Klik Jommm

Thursday, October 28, 2010

Penghilang Stress

Selasa petang, taip kat status FB perkataan ini "mahu cuti dan berdating sepanjang hari". Cepat sahaja bakal adik ipar tekan 'suka'. Kamu tahu suka? Like..like tahu? Ok semua orang tahu. Nak bagitahu satu rahsia, aku takde Twitter, kalau ada, dah lama aku tweet. Gile pathetic. Ok, sambung..mungkin En. Sayang perasan status aku atau tidak, aku pun tak tahu. TAPI!!! jeng.jenng.jennnnnngggg. Gile saspen, tiba2 sahaja petang Selasa itu En. Sayang mengadu macam nak demam dan batuk2. Dan pagi Rabu beliau menelepon bagitahu, beliau amek EL, sebab nak berehat.

Pagi Rabu pergi kerja macam biasa, tapi hati mengelidat-ngelidat nak balik, nak amek cuti, nak pegi dating, nak makan sama-sama, nak jalan pimpin tangan, nak pegi window shopping, nak tengok movie, nak bercantik-cantik, dan nak tengok muka dia sambil senyum koya-koya sebab bahagia. Pengelidatan berterusan sampai buat kerja pun tak boleh fokus. Asyik nak balik saje. Akhirnya nekad, berbekalkan cuti yang tinggal lagi 2 hari.. T_T, terus isi borang, taip semua kerja laju-laju, hulur borang laju-laju, bagi alasan tipu-tipu, lulus dan balik ke rumah laju-laju juga (aku pergi kerja jalan kaki saja, rumah dengan opis 5 minit jalan kaki). Itu akibatnya dah lama tak berdating dengan tunang. Nasib baik dalam tak sihat pun tunang masih sudi melayan..tsskkk..maafkan tunanganmu ini.

Mula-mula ingat nak pergi lunch sama-sama je, tapi kesayangan ajak menonton wayang sekali. Seronok. Akhirnya menonton ini:


Merah dalam Bahasa tapi short form for Retire Extremely Dangerous. Kelakar, aku tak sangka. Aku pikirkan serious, tapi eh, eh, hilang stress rasanya. Tolong pergi tengok, TOLONGLAH!! (sambil buat muka Jaafar Onn dalam lagu tema Cili Padi) Lately selalu stress, keje stress, tak jumpa En. Sayang pun boleh bikin stress, nak memasak stress, basuh baju stress, tengok kereta stress, nak paksa diri taip post dalam blog hari-hari stress, lintas jalan nak pergi/balik kerja yang telah dibuat selama hampir 3 tahun pun jadi stress. Sebab stresslah, period bulan lepas lambat selama beberapa hari. Dah hampir jumpa doktor dan bersedia dengan pertanyaan

"awak mengandung agaknya, dah kawen?"

Jadi harapnya bulan ini, period kembali maintain. Stress hilang dan berat naik 2kg lagi. *Finger cross* 

Tuesday, October 26, 2010

Berkebun bersama bakal mertua

2 hari bercuti, kerja aku takde lain, melainkan mandi, tido dan makan.

Pagi Sabtu bermula di rumah sendiri, b'fast dengan En. Syg dan terus bertolak ke Rawang, ke kebun bakal mertua, balik dari kebun pukul 2 petang, mandi, makan dan tido. Maghrib bangun, mandi, makan malam dan tido kembali. Ahad pagi bangun, breakfast, pergi kebun. Balik dari kebun pukul 2 petang, mandi, makan dan tido, Maghrib bangun, mandi, makan, balik Subang dan tido lagi. 2 hari langsung tak terasa, aktiviti full.

Pagi Sabtu bakal ibu mertua bawa bekal Nasi Lemak, berita baik untuk orang yang paling sikit buat kerja, tapi makan paling banyak..(ehem..ai la tu) Buat kerja sikit, berhenti makan nasi, buat sikit lagi, makan nasi lagi. Pantang berhenti, sibuk nak mengunyah Nasi Lemak. Orang makan sekali, aku makan 2 kali. Orang lain minum air banyak, keluar peluh pun banyak. Tapi orang itu, minum air banyak, nak ke toilet lagi banyak..sebab peluh lain yang nak keluar. Nampak sangat asyik mengelat.

