Sila sebut sambal sambil mengembang-ngempiskan hidung sendiri ala-ala Azwan Ali. Hari tu aku berjanji manis nak update pasal Restoran Sambal Puan Zarina aka Ibu Adam. Restoran ni baru buka sebenarnya, ni restoran family dia, Puan Zarina tak buat apa2 pun selain makan free setiap hari..cehh. Disebabkan k'orang tak pernah singgah restoran dia, Puan Zarina pun berbesar hati nak belanja kite semua kat Restoran Sambalnya. Apaaaaa??? makan freee???..lajuuuuuu je pergi..nguahaha. Eh takdelah gelojoh gitu, kitaorang gelojoh2 sopan, makan pun ala-ala je, order pun malu2, walau air liur meleleh bila tengok menu, tapi tetaaaaapppppp sopan.
Menu dia semua menarik, murah pulak tu, serius sedap, tak taulah pulak korang kan, aku kalau makan free ni, sedap aja, makan semua orang bayar, mau tak sedap. Eh tapi tak tipu ni sedaplah makanan kat Restoran Sambal ni, nanti aku bawak En. Syg pergi aku kasi tayang gambar k'orang sebagai bukti ok..cecece macamkan orang nak tengok sangat budak berdua yang comot ni.
Masa ni baru sampai, kasi posing dulu
Restoran dia bersih dan selesa, huaaaaaaaaa tetiba terasa macam pengacara JJCM
Yong Tau Fu, boleh pilih nak kuah sup or sambal ke rojak, ke sambal, eh, tak ingatlah, tapi aku tamak, nak dua-dua, so dia asingkan cenggini, pesen aku kalau makan Yong Tau Fu, kangkung kena banyak baru umpphhh, lepas tu celup sambal sket ngan rendam dalam sup, suap kat mulut..terus je "hmmmmmm samballllllllllllllll" sambil pejam-pejam mata, hidung kembang kempis. Ok tipu :D. Tapi memang sedap, 2-3 hari aku teringat Yong Tau Fu ni. Yong Tau Fu, satu barang RM0.60 ok.
Haaa.. ni chicken chop..sedappppppppppppp
Ni Lamb Chop..lagiiiiiiiiii sedappppppppp, murah pulak tu RM11.90 jewww. 2 keping tauuu
Cepat pergi terjah kat sini, lepas tu korang boleh feeling "Hmmmmmmmm Samballllllllllllll"
No comments:
Post a Comment