Klik Jommm

Wednesday, July 31, 2013

STICKY POST: Background Sesame Street Untuk Dijual

Salam, aku super busy ni, ni pun curi-curi update sebab dah ada orang yang bertanya pasal background ni. Sorry eh, lambat update, kelam kabut sangat minggu ni, sampai tak boleh fokus, pagi tadi dah meredah jam, hampir sampai rumah babysitter, baru teringat botol susu Aish tertinggal..huwaaaaa, patah balik aku ni, menghadap jam balik, nasib baik Aish behave, tak mengamuk lama-lama dalam kereta..aiyoo...aiiyoooo..aiyooo.

Ok, sila take note, background yang aku nak jual ni aku dah guna masa birthday party Aish hari tu, ni kira 2nd hand la. Suami aku beli di Ebay, so sekarang aku nak jual balik, sebab aku tak kuasa nak simpan, buat nyomak ghumah den jo nanti.



Mula-mula mari tenung gambar happy family ni dulu, tenung background tak payah tenung aku.

Background ni masa mula-mula sampai dia lipat-lipat, so as you can see, memang nampak lah kesan lipat tu kan? dan background ni material plastik nipis, ada 5 pieces. Gambar Sesame Street tu actually terpisah 2, belah kanan dan belah kiri, Happy Birthday 1 piece, Elmo Merah 1 piece dan Elmo Biru 1 piece. So pandai-pandai la tampal nanti ye.



Dia berlipat begini ye, tu aku lipat balik lepas pakai, dan cara dia lipat pun bukan lurus sangat, so aku ikut balik kesan lipatan dia yang tak lurus tu



Plastik nipis


Flash kasi terang sikit mata..haha



Masa pakai untuk birthday Aish hari tu, adik aku tampal ke dinding pakai double tape, after aku tanggalkan background ni dari dinding, double tape tu dah melekat takleh tanggal, so aku tampal balik double tape macam ni, nanti kalau korang nak pakai, just cabut je pelekat putih tu, kalau takmo pakai double tape pun boleh, pakai salotape je.



And aku nak minta maaf awal-awal, cara aku tampal double tape tu memang bersepah ikut kat mana adik aku tampal dulu. Dan disebabkan dah pernah pakai, ada la berkedut sikit, so masa tampal ko tarik lurus-lurus eh.



 Tapi kalau tengok dari depan i'allah tak nampak double tape tu, melainkan ko tenung bagai nak rak



Ada koyak sikit, kecik je, sebab aku tertarik.



Nanti aku bagi label atas cupcake ni sekali, tak sempat pakai pun untuk Aish hari tu. Boleh pakai kalau your baby celebrate 1st birthday, sebab ada no. 1 di situ. Kalau bukan 1st birthday, huruf A tu pun ok. Mana-manalah kan.


Aku bagi sekali dengan Elmo iron on shirt macam yang aku pakai masa birthday Aish hari tu, ada lebih, tapi ada untuk mommy and daddy je la, baby punya, ko kena google gambar Elmo, lepas tu print eh, cara nak buat iron on ni, pun ko kena google sebab aku tak tau, hari tu adik aku yang buatkan..hahaha. Untuk iron on dan label cupcake tu tak termasuk dalam harga, tu semua aku bagi je free sebab ada lebih, kalau taknak pakai pun takpe.

Ok kalau nak tau harga, boleh PM aku..hahahahaha, takdelah main je, harga aku letak RM40 with postage, murah dah tu, suamiku beli lebih mahal sebab termasuk postage dari US. Kalau ko fussy sangat, jangan beli, pening mak nanti uollssss. If interested boleh email aku directly airin2306@yahoo.com, boleh tukar no. phone and boleh tanya bertalu-talu. Oklah mak lapar ni, mak nak gi makan, bye!


10 comments:

  1. klau rockstar nak arr...tanya husben ada tak banner rockstar us tu..mau beli la

    ReplyDelete
  2. daku puase..hukhukhuk..
    komen takde kena mengena dgn entry..
    ampunnn..

    ReplyDelete
  3. Heheh suka tema elmo...tp Qi dah hado tema lainnn uwaaaaaaaaa

    ReplyDelete
  4. lawa elmo...akk pun suka sangat elmo

    ReplyDelete
  5. wakaka! siap warning lagi. kalau fussy jangan beli. hahaha

    ReplyDelete
  6. dari mula baca sampai ke ending..nak komen benda yang sama mcm wawa. hehehe..like like like..kalau fussy memang menguji kesabaran.

    ReplyDelete
  7. yeahh !! x sabar..my cousin dh contact awk kan? sy google2 aritu, terjumpa blog awk, cpt2 bgtau dia sbb tgh cari brg2 elmo for birthday, ada brg free lg..bestnya..hehe

    ReplyDelete
  8. ai
    saya ida
    newbies blogger
    saya baru je follow blog ni
    jemput ye follow blog saya
    umielman.blogspot.com

    ReplyDelete
  9. gud job sis..ckp mmg kena terang kan, nak kasi org paham bkn senang hehe...

    ReplyDelete