Berdating dalam kebun lain sikit perasaannya. Bila penat, sama-sama bertenggek di batang pokok, lepas tu sambil-sambil menghilangkan penat, kami saling b'tatapan, BERTATAPAN??..aisshh gelitis betul. Bertatapan 10 saat, jeling bakal mertua 2 saat, b'tatapan lagi 10 saat, jeling lagi bakal mertua 2 saat. Mana tahu tiba2 je muncul kat belakang pegang cangkul. Kan ke naya. Tercalar imej sebagai bakal menantu paling sopan..uicehh. Aktiviti paling indah meniup bara api bersama sebab batang kayu basah ditimpa hujan, dah penat nyalakan asyik terpadam je. Bile tiup bersama, lighter tolak tepi, mungkin disebabkan kehangatan cinta yang membara selepas bertatapan tadi, akhirnya berjaya menghidupkan kembali api yang telah padam (ape ko merepek ni labuuuu). Eh betul la, memang api tu menyala balik, k'org pun tak sangka..hahaha. Sekali tiup secara berduet saja terus menyala.


Nah, tengok gambar sudah..malas nak merepek, bakal menambah kebencian anda terhadap kegelitisan kami berdua sahaja




En. Sayang sibuk nak mencakar batas. Bakal ibu mertua kata "amboi, tak payah la bersih sangat, ini kebun bukan laman rumah"


Cis, gambar ai menanam kacang tanah bersama bakal ibu mertua hilang. Baru nak tunjuk skill menanam kacang kat korang. Sampai sakit-sakit pinggang. Bakal ibu mertua memang hebat. Peluh menitik-nitik pun boleh mencangkul lagi, aku peluh jangan kata nak menitik, belum keluar lagipun dah penat dulu. 3 bulan lagi aku tepek kat blog cara membuat kacang rebus..ahaha, dari mula menanam sehinggalah masuk ke dalam mulut En. Syg. Itu pun kalau pokok tidak disondol Kak B. Eh, Kak B makan ke kacang tanah ke monyet ke abangla sebelah kebun? 

Thursday, October 21, 2010

Insecure (edited)

L.O.V.E (Langkawi Nov 2009) :D
"L" letter is me. To Miss "O"..Betty, i miss the old u!

Tuesday, October 19, 2010

Gelak guling-guling

Jais, I support u..wahaha. Btw dah lupa sape kasi, tapi sebab penat ketawa sendiri, mau korang yang stress prepare nak kawen tu ketawa sekali.

Mak...!!! Mak...!!! Tengok ni mak...!!!!!
Jais berlari tercungap-cungap. Tak sabar dia nak menyampaikan berita gembira itu pada emaknya. Sampai di pintu rumah, Jais terus melompat masuk. Tak dipijaknya anak tangga rumah itu.

"Mak...!!! Mak...!!!!

Jais masih terjerit-jerit. Meluru ke dapur.Mendapatkan emaknya. Emaknya yang sedang memasak di dapur terkejut kehairanan melihat anaknya itu. Tercungap-cungap bagaikan dikejar harimau.

"Kenapa ni Jais?" Emaknya bertanya. Risau juga di hatinya melihat keadaan Jais.

"Mak....tengok ni mak.... bulu ketiak Jais dah tumbuh mak.... Tengok ni mak... hehehehehe..."

Jais mengangkat tangan kirinya dan menunjukkan bulu ketiaknya yang baru tumbuh itu pada emaknya. Baru tumbuh lebih kurang setengah inci panjangnya.

"Hish...ko ni Jais. Mak ingatkan ada hal apa la. dah la tu.... Pergi mandi cepat. Makanan pun dah siap ni."

Jais ke bilik mengambil tuala dan terus ke bilik mandi. Dalam hatinya menyanyi-nyanyi.... "Yeah... yeah... Dah tumbuh... Bulu ketiak aku dah tumbuh... Yeah yeah.."

Jais gembira tak terkata. Disyampoonya bulu ketiak itu. Kemudian di bubuh sedikit conditioner. Selepas mandi Jais membubuh sedikit bedak pada bulu ketiaknya. Walaupun sehelai, cuba disikatnya. Sayang sungguh Jais dengan bulu ketiaknya.Dijaganya seperti menatang minyak yang penuh.

Malam itu tak lena tidur Jais. Dibelai-belainya bulu ketiak itu. Tak sabar Jais menunggu pagi. Tak sabar nak ke sekolah.Tak sabar Jais nak ceritakan pada kawan-kawannya.

