Klik Jommm

Friday, January 27, 2012

Nama Baby

Dulu sebelum kahwin, bila cakap pasal nama anak, En. Syg mesti cakap:

"Kalau saya ada anak nanti, nama dia kena mula dengan huruf A, sebab saya nak anak saya jadi yang pertama, berani, selalu ke depan and saya nak nama ringkas je, AMNI, cukup"

issshhh aku tak boleh betul, kalau nama mula dengan huruf A aku tak kisah, tapi kalau nama anak seketul je, kesian la pulak, rasa macam tak cukup, tak sampai, tak puas nak sebut..haha. 2 suku kata nice, tapi kalau 3, kesian pulak, sebab banyak sangat. 

Perkara pertama yang kitaorang bincangkan bila je tau aku pregnant selain brand stroller adalah nama anak. Hari-hari balik kerja mesti bawak balik nama baru, tapi semua bermula dengan huruf A lah. Aku selalu cari nama baby girl, En. Syg cari nama baby boy. Punyalah feeling kata ko, budak baru nak jadi dalam perut, mak ayah sibuk nak namakan dah.  Dari satu suku kata, dah jadi 2, tiba-tiba En. Syg ok pulak. Dia pernah suggest satu nama baby boy kat aku, dia kan suka main golf, so nama pemain golflah yang dia suggest. Aku suka nama tu tapi cari punya cari takde makna, so aku reject. Dah jangan ko ingat dia nak bagi nama Tiger Woods pulak, aku meroyan dulu nanti. Zaman sekarang bukan macam zaman dulu, bagi nama ikut sedap bunyi je. Zaman sekarang orang dah berilmu bagi nama anak bunyi cantik, makna baik, walaupun takde makna dalam Bahasa Arab, tak kisahlah BM ke Parsi ke, asalkan ada makna yang baik.

Macam nama En. Syg: Asrul Sani, dia anak kedua sebenarnya, tapi arwah abang dia meninggal lepas seminggu lahir, so sekarang dia jadi anak pertama. Makna nama En. Syg "rahsia kedua" begitu dalam maksudnya. Tu pasallah kalau aku tanya sikit contoh "Syg nak pergi mana" jawab dia "Rahsia", nak je aku gigit-gigit budak ni, manjang dia jawab rahsia, tapi tu jawapan masa nak bergurau lah, kalau serius sibuk nak jawab rahsia, aku pok kan aje. Nama aku pulak: Jasrina, tu nama hasil gabungan nama Pa: JAmaludin dan nama Ma: SeRIah, jadilah Jasri. Nama Along aku Jasriwati, lepas aku lahir Pa terus daftar Jasrina. Bengkek gila Ma aku masa tu, sebab dia nak nama yang ada makna, so lepas tu setiap kali dapat baby baru, Ma aku akan cari nama siap-siap, so 4 orang nama adik aku semua ada makna, kitaorang berdua je takde..sobss. Tapi sebab nama aku adalah pemberian Pa, nama aku tetap cantik, cuma takde makna jelah..boleh tak nak perasan gitu.

Masa pilih nama untuk baby, takde problem pun, aku pun surprise, sebab nama yang En. Syg suka, aku pun suka, takde gaduh, takde kecik hati, takde merajuk. En. Syg suggest satu nama masa kitaorang dalam kereta, dan satu lagi aku suggest masa kitaorang tengah baring-baring sebelum tidur, that's it, DONE. 2 suku kata bermula dengan A, nak cari nama lelaki huruf A sangatlah susah. Satu lagi nama yang En. Syg suggest memang dah lama aku suka, aku selalu membayangkan orang yang ada nama tu orangnya hensem, tinggi, putih, alim-alim, baik hati, semua yang baik-baiklah. So bila En. Syg sebut je aku terus OK. Sekarang dah start panggil baby dengan nama dia. Semoga anak aku ni "cantik" rupanya, "cantik" kelakuannya, dan "cantik" hatinya secantik namanya, insyaallah amin. Mummy luv u baby..eh tiba-tiba sangat.

