Klik Jommm

Thursday, January 27, 2011

Dinner Terhebat

Banyak-banyak CNY dinner yang pernah dihadiri di syarikat ini (amboi haii..skema betul) dinner malam semalam adalah yang paling hebat. JAPANESE BUFFET. Owhh..mentang-mentang itu makanan kegemaran sendiri, terus nak cakap itu dinner yang terhebat. Jadi tiada lagi upacara mengembur-gemburkan yee sang beramai-ramai, menahan kegelian melihat Geoduck buat pertama kali dekat satu kedai Seafood in PJ atau tidak berani bercakap sesama sendiri sebab boss besar sahaja yang "dibenarkan" bercakap. Semalam boss besar takde, jadi kami berlapan boleh makan secara riang gembira.

Btw, korang pernah tengok Geoduck? Aku tak pernah tau Geoduck ni wujud until CNY dinner last year, chinese suka makan, rupa dia memang mengerikan @ melucahkan @ entah la korang tengok la sendiri, kalau lepas ni kurang selera makan jangan salahkan aku. Google je Geoduck, aku tak mo letak kat sini, takut orang ingat aku tunjuk gambar kelucahan melampau pulak..ahaha.

Kami dinner di Tenji (Solaris Mont Kiara)
Katakan saja apa yang kau mahu. Semua ada, steamboat, teppayanki, sushi, oyster, japanese desert, kek, ais krim. Aiskrim yang ada cuma Baskin n Robin and Haagen Dazs, heaven. Asal lalu je tepi section ni, telan air liur, lalu section sana, telan air liur lagi. Sampai bangun pagi tadi pun tak terasa lapar, punya lah banyak aku makan semalam.








Ni apa yang aku makan dan sempat di capture, tengok gambar ni je pun, asyik menelan air liur je. Kalau aku duduk Jepun, confirm obes..percayalah.

Wednesday, January 26, 2011

White ke Off White?

...sama je. Ingat lagi entry pasal kain nikah yang salah beli due to kerabunan si pembeli itu sendiri..huhu. Aku la tu, elok masa tengah sibuk survey veil, baru perasan chiffon beaded aku warna off white, while En. Sayang warna putih. Masa tu kain nikah dah otw pulang bersama designer terhebat di Temerloh, Pahang. Terus call Ma:

Aku: Ma, dah sampai Temerloh belum?
Ma: Belum, baru kat Gombak ni
Aku: Ma, baju kawen angah salah beli kot, cuba Ma tengok, rasa-rasanya Angah punya chiffon tu kaler off white..waaaaaaaaaaa
Ma: Jap, a'ah la, awak punya ni kuning-kuning sikit, Asrul punya memang putih.
Aku: Ye ke? cuba Ma tanya Pa pulak
Ma: Haa Pa, cuba tengok, offwhite ni kan?
Pa: (masa ni tengah drive) PUTIHHHHH!!!
Ma: Ish, pa awak ni, offwhite la
Pa: Eh, putih laaa

Tak puas hati, suruh Pa bawak balik baju aku semula ke Subang. Tiap-tiap hari, pagi, tengahari, petang, aku takde kerja lain melainkan duk membentang kain kat beranda bilik, semata nak tengok effect warna off white and white di bawah matahari pagi, di bawah matahari tengahari dan di bawah matahari petang. Eh, boleh tahan psiko gak aku ni. Lepas tu tanya semua budak rumah, dan semua orang memberikan jawapan yang sama. Putih laaaaa, tapi off white tu macammana?. Ceh, memang la korang cakap putih, offwhite pun korang tak tau cemana. Sedangkan gadis-gadis di bandar ni pun tak berapa tahu warna off white inikan pula makcik-makcik dekat rumah aku tu, so terjah je la, lagipun lining aku dengan baju En. Syg kayu yang sama, so tak banyak beza pun baju tu nanti.



