Klik Jommm

Monday, June 22, 2015

Cerita Jaundice Alana

Salam,

Korang ingat tak masa aku mengandungkan Alana dulu, kemain memacam supplement aku telan, susu kambing pun aku minum sebab aku serik gila masa Aish kena prolonged jaundice dulu, kesian tengok baby kecik-kecik lagi kena cucuk ambik darah berpuluh kali, haiiihh tak sanggup nak lalui lagi.

Tapi ye lah, tu ikhtiar aku, kalau dah nak kena, bergelen supplement pun tarak guna..hahahaha. Dah Allah kata Kunfayakun, aku redha jelah, walaupun sengsara..amboii sengsara..ayat tak menahan, ye aku redha, walau bengkak jugak la aku menangis kesian kat anak aku. Aish dulu prolonged tapi tak perlu duduk bawah lampu, asyiklah mengulang pergi KK ambik darah, hadoiiii stress gila masa tu, aku berpantang sambil depressed tau. Sebab tu masa mengandung kali kedua, aku telan memacam yang orang kata boleh elak dari kena jaundice, tapi dah nak kena, nak buat macamana, redha jelah, tarik nafas dan mari kita laluinya sekali lagi dengan tenang..eh?? tenang ke??

Alana lahir hari Rabu, Khamis kitaorang discharge and sebelum discharge paed memang dah sahkan dia takde jaundice. Lepas discharge terus balik rumah mertua kat Rawang. Jumaat tu aku dah mula perasan kulit dia kuning, tapi dalam hati berdoa, kalau kuning pun moga takdelah tinggi sangat, kebetulan Ahad tu aku decide nak balik berpantang kat Pahang, so kitaorang tak buat reportlah kat KK Serendah, aku ingat Isnin baru nak buat report kat Temerloh je. 

Otw balik Pahang Ahad tu, boleh nampak kuning dia makin kuat, haiiihhh susah hati gila dah aku, so Isnin tu pagi-pagi aku terus pergi KK untuk ambik darah, taknak tunggu dah nurse datang, aku tak sabo nak tau kuning dia berapa. Lepas dapat result, kuning dia dah border, naik sikit lagi maka wardedlah kita ye dik. Nurse cakap "ok esok datang lagi ye kita ambik darah lagi" isshhh tu yang akak tak minat tu, ambik2 darah ni..hmmpphhh. Esoknya aku datang, kuning dia makin naik, sepatutnya dah kena warded dah, tapi doktor cakap takpelah esok datang semula, kalau makin naik jugak baru kita duduk bawah lampu. Balik je rumah aku call En. Syg, terus dia datang ambik aku dengan anak2 bawak balik Jelutong sebab kitaorang nak refer paed Alana, kalau kena warded naklah dia duduk tempat selesa sikit.

Rabu, jumpa paed, and paed cakap memang kena duduk bawah lampu sebab kuning dia dah lebih dari border dah..huwaaaa. Tak sanggup dengar Alana menangis masa nurse ambik darah, aku ingat nak room in sekali, tapi biasalah DEMC tu penuh manjang, takde bilik, so terpaksalah tinggal Alana kat hospital, sedih sangat aku rasa, tinggal anak aku dengan orang lain sorang-sorang. 3 hari tau tinggal dia. 

Tapi siang aku tunggu untuk bf dia, aku datang dari pukul 10 pagi sampai 9 malam, duduk dekat tempat menunggu tu sorang-sorang, baca magazine, tengok tv, jalan-jalan dalam hospital..hahaha macam ongila dah aku rasa, 3 hari pulak tu, sorang-sorang pulak tu, tengah berpantang pulak tu, dengan beg pam, beg baju baby, air mineral botol besar, bekal makanan, ke hulu ke hilir aku bawak. Aku ingatkan ramailah mak-mak yang akan menunggu dengan aku tapi surprisingly, aku sorang je..erkkk. Aku tak sanggup nak biar anak aku sorang-sorang, walaupun tak tunggu kat tepi dia, as long as setiap kali feeding aku ada, aku puas hati, boleh tengok dia selalu. 

Aku tak bagi En. Syg tunggu sebab kesiankan Aish, so pagi-pagi buta En. Syg masak bekal pantang untuk aku, hantar aku and tunggu kejap sampai Aish mengantuk baru dia balik rumah, setiap kali Alana bangun, nurse akan call aku untuk bf. Macam tulah 3 hari, sampaikan orang ingat aku bukan dalam pantang. Malam-malam aku bekalkan ebm untuk Alana, kalau ebm yang aku bagi tak cukup baru nurse akan top up dengan fm, aku redha jelah, sebab masa tu aku baru lagi bersalin, susu pun belum banyak, sekali pam dapatlah dalam 2 oz, Alana pulak minum banyak and kerap sebab panas.

Rabu admit, Jumaat discharge, lega sangat aku rasa, sebab kesian tengok dia menangis duduk bawah lampu, susah hati aku ni tak boleh nak ceritalah. Keluar je hospital terus balik Temerloh semula, 2-3 hari lepas tu aku tengok kulit dia masih kuning so aku pergi ambik darah lagi kat KK, tapi lega sangat bila result jaundice dah turun and tak perlu dah datang ambik darah lagi, ya allah syukur.



Setiap kali nak bf dia, memang panas badan dia, sampai naik kering rambut duduk bawah lampu punya pasal, sian anak mommy.

Oklah tu je, bye!

6 comments:

  1. comelnya.....syukur dah tak payah nak amik darah lagi..

    ReplyDelete
  2. assalam.
    just nak share
    kalau nak elak kuning baby..
    try to avoid makan vitamin/obimin etc yg doc bagi tu.
    boleh makan tp kurangkan.
    contoh dlm seminggu amik 3 kali sahaja.
    lagi satu yang sy buat..
    masa usia kandungan masuk 6 bulan..sy makan bayam
    masaklah macam2 cara untuk pastikan lauk kita ada bayam..
    amalkan sampai usia kandungan 9 bulan..
    Alhamdulillah..sy buat utk anak kedua..tiada jaundice lgsg banding ngan anak pertama dok bawah lampu 3 hari..
    mungkin ni boleh praktik bila nak mengandung lagi nti..just sharing

    ReplyDelete
  3. comel la alana ni... memang sedih bila anak kena amik darah ngn duduk bawah lampu... huhuh i feel u.

    ReplyDelete
  4. alahai siannya..part ambik darah tu yg paling sedih..

    ReplyDelete
  5. kesian alana. alhamdulillah...sekarang tak lagi. semoga terus sihat alana

    ReplyDelete
  6. kesian kan kalau anak kuning.. elman dulu prolonged jugak tapi detect dah over 2 weeks so doc kata duduk bawah lampu pon memang xde kesan. jadi kami kena pantau dia kat rumah je..

    ReplyDelete