Klik Jommm

Wednesday, March 16, 2011

Ke kebun yukkk

Blog ni nama je "da journey of B2B", tapi entrynye asyik menyimpang je dari cerita kahwin, tak pernahnya nak cerita pasal perkahwinan secara serius. Maklumlah majlis nanti pun sederhana je, mengikut kemampuan poket sendiri sahaja, tak segah mana, nak cerita yo yo ooo pun segan. Sikit-sikit tu bolehlah. Tapi bercerita pasal aktiviti sebelum kahwin ni laju je aku. Baru-baru ni ikut En. Syg balik Rawang kejap, buat lawatan terhormat ke kebun kesayangan beliau. Uiissshhh dia sayang ok kebun ni. Nak cakap rindu kat aku lambattttt, kalau seminggu je tak pergi kebun, nanti call aku cakap "Saya rindulah kat kebun". Bakal isteri petani, kenalah belajar jadi petani jugak, lagipun kebun itu kan bakal masa depan bersama..ewahhhh dan-dan bersama, kalau dapat hasil bakal isteri ni nak jugak mengecek sikit kannnnn. 

"Sayaaaaannnggggggggg, nak gelang besar rantai beskal satu..satuuuuuuuuuuuuu je"

Kalau selalu ikut ke kebun, baru la laju je En. syg nak layan pengecekan, bukan gelang je, lengkap satu badan serba berdiri dia belikan, sampai tak boleh berjalan sebab berat nak bawak..haaa kauuu. Tapi kalau dah dasar, sikit-sikit takmo, sikit-sikit rimas, pastu mintak gelang, memang nak kena cubit kecikkk. 

Perjalanan dimulakan diawal pagi




Bandar Rawang di pagi hari

Hari tu kitaorang ber'3 je ke kebun, aku, En. Syg and ayah..eh..Pakcik Ahmad :). Hello Pakcik Ahmad..pelemPANGGG..eh, Assalamualaikum Pakcik Ahmad.


Nampak hasil pencakaran?? Ayah En. Syg cakap aku cakar daun dah macam sapu laman..maluuuu. Standard lah kalau kebun banyak daun-daun berguguran kan, aku pergi cakar semua, bersihh. Padahal aku tak tau nak buat apa, nyamuk banyak and aku taknak duduk jauh dari ubat nyamuk, so aku kasi cakar kawasan berdekatan ubat nyamuk sahaja. Kalau aku duduk tak buat apa-apa kang, apalah maknanya aku menyibuk di situ. Bagai melukut di tepi gantang sahaja..tiba-tiba.

Cakar sikit, makan kena banyakkk, nak-nak pulak breakfast yang disediakan oleh pihak penganjur sangat menyelerakan usus.



Uiisshhh faveret niii, otw dalam kereta dah ngap sebiji burger, otw nak siapkan segala cakaran harimau ngap big breakfast sorang-sorang pulak, nasib baik bakal ayah duduk nunnn di hujung sana, ngap laju-laju takut dia nampak..uishh menantu sapa la ni buruk lantak. Bahagiaaa, dapat makan, angin sepoi-sepoi bahasa sambil dikelilingi 3 ketul ubat nyamuk, En. Syg tolong buat kubu pertahanan, terasa diri ini dicintai..pfftttt



Hero remaja ku tengah buat penanaman semula. Indon yang dulu sudah berhenti, sendiri kena jadi indon. Jenuh dia ajak temankan dia tanam, siap offer

"Saya bawak ubat nyamuk sekali ni..jom arrrr"
"Tanak arrr, saya nak cakar niii"


Nyomelnye diaaaaa...geyyyammm

Tah hape-hape dengan cendawan pun jadii, aku usik-usik cendawan ni, tapi En. Syg marah, dia kata nanti keracunan, setau aku kalau makan je boleh keracunan, kalau pegang tak mungkin kott..ke aku salah?


Cerrr teka kitaorang tanam apa..cer teka, cer teka..JAWAPANNYA

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

RAHSIAAAAAAAAAAA

(jom tampor aku ;p)

2 comments:

  1. korang tanam tongkat ali ke???hahahaha

    ReplyDelete
  2. z'da: eh, camne ko boleh teka dengan betul ni?? haha ;p tongkat ali dengan kacip fatimah skali

    ReplyDelete