sama je kan..tibai je

Tuesday, January 25, 2011

Kursus Kahwin

Kursus kahwin punya pasal, aku kena tidur awal sebab takut tersengguk-sengguk dan menguap sampai tercabut pin di tudung (akibat pembukaan mulut secara besar-besaran). Kalau pin tu tercabut and jatuh kat kaki aku takpe, buatnya dia melenting menuju ustaz yang tengah syok berceramah, kan dah cerita lain jadinya. Pukul 10pm, Jumaat, 070111, dah tarik selimut, sebab takut esok mengantuk tahap tak boleh buka mata. Kang orang lain dapat ilmu, aku dapat mimpi je.

Aku pergi kursus di JAIS Shah Alam, book last year on Disember, aku cari no. kat website Jais, call and book tarikh, tak payah isi borang. Masa hari pertama, aku jumpa sorang kakak ni yang datang dari Kuala Selangor, jauh jenat nak pergi book tarikh kursus semata. Call sahaja senang kak. Pagi Sabtu masa register baru bayar, tempat kursus selesa, ustaz best giler, makan sedap, dapat buku lagi. RM80.00 memang berbaloi-baloi. Ilmu apatah lagi..;p. Bak kata ustaz, kursus paling best di dunia. Aku ngan En. Syg ingat kursus kahwin bosan, tapi memang 2 hari yang menyeronokkan. Siapa belum pergi..pergi cepat!! Dah pergi kursus kahwin, lega sikit, settle satu part. 

Friday, January 21, 2011

Kegemaran

Ini cerita semalam, perayaan Thaipusam diraikan bersama yang tersayang di Summit dan Sunway Pyramid. Ingatkan nak keluar lunch je, sebab En. Sayang on call, biasa lah kerja mengalahkan doktor, siap ada on call. Turn out, pukul 6 petang baru dia boleh masuk office. Nak tengok movie, cerita yang best Khurafat je, cerita seram-seram ni awal-awal aku surrender, kang ada sebulan aku tak tidur. Jadi berjalanlah kami anak beranak dalam Pyramid sahaja, masuk dari satu kedai kasut ke satu kedai kasut. Aku melayan kesayangan tengok high heel, dia kalau nampak high heel, seronok betul, dah macam dia pulak yang nak pakai. Nasib baik takde high heel untuk lelaki, kalau tak penuh la rumah k'org nanti dengan high heel dia je. Kalau aku pakai high heel keluar dengan dia, dia tak tengok muka aku dah, asyik tengok kaki je. Kejap-kejap tengok kaki, kejap-kejap tengok kaki. Tapi aku pulak, bila nampak je Auntie Anne's, aku lari-lari keluar kedai sambil bercakap dengan air liur menyembur-nyembur "Nak Auntie Anne'ssssss!!!!", best wooo, kalau tak dapat makan ni, rasa tak lengkap pengembaraan di Sunway Pyramid  





WAJIB TAYANG MAKAN

Haaa...kan dah terliur ni..

Wednesday, January 19, 2011

My Dreams "Love Story"

WHAT'S HOT IS GETTIN' HOTTER!



Tipulah kalau perempuan yang single takde "My dreams love story". Semua perempuan mengimpikan percintaan ala-ala fairytale, lelaki yang kacak bergaya digilai ramai, kaya, baik hati, alim, setia dan melayan kita dengan baik bagaikan puteri raja. Setiap kali berjalan dengan si dia, semua orang cemburu. Selalu belikan hadiah, buat surprise, pandai memujuk, bermulut manis..elehh. Bak kata "omputih" PERFECT. Tapi wujud ke lelaki macam tu? Aku dulu pun macam korang jugak..eh, mengharapkan satu hari nanti prince charming datang dalam hidup, I mean lelaki yang diragukan kewujudannya itulah. Dah namanya pun "dreams" tidak lah begitu berharap mimpi tu jadi kenyataan. Tapi sekarang aku ada my own version of "My dreams love story".

