Klik Jommm

Friday, January 20, 2012

Shopping barang baby

Ni baru part 1..tu pun En. Syg asyik tanya, tak awal sangat ke? Tapi aku cakap aku tak kira, nak jugak shopping, lagipun sekarang kan sale CNY lagi, kalau terlepas sale nanti rugilah. Nak pulak kitaorang dah pindah rumah, walaupun rumah aku tu still tunggang langgang, tapi kira dah settle bab pindah rumah, sekarang aku nak buat bab baby pulak. Lagipun bukannya nak beli semua sekaligus kan, sikit-sikit dulu, bulan ni beli ni, bulan depan beli tu.

Seminggu sebelum dah cakap siap-siap dengan En. Syg

"Minggu depan beli barang baby eh"
Tapi tulah kita hanya merancang, Allah jua menentukan..ecewahh. Aku ajak En. Syg shopping hari Ahad, Sabtu malam tu member En. Syg call ajak datang kenduri akikah anak dia hari Ahad tu. Aku mati-mati takmo cancel plan shopping aku, En. Syg ajak pergi kenduri, and petang baru pergi shopping pun aku takmau. Sebab aku plan nak shopping kat Pyramid, ko paham-paham jelah Pyramid tu, ingat ko datang petang senang ke nak cari parking, dahlah suami kesayangan tak boleh sesak-sesak ni, kang tak pasal-pasal dia ajak balik. 

So En. Syg cakap, biar dia pergi kenduri akikah tu dan aku boleh pergi shopping dengan adik aku..weeeeeeee. Aku lagi suka, sebab bolehlah shopping sambil feeling. Kalau dengan En. Syg, tak dan nak feeling, dia nampak je dia angkat, nampak je angkat, nampak je angkat, lepas tu dah jom balik. Tak dan mak ko nak matchkan kaler baju dengan mitten and booties ko dik, kalerful la ko nanti..hahaha. Tak pun kalau dia boleh tunggu, nanti dia buat muka resah gelisah dia, resah gelisah jugaklah aku ni nanti..huhu.

Berapa aku habis untuk beli barang baby Part 1 ni, seingat aku RM10++ je kot




RM400 Parkson voucher hadiah kahwin dari ex officemate En. Syg. Masa dia bagi voucher ni aku baru tau yang aku pregnant. So En. Syg suruh simpan buat beli barang baby. Tapi kenapa Parkson, kenapa?? kenapa?? napaaaann?? Aku prefer Jusco sebab Parkson sangatlah boring. Tapi orang dah bagi, bersyukur jelah, banyak pulak komennya kan.



Peneman setia, yang sama-sama bersila masa pilih baju dengan aku, kalau tak jumpa je aku jerit

"Kak cik, carikkan seluar newborn, tak jumpalah"
"Kak cik, yang ni seluar panjang takde ke"
"Kak cik, carikkan tilam"

Begitu..sebab salesgirl kat Parkson lalu lalang je tengok aku memilih baju, pilihan sangatlah terhad, sangat-sangat terhad, sampai berulang aliklah aku duk fikir nak ambik ke tak nak, penat cari design and size. Design pulak lebih kurang je, kang orang ingat anak aku asyik pakai baju yang same je pulak. Brand yang ada pun cuma Anakku, Baby Kiko, Disnep Baby and Pigeon. Design cantik, size pulak takde, ehh tension aku. Discount pulak 10% je..cehh, kalau Jusco 50% ok. Sebab tu aim aku nak habiskan voucher je, takmo menambah-nambah duit sendiri lebih-lebih.

Hasilnya selepas hampir 6 jam shopping, manalah En. Syg tak panas bontot duduk kat rumah sorang-sorang..oloh-oloh kesian, asyik call je tanya kat mana dah, jawapan aku asyiklah, kat Parkson lagi.



11 pasang baju, 5 lengan pendek, 6 lengan panjang, sepasang aku beli newborn, yang lain semua 0-6 bulan. Nanti nak beli newborn lagi sepasang, buat pakai masa kat hospital. Seluar semua aku beli seluar panjang. Dan kebanyakan baju aku beli butang depan, senang nak salin baju nanti.



Mitten and booties, warna putih beli 2 sebab boleh match dengan mana-mana baju, yang lain aku ikut warna baju yang aku beli. Baru dapat 5, nanti nak tambah kemudian. Jangan anak aku mengigau tengok kaki sendiri  sudah..haha nak-nak pulak rabbit kaler oren tu.




Changing mat and mosquito net. Changing mat tu aku main ambik je, dah balik rumah tengok..eh, eh ada butterfly comel..haha muka innocent gila.
 


Dah bayar, dapat pulak voucher RM20.00 lagi, so aku habiskan terus dengan beli toiletries. Langsai RM400 begitu sahaja. Ni pun tak cukup lagi, nasib baik semua barang free, next shopping bulan depan pulak. Fuh..