Klik Jommm

Friday, April 1, 2011

Pagi Jumaat

Pagi Jumaat yang ceriaaaaaaaaaaa. Tiba-tiba je kan..hahaha. Owhhh esok boleh bangun lambat, agenda 2 hari dah penuh nak ke situ ke sinun. Beli itu beli ini. En. Sayang ajak balik rumah family dia pun, aku takmo ikut, huiii tengah semangat nak siapkan projek sendiri ni. Kesian En. Sayang, aku asyik tak layan je bila dia ajak balik kampung, sebab dia nak suruh aku belajar masak dengan mak dia, kari mak dia yang kawww. Aku nak belajar masak sendiri pun dia tak kasi jugak, dia nak jugak aku belajar dari mak dia..oloh comel anak mak ni. Minggu depan ok, minggu depan. Tak boleh nak berjanji manis depan dia kang merajukkk kalau tak jadi, kalau merajuk comel takpe, ni merajuk secara matang..tension aii. Projek DIY aku dah 50%, nanti dah siap aku show off ok. Kasi korang kutuk sikit..ngahaha

Uisshhh tak tau la nak update apa. Nak membebel tak tentu hala boleh? Dari pagi semalam aku dah terliur, teringat-ingat Lamb Chop kat Radhi. Huiiii gravy dia memang kawww. Sedap menjilat pinggan, meja, sudu, pisau, pinggan orang sebelah, kerusi, tisu, alas meja. Ok merepek. Tapi memang sedap, so semalam text siap-siap kat En. Sayang cakap nak gi Radhi, sebab aku takut dia nak bawak pergi Sushi pulak kang. Sampai je Radhi, tibai sate dulu. Sate pun sedap ok. Tapi gambar sate takde, lapar sangat lupa nak ambik.

Lepas tu jeng, jeng, jeng...


ohh la la

Memang syok, tapi aku ni jenis makan maha lembab, En. Sayang dah habis makan, dah hadam, dah nak memerut dah, aku tak siap lagi. Hilang nak menikmati kesedapan Lamb Chop itu, terus makan laju-laju, sebab orang sebelah nak balik memerut. Aku suruh memerut dekat stesen minyak takmo, nak jugak memerut kat rumah dia, kat Shah Alam nun. Grrrr..lepas ni kalau saya nak makan Lamb Chop, sayang tinggal!! Radhi ni kat USJ 4, lot tepi sekali dekat kawasan perumahan, western dia semua sedap. Kalau datang situ, asyik penuh je. Tak percaya gi try test. Sedappp.

2 comments:

  1. rindu sama abg cashier radhi tu..opsss..wakakaka...

    ReplyDelete
  2. betty: abg cashier tu kelihatan seperti muhammad affan affzam, tapi versi besar sikit, affan affzam versi petite sket

    ReplyDelete