Kyoko bukan Tokyo tau. En. Syg sebelum kenal aku lagi dia memang ada fav hairstylist dia sendiri, dah bertahun jugaklah dengan hairstylist yang sama, dari Aida mula kerja di Loreal sampailah Thomas & Guys, dia ikut je Aida tu. Dia asyiklah kutuk-kutuk salon yang aku suka pergi, dia cakap tah hape2. Eh, biarlah ai suka tauuuu. Dia asyiklah jugak suruh-suruh aku buat rambut dengan Aida, nak ajak kongsi hairstylist, kalau aku ajak dia teman pergi salon kesukaan kat Taipan, mesti dia tak mau, nak jugak aku buat ngan Aida. Akhirnya jodoh kami sampai..sebab salon kesukaan aku pindah..sob..sobsss. First time buat rambut dengan Aida sebelum kahwin, sampailah sebulan lepas kahwin, aku rasa 2-3 kali je kot sempat dengan dia, En. Syg of courselah tetiap bulan pergi gunting dengan dia.
Aku n aida, masa ni nak colour rambut, baru lepas kahwin dalam 2-3 minggu kot. Pehal nampak tua aku ni, ohh lupa memang dah tua pun.
Aida buat rambut kinting-kinting for free, sebab dah lama sangat dia berkawan dgn En. Syg dan dia tau En. Syg suka aku rambut kinting-kinting, tetiba je lepas kaler rambut dia keluarkan curler, pastu terus kinting-kintingkan. Aku ingat En. Syg suruh, tapi dia kata dia saja nak buat..auwww terus balik takmo mandi. Dahlah pagi tu masa g kaler rambut memang tak mandi
Tapi jodoh memang tak panjang, baru-baru ni dia berhenti kerja dan balik Johor, maka terkontang-kantinglah En. Syg ditinggalkan, tak tau nak potong rambut kat mane dah. Dia boleh biar rambut dia tak berpotong sampai 2 bulan. Lepas tu bila budak office tegur cakap dia makin selekeh, marah pulak, dah memang selekeh pun..haha
Minggu baru ni kitaorang balik Serendah, En. Syg dah stress rambut panjang sangat, terus ajak aku pergi Pekan Serendah, yeay moh ke Kyoko, walaupun kedai gunting rambut amoi-amoi je, dan aku agak cuak bila tengok dia nak potong rambut En. Syg, aishhh hodohlah laki aku ni kang, tapi berbaloi2 ko tau, dia potong cantik dan murah pulak tu..owhhh sukalah
Pompuan gewdiks nak trim rambut, "Syg amik gambar satoooooooooo". Nampak perut tu? Dah macam 5 bulan..sobsss
Sebelum
Sedang
Selepas. Bertukar menjadi lelaki perasan kacak bermisai sotong
KYOKO, SAYA MESTI PILIH!!
No comments:
Post a Comment