Thursday, January 26, 2012

CNY dinner

Subhanallah, malas gila kot nak update, dari semalam setiap kali click New Post, terus jari lembik nak menaip..padahal kat office cuma ada 5 ketul manusia sahaja, kerja pun tak banyak, memang bolehlah sangat kalau nak buat 15 entry pun. 

Office aku takde annual dinner, kalau ada pun setiap tahun hanyalah CNY dinner, itu dinner wajib. This year punya dinner boleh bawak spouse memasing, nak tau company aku ada berapa orang, hanya 7 orang sahaja, kecik gila kan. So kemana kita dinner ini tahun?



Cinnamon Cafe di One World Hotel, Bandar Utama

Itu muka baru balik kerja, kalau dah ada 7 ketul je colleague, tak payahlah kau beria balik rumah, pakai dress, mekap cecantik, membazir ye anak-anak, sebab kaedahnya semua orang gerak dari office terus terjah tempat dinner.

Kitaorang sampai agak lewat, sebab En. Syg pick up aku kat office pun lewat sikit


Sampai je, diaorang dah start makan, siapalah yang nak tunggu kitaorang yang lambat ni, tu pun banyak kali diaorang call tanya kat mana. Cinnamon Cafe ni ada bermacam-macam jenis food, ada Japanese, Asian, Mamak, Chinese, Teppayanki, Indian and Malay. So ada banyak station, pergi je station mana ko nak singgah.



The deco




Dambaan ku selalu..hehe


Suamiku


Ni my colleague, the only chinese girl in the office. Malay pun 2 orang je, aku dengan sorang lagi budak account, yang lain semua chinese guy. My review, oklah kot Cinnamon Cafe ni, aku dengan En. Syg makan sampai se'eh (kenyang bahasa orang pantai timur) Yang paling geram, aku kan suka makan sushi/sashimi, tapi boleh tengok je tak boleh makan..sobsss, dah niat dalam hati, habis je confinement nanti nak pergi makan Sushi King, dah lama gila "puasa" ni.

P/S: Wahhh berjaya jugak update hari ni..bye!


Friday, January 20, 2012

Shopping barang baby

Ni baru part 1..tu pun En. Syg asyik tanya, tak awal sangat ke? Tapi aku cakap aku tak kira, nak jugak shopping, lagipun sekarang kan sale CNY lagi, kalau terlepas sale nanti rugilah. Nak pulak kitaorang dah pindah rumah, walaupun rumah aku tu still tunggang langgang, tapi kira dah settle bab pindah rumah, sekarang aku nak buat bab baby pulak. Lagipun bukannya nak beli semua sekaligus kan, sikit-sikit dulu, bulan ni beli ni, bulan depan beli tu.

Seminggu sebelum dah cakap siap-siap dengan En. Syg

"Minggu depan beli barang baby eh"
Tapi tulah kita hanya merancang, Allah jua menentukan..ecewahh. Aku ajak En. Syg shopping hari Ahad, Sabtu malam tu member En. Syg call ajak datang kenduri akikah anak dia hari Ahad tu. Aku mati-mati takmo cancel plan shopping aku, En. Syg ajak pergi kenduri, and petang baru pergi shopping pun aku takmau. Sebab aku plan nak shopping kat Pyramid, ko paham-paham jelah Pyramid tu, ingat ko datang petang senang ke nak cari parking, dahlah suami kesayangan tak boleh sesak-sesak ni, kang tak pasal-pasal dia ajak balik. 