Sampai di sekolah, tanpa membuang masa Jais memberitahu kawan-kawannya. Semua berkerumun melihat bulu ketiak Jais. Kawan-kawan Jais tak ada bulu ketiak sepertinya. Cikgu Bakri, guru Bahasa Malaysia masuk ke kelas. Semua murid-murid bergegas menuju ke tempat duduk masing-masing. Suasana menjadi senyap.

"Selamat pagi cikgu..!"

Kata Aziz, ketua kelas. Kemudian diikuti oleh murid-murid lain.

"Selamat pagi murid-murid."

Cikgu Bakri menjawab ucapan anak-anak muridnya. Dia meletakkan fail yang dibawanya ke atas meja. Cikgu Bakri berjalan menuju ke bahagian tengah kelas itu. Diperhatikan muka setiap anak-anak muridnya.

'Erm...semua hadir nampaknya.' bisik hati Cikgu Bakri.

"Baik.... Dengar sini murid-murid. Hari ini saya mahu awak semua buat satu karangan. Tulis mengenai benda yang kamu suka. Yang kamu sayang. Kucing ker, adik kamu ker, tak kira la... apa-apa saja."

Selepas memberi arahan, Cikgu Bakri kembali menuju ke mejanya. Duduk di kerusi. Dibiarkan anak-anak muridnya membuat kerja yang disuruh. Semua murid mengeluarkan buku nota dan pen masing-masing. Jais pun turut berbuat begitu. Jais mula mengarang. Menulis mengenai bulu ketiaknya.

Bulu ketiak saya

Nama saya Mohd Jais bin Ibrahim. Umur saya 9 tahun.Saya ada emak. Saya sayang emak saya. Emak saya pandai masak. Saya ada ayah. Saya sayang ayah saya. Ayah saya selalu belikan saya hadiah.

Bulu ketiak ayah saya lebat. Saya juga mahu bulu ketiak macam ayah saya. Saya tanya ayah saya. Macamana nak bagi bulu ketiaksaya tumbuh cepat. Ayah saya kata, ambil telur ayam baru bertelur, bubuh di celah ketiak. Saya ikut nasihat ayah saya. Tiap-tiap hari saya pergi reban ayam. Tunggu ayam bertelur.

Hari ini bulu ketiak saya sudah tumbuh. Saya sangat gembira. Saya sayang bulu ketiak saya.

Berita Jais tumbuh bulu ketiak heboh satu sekolah.Cikgu-cikgu Jais pun ramai yang tahu. Memang jarang budak yang baru berusia 9 tahun seperti Jais dah tumbuh bulu ketiak.

Habis sekolah, Jais berjalan pulang ke rumah. Jais puas hati dengan persekolahannya hari itu. Jais sayang sekolahnya. Jais sayang kawan-kawan dan cikgunya. Dalam perjalanan, tiba di satu lorong Jais nampak ada 3 orang menghalang jalan. Jais kenal mereka. Murid-murid darjah 5. Mereka selalu membuli murid-murid kelas bawah.

"Jais mari sini..!!" Salah seorang dari mereka memanggil Jais.

"Orang kata bulu ketiak ko dah tumbuh... mari la...tunjuk..!!. Kami nak tengok..!!"

Jais diam. Dia serba salah. Dia tak mahu melayan mereka. Jais takut. Jais diam tercegat di situ. Kemudian ketiga-tiga budak tadi meluru ke arah Jais. Mereka menerkam Jais. Jais cuba lari. Tapi Tak berjaya. Jais ditangkap mereka. Jais meronta-ronta minta dilepaskan. Mereka tak peduli rayuan Jais. Baju Jais dibuka mereka.

"Jangan la... jangan...jangan..!!!"

Jais menjerit. Dia terus meronta-ronta sambil menangis. Tiba-tiba salah seorang daripada budak tadi mengeluarkan gunting. Lalu memotong bulu ketiak Jais. Mereka ketawa..

"Hahahahahaha...!!" "Mari....mari..!! Sapa nak tengok bulu ketiak Jais..!!"

"Lelong....lelong..!!! Sapa nak beli...!!! Jualan murah....!!! Bulu ketiak baru...!!! Fresh lagi...!!!! "Hahahahahaha....!!!!