Cerita bermula ketika aku asyik melayan satu laman web sosial, sekarang dah macam tak wujud pun laman web tu. Aku pula jenis yang add je semua orang, lelaki, perempuan, single, couple, tak kira main add je semua friend request. Sampailah satu hari ada seorang mamat yang 'bolehlah tahan' send friend request. Masa tengok pic profile dia, takdelah tertarik sangat pun..macam 'hmmm bolehlah'. So aku pun add, lepas hari tu langsung dah tak ingat dia sampailah bila dia kerap hantar message dekat inbox. Hari-hari ada je soalan dia. Aku pula rajin reply, biasalah tanya soalan pancing, duduk mana, kerja apa, belajar kat mana. Nak lagi senang bertanya agaknya, dia minta YM. Aku bagi dan kami mula berchatting, lepas beberapa hari berchatting dia minta no. phone pulak. Jenuh mengelak, banyak alasan aku bagi, tapi bila dia asyik minta no. phone, kesian la pulak.

pet_herris: nak phone no. boleh?
airin2306: mmmm...aaaaa..nak buat ape
pet_herris: saje, tak boleh eh?
airin2306: tak payah la..esok YM lagi eh
pet_herris: kalau u dtg sek. 7, senang lah nk contact nanti
airin2306: ye ke..hmmmm dah kahwin?
pet_herris: belum
airin2306: ade tunang?
pet_herris: belum laaaa
airin2306: gf??
pet_herris: takde, bujang n single lagi ni..kenapa tanye
airin2306: eh, sblum bgi phone no, kena la pastikan u ni dh b'punye ke belum, kang kena serang pulak i
pet_herris: oh, macam tu eh..hehe

Bila dapat je no.phone, dia pun melancarkan pancing yang lebih besar, kali ni jala kot..haha. Kalau tak call dia message, kalau tak message dia call. 

Lepas 2 hari dapat phone no., dia ajak keluar. Kebetulan ada sebiji jerawat betul-betul atas hidung aku yang tengah masak ranum, dah macam badak sumbu masa tu. Macam mana nak jumpa ni, malu lah. Macam-macam alasan aku bagi, balik kampunglah, pergi jumpa kawan la. Yang jerawat ni pun satu, tak reti-reti nak pecah. Setelah pelbagai alasan diberi, kebetulan hari Jumaat malam, aku keluar pergi karaoke dengan 2 orang best friend, dan 2 orang lagi best friend pergi main futsal. Habis futsal dan karaoke, kami berlima pergi ke Pak Li Kopitiam di Seksyen 7, Shah Alam. Sampai je Pak Li aku text dia bagitahu aku lepak kat Pak Li, laju dia text balik suruh aku tunggu dia datang (btw, dia duduk dekat Sek. 7). Masa tu jugak aku rasa nak balik, terus menyesal sebab bagitau kitaorang lepak kat Pak Li, paling disesalkan kehadiran jerawat besar gedabak atas hidung tu dan lagi satu, aku buat pertama kalinya mengerintingkan rambut, i mean curl yang hujung-hujung tu. Turn out, rambut aku dah rupa macam mop, serius memang disaster, menyesal pun ada buat kat salon tu. Aiyooohhh confirm kena reject ni..haha. So idea lain datang, cepat-cepat text dia:

12:25 am: Erin: u, i sakit perut la, orang sakit perut ni tak elok berembun, i balik dulu eh..aduh..sakitnya perut
12.26 am: Asrul: Hep, tunggu dulu..biar i hembus kasi hilang sakit perut..hehe
12.28 am: Erin: Ala..sakit betul ni, memulas-mulas
12.30 am: Asrul: Betul ke memulas u, rase bersalah la pulak suruh u tunggu lelama
12.32 am: Erin: u dah kat mana
12.33 am: Asrul: dah nak sampai ni, ok, i dah sampai..jeng..jeng..jeng

Gila la, nampak je jeng..jeng..jeng dia, nak gugur jantung aku rasa. Kalau boleh masa tu jugak nak bertukar jadi sebatang mop. Dah tak boleh mengelak dah masa tu, pasrah je la..dari kejauhan nampak seorang lelaki berbaju pink, tengah membuat tinjauan.