So En. Syg cakap, biar dia pergi kenduri akikah tu dan aku boleh pergi shopping dengan adik aku..weeeeeeee. Aku lagi suka, sebab bolehlah shopping sambil feeling. Kalau dengan En. Syg, tak dan nak feeling, dia nampak je dia angkat, nampak je angkat, nampak je angkat, lepas tu dah jom balik. Tak dan mak ko nak matchkan kaler baju dengan mitten and booties ko dik, kalerful la ko nanti..hahaha. Tak pun kalau dia boleh tunggu, nanti dia buat muka resah gelisah dia, resah gelisah jugaklah aku ni nanti..huhu.

Berapa aku habis untuk beli barang baby Part 1 ni, seingat aku RM10++ je kot




RM400 Parkson voucher hadiah kahwin dari ex officemate En. Syg. Masa dia bagi voucher ni aku baru tau yang aku pregnant. So En. Syg suruh simpan buat beli barang baby. Tapi kenapa Parkson, kenapa?? kenapa?? napaaaann?? Aku prefer Jusco sebab Parkson sangatlah boring. Tapi orang dah bagi, bersyukur jelah, banyak pulak komennya kan.



Peneman setia, yang sama-sama bersila masa pilih baju dengan aku, kalau tak jumpa je aku jerit

"Kak cik, carikkan seluar newborn, tak jumpalah"
"Kak cik, yang ni seluar panjang takde ke"
"Kak cik, carikkan tilam"

Begitu..sebab salesgirl kat Parkson lalu lalang je tengok aku memilih baju, pilihan sangatlah terhad, sangat-sangat terhad, sampai berulang aliklah aku duk fikir nak ambik ke tak nak, penat cari design and size. Design pulak lebih kurang je, kang orang ingat anak aku asyik pakai baju yang same je pulak. Brand yang ada pun cuma Anakku, Baby Kiko, Disnep Baby and Pigeon. Design cantik, size pulak takde, ehh tension aku. Discount pulak 10% je..cehh, kalau Jusco 50% ok. Sebab tu aim aku nak habiskan voucher je, takmo menambah-nambah duit sendiri lebih-lebih.

Hasilnya selepas hampir 6 jam shopping, manalah En. Syg tak panas bontot duduk kat rumah sorang-sorang..oloh-oloh kesian, asyik call je tanya kat mana dah, jawapan aku asyiklah, kat Parkson lagi.



11 pasang baju, 5 lengan pendek, 6 lengan panjang, sepasang aku beli newborn, yang lain semua 0-6 bulan. Nanti nak beli newborn lagi sepasang, buat pakai masa kat hospital. Seluar semua aku beli seluar panjang. Dan kebanyakan baju aku beli butang depan, senang nak salin baju nanti.



Mitten and booties, warna putih beli 2 sebab boleh match dengan mana-mana baju, yang lain aku ikut warna baju yang aku beli. Baru dapat 5, nanti nak tambah kemudian. Jangan anak aku mengigau tengok kaki sendiri  sudah..haha nak-nak pulak rabbit kaler oren tu.




Changing mat and mosquito net. Changing mat tu aku main ambik je, dah balik rumah tengok..eh, eh ada butterfly comel..haha muka innocent gila.
 


Dah bayar, dapat pulak voucher RM20.00 lagi, so aku habiskan terus dengan beli toiletries. Langsai RM400 begitu sahaja. Ni pun tak cukup lagi, nasib baik semua barang free, next shopping bulan depan pulak. Fuh..fuh..panjang betul entry hari ni. Selamat hari Jumaat.

Thursday, January 19, 2012

Majlis Akikah

Majlis ni 2 minggu lepas, sepupu En. Syg baru dapat anak pertama. Majlis dibuat di rumah arwah datuk dan nenek En. Syg dekat Rawang. Pagi buta aku bangun, sibuk duk try 2-3 pasang baju kurung, haram satu pun tak muat, terpaksa pasrah pakai blaus dengan legging je, malu gila kot, tapi memang dah takde baju yang muat, ikut hati dah tak mau pergi, tapi kang ko buat akikah anak sendiri, orang takmo pulak datang cane. Legging pun legginglah..jalannnn.