Mereka terus ketawa. Puas hati mereka dapat membuli Jais. Jais menangis. Terbaring Jais keletihan. Lemah longlai tubuhnya. Bagaikan seorang gadis yang dicabul kehormatan. Jais meraba ketiaknya.Ternyata sudah tiada. Sudah diragut oleh tiga manusia yang tak berperikemanusian. Jais sedih. Dia bangun, membetulkan bajunya lalu berlari pulang ke rumah. Sepanjang jalan Jais menangis.

"Huwaaaaa.....!!!!!!!!""Huwaaaaa.....!!!!!!!!"

Selepas kejadian itu Jais langsung tak mahu pergi kesekolah. Jais tak mahu pergi ke mana-manapun. Jais sedih. Selera makannya pun tiada. Puas emak dan ayahnya memujuk. Cikgu Bakri pun datang melawat Jais.

"Ni buku nota awak. Saya bagi markah 'A' kat karangan yang awak buat tu."

"Dah la tu... jangan sedih lagi. Nanti tak lama lagi tumbuh balik la bulu ketiak Jais tu."

"Esok pergi sekolah yer..."

Cikgu Bakri cuba memujuk Jais. Jais mengangguk-anggukkan kepalanya. Kesedihan Jais mula reda. Tapi tetap timbul persoalan di hatinya.....Mengapa ada orang iri hati?....Mengapa ada orang dengki melihat kelebihannya?... Dia tak pernah kacau orang. Dia tak pernah susahkan orang. Dia hanyalah budak biasa yang sayangkan bulu ketiaknya. Dia hanyalah budak biasa yang tak sabar nak jadi dewasa.

THE END

Dah habis? Syabas bete..dah, pegi stress balik

Monday, October 18, 2010

Gian..

mahu memblog.. Stress sendiri sbb lately keje yang menimbun2, kesayangan yang jauh di perantauan..ewah, perantauan la sgt, setakat subang n shah alam, En. syg ckp, "awk jerit dari rumah awk pun saye boleh dgr". Meh nk try malam ni, agak klu x rabak anak tekak, tak tau la boleh dgr ke tak. En. Syg pulak tetiap minggu balik Rawang, sudah 3 minggu m'habiskan cuti secara solo dirumah, tak keluar m'habiskan duit yang masih b'baki 1.2 juta ni, tak pergi menonton wayang b'same, tidak makan Sushi King seperti selalu dan secara otomatiknye tidak b'solek, b'pakaian cantik, dan sudah 3 minggu tidak kedengaran rungutan2 akibat pemakaian high heel di telinga En. Syg. Tanpa En. Syg, high heels dipinggirkan begitu sahaja, selipar leper adelah lebih nikmat dan sesedap rasa.


Ini heel kesayangan sndiri, sebab tak tutup, kulit bebas b'nafas..kerana diriku begitu berharga *tiba2* (pix was taken by seorg jejaka yg obses high heels)

Ini selipar bunga yang mengundang stress En.Syg, siap dah janji tu, kalau kawen nanti selipar ini dibawa pindah b'same, maka wajiblah bagi beliau mencantas bunga t'sebut..SELIPAR BUNGA RIP T_T

Hari cuti sendirian di rumah sewa, melayan perasaan terubat dengan kehadiran 2 gadis TM menemani kesunyian malam. Eh, ini bukan gadis TM yg dlm talipon, tapi real gadis yg b'kerja di TM. 2 gadis itulah yg dibawa b'dating, melepak smpai pukul 2 pagi di malam minggu, meminum Tiramisu Ice Blended buat pertama kali smbil menjeling jejaka2 hot dan sekali sekala t'jeling cincin di jari.."eh, dah b'tunang rupenye, lupa pulak". Nasib baik tak lupa sarung cincin sebelum keluar, jika tidak b'bondong2 nombor talipon jejaka di bawa pulang sampai tak muat SIM Card..haha*ayat bajet hot, lempang kang*. W'pun sedar sudah b'tunang, sempat lagi 'tolong' Aida yg masih single jelingkan jejaka b'baju oren, berambut lebat yg kelihatan hot dari tepi, tapi tidak dari depan, kecewa bagi pihak di situ T_T baru je nak cuci mata

Tengah syok jeling-menjeling, t'jeling offmate yg t'sengih2 dari kejauhan..Ceh, takde tempat lain ke korang nak lepak, sudah la jumpe hari2, kat sini pun jumpe lagi. Tapi sempat lagi lari2 gedik b'gosip jap kat meja d'org macam kan Isnin ni takleh jumpe.

