Klik Jommm

Wednesday, October 19, 2011

Samseng jalanan

Korang mesti suka tengok cerita Cinta Elysa tu kan, ala yang Fasha Sanda bercinta dengan samseng tu, tak menahan betul bila En. Syg suka tengok cerita tu, feeling habis and dia suka gile dengan Aril tu, dia cakap samseng tu ada gaya, apa jadah samseng ada gaya. Inilah akibat bila takde Astro kat rumah, suami tergila-gilakan drama swasta..haha. Kalau balik rumah mak dia, ada dia nak layan drama-drama ni, takdeeeee, harammmm, aku nak tengok cerekarama malam sabtu pun tak boleh, dia sibuk nak tengok bolalah, golflah, movielah.

Intro kemain panjang, sebenarnya nak cerita pasal tengahari tadi. Aku keluar makan dengan En. Syg, dia MC hari ni pergi hospital, dia gastrik kronik, so memang kena pergi hospital. Dahlah MC, nak makan sedap-sedap pulak tu, nak makan sedap-sedap mestilah mahal, pau isteri pulak tu..cis..ciss..cisss, nasib baik tak sihat. Jumaat ni dia dapat gaji nak pau dia pulak. 

Otw balik ke office aku, kitaorang lalu satu jalan ONE WAY ni, jalan kat office aku manjang semua pun ONE WAY. Kalau dah ONE WAY nak pulak kawasan office, kereta double park penuh sepanjang jalan, so memang sempitlah jalan kan. Ada pulak satu kereta cerdik pandai mana tah dia belajar pergi buat jalan tu 2 WAY, so bertembunglah kereta kitaorang ni, dah sah-sah tu jalan ONE WAY of courselah ko kena bagi jalan kat aku, aku di pihak yang benar ok, dia dah nampak kereta kitaorang lagi ditekannya minyak sebab dia nak jalan dulu, lepas tu dua-dua berhenti tengah jalan, bertembung, sesedap rasa dia buat isyarat tangan suruh laki mak ketepi, dia nak lalu. Wahhhh laki mak punnnnnn, kan dah belajar dengan Aril, dia takmo mengalah, dia suruh pulak orang tu ketepi. Apalagi hangin lah driver kereta tu, dia tekan minyak sekuat hati dan brek betul-betul depan kereta kitaorang, sikit lagi nak cium kereta laki aku, wah..wahhh ko molek perangai, dia takmo mengalah, dia suruh jugak laki aku ketepi. En. Syg ehhh dia.. perangai boleh tahan juga, dia buat tak tahu je, aku pulak yang jenuh buat bahasa isyarat nak bagitau ini jalan ONE WAY bengappppppppppp!! Lama jugak la, memasing takmo mengalah, lama tu barulah driver tu masuk ketepi bagi jalan, aku rasa dia paham kot bahasa isyarat aku, tu pun cara drive macam nak langgar kereta kitaorang je, ada aku kisah, eh berapi-api je aku rasa, nak je aku keluar kereta sekeh-sekeh kan kepala driver bengap tu, suka hati ko je kan. Dahlah salah jalan, buat pulak perangai samseng ko. Tampor kang baru tau. Eh, serius aku geram, kalau ingat balik rasa berapi-api je, tapi ibu mengandung tak elok marah-marah ni, nanti darah tinggi naik..haha, eh lupa hari ni kena pergi klinik check darah. Dah tu je nak cerita, bye!


No comments:

Post a Comment