis yang tunggang langgang. Eh, aku bukanlah nak tuduh orang, aku sendiri pun tak tau, maybe Aish dapat dari aku, tapi aku ni bab jaga anak sangatlah cerewet, botol susu Aish aku sterelize hari-hari, bukan botol susu je, botol air masak dia, mangkuk makanan dia pun sterelize jugak (tu daddy yang sterelize, habis meliut mangkuk tu jadinya..hahaha). Kita anggaplah benda dah nak jadi kan, elak camne pun jadi jugak, lagipun baby besar Aish memang senang kena rotavirus ni, sebab diaorang mengutip, masuk macam-macam dalam mulut kan tapi alhamdulillah Aish dah sihat. Dari apa yang aku baca, hampir semua kanak-kanak akan dapat rotavirus. Btw, kalau sesiapa tak tahu rotavirus ni ada vaksin dia, but its optional, kalau ko biasa bawak anak cucuk dekat government, memang takde, tapi ko boleh bawak dia pergi private to get this kind of vaksin. Aku tak ambik pun untuk Aish, sebab again tak ambil kisah, bad mommy!

Sabtu malam, lepas majlis Aish ok je, bukan main happy lagi buka present and main. Esoknya dengan rumah yang masih tunggang langgang, family aku ajak pergi IKEA sebab papa aku nak beli rak kasut selepas terpesona dengan rak kasut IKEA aku..hahaha. Masa kat IKEA, Aish merengek non stop, and badan dia pun panas, aku ni pulak dah jadi habit, pergi mana-mana mesti nak bawak termometer Aish, bila aku check suhu Aish 38, aku check pulak suhu diri sendiri, eh 38 jugak aku, tapi aku tak rasa demam pun, confuse kejap. 2-3 hari sebelum tu memang Aish demam, tapi hari Sabtu dia dah ok. Bila dia asyik merengek je, En. Syg lari kejap pergi beli paracetamol, lepas bagi dia makan ubat, still dia merengek.

Sampai rumah tidurkan dia dalam buai, lepas habis susu sebotol, dia muntah. Lepas pada tu setiap kali bagi susu or air masak, dia muntah, aku bf, dia muntah susu aku, aku bagi bubur, dia muntah bubur. Lepas maghrib kitaorang bawak dia pergi klinik, doktor just buat surat refer, incase kalau dia teruk terus bawak hospital. Balik dari klinik, dia tidur, dia bangun minum susu around pukul 12am, lepas minum susu dia menangis kuat, kitaorang dukung gilir-gilir, bagi dia susu coklat pulak takut mulut dia pahit sebab banyak sangat muntah, lepas minum sikit dia muntah habis atas carpet and En. Syg cakap "That's it, anak saya sakit ni, let's go to the hospital". Kitaorang pergi DEMC, keluar dari lif, Aish muntah berjujuran, habis baju En. Syg dengan lantai yang sudah berkilat itu (cleaner tengah kilatkan lantai masa tu). Jumpa doktor and doktor suggest untuk warded sebab takut baby dehydrate, tapi biasalah DEMC penuh manjang, so kitaorang pergi KPJ, nasib baik ada kosong lagi, Aish menangis je masa kat Emergency tu, rupanya dia lapar, aku bagi susu, habis sebotol, lepas tu dia tak muntah dah.

Hari Isnin dia cuma muntah 2 kali je, sekali lepas dinner, habis keluar bubur dia, and sekali lagi malam lepas minum air masak, sikit je dia muntah. Doktor tak cucuk air pun kat Aish sebab dia tak serius sangat, dia just muntah, tak cirit birit pun. Doktor just bagi ubat demam and ubat tahan muntah je and dia aktif macam biasa. Rotavirus takde ubat, dia akan baik sendiri lepas keluar melalui muntah dan cirit birit, and rotavirus takkan menyebabkan kematian, your baby will die because of dehydration. Sebab tu kalau your baby muntah or cirit birit berterusan, better bawak hospital, jangan tangguh lama-lama tau. Doktor detect rotavirus Aish melalui sampel najis. Menahan hidung aku ni mencedok poopoo Aish hari tu..hahaha, nasib baik Aish poopoo ketul2, aku cedok seketul..hahaha

Rotavirus ni boleh berjangkit tau, lepas Aish positif rotavirus, terus kitaorang kena tukar bilik, masuk isolation room. Kalau anak kawan ko kena rotavirus, janganlah ko pergi melawat, macam kakak sebelah katil aku hari tu, dia melawat anak kawan dia yang kena rotavirus kat SJMC, dia pergi sorang-sorang je and dia cakap dia tak pegang pun baby tu, just cium je lepas baby tu mandi. Tak lama lepas tu anak dia pulak kena rotavirus, even aku dengan En. Syg pun ada chances untuk berjangkit dengan Aish. Tapi immune system orang dewasa ni mestilah lebih kuat dari baby kan. Kesian sangat baby sebelah katil Aish tu, dia kena masuk air and antibiotik sebab 2 hari dia muntah and cirit birit non stop baru mak dia bawak pergi hospital, dah naik hitam dah mata dia mak dia cakap, memang melepek je. Setakat ni yang aku baca through web, once your baby dah pernah kena rotavirus, badan dia akan build immune system dari this kind of virus. Tapi sekali dah kena, doesn't mean dia takkan kena lagi, esok Aish ada follow up dengan Paed, nanti aku tanyakan samada Aish should get the vaksin or not.