Aku sampai dah agak lewat sikit, kebetulan sampai dalam 5 minit dah boleh makan..ehhh suka je. Pagi tu diaorang dah buat marhaban dan cukur jambul sekali.



Si pipi labuh yang dikendurikan, geram je aku dengan baby ni, dah 2 bulan, gebu betul. Baby boy so 2 ekor kambing, seekor kambing buat kari, seekor lagi buat kambing golek. En. syg berapa kali duk ulang makan kambing golek, dia kan peminat tegar kambing, tu pasal liat nak mandi macam kambing jugak..haha



Ambik gambar time orang dah nak balik, yang tinggal pun masa ni mak ngan pak sedara je dah





Comel kan cradle baby Afiq, tapi boleh pakai sekejap je tu, bila dia dah besar sikit dan pandai pusing memang simpan dalam stor jelah.



Makan round ke 2, orang sibuk mengemas, aku sibuk makan



Pakai katering, tapi diaorang rajin nak tolong kemas sekali. Around pukul 3 lebih kitaorang pun terus balik Serendah, rumah mak mertua


Wednesday, January 18, 2012

Wordless Wednesday


Hari-hari balik kerja, ini yang aku terjah dulu. Vanilla aiskrim curah coklat Hershey..woahhh heaven i tell u. Lepas tu berat naik menggebu-gebu, lepas tu kena minum air gula, sekarang aku haramkan En. Syg beli aiskrim sampai aku bersalin..ceyy ceyyy..suami beli, tapi aku yang habiskan sorang-sorang, En. Syg sempat makan sekali je.  Sekian..saya yang insaf T_T

Tuesday, January 17, 2012

Kesibukan

Hi darlingsss..aku bz sangat, sebab semalam dah cuti 1 hari pergi check up, petang semalam ingat nak singgah office jugak, sambung kerja melambak-lambak, tapi otw dah nak sampai office, orang Astro call nak pasang Astro kat rumah, patah balik rumah pulak. Check up semalam berat naik 0.4kg dalam masa 2 minggu, hoii tak percaya betullah, first time tu, selalunya 2 minggu aku boleh naik dekat 2kg.

Currently aku makan ini:




Baru start makan masa 6 bulan hari tu, eh sekarang pun 6 bulan jugak, tapi dah 6 bulan 3 minggu lah. Dah lama aim nak beli, tapi asyiklah lupaaaaaaaaaa manjang, so bila teringat je hari tu, terus ku gagahi kaki berjalan ke Watson kat Taipan nun, beli jugak, takut nanti lupa lagi. Ok, update pendek je..babai

Hei mengantuk betullah hari ni..

Friday, January 13, 2012

Jom ke Pasar

Aku sejak kahwin jadi rajin nak masak, aku pun tak tau kenapa, rasa macam seronok je boleh bagi suami makan masakan sendiri, walaupun tak sedap and walaupun lepas tu En. Syg akan bagi komen, tapi dia cakap baik-baiklah, berani dia komen sesuka hati..tido luar!! haha. Kalau sedap, dia cakap sedap, kalau tak sedap dia still akan makan tapi dia akan bagitahu, ini tak cukup itu tak cukup, so next time kita improve. Macam semalam aku buat sup ikan merah, dia asyik ulang alik ke dapur menambah sup and cakap sedap, aku rasa tak sedap pun..haha, ini nak ambik hati ke apa.

Dulu kat rumah sewa kalau nak masak, aku akan beli lauk hari-hari kat kedai bawah rumah, harga dia memang mencekik darah, tapi aku takde pilihan sebab kat rumah sewa cuma ada mini bar je, manalah muat nak sumbat lauk untuk seminggu. Since dah pindah dan dah ada fridge, kitaorang beli lauk untuk seminggu terus, sebelum pergi pasar dah rancang menu untuk seminggu, so dah set nak beli barang apa, kalau nak harap aku fikir hari-hari nak masak apa, jenuhlah, balik office nak mengadap jam, lagi balik fikir nak masa apa, nanti otak pulak jam.