Hari Ahad b'mula pada pukul 5 petang, keluar menuju Summit dengan harapan menggunung, menemui sehelai dua baju cantek tapi murah malangnya b'akhir dengan kepenatan sahaja. Memang murah tapi tak cantik langsung. Semuanya fesyen ridiculous yang hanya akan dipakai oleh org2 ridiculous. T'nampak signboard kedai CATWALK, t'uja kami b'3 bercatwalk masuk dalam kedai itu tapi akhirnya keluar secara dogwalk sebab semua hampeh. M.cik sile tukar tajuk kedai anda okeh. Tidak sesuai langsung. Tapi dapat beli sehelai baju Paris Hilton Wheel, sudah la comel murah pulak tu. Pulang dari Summit disambut panggilan En. syg mengadu rindu, rindu, rindu.. Rindu kena sebut 3 kali baru terasa kerinduan itu, kalau sebut sekali, tidak cukup rindu maknanye. Lantas dijawab balik "kalau rindu sebutlah namaku" caitt..haha.  Ok stress sudah hilang, gian m'blog pun dah habis..bye   

Monday, October 11, 2010

Saye sudah pandai 2..ewahh

Aku malu, tapi x kira, nak jugak update pasal Ayam Masak Halia ni. Sebab tak sangka senang gile nk masak, semudah menggoreng kacang, eh tak, Ayam masak halia lebih mudah dari menggoreng kacang. Sebab kacang goreng meletup dan perlu b'lari menyelamatkan diri bile letupan berlaku, tapi Ayam masak halia boleh dimasak smbil bernyanyi riang smbil sesekali lari ke depan tgk Nona. Ok mulakan..


Entah kenapa memotong ayam di rumah adik lebih mudah dari memotongnya di rumah sendiri. Rumah org dah kawin pisaunye lebih mantop dan datang dalam pelbagai saiz mengikut kegunaan. Pisau kat rumah bujang aku, satu pisau kegunaanya pelbagai di kongsi pakai pulak oleh 7 org gadis, sekali hentak, ayam masih sempurna sifatnye, dua kali hentak, sedikit koyak kulitnye, 3 kali hentak, koyak kat tempat lain pulak, 4 kali hentak, ayam hancur macam daging cincang, 5 kali hentak tercabut hulu pisau..ishh lepas tu aku pulak yg hentak2 kaki marah. Smpai sekarang masih takde niat nk beli pisau lain, "hei aku dh supply kuali and periuk paling besar dalam rumah, korang la pulak beli pisau besar, ape ingat aku badan kebajikan" (kate ku didalam hati)


Sambil2 aku membebel, korang pun tak perasan bahan2nya dah siap kan, aku potong ayam je yg lain aku sub-con kat adik bongsu


Tumiskan bawang..eh, kenapa kuali ni b'karat. Maklumlah rumah takde gadis, yang ade cume ibu gadis yg baru melahirkan, tapi lepas aku masak ni aku terus 'garas' smpai hilang karat. Betul.


Campak ayam



Masuk air dan sos tiram sikit



Tutup jap (sambil2 tu intai tv sket)


Dah siap, amboi cam sedap je. Btw ini bukan entry resepi Ayam Masak Halia, walaupun tebal muke ni menahan rase malu ttp nk tepek gak kat blog ni pasal masakan Ayam Masak Halia pertama dalam hidup..tragis sungguh. Setelah b'tahun2 tinggal di rumah bujang, walau punye banyak peluang utk belajar memasak, pada 2nd Oct baru tau yang Ayam Masak Halia tu mudah disediakan, cepat dimasak dan sedap dimakan..kesian. Hari tu dah belajar buat Nasi Ayam (buat kali ke 857) dengan Ma n FMIL, tapi smpai sekarang tak praktik lagi..ishhh..hari kerja, bz b'kerja, hari cuti bz memanjakan diri dengan b'malas-malasan.

