Klik Jommm

Tuesday, September 15, 2015

Pau Yik Mun

Salam,

Aku tak pernah pergi Tanjung Malim, eh serius tak pernah tau, tapi 2-3 minggu lepas adik ipar (adik En. Syg) ajak ke Tanjung Malim sebab dia yang tengah sarat mengandung tu teringin nak makan kat satu kedai kesukaan keluarga mertua aku kat Tanjung Malim, selama 4 tahun aku kahwin dah selalu sangat dengar nama kedai tu, tapi aku tak pernah sampai pun lagi, ni kira first time lah jugak, dah anak 2 baru nak merasa..haha.

So otw pergi tu, aku ternampak kedai pau Yik Mun, wahhh terus cakap dengan En. Syg balik nanti nak singgah dan beli pau, sebab dah alang-alang ke Tanjung Malim kan, kite rasa pau dia sekali.

Dah siap lunch, otw balik kitaorang pun singgah, sajelah nak merasa, kedai pau ni tepi jalan dekat traffic light simpang empat, memang ko boleh nampak lah, sampai je terus order pau kacang, pau kacang tu memang favourite aku, kalau makan pau, pau kacang tu kira wajib untuk aku. Order 8 biji, campur-campur inti, sebab kat rumah mertua agak ramai jugaklah, tapi family mertua aku ni jenis tak makan banyak, tu pun ada tinggal lagi 2 ketul tak termakan, padahal aku sorang je dah ngap 2 ketul, En. Syg seketul, tinggal lagi 5 ketul tu pun tak termakan dah diaorang, nampak tak diaorang jenis tak pemakan sangat, sebab tu aku tak berani beli banyak-banyak sangat sebab sudahnya memang tak termakan.




Lot paling tepi, dari jalan besar dah boleh nampak kedai ni




Amboiii gebunya, moh kita ngap.



Pau kacang



Pau Kaya

Walaupun baru lepas lunch ku ngap jugak sebab tak sabo punya pasal, orang cakap pau Yik Mun ni sedap, lepas makan..errrmmm rasa paulah, kalau ko letak banyak-banyak pau dan suruh aku teka mana satu pau Yik Mun confirm aku tak tau, sebab sama je macam pau biasa, tak tau tang mana yang lainnya, haha tapi takpelah at least dapat jugak merasa :) Tapi kalau ko tanya sedap ke tak, confirmlah aku cakap sedap sebab aku memang suka pau pun, cuma bagi aku rasa dia dengan pau kedai Kak Limah sama je, aku tak jumpa kat mana lainnya. Oklah tu je nak cerita, bye!


3 comments: