Klik Jommm

Friday, September 18, 2015

Solid Food: Persediaan Solid Food Alana

Salam,

Haa tenggelam timbul kekdahnya ahkak ni, ikut mood, agak-agak malas nak pikir ayat aku tak update la, hari ni pun malas jugak benornya..tapi sebab semalam dah transfer gambar sesiap, moh je la kita update.

Macam biasa, emak yang overexcited ni, anak belum 6 bulan aku dah listkan barang yang nak dibeli sebelum start solid food, aku mengaku jugaklah, turn Alana ni banyak sangat aku jimat, tak payah beli stroller, baju pun tak banyak sangat aku beli, bukan tak beli langsung, tapi tak sebanyak abang dia dulu, sebab baju abang yang unisex tu memang aku kasi je Alana pakai semula mana yang masih elok, walker tak payah beli, eh banyaklah jimatnya anak kedua ni, so bila dia nak start solid, agak kedeks bunyinya kalau pinggan mangkuk pun nak pakaikan abang dia punya..hahaha, abang punya kita buat-buat tak nampak, kita beli baru aje la ye dik, lagi pun mak kau ngidam set merah ni..miahahaha.





Dapat jugak set merah idaman hati..hahaha, aku telek kat OBW online boleh dapat lagi murah dari harga aku beli, tapi tak boleh pilih warna, gigih pergi IG cari orang yang jual, harga memang mahal sikit dari OBW tapi puas hati boleh pilih warna sendiri. Feeding set sekali dengan bekas air merah, sengih kambing terus mak kau, macamkan dia yang nak pakai mangkuk tu. 

Feeding set pink tu pulak nak letak rumah babysitter, senang babysitter nanti sebab sebelah boleh letak puri sebelah lagi letak air.




Bib gambar buah tu aku beli kat Mr. DIY, RM6.90 kot aku rasa, murah kan, yang pink ni pulak beli kat OBW. Memang dari zaman Aish aku suka pakai bib plastik je sebab lepas makan boleh lap dengan wet tissue terus, malas ai nak berus bib kain kalau makanan tumpah nanti, menambah kain baju rumah ai je nanti..gittewww



Food feeder kaler merah kasi match dengan feeding set, eiiii mengada sangat ni!! gahahaha. Lepas tu aku beli jugak Thermos nak letak bekal Alana ke rumah babysitter nanti. Thermos ni kecik je tau, dan ringan sangat, kalau ko jenis suka berjalan, memang sesuai sangat beli, boleh bawak bekal anak dalam tu, aku beli online masa sale kat LittleWhiz, dapat RM63++ je, harga asal dalam RM68. Ada warna pink dan biru.



Bekas ais kiub bertutup ni pulak untuk simpan puri yang aku buat setiap minggu, memang dari zaman Aish aku pakai, tapi lepas Aish dah makan nasi, aku bagi bekas ni kat officemate, so turn Alana ku beli baru je, alahai murah sangat, satu pek ada 2 kiub panjang tu, baru RM4++ je, sebenarnya aku nak beli kiub Autumnz tu tapi masa aku order dah out of stock pulak, malas dah nak tunggu beli je kiub ni. Ok dah tu je, nanti aku share cara buat puri pulak ye..hahaha walaupun dah ramai tau, tak kira nak share jugakkkkkkkkkk (hentak2 kaki sampai bergegor perut muncit..anak 2 kate ko, haruslah muncit..gahah)

Ok, bye!!

1 comment:

  1. thermos tu nape comel sangat..berkenan pulak dahhhh haha

    ReplyDelete