Klik Jommm

Tuesday, November 1, 2011

Aroma Ikan Bakar, Jeram

Ni cerita 2 minggu lepas, elok mak mertua aku masak kari kepala ikan untuk dinner, tiba-tiba mak sedara En. Syg call ajak makan ikan bakar di Jeram. Dah orang ajak, nak belanja pulak tu, laju je memasing siap, dah terbayang kesedapan makan ikan bakar, serius dah lama tak makan seafood. Nak ke Jeram ni ikut Latar takes about almost an hour jugaklah dari Rawang, nasib baik ada Latar, kalau tak, takde de nak menyusahkan diri drive jauh-jauh semata nak makan ikan bakar.

Restoran dia besarrrrr gilee, ramainya orang, berbulus-bulus. Kalau dah ramai, faham-faham jelah, servis pun lambat sikit. Kerang rebus yang pertama sampai.



Ibu mengandung apa lagi, nak pulak kerang ni depan mata aku, aku rasa akulah yang makan paling banyak.


Menu kedua sampai, sotong goreng tepung, sotong dia pun besar. Ni orang yang paling mengidam nak makan sotong goreng tepung siangnya, alih-alih rezeki bergolek, ada orang nak belanja malamnya. Bagus-bagus, sila mengidam lagi, murah rezeki, baru sebut siang, sotong datang bergolek malam.



Udang besar punya



Ni meja kitaorang, semua adik beradik bapa mertua aku, lauk memang banyak gila, menyesal pulak makan nasi banyak, sebab lauk datang satu-satu, ada ikan siakap stim, ada ikan bakar, ada ikan masak pedas, memacam lah, tapi aku tak ambik semua gambar, maklumlah duduk paling hujung, lauk sampai pun dah koyak rabak sikit..hehe, orang yang di hujung sinun dah ambik dulu sebelum pass pass. Kalau tanya aku, hmmm so-so je, bolehlah, tapi bila aku google and baca review orang lain, ramai cakap sedap, tak kena kot dengan selera aku. Tapi mak mertua aku pun cakap kurang sedap or aku rasa sebab ramai sangat orang malam tu, so kualiti dia dah kurang sikit kot, ntah tapi kecewa sikitlah. Nantilah kalau ada masa aku nak pergi sekali lagi, cuba pergi siang pulak, kotlah sedap kannn.

Oklah ni banner Aroma Ikan Bakar, aku ambik dari FB diaorang, korang gilah try, dia tepi laut, kalau pergi siang memang cantik. Tiba-tiba teringin nak makan ikan bakar pulak..slurppp, nak balik buatlah. Oh, tadi baru baca FB Aroma Ikan Bakar, dia kata nanti dia keluar dekat JJCM. Bye 


2 comments:

  1. erin, i pon penah mkn kt aroma nih. ramai gila org kan? n tak suka sbb lauk dia satu, satu sampai. so kadang nasi dah habis br lauk best sampai. hahaha

    org ckp lenkali nak pegi call dulu. book tempat then order menu terus. so takde la tunggu lama..

    ReplyDelete
  2. sk: a'ah rmai gile orang, macam makan kenduri, tulah kitorang memang dah book dan order menu tetaplah jugak lambat.

    ReplyDelete