Hari Ahad En. Syg ye ye ajak aku pergi pasar, aku dah suka ni, sebab aku memang suka pergi pasar Ahad pagi yang kat stadium Shah Alam tu, alih-alih ke lain dibawaknya.



Budak nakal kesayangan



Sampai roundabout yang dekat Giant tu, aku pelik bila dia pusing ke tempat lain

Aku: Eh, kita nak pergi mana
En. Syg: Pasarlah, kenapa
Aku: Bukan nak pergi stadium eh?
En. Syg: Taklah, pasar sek 6, awak nak pergi stadium ke? dah panas ni
Aku: Hmm takpelah


Ikan segar tapi mahallah kat pasar ni



Seronok jugak pergi pasar pagi-pagi, first time kitaorang pergi pasar berdua sejak kahwin and seriously pergi pasar memang menyeronokkan, perasaan dia sama macam pergi shoppinglah..hehe


Wednesday, January 11, 2012

Pindah Part 1

Pindah memang penat, tambah-tambah lagi dengan keadaan aku sekarang, nak pulak kitaorang memang tak sewa lori, semua barang angkat sendiri sebab En. Syg beli rumah beberapa minggu sebelum kitaorang kahwin, so awal-awal dah tau memang akan berpindah, sebab tu kitaorang tak beli barang rumah, hiduplah macam orang bujang kat rumah sewa, tidur atas tilam, ada mini bar je, baju kalau tak balik basuh kat Rawang, aku hantar dobi. 6 bulan lebih jugaklah.

Tukang kemas aku, tukang angkat En. Syg. Adalah jugak aku angkat, tapi yang ringan-ringan je lah. Maaf ye bang, sila jadi gagah perkasa sorang-sorang. Sampai demam-demamlah jugak dia sebab angkat barang. Dah last-last baru mintak tolong cousin En. Syg tolong angkatkan. 3 minggu weekend baru settle angkat semua barang. Lepas tu terkejar-kejar pulak nak beli fridge, washing machine dengan katil. Memang penat, aku rasa hilang tumit aku ni. Nasib baik family in law datang tolong kemas dapur.



Barang dapur




Sesi membuang barang-barang zaman bujang yang agak-agak dah tak perlu, aku malas nak angkut sampah pergi rumah baru, nyemak je.



Baju-bajan



Angkut dengan kereta je, sikit-sikit sebab duduk rumah tinggi, jenuh mengangkut dari rumah ke lif, turun lif, angkut pulak ke kereta, manalah cayang bucuk intan payung tak demam. Paling demam kena angkat tong gas, gila nak putus urat lelaki gagah perkasaku..auww

Last day, 31/12/11, kitaorang pergi semula ke rumah sewa untuk kemas, sapu, buang sampah dan mop. Takkan nak pulang balik kat tuan rumah bersepah-sepah kan. Lepas tu dapat balik duit deposit, duit yang dikorek dengan susah payah sebab masa tu sibuk nak kahwin, banyak nak pakai duit, terpaksa pulak keluarkan duit depo rumah sewa. Nasib baik tuan rumah jenis yang bertolak ansur, depo pun sebulan je. Ok tu je, nanti update pindah part 2 eh, mengemas rumah baru pulak..bye


Tuesday, January 10, 2012

Menjelajah IKEA

Dah lama giler tak pergi IKEA. Last time before kitaorang kahwin kot, masa tu lagi sebulan dua nak kahwin, lepas kahwin, tetiap minggu pun balik Rawang, memang tak ke mana sangat. Cuti New Year baru ni barulah merasa duduk berdua di hari weekend, first time, tu pun sebab kitaorang nak mengemas rumah kapal karam tu. Tak plan pun mulanya, bangun pagi, breakfast, tiba-tiba En. Syg ajak ke IKEA. Around 9.30am keluar rumah, tapi bila sampai IKEA, ramainya umat, mak aihhh