Erin: Alamak, dia ke tu betty, aku tanak jumpa, jerawat aku besar, rambut aku kerinting! (heh, jgn ketawa..ini serius takut ok)
Syeira: Eh erin, hensem laa..
Shita: Mana?? mana?? yang tu eh
Erin: Hoi..korang cakap hensem, aku lagi takutt...aku takuttt..tanakkk..aku nak balikkk..Betty jom balikk!!
BFF: Ala erin, tunggu la, kesian dia nak jumpa ko

1.01 am: Asrul: I dah nampak! ada sorang pakai short kan..berdebarnye! u nampak i tak?
1.03 am: Erin: aaa..i x nampak, mane u?
1.06 am: Asrul: u pakai baju kelabu kan, membelakangkan i, meh la sini
1.10 am: Erin: A'ah kelabu..eh, tanak la takuttt
1.16 am: Asrul: Haha..nak takut apa..i betul-betul belakang u

Apaaa!!! belakang?? Maaakkk nak balik..apa aku lakukan ni, kenapa aku terjebak dengan semua ini..eceh..dan-dan baru nak insaf. Serius aku tak pernah jumpa orang yang aku chatting sebelum ni..so bayangkan ketakutan yang melanda.

Akhirnya dia yang mengalah, datang bawak kerusi, duduk sebelah aku dan terus tengok muka aku. Aku pun apa lagi, terus jadi gadis ayu, tunduk terus takut dia nampak jerawat besar. Ramah betul orangnya, on the spot boleh geng dengan 4 orang bestfriend aku. Selamba pulak tu, tak malu langsung.

Sejak malam tu, kitaorang selalu keluar, berkawan, bercinta dan akhirnya pada 3hb Julai 2010 bertunang. Insyaallah 2hb July 2011 kami kahwin. Cepat betul masa berlalu, masa mula-mula kenal dulu, dia yang selalu buli aku, sekarang..buli mai tengokk..haha. Tak sangka dia masih boleh terpikat walaupun jerawat aku besar gedabak atas hidung dan rambut kerinting mop. Dulu lah, cuba tanya sekarang:

Erin: Sayang, awk suka rambut yang kerinting dulu ke, rambut lurus macam sekarang?
Asrul: Lurus lah, kerinting dulu tu disaster gile, awk buat kat mana eh, mesti kat tempat murah ni.
Erin: Eh, taklah, tak taulah kenapa d'org buat jadi macam tu. Dulu awak cakap rambut kerinting tu cantik kan?
Asrul: Itu ayat masa nak mengorat, memang la saya cakap cantik.

CEH..  

Walaupun dia bukan prince charming yang digilai ramai, kaya, baik hati, bermulut manis, suka ayat-ayat jiwang, belikan bunga selalu, buat surprise dan pandai memujuk, dia masih lelaki impian aku, lelaki yang aku mahu, yang menyintai aku seadanya, yang mahu susah senang bersama. Syukur tuhan, he's part of my dream love story. Asrul Sani..wo ai ni :D



Me n him





Tuesday, January 18, 2011

Entry Kepam

Boring kan asyik cerita pasal wedding je, ape kata kita tukar mood pulak. Hari tu masa nak ambil gambar baju nikah dengan henpon cap rimau (untuk memastikan warna putih dan off white tidak punya perbezaan yang ketara), sekali memory dah full. Kena delete pic., telek punya telek, laaa patut la dah full, rupa-rupanya banyak gambar kaki. Sebab itu saya berazam membuat entry kepam ni hari ni jugak. 

