Sejak 2 hari lepas aku adalah sangat mengidam, teringin dan mahu makan brokoli cicah thousand island...oooo lala. Sayur-sayuran adalah feveret sejak dulu, waktu anak dara, waktu masih single dan belum punya baby dalam perut, sekarang lagilah. Dulu kalau makan salad hari-hari pun takpe, nasi tolak tepi sebab tu berat 43kg je. Tapi sejak mengandung, walaupun pening sepanjang hari, aku boleh makan nasi breakfast, lunch and dinner, asyik nak nasi je, sampai berat naik mencanak-canak, dari 45kg (tu berat yang diusahakan sambil menangis paksa diri makan nasi, nak nampak solid punya pasal masa kahwin) sampai 50kg sekarang, ye baru 3 bulan sudah 50, hari-hari timbang dirumah dan jadi takut sendiri. Tapi lepas checkup kat KK hari tu, dah macam takut nak makan nasi banyak sangat, takut berat melebih-lebih, takut kena minum air gula. Kalau ikut timbang dekat rumah aku, berat dah 50kg, tapi bila timbang kat KK baru 48kg, lega sangat hari tu, dah terbayang air gula melambai-lambai for next checkup kalau aku tak kawal makan. Jadi sekarang dah kurang makan nasi, lebih sayur dan lauk, dan hari ni teramatlah teringin nak makan salad for dinner, tak sabar nak balik, cepatlah pukul 6. Nak makan brokoli krup krap krup krap..sedapnya.
Hari ni demam dan air hidung meleleh bak air terjun, jadi boleh buat alasan takmo masak dan nak makan salad je kat suami..hehe. Suami, hari ni sila makan di luar. Oh satu lagi perut aku besar macam dah 5 bulan tau, rasa malu sangat nak jawab baru 3 bulan kalau orang tanya, tak sesuai dengan kebesaran perut, tipu boleh?? Seluar kerja tak boleh zip langsung, pakai baju kurung pun aku tak zip, cuma letak kerongsang je, pinggang kain tu pun dah sampai ke atas perut, tergantung-gantung kain macam nak harung banjir..sobsss. Aku nak update lain sebenarnya, tapi picture takleh upload, sakit hati aku, so Isnin baru update bergambar, tu pun kalau PC ni bekerjasamalah. Ok dah pukul 6, nak balik..bye
Eh dah boleh uploadlah, ngadelah PC ni aku dah nak balik baru bekerjasama. Hai suami mucuk macam bantal golek buat peluk2 dikala malam, dia pun demam jugak..hehe..saling jangkit menjangkiti tapi 2-2 tak MC hari ni, kengkonon rajin.
No comments:
Post a Comment