Khusyuk tengok Upin Ipin


Ok, itu je aku nak share dari experience sendiri, aku pun tak tau sangat pasal rotavirus sebelum ni, bila dah kena, barulah nak kaji dengan lebih mendalam. Bye.

P/S: Pray for Aqil Hamzah, anak Erina yang sekarang di ICU HKL, semoga cepat sembuh ye Aqil, mama tunggu Aqil tu.


Thursday, April 25, 2013

In the Making Part 2

Ok, sambung



Beli khas buat makcik group marhaban, jangan makcik2 tu ingat aku hidang air dalam pasu sudah



Daddy, mommy and Aish??


Save the environment, daddy takmo pakai pinggan mangkuk polisterine, dia nak pakai pinggan mangkuk kertas


Dah lama tak cuci gambar, ni RM1.50 sekeping, tanjat ai



Entah berjaya ke tidak, tibai jelah


Elmo tidak berjaya direalisasikan, penat buat design, eceh, macamkan aku yang buat, padahal bagi arahan je


Nasib baik kena buat sikit je, kalau masa kahwin dulu 500 lebih kena buat



Jangan lupa eh :), ini wajib

Bye, esok aku dah start cuti.


Wednesday, April 24, 2013

Celebrate kecil-kecilan

Cerita 2 minggu lepas, baru sekarang nak update.

Birthday Aish on Tuesday, so aku memang tak ambik cuti, sebab dah banyak sangat aku cuti sampaikan cuti pun dah takdo. Kebetulan Aish tak berapa sihat masa minggu birthday dia tu, so berulang aliklah kitaorang berdua dari tempat kerja ke Serendah selama seminggu, sebab mertua aku nak jaga Aish yang tak sihat (batuk and selesema)

Balik dari kerja, aku singgah bakery dan belikan dia kek cinonet je, sebab aku takmo membazir, takde orang kat rumah Serendah, tinggal mertua aku berdua je, diaorang manalah nak makan kek sangat. Aku tak berapa gemar sangat kek, suami pun so-so je. Ingat lagi masa bertunang dulu aku bagi cupcake as hantaran, lepas seminggu bertunang, aku datang rumah bakal mertua, cupcake elok lagi duduk dalam kotak dalam fridge tu, seketul pun takde orang makan, alih-alih aku yang makan..hahaha.

Dan percayalah, kek cinonet Aish tu masih lagi tersergam indah dalam fridge kat rumah mertua, elok lagi seketul, takde orang makan, except kalau adik ipar aku yang tengah bercuti sem tu makan..ohhh lupa Sofea (adik ipar) on diet..kan diikkk

Masa aku sampai kat Serendah malam tu, Aish baru nak tidur, so keluarkan dia dari buai dan cepat-cepat pasang lilin. Dengan ketiak masam, semangat mommy kendong Aish suruh posing.



Holoh..holoh


Sibuk duk menggaru telinga, sebab berpeluh, masa ni musim panas



Mommy tolong tiup eh



Tu je, jadilah nak buat kenangan kan, yang lain aku beli macaron and beberapa ketul blueberry cheese tart yang obviously, semuanya pun aku yang habiskan..srooottttt. Birthday party Aish nanti mommy belikan kek besar sikit ye, sebab ramai tolong habiskan nanti, takdelah terbuang gitu je.

Jumaat lepas, adik ipar ajak pergi dinner sebab nak celebrate birthday pak mertua aku on 20 April, alang-alang, kira celebrate birthday Aish, daddy and mak mertua sekalilah ye. Aish 9 April, En. Syg 16 April, Pak Mertua 20 April and Mak Mertua 30 April..berderet.

Tu belum campur family Pahang aku lagi, anak buah 21 April, kakak aku 12 April, anniversary parents aku pun 12 April. Aku dengan En.Syg plan semua anak-anak aku nanti, aku nak lahirkan on April, kalau ada rezekilah kan, insyaallah, boleh celebrate sekali harung dengan daddy, jimat duit mommy.



Aish comot sangat, balik kerja lepas fetch dia dari rumah babysitter, terus singgah klinik ambik ubat selesema and batuk and terus gerak pergi dinner


Pak mertua dan adik-adik ipar


Dinner dekat rumah aku, mula plan nak dinner kat Laman Grill, sekali sampai, Masterchef Selebriti tengah shoot dekat situ, terus pergi Ayers Rock, restoran ni pernah masuk kat JJCM, food dia sangat sedap, ini serius (buat muka serius sambil kerut kening)



Air old skool








Semua sedap, daging dia lembut-lembut menusuk ke jantungku, sedap sangat, sangat-sangat. Bye!

Tuesday, April 23, 2013

In The Making Part 1

Rumah dah macam stor sekarang :)





Ye ini bukan aku, ni adik aku, sebab aku cun lebih sikit dari dia..puihh




Barang kenduri ada di celah-celah tu, yang lain laghaaaa semata



Nak beli ke tak teko ni, kotlah makcik-makcik nak order teh tarik lepas baca surah



Daddy hentak-hentak kaki nak beli pinggan Happy Birthday ni, ye daddy ambiklah, saya belanja


Ni baru sikit, angkut dari rumah mertua, lebihan kenduri adik ipar tahun lepas, esok aku tunjuk stok pinggan mangkuk terbaru eh




Belikan doorgift untuk babies for birthday party


Peneman setia, daddy tak ikut sbb dia nak tidur. Satu malam tak tidur jaga ini budak yang meragam

..to be continued