Klik Jommm

Thursday, March 17, 2011

Nasi Goreng Pertama

Balik dari kebun, takkanlah terus menonong-nonong balik Subang, melampooo tau. So k'orang singgah dulu kat rumah En. Syg, mak En. Syg pulak baru balik dari kenduri makanya silalah faham tiada lunch disediakan, aka kalau lapar sila masak sendiri, kalau takmo masak jugak, sila berlapar. Aku kalau bab berlapar ok je (maklumlah dah habis big breakfast pukul 11 tu), tapi kalau balik kebun tak mandi memang tak boleh. Aku pun masuklah bilik air dan mandi, tengah mandi dengar ada orang tumbuk sambal. Masa tu dalam hatiii, uishhh sedapnya kalau lepas mandi dapat makan, dah kenyang tidur..ooohhh nikmattt. Bila keluar je, kuali dah atas dapur




Macam sedapppp je, sedap ke?



Lapar ke bang?? Serius je

Lelaki yang baru balik dari kebun, bau hapak, tak mandi terus masak. Rambut pun dah tak tentu hala.

"Sedap ke ni sayang?"
"Eh, mestilah sedappp, nasi goreng ala asparagus"

Haha..tak menahannn, siap ada nama walhal sebatang je asparagusnya, lainlah kalau asparagusnya berkeliaran dalam nasi tu, barulah boleh letak nama ala asparagus.



Ni aku punya, aku punya kena ada telur, telur itu feveret

Rasa dia, mmmm tawar sikit yang lain ok, aku ni pemasin orangnya, maklumlah keturunan darah tinggi...ishh mintak jauh, janganlah menurun kat aku.

Lepas makan, kemas dapur, sembahyang dan tidur. Ya allah, sedapnyaaaaaaaaa, badan pulak penat bercakar-cakaran pagi tu. Berpeluh-peluh pun aku lena lagi sampai terlupa aku ni kat rumah bakal mertua, baru bakal, belum jadi lagi, kalau jadi, taktau la apa jadi dengan aku, sekarang pun dah tunjuk tak senonohnya..nyah kau dari sini!.

No comments:

Post a Comment