Kereta beratur nak masuk parking, padahal awal pagi tu


Fuhhh, hidung dah kembang setaman ni

Kitaorang kan baru pindah, so konon-konon nak tengok barang rumahlah, boleh tengok je, tak boleh beli lagi, sesi berangan je, kena dulukan baby


En. Syg suka ni, aku tak suka, cam kerusi office



Aku nak ni




Buat muka yeh. Ni orang yang asyik complain dia dah gemuk, tang mana gemuk pun aku tak tau



Berangan nak dapur camni, kononlah


Dah kutip semua barang-barang kecik, makan time, orang punyalah ramai, beratur je sampai sejam, dah dapat food, meja pulak takde, tunggu lah lagi ye, perut berdangdut-dangdut dah.



Kalau pergi IKEA, ni menu wajib



Ni je pun yang aku beli, 3 tong sampah, aku suka letak tong sampah dalam bathroom, senang nak buang toilet paper, tapi dapat suami degil, semua pun dia nak buang dalam toilet bowl..ehh hangin je aku. Satu bekas letak sudu, garfu, satu bekas letak sudip and perkakas masak aku. Lepas tu beli set tupperware yang murah, RM15 dapat dalam 17 bekas kot. Buat letak ikan, ayam, dalam fridge. Lepas tu beli tapis, sebab hari tu aku goreng ikan bilis tapis dalam tapis plastik, habislah tapis tu melecur, koyak rabak..haha, dah tu je tapis yang ada kat rumah aku. En. Syg asyik sebut je, "awak rosakkan tapis saya" eh ngada-ngadalah, padahal tapis plastik tu aku yang beli, tetiba jadi tapis dia, mentang dia yang pilih..babab kang. Nyampah i ok..hahaha. Oklah baiiii.

Monday, January 9, 2012

Akhirnya

Dah hampir 7 bulan kahwin, pencarian lesung batu idaman akhirnya berakhir. Sebelum ni jenuh duk mencincang bawang kalau nak masak, nak makan sambal belacan pun tak dapat, boleh buat air asam je kalau nak makan pedas atau terpaksa pasrah melihat cili padi yang masih sempurna terkontang-kanting dalam blender, dah blender banyak kali tetaplah cili tu sihat walafiat, dah nak makannya berdua, berapa ketul sangat la cili n bawang yang nak diblender. Kadang suka hati pakai blender kering blend cili or bawang, sikit lagi sadaqallah lah blender aku, pakai main taram je.



Pencarian berakhir di Tesco Extra Shah Alam, En. Syg suka sebab dia batu original, aku suka sebab dia comel, kecik je dan tinggi. Sesuailah untuk kegunaan berdua, nak tunggu anak besar dan pandai makan sambal belacan lambat lagi kot, sempat lah lesung batu ni expired dulu.



Sambal belacan pertama, huiii selera orang tu makan





Bandung cincau yang susah betul untuk ditemui, akhirnya bertemu di Sek. 7 Shah Alam, dapat jugak ubat mengidam, semalam dah beli sirap rose dan cincau buat stok, lepas ni buat sendiri dan minum puas-puas sampai kembung.




Yang ni pun dapat jugak, sanggup bersesak-sesak di hari minggu pergi ke Mydin USJ semata nak beli ni, pastu terus balik..lemak betul. Sekarang kalau nampak orang minum Coolblog, tahan air liur je, sebab takut berat naik, aku ni kalau sekali dah mula tak boleh berhenti.



Friday, January 6, 2012

Boy or Girl

Sebelum tau gender, En. Syg selalu cakap kalau boleh anak first biarlah lelaki, boleh jaga family, jaga adik-adik, jaga mummy, bila daddy dah takde. Tapi kalau perempuan pun dia tak kisah, cuma kalau boleh lelaki biarlah lelaki, ko paham ke tidak ayat aku ni...haha, berputar-putar.