Dalam b'malas-malasan tu pun memasak jugak, ehem..seperiuk nasi goreng yang diulang makan sebanyak 3 kali, sekali tuk supper sabtu malam, sekali utk b'fast ahad pagi dan sekali utk lunch ahad tengahhari. Tahan lama sebab letak dalam peti, klu tak habis takkan nk buang, tak baik membazir amalan syaitoonnn. Goreng pulak telur mata cair2..sedap betul. Eh, malu pulak rasenye anak dara mengaku makan nasi goreng 2 hari b'turut2. Tapi lelaki kesayangan tak pernah perasan yang setiap kali dia call tanye makan ape; jawapan aku untuk 2 hari b'turut2 adelah same atau mungkinkah lelaki kesayangan x kisah? Klu begitu senanglah hidupku..hahaha (gelak seronok sbb dah kawen nanti boleh masak sekali shj untuk bekalan seminggu) Eh, takkanlah aku nk buat macamtu, melampau tau! Nak kena sebat ngan En. Syg? Tapi, klu sebat2 manje ape salahnye..eh ape ni? :p


Saturday, October 2, 2010

Menonton

To tell you the truth, i'm not really into Malay film.  Itu dulu, zaman kegemilangan filem syahdu syahdan yg heroinnye balik2 Erra Fazira, sikit2 Erra Fazira, pastu nangis tak abis2, aku tak salahkan dia, mungkin zaman itu waktu filem Melayu baru nk naik dan genre filem sebegitu diminati ramai. It is not about them, it is about me. Kemudian datang pulak zaman filem komedi. Semua org sibuk nk buat filem komedi. Sungguh aku tak reti nk ketawa bile kebykan filem komedi dipenuhi lawak yg mcm ape2 ntah. Hilang rase nk ketawa, rase nk lempang org ade la. Tak semua p'mulaan b'mula dengan baik kan, and we should thanks all the director yg buat filem tah hape2 tu sbb kerana mereka lah, filem Melayu sekarang semakin hebat.

Filem Melayu pertama yg aku tengok 9 September, menemankan roomate yang "kesunyian di hati", ok aku temankan dia, tapi sungguh aku mengantuk la while die sgt excited. Kemudian episod filem Melayu yg ditonton semakin b'tambah sejak mengenali lelaki kesygan. Ohh..die suke filem Melayu (tidaklah semuanye die tgk, pilih2 jugak la), die sangat patriotik orgnye, even kalau SMS aku pun die akan taip BM penuh ok, takde short form and he keep saying, kalau kite org Melayu tak memartabatkan BM, siapa lagi? Mule2 aku pelik tapi bile difikirkan balik die spesis yg sgt jarang ditemui..makin syg rasenye..haha

Pernah sekali disebabkan tak tau nk buat aktiviti ape mase b'dating, k'org b'2 tibai tengok Jin Notti, boring smpai kami b'2 tido sepanjang filem tu. Sejak tu aku punye pandangan yg KRU ni takde la hebat sgt buat filem pun. Jadi bile En.Syg sungguh2 nak tgk filem Magika, aku dh mengeluh dalam hati. Alamak mesti boring ni. Tapi aku ikutkan jugak, aku kan tunang mithali..ewahhh.


K'org tgk midnight, niat aku nk tido terus t'bantut bile Magika b'mula, wahh x sangke sehebat ini. Mmg sgt superb, aku bagi 10 bintang out of 5..haha. Pawagam penuh, En. Syg t'senyum lebar n keep saying "worth every penny" ewahh dh mat saleh pulak die, mana BM anda sayang?

Malam semalam keboringan ajak En.Syg tgk midnight lagi, kali ni aku bwk ekor, adik bongsu aku sebab parents aku kat Arau tengok K.cik yg demam denggi kat hospital  dan adik lelaki n isteri dah balik ke Kelantan smbung pantang kat sana. Aku kena jaga adik, memasak bagai kau.


Dah takde cerita sangat, k'org tgk filem Charlie St. Cloud, takde klimaks langsung, mendatar je. Ape yang aku dapat selain m'habiskan duit adalah sejuk tahap mengigil sbb sebagai kakak mithali cardigan kena kasi adik yg pakai. Fuh..sile tgk jika anda benar2 peminat Zac Efron, sbb filem ni mmg takde ape yg hebat pun. Klu anda bukan peminat Zac Efron tak payah la tgk, macam aku ni, aku peminat tegar En.Syg jek..ohohoho

Ok, adik dah lapar n asik jerit "Cepat la Angah, cepat la" sesedap hati jek request aku masak Ayam Masak Halia, so aku call Ma n En. Syg tuk tanye resepi, t klu jadi aku tepek kat sini ok, dengan gambar adik aku sekali yg ngah syok makan. Klu jadi la, klu aku tak tepek maknenye tak jadi. Cau ;p