Tinggal di rumah teres 2 tingkat, di kelilingi teman-teman serumah yang tiap-tiap minggu pun nak balik kampung, apa la sangat hiburan yang ada, selain scramble egg yang dimakan dengan sos sambil menonton siaran Astro berharga RM37.95 sebulan, salah tekan channel keluar amaran "This channel does not include in your subsription". Pusing balik, pusing balik..bosan. Nasib baik hari tu masuk Ministry of Moment contest dan berjaya menjadi first 14 contestants, jadi Puan Roe cantik dengan murah hatinya belanja Foot Patches yang hebat. Puan Roe cakap ada kawan dia yang suka pakai foot patches ni b'glowing-glowing wajahnya. Eh, nak glowing jugakssss so secara tidak langsung mahupun langsung foot patches dibuat main menjadi barang menghilangkan bosan. Bahan-bahannya:



Sepasang kaki wangi yang disental dengan sabun Dettol (gambar kaki kena gelap-gelap sikit kasi korang tak perasan kaki aku macam kaki indon..Pa cakap..cehh..motif cakap kaki anak sendiri macam kaki indon?? Yang tak paham tu, kaki ni sebijik macam kaki Pa...hmmmm)


Sepasang foot patches yang sedia berkhidmat


Tampal cenggini ye anak-anak


Begitu. Dah siap. Moh tidur, gambar selepas tak boleh la tunjuk, takut ada orang muntah..ngahaha

TERIMA KASIH ROE DARLING :) so sweet of u
saya tidak lagi bosan untuk seketika

Monday, January 17, 2011

..and the winner is

dah..dah, jangan nak berangan but alhamdulillah menang juga hadiah saguhati dari Dina Halim Bridal Boutique. Thanks Kak Nad. Tengah fikir nak ambil apa dengan Kak Nad ni, sebab both side semua dah hampir complete, cuma mungkin boleh consider photographer untuk side En. Syg, yang tu je belum ada. Sebab side orang tak boleh la pandai-pandai nak decide kan, kena la tanya tuan rumah dulu. Kot la tuan rumah tu nak ambil Kudegraphy ke..eh.. Btw congrats buat semua pemenang..eh, dah macam aku pulak penganjurnya. 

Saya Menang (cececeee ~)

25% diskaun ke atas pakej DINA HALIM BRIDAL BOUTIQUE
20% diskaun ke atas pakej SEBUMBUNG FOTOGRAFIK

Ok lah tuu (ala-ala Saida :p)

Friday, January 14, 2011

Biru Bilik Pengantinku...auwww

Gedik betul tajuk tuh..haha. Aku kan suka buat korang confuse. Dulu masa set theme colour purple plum, kemain lagi meriah menampal semua gambar 'bakal bilik' dalam blog. Lepas tu bila jumpa dress cantik kaler biru dan tukar theme colour, sibuk nak tampal gambar bilik kaler biru pulak..ngengada tul. Tapi korang suka kan, boleh nompang2 cuci mata. Macam aku jugak la, kalau orang tampal banyak2 gambar, aku suka, terus boleh save je, tak payah google. Jimat masa.

Btw, nak cerita satu cerita kelakar dulu...CER CITER..CER CITER (aku rasa nak lempang je pakcik2 tu..haha) hari tu aku tunjuk la dress biru aku kat chinese offimate, lagipun kompom potong jari la dia takkan datang wedding aku, jauh tuuuuu. Semalam dia ngendeng-ngendeng kat aku cakap dress aku cantik sangat, pandai la u pilih, u buat kat mana, and macam-macam lagi lah.