Masa baru 2 bulan pregnant, bapa mertua cakap instinct dia, baby aku lelaki. 3-3 adik ipar pun cakap diaorang rasa lelaki. Adik ipar yang bongsu asyik cakap, "adik nak baby boy". Amboi..haha, kalau tanya aku, aku tak tau, aku kalau boleh tak nak setkan mind aku, aku nak lelaki or aku nak perempuan. Aku takut kalau aku berharap sangat, bila tau gender baby sebaliknya, aku kecewa, ni anak aku, so aku tak kisah, lelaki ok, perempuan pun ok. Lagipun baru anak first kan, kalau this time dapat perempuan, next time pun boleh beranak lagi apa.

Kalau ikut side aku pulak, of course semua orang harap this time anak aku lelaki, sebab parents aku dah ada 2 cucu perempuan. Hari tu Pa tengok perut aku dia cakap "Pa rasa anak awak lelaki ni" yakin je kan, padahal masa adik ipar aku pregnant dulu pun dia cakap camtu, tapi bila keluar perempuan. Bila aku tanya Ma, Ma cakap dia rasa perempuan sebab aku suka memasak. "Eh Ma, mana ada angah suka memasak, terpaksa memasak ok sebab dah kahwin". Akak sebelah rumah masa aku duduk kat Subang dulu pun cakap baby aku perempuan sebab dia tengok perut aku bulat. Akak kedai makan yang selalu aku pergi waktu lunch cakap "baby girl ni"Budak office pulak cakap baby aku boy sebab aku berseri-seri, aku taktau lah pulak yang berseri bagi orang pregnant ni adalah muka berminyak tak berbedak, jerawat naik mencanak-canak, rambut gerbang-gerbang cam ponti, muka berkerut-kerut menahan pening..or aku ni sememangnya mempunyai kecantikan semulajadi yang aku sendiri pun tak perasan..hak hak tuihh..haha

So ko rasa anak aku boy ke girl??

*
*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*
*

*

*

*

*

*

*

*


Dah 2 kali scan, and 2-2 doktor cakap

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*
*

*

*

*

*

*

*

*

"I can see a penis"

Yes darling, it's a BOY. En. Syg senyum lebar, dia kata melompat dalam hati. Adik ipar aku asyik cakap "eeee cepatlah baby lahir, tak sabar!!". Ma aku asyik panggil nama cucu je (aku dah ada nama untuk anak aku sebenarnya). Hari tu kirim Mee Kari dari Pahang siap cakap "Ni untuk ______ (nama baby aku). Pa aku bila main dengan cucu perempuan dia, asyik cakap, lepas ni dapat cucu lelaki pulak. Budak office cakap "saya dah agak dah". Aku serius tak kisah, tapi tetap happy sebab boleh buat orang lain happy yang penting baby sihat dan sempurna. Tapi dalam happy tu pun aku still takmo terlalu berharap, kang tetiba kuar baby girl, tu aku kira kuasa Tuhanlah. Walau apa pun gender baby aku tetap bersyukur. Pray for us guys, moga semuanya baik baik je nanti.

Thursday, January 5, 2012

New Year @ Space U8, Bukit Jelutong

Tetiap tahun new year aku tak pernah pergi memana pun. Malas nak bersesak-sesak, mengadap jammed sana sini, kose..baik duduk rumah. Tapi tahun ni lain sikitlah, dah kahwin kata ko, nak pulak baru pindah rumah, mata berlengas tengok kotak dimana mana, Astro pulak tak pasang lagi, duduklah kitaorang berdua tengok tv bintik-bintik, dengar suara je lebih. En. Syg kalau tolong aku mengemas tak pe jugak, asyiklah duk depan tv bintik-bintik sambil ngomel..boring..boring. So, Sabtu petang lepas balik dari kemas rumah sewa di Subang, kitaorang singgah Space U8 kat Bukit Jelutong nak beli tiket movie midnight. Aku rasa ramai yang tak tahu lagi pasal mall ni kot, kat Shah Alam, itulah satu-satunya mall yang ko boleh tengok movie, setau akulah, kalau salah tolong betulkan, sebelum ni yang paling dekat pun nak tengok movie kat Bukit Raja, Klang.

