Klik Jommm

Wednesday, February 29, 2012

Aktiviti setiap hujung minggu

Kalau tak balik kampung, apa lagi, ke pasarlah kami 2 beranak. Eh, macam syok pulak sebut 2 beranak kan, lepas dah ada baby boleh sebut 3 beranak..ahaha..comelnya bunyi tu. Macam bunyi binatang-binatang, ahahaha perempuan gila banyak kerja, camnilah bila stress, merepek tak tentu hala.



Ok mulakan, bangun pagi, gosok gigi, cuci muka, pakai baju, terus ke pasar. Tak payah mandi, sebab balik dari pasar nanti tetap bau ikan jugak, so tak perlu membazir air. Sampai pasar Seksyen 6, makan nasi lemak dulu..fuiyooo..tengok telur kuning cair meleleh, terus terliur.



Suami berbaju belang tengah mengshopping lala dan udang kecik, isteri kena tunggu jauh-jauh sebab suami risau isteri jatuh sebab lantai pasar licin.



Balik dari pasar, kerja tetap En. Syg adalah menguruskan bahan mentah, dia kena siang semua ikan, daging, ayam dan packing siap-siap dalam fridge, so by the time aku balik kerja dan nak masak, tinggal thaw kan je, tak payah sibuk nak potong sana potong sini, lambat. Balik dari pasar, kerja tetap aku baring depan tv baca sokabar sambil tengok tv.





Tupperware Fruta hijau by Ikea, berbaloi-baloi, RM15 dapat banyak gila tupperware, tapi nipislah, sesuai letak dalam fridge, agak dah pecah nanti, beli lagi, murah je pun, satu fridge ni aku pakai tupperware yang sama, baru cantik, seragam je. 



Lepas habis baca paper, kerja aku laundry. Bukan yang basuh mesin je, yang berus tangan pun ada, kalau dulu bolehlah jugak nak bertenggek-tenggek, sekarang aku bersila terus atas lantai bathroom. Mana baju yang aku sayang tu memang basuh tangan, baju kerja En. Syg semua basuh tangan.  Kalau agak tak larat, aku panggil dia suruh bilas.



Hari cuti, aku memang cuti memasak jugak, itu semua kerja suami..ahaha, ni salah satu lauk En. Syg masak for lunch, resepi family dia, daging masak apa aku pun tak ingat, so sambil masak sambil ajar aku,  ni bukan daging masak kicap tau, dia ada letak rempah sup sekali. Sambil dia masak, aku buat stock bahan masakan untuk seminggu.



Cili kering, bawang besar dengan bawang putih, blend siap-siap letak dalam fridge. Nak masak tinggal thawkan bahan mentah, siang sayur, terus masak, tak payah sibuk nak mengopek sana, memotong sini



Siap makan, aku buat kerja rumahtangga, menyapu, mengemop, mengemas, mengelap, melipat, mengiron. Kalau iron baju, aku iron untuk seminggu terus, tak larat nak iron hari-hari, balik kerja dah penat memasak, tak kuasa nak iron baju lagi, dah lah iron baju adalah kerja yang paling aku benci. Kalau iron baju En. Syg memang tak tolong, kalau lipat baju dia tolong, tapi kalau dia melipat, ada lebar, ada nipis, ada lipat ke kanan, ada lipat ke kiri, kalau bedsheet tu, sebab besar sangat, di gulung-gulungkan je, udah rupa apa almari aku.



Sambil aku iron baju dengan muka yang membencikan, aku longgok ikan bilis depan dia. Kopek ikan bilis pun kerja En. Syg jugak, kadang kalau mengantuk pun, dia nak jugak buat sampai habis, bagus-bagus aku suka, kalau tolong iron baju sekali lagi aku suka.

Dah petang-petang sikit, dia buat jemput-jemput pulak, aku tak boleh tolong, kerja aku banyakkkkkkkkk


 
Aku suka yang garing-garing sikit.

Lepas minum petang, dia tidur, tengok dia ada masa nak berehat, aku mana sempat nak tidur, panjang lagi list kerja rumah aku (sambil mop lantai dengan gigih).



Kalau weekend tak balik kampung, menu dinner kitaorang adalah lamb chop, En. Syg yang masak, dia kan suka makan kambing, kalau hari-hari makan kambing pun takpe. Tapi tak selalu sangatlah, boring pulak aku, kalau asyik kambingggggggg je manjang. Pastu kan, pastu kan, pastu kan..hari tu dapat makan maggi, ya allah sedapnyaaaaaaaaaaaaaa, dah lama gila aku tak makan maggi, aku suruh En. Syg masak maggi, aku ingatkan dia takmo, laju dia pergi masak lepas tu  dia bagi aku makan..wahhhh rasa sungguh syurga dunia, ok, ok janji ni first and last.



Alahai, siap letak fishball, tq sayang..alah..alah..sedapnya

Ok, kerja yang ke 8juta 845ribu 532 sedang menunggu..bye

6 comments:

  1. nak masak megi jugak lah balik ni..sedapnyer...letak lak sayur banyak2...pergghhh...

    ReplyDelete
  2. suke tgk uols beganding bahu buat kje umh..especially masak..hope asben i pun cenggitu jgk la nnti bile dah duk umh sendrik..huuuu...

    neway, i dah di larang mkn megi..huu..B.P nek mencanak...huuuuu

    ReplyDelete
  3. oh mcm tu ye, siap blend bawang2 n cili. nk buat jgk la lps ni. senang keje. tengs for the tip. ehhe

    ReplyDelete
  4. bagus somi dia..asben saya tolong lipat baju ms mula2 kawin je..dah nak masuk 4 thn anak nak masuk 2..selamat jalan semua itu..tp still tlg sidai baju..mop umah ada tugas en asben..erin bukan dok usj ke..awat jauh nak beli ikan dan barang2 basah tu?

    ReplyDelete
  5. Sedapnyevtengok.maggi tu. Melelh lak. Haha. Saya suka.maggi campur kobis n hotdog. Pecah telur last2 kuning cair. Perghhh. Heaven!!

    ReplyDelete
  6. asfiza: janganlahhhh..i tgh puasa megi ni..huuuuuuuu

    malynd: tulah hopefully suami kita rajin sampai bila2 kan, even dah beranak 6 pun nanti

    nuruz: a'ah laju sikit nak masak

    yaati nor: sy duk bukit jelutong, keje kat usj, masa bujang n memula kawen dulu je duduk usj.

    ila: telur cair..alahaiiiiii..sedapnyee

    ReplyDelete