Aku nak gelak sebab mak aku cakap tak cantik dan tak sangka ada orang sependapat ngan aku..ecewahh. Biasa la mak2, kalau baju tak meriah, kalau cadar tak satin berkilat-kilat dengan langsir penuh satu bilik buat tutup dinding, bukan pengantin, ye dak. Pendapat orang lain-lain and aku hormati pendapat mak aku, tapi satu yang best Ma aku ni dia boleh terima bila aku cakap orang sekarang dah tak macam ni. Orang sekarang buat macam ni, nasib baik Ma aku ok je. No offense darling, takut kang korang terasa lak, kalau korang nak buat langsir penuh satu bilik pun dan korang rasa tu cantik apa salahnya, eh kalau kena gaya, cantik tau. Dah jangan dengar cakap Cik Erin ni. Itu pendapat peribadi sahaja dan aku rasa setiap pengantin cantik dalam cara yang tersendiri, let it be grand wedding, sederhana or simple gile. As long as itu yang buat kita n family happy, just do it our own way..kan kan darlingsss. Ok dah, jom kita cuci mata



Bilik aku insyaallah biru dan putih kot, jimattt, cat je feature wall, yang dinding lain tu dah sedia putih pun






Sweet sungguh!


Itu lah langsir idaman kalbu, plain n dark, baru terasa aura mewah sket, walaupun langsirnya harga 7.00 semeter beli kat Nagoya, lepas tu kain langsir yang sama korang buat bed runner ;p





Aku tak beli comforter pun, cadar togel dengan 2 sarung bantal and 1 sarung bantal golek, aku nak buat bed runner je nanti kooootttt (bukan ape, takut tak terbuat..eheh, so cakap kena alas2)













Memandangkan bilik pengantin aku adalah super sempit, of course la tak boleh nak cat feature wall kaler dark-dark neh, so belang-belang macam kat bawah menarik jugak kan..


Tapi agak-agak, siapa lah yang sanggup nak layan aku cat dinding belang-belang ni


Terpeleot leher adik beradik aku..ngahaha







*Images from Google*

Tak sabar nak pergi tukar baju nikah, itu pun kalau SA Jakel tu nak layan la..kalau tak, melayang duit lagi..fuhhh pening-pening

Wednesday, January 12, 2011

Fine!!

Aku salah beli baju nikah boleh tak? Baru hari ni perasan masa tengah sibuk nak cari veil. Patut la bila aku acu-acu kain tu dekat badan cam kuning-kuning sikit, aku ingatkan refleksi lampu kalimantang, tapi tidak rupanya, maka termakbullah impian En. Sayang aku nak kawen kaler pelangi. Baju aku off white, baju dia white...tssskk..tssskkk. Kalau aku pakai veil white aneh tak? Ke ok je? Tudung nak kaler ape? Aku tengah susah hati ni..waaaaaaaaaaa. And satu lagi nampak sangat ke dalam gambar nanti eh? Adoiiii nape aku ni sengal sangat, tapi masalahnya aku dah cakap nak kaler putih masa kat Jakel hari tu. Dah la lampu Jakel tu kuning je, mana la aku tau bezakan white dengan off white. (ceceh, nak salahkan lampu Jakel lak). Ke aku patut suruh En. Syg pakai sampin off white? Tolong la...tolong laa..kebuntuan ni..tak sanggup nak beli lagi. Kekecewaan yang paling dalam ni..malam ni sure takleh tido (ayat tak leh blah)..ohohohohoho T_T. Apa kata anda? srottt..srooottt

Monday, January 10, 2011

Nikah Outfit

PLAN A: Dulu selalu fikir nak sewa je baju nikah. Sebab kalau sewa ratus-ratus mungkin boleh dapat baju yang gilang-gemilang, bercahaya cemerlang, bekelip-kelap macam baju designer yang perlu ditempah siap dengan harga RM2K dan ke atas. Lagipun aku jenis suka buat something yang praktikal sahaja. Kalau beli kain dan tempah, harga sekian-sekian, lepas kawin simpan dalam gobok b'puluh tahun. Tak praktikal langsung. Membazir. Memang la boleh simpan untuk kenangan, tu ko tempah photographer mahal-mahal ambik gambar ko, tengok gambar buat kenangan dah la. Tak payah la baju nikah pun nak simpan buat kenangan. Tapi bila survey baju nikah dekat butik2. Semuanya lusuh, macam dah b'puluh tahun disimpan, fesyen dulu-dulu, tak macam fesyen orang sekarang. Jadi Plan B terpaksa dipakai



