Klik Jommm

Wednesday, March 14, 2012

Shopping di OneBabyWorld

Dah habis pusing MidValley dan aku tak jumpa satu pun breastpump package yang menarik, so aku ajak En. Syg habiskan duit dia kat OBW Shah Alam. Gile seronok hoi bila tau OBW dah ada kat Shah Alam, belakang rumah aku je pulak tu..wahhhhhhh, agak-agak barang habis, pergi OBW, agak-agak duit terlebih boleh pergi OBW, suami pun boleh ku suruh-suruhkan kalau dalam pantang nanti.

Since pregnant, banyak dah jenis breastpump yang aku survey. Dari Medela, Spectra, Tommee Tippee, Ameda, Modu semua aku google nak tengok review. Bila baca yang ni ok, aku nak yang ni, baca yang tu ok, aku nak yang tu, sampailah aku pergi ke BBStore Kelana Jaya, tengok physical stock breastpump yang ada, balik tu aku baca review lagi. Tak habis-habis, naik pening memikirkan. To be honest aku n suami takde budget yang tinggi untuk baby, sederhana je, baru kahwin and suami baru beli rumah, jadi kitaorang mengamalkan konsep bersederhana disini..ecewah, asal lengkap barang anak dan semampu kitaorang je dulu. Sila bertabah nak..ehh.



OBW di Laman Seri, Seksyen 13. TQ OBW, balik dari Giant lepas beli barang dapur pun saya boleh singgah.

Kecik je kedainya, tapi banyak barang, yang tak best takde demo unit. Geram je aku, semua pun tak boleh tengok, kena beli baru boleh buka. Kalau breastpump tu ok lagi, kalau stroller, ko tak tau besar mana, lipat cemana, boleh pakai dari berapa bulan ke berapa bulan, cantik ke tidak stollernya, so tak jadi beli stroller kat sini, kan ke dah rugi. Model yang kitaorang nak ada, tapi dalam kotak lagi, dan aku tak pernah tengok model tu depan mata lagi, tengok through online je, dia suruh bayar, baru boleh buka. Aku terus cakap taknak.

Apa aku beli kat OBW..jeng jeng jeng..poyolah kau

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*


Spectra 3 :D

Gembira, orang cakap jenis breastpump tak penting, yang penting semangat dan kesungguhan, tapi bagi aku jenis breastpump penting jugak sikit, kalau manual, lenguh tangan, semangat pun lama-lama hilang. So belilah electric breastpump, jenis apa, ikutlah budget dan keselesaan sendiri. Fuiyoo cara cakap macam dah 3 tahun susukan anak sendiri..hahaha. Aku pun tak tau banyak ke tidak susu aku ni nanti or mampu ke tak susukan anak sampai 2 tahun, takut jugak jadi macam Along aku, dah pam pun tak keluar jugak, akhirnya FM jelah anak dia, tapi belum cuba belum tau kan. Berdoalah banyak-banyak.

Yang paling aku suka, Spectra 3 ni senyap betul, bunyi angin dia je sikit, kalau anak tidur sebelah, boleh pump, tak bising punya. Satu lagi aku beli Carter's Romper: RM36.90 je



Ni baju last aku beli, lepas ni no more..no more..no more..ehhhh one more, nak pergi OBW lagi nak beli romper kaler putih pulak, comel gilaksss. Esok aku bagitau harga breastpump aku ni eh, nak review panjang sikit. Oklah babai.


7 comments:

  1. Org cakap, romper Carter's murah beli kat GM Plaza. Kat kedai dorang mark up lebih ;)

    ReplyDelete
  2. i pon baru je g obw kmalrin, gatal nk bli wetbag & nursing baju. & tgk ade sebamed baby facial cream bli skali cz bby kne ruam susu truk & mmg berkesan! (tak psl2 bagi tips lak. haha)

    ReplyDelete
  3. ekin: beli ekin, berbaloi

    hunny: beli la, ok utk orang bajet sederhana ;p

    juliet: a'ah kat GM lagii murah, tp klu nak cari kedai jenuh nak pusing satu GM, sebab besar.

    kay: really, thanks for the tips, berharga tau tips tu.

    ReplyDelete
  4. Pretty section of content. I just stumbled upon your blog and in accession

    capital to assert that I acquire actually enjoyed account your blog posts.
    Any way I’ll

    be subscribing to your feeds and even I achievement you access consistently quickly.



    Also visit my blog - http://www.52.co.nz/
    My website :: British TV Costa Blanca

    ReplyDelete
  5. I am really impressed with your writing skills as well as with the
    layout on your

    weblog. Is this a paid theme or did you customize it yourself?
    Anyway keep up the nice

    quality writing, it’s rare to see a great blog like this one today.
    .

    Review my blog :: http://yw.vipdoor.in/
    my web page :: tax cars spain

    ReplyDelete