Klik Jommm

Friday, June 21, 2013

Aish at 11 months to 14 months

Salam, dah Jumaat balik la, cepat betul oiihhh. Hari ni nak update pasal anak bujang kesayangan. Bulan ni Aish dah setahun dua bulan, baru mak dia nak update pasal dia masa 11 bulan dulu, so lumpsum kan saje, malas nak buat berkali-kali.









11 MONTHS

*Dah faham simple arahan like "clap your hand", "bye", nanti dia akan buat macam yang kita suruh

*Suka makan, suka makan, suka makan

*Suka bila aku nyanyi lagu "one little two little three little indian"

*Bila cakap "where is your teeth, show me" nanti slow-slow tangan kenit tu dia bawak dekat teeth..aiyooo mommy geram tengok adik..grrrr grrrr

*Dia suka sangat main suis. Kalau ko cakap "No, no, no" tak laku, dia tetap buat jugak, aku pukul slow tangan dia, nanti mata dia tengokkkk je aku tapi tangan dia merayap balik kat suis tu, mulut sengihhh je, pandai ye ko nak bergurau. Tapi kalau aku cakap "No mummy no mummy no" nanti dia geleng kepala tahap nak tercabut..haha

*Pandai makan sendiri, tapi kadang-kadang dah masuk mulut pun boleh terkeluar balik, sebab makanan dah sampai dalam mulut, tangan dia tak reti nak lepaskan makanan, so by the time dia keluarkan tangan dari mulut, baru dia lepaskan, jatuh ke lantai le jawabnya

*Aktif memanjat and merangkak, panjat kabinet tv and tengok tv depan-depan mata.

*Kalau dapat remote ke dia, habis semua channel dia tukar, pening aku jap channel ni, jap channel tu

*Dah pandai main sendiri, boleh jugakla sekali sekala tinggalkan dia kejap, tapi kejap je la, kalau lama-lama, boleh perang la jawabnya.

*Ok, itu je yang ingat, yang lain dah mula luput dari ingatan..haha











 12 TO 14 MONTHS

*Masih belum berjalan sehingga kini..hahaha. Banyak-banyak skill Mommy and Daddy ada, skill lambat berjalan jugak yang dia nak cilok dari kitaorang. Kitaorang berdua start jalan masa umur 14 bulan, so tak boleh la nak expect anak berjalan lagi cepat dari kitaorang. Janganlah sampai setahun setengah baru nak jalan dik, roboh pinggang mommymu ni nanti. Kalau aku tatehkan dia, cecepat dia duduk, kalau tak dapat duduk, dia angkat kaki dia tinggi-tinggi tak cecah lantai. Amboiiiii biasa dia tu, kalau tolak lion laju pulak macam tak tau nak brek.

*Pandai panggil Daddy, tapi jarang sangatlah boleh dengar, dia panggil aku Ma, nampak aku je ter Ma..Ma..Ma la dia

*Dah pandai tunjuk-tunjuk apa yang dia nak

*Makin rancak mengamuk, dulu kemain baik, jarang sangat mengamuk, nak jalan pun senang, sekarang dia punya mengamuk, haihhhh urut dada mak dia ni ha. Tak dapat je apa dia nak kemain melentik-lentik marah..kang mak ko ni melentik-lentik jugak..ko daya nak layan dik?

*Tetap bangun 2-3 kali satu malam, walaupun dia dah kenyang dinner, susu tu tetap wajib setiap malam.

*Mulut bising, dulu masa dia bawah setahun, jarang sangat nak dengar suara dia selain menyengih dia tu, sengihhh je sepanjang masa, sekarang dah banyak mulut.

*Peramah macam daddy, kalau dalam lif ada orang and orang tu buat tak tau je kat dia, dia akan panggil ok sambil sengih..aaaaa...aaaaa..bunyi macam menegur.

*Suka tengok BabyTV, kalau ada lagu favourite cecepat pergi depan tv. Suka sangat tengok HippaHippaHey..korang mesti tau kan?

*Manja dengan daddy, kalau daddy balik kerja, bunyi daddy buka pintu je, dia dah laju merangkak depan pintu tunggu kena dukung

*Kalau kita cakap "Allahuakbar" slow je tangan dia naik..hehe. Dulu kalau daddy dia sembahyang, aku cecepat ambik dia takut dia kacau, tapi sekarang aku biar je, nak bagi dia tengok dan belajar. Aku suruh daddy Allahuakbar tu kuat sikit kasi dia dengar..boleh?