Sarah Jessica Parker on her wedding day, gumbira hari ini, menyesal malam kang masa baru lepas cuci kaki dan baca doa tido
 
PLAN B: Ok la, nak beli baju nikah siap je, yang dah siap bead2 bagai, sebab beli kain sahaja kat Jakel pun dah 500++, cost hantar jahit lagi dah hampir 300++, macam baju tunang dulu yang hanya dipakai sekali sahaja. Dah set dalam kepala ni, tanak nikah warna putih, sebab kalau warna putih jawabnya ke dalam gobok saja la baju tu nanti, lepas tu disimpan berpuluh tahun, lepas tu melahirkan 2 orang anak lelaki sahaja, tak tercapai la hasrat nak buat baju nikah turun temurun lol. Tapi bila dah decide baju sanding kaler biru dan bukannya putih seperti plan asal, terus macam eh, eh takkan langsung takde baju pengantin warna putih mase kawen, tak mahu jadi macam Sarah Jessica Parker yang menyesal seumur hidup sebab pakai black wedding dress on her wedding. Trend setter pun menyesal tau, inikan pulak aku.  Jadi mari kita ke plan C ;p   


kurung moden plain white + pending

PLAN C: Selepas merata tempat pergi cari baju nikah putih bersih, suci dari sebarang warna selain putih agar pernikahan itu sesuci lebaran pun menjadi suci, yang jumpa hanyalah baju siap kosong putih bersih tanpa sebarang bead yang memang cantik gila kalau dipakai dengan pending. Owhhh sewittttttttttttttt. Dah hampir nak beli saje, tapi bila mahu try je baju tu, asyik terngiang-ngiang kata-kata ibu sendiri bila aku suakan handphone suruh dia tengok design baju sanding aku. "eh, tak cantik la, ringkas sangat, pengantin kena la meriah sikit, ada beads sini, ada beads sana" terus tak jadi sebab dah terbayang kata-kata yang lain pula..sobss sobss. Jadi mari menjadi seperti pantai..sekali air bah berkali-kali ai berubah.

PLAN D: Terpaksa jugak menuju ke Jakel dengan hati yang separuh rela. THE END.


Mari berpasrah dengan baju nikah putih yang bakal disimpan di dalam gobok selama berpuluh tahun, or else mari berdoa dikurniakan anak perempuan yang rela mewarisi baju nikah outdated emaknya ;p

*images by google, sape rase tu gambar dia meh claim*

Monday, January 3, 2011

Official Photographer

Paling susah aku nak decide. Sebelum tetap tarikh, memang dah ada a few dalam angan-anganan. Sudah feeling mahu posing begitu, begini. Tapi bila dah set tarikh dan buat budget, semua photographer itu terpaksa dilupakan..sobsss. I'm on a very tight budget. Nafsu dan bajet tidak mungkin dapat disatukan, haruslah mengorbankan salah satu. Mengorbankan nafsu atau mengorbankan bajet? Yeahhhh aku mengorbankan nafsu, mula-mula macam tak rela, tapi bila dah bayar deposit on a first meeting, terus macam lega. Tak mahu tangguh deposit sebab takut I will have a second thought. Biasalah perempuan asyik nak yang perfect saje kan. My OP is a friend of a friend of mine. Based in Puchong. My friend yang recommend and I'm falling in love with his photography and editing skills, his price is soooooo affordable and i'm thinking to add on 2nd album for my wedding.

Do visit him here:


Although he is a friend of a friend of mine, I never knew him before. Hopefully he manage to capture lotssssss of beautiful moment on my wedding day. Photographer hunting..DONE!