Space U8 ni baru buka, kedai yang buka dalam tu pun tak penuh lagi and it is Eco Mall, tak pakai aircond pakai kipas je, konsep yang kurang sesuai kat Malaysia ni kot, punyalah panas duduk dalam tu walaupun kipas dia sebesar alam



Kipas dia banyak, bukan satu ni je, tapi aku pun datang tengahari buta, panasnya la haiii


Masa aku datang tu, ada pameran pengantin, tapi tak meriah, mungkin jugaklah orang tak tau Space U8 ni kat mana, ataupun semua B2B  yang dulunya suka pergi pameran pengantin, dah kahwin pun semuanya.



Tak payah beratur, memang takde orang



feeling lebih nak tengok MI 4, best cerita tu, tengah best2 nak ter shi-shi pulak, berlari-lari aku pergi toilet, dahlah toilet hujung dunia, sapelah yang design cinema ni.



Eh..eh..gomoknya dia. Aku minum air gula hari tu, result normal, syukur alhamdulillah, tapi baru ni naik lagi 1.7 kg dalam masa 2 minggu, doktor kata nanti kena minum air gula lagi..alahai tensionnya. Berat asyik naik, tapi HB asyik turun, sekarang 9.3 je dah. Doktor dah prescribe obimin pulak, En. Syg cakap dia nak masakkan kerang untuk aku. Sekarang gigih pergi check up 2 minggu sekali sebab HB. Takpelah demi baby

Macam tulah new year saya, menonton movie dengan suami lepas dengar fireworks..dengar je tapi tak nampak kat mana..haha


Wednesday, January 4, 2012

Kenduri Kahwin

Since pregnant aku suka pergi kenduri kahwin, rasa macam nasi kenduri tu sedaplah sangat. Last 2 weeks kitaorang pergi kenduri kahwin ex housemate En. Syg kat Felda Purun dekat Triang, nama pernah dengar, tapi aku tak pernah pergi. Oh btw, Felda Purun tu dekat dengan Temerloh, nama je orang Pahang, tapi aku tak pernah pergi sampai ke sinun. First time pergi ngan En. Syg, jauh gilossss dari rumah family aku. Kitaorang gerak dari Subang, terus ke Felda Purun, sebelum balik rumah family



Pagi buta dah bangun, siap and breakfast dulu, wajib tu untuk perjalanan yang jauh, sebab lepas tu dah malas nak singgah-singgah.


Nasib baik tak sesat, berkat co-pilot yang cekap cam aku, kitaorang sampai around 12pm ++, first time jugak aku pergi kenduri yang khemah untuk lelaki dan perempuan diasingkan, disebabkan aku malu-malu kucing, takdelah gambar aku tengah makan kenduri, segan pulak nak poyo sorang-sorang. Malu-malu kucing tapi kemain lagi menambah lauk, umbut kelapa orang Felda Purun ni masak memang terbaik, En. Syg senyum sinis dari jauh, tengok aku menambah lauk..heheh



Present untuk pengantin, lepas makan tunggu punya tunggu, pengantin tak sampai-sampai, kitaorang berdua dah mengantuk, nak balik jauh lagi, so nak tak nak sempat jumpa pengantin lelaki je kat rumah singgah, sebab pengantin akan berarak lepas zuhur, tak sanggup dah nak tunggu.



Doorgift VVIP..eceh VVIP ke ko


Sampai je umah family aku, terus terbongkang tidur, penat sangat.