*Sekarang kalau dia menangis dalam kereta, aku dah tak nyanyi, aku azan terus..serius memang aku azan, sebab tu je boleh buat dia diam, nanti tang Allahuakbar dia angkat takbir..hahahaha, jenuh mak ko azan berkali-kali dari Sek. 4 sampai Jelutong ye dik, gasaklah suara tak sedap pun, jenuh tarik nafas nak kasi harakat panjang sikit kat hujung..wahahaha

*Kalau aku tanya "Who is Aish Yusuf? Raise your hand" slow je tangan dia naik, yang kelakar bila mata dia dah layu-layu nak tidur, bila aku tanya je soalan tu, dengan lemah dia angkat tangan sikittttttt je.

*Since dia dah setahun aku dah letak garam dalam makanan dia, takdelah sampai masin, cuma nak bagi rasa je, ye aku tau ada orang cakap sampai 2 tahun garam and gula tak boleh. Tapi kalau tawar dia takmo makan, takkanlah semata sebab prinsip tu, aku nak biar anak kelaparan. Aku tak kisah kalau ko nak argue dengan aku, arguelahhhhh.

*Makin faham apa yang kita cuba sampaikan kat dia, tapi tak semua la. Dan kadang-kadang bila ko suruh dia tepuk tangan or bye, kalau dia takde mood takde de dia nak ikut, dia buat tak tau jugakkkk.

*Kalau cakap "Good Boy" automatik tepuk tangan. Faham ye kau nak.  

*Dari dulu suka belek buku, dapat je buku dia bagi kat ko suruh baca, ko habis je baca, dia menjerit suruh baca lagi, berbuih la mulut ko membacanya, sebab setiap kali habis dia menjerit. Sepanjang ko baca dia fokus je sambil sengih. Hari tu adik ipar aku datang rumah, masa aku masak aku mintak tolong dia tengokkan Aish, kesian aku tengok dia kena baca buku berkali-kali sebab Aish menjerit bila dia stop..hahaha..kenapa mendera Mama Is dik oiiii.

*Ok tu je aku ingat, tunggu dia 16 months aku update lagi. Bye!


19 comments:

  1. ok la dpt idea nak update progress fayel...heheh good aish...dah pandai dah..sok sok tetiba ada girlpren

    ReplyDelete
  2. Wah byk dh pandai ayish ni. Ank ros yg 1st xmcm tu :-(

    ReplyDelete
  3. yes..iman pn sethn aku dh msk garam dlm mknn die.bru die nk mkn lbh.huhu

    ReplyDelete
  4. bab azan dlm kete tu memang terbaekkk..hahaha..
    aish aish..

    ReplyDelete
  5. eh, sambung lagi..ahad ni kalau aish nangis, aunty nk suruh mommy aish azan lah..hahahha..

    ReplyDelete
  6. oih omputeh ni..
    pasni jumpe tak bley la ciknaa ckp melayu ngan aish oii.. :)

    ReplyDelete
  7. mama dengki..nak tidur pun suh angkat tgn! hahah..kesian aish..haippp mama ni!

    ReplyDelete
  8. hippahippahayy...mama aisy tahu itu...hihi..eh yang part azan dalam kereta tu alhamdulillah mamanya yer..tapi sumpah lawak..gelak guling2..ada cadangan ni..kalau takut picing lari ke apa masa azan tu boleh beli cd azan terus..hihi

    ReplyDelete
  9. wah2..dh pandai dh ah dak aish nie...good boyyy....

    ReplyDelete
  10. aish sama ngan lisa.pun belum boleh berjalan lagi..
    bila soh tateh mulala jatuhkan badan..
    maybe coz badan anak kita kecik kot kan..
    Insha Allah nanti berjalanla diorang sampai kita tak larat nak kejar..hehe:)

    ReplyDelete
  11. gud boy aish.. :) mummy ko mmg gitu dik... tabah je la dpt mummy yg gojes tu.. :)

    ReplyDelete
  12. Apa ke lawak benor aish yusof ni.hahahah..palinh x menahan kena azan dalam kete.ni kalau org kiri kanan nampak ni mst heran.haha

    ReplyDelete
  13. aish comel comel comel!!
    baby kecik2 ni mmg suka dgr azan kan..kat rumah kalau dgr azan, laju je poi depan tv.dr dok main2 terus ter stop kejap..harap2 berkekalan sampai besar kan..amin =)

    ReplyDelete
  14. NAN pon jalan umur dia setahun 2 bulan.. :)

    ReplyDelete