Aku ni kalau nak katakan hantu durian tu taklah jugak, tapi durian memang one of my fav jugaklah. Baru-baru ni aku blogwalking terjumpa la gambar sorang blogger makan durian dengan syok, apalagi terus teringin ko, bukan sikit punya teringin, banyakkkkkkk punya teringin, huiiiii dah terbayang seulas durian terapung dalam mulut, lemak manis, sedap kemain siap telan air liur dah. Tak boleh jadi ni, terus text En. Syg ajak keluar, pastu hujung-hujung tu cakap "rin rasa cam teringin nak makan durian la tiba2..hmmmm". En. Syg cakap ok, lagipun gerai durian dengan rumah dia adalah sekangkang anak kucing sahaja.
Lepas kais pagi dan kais malam selama berbulan-bulan dapatlah kitaorang berdua dinner OR Chicken Chop kat KFC. Tak mampu lah macam dalam iklan KFC tu kalau kais pagi makan OR, kais tengahari makan OR, kais petang makan OR, kais malam makan OR, alamatnya lepas seminggu, kitaorang kais tanah je lah, cari cacing buat goreng tepung. Gila ko, sekali makan dah 9.90, cer darab 4 kali sehari, darab pulak sampai 30 hari. Kalau sedap terbaik tak pe juga ini ala-ala je. Matilah KFC saman aku. Lepas makan KFC mari kita serbu durian pulak
Muka memang comot terbaik, barulah feel nak makan durian..ceeeee motiff (baru balik kerja, tak semenggah sorang-sorang)
Aku mintak yang paling mahal RM16.00 sekilo (sebab bajet kalau mahal mesti sedap), tapi tak sesedap En. Syg punya, dia amik yang RM13.00 sekilo, apasal mahal sangat eh, 2 biji je dah RM45.00 (aku punya 2 kilo)
holohhh budak muka bulat ni
Aku punya memang tebal isi dia tapi tak selemak En. Syg punya, lepas tu En. syg suruh aku habiskan sorang-sorang sebiji durian, tidur malam tu aku asyik terjaga sebab satu badan berpeluh sampai basah cadar. Eh, esok aku kasi tayang kasut nikah ok..muahaha ;p
No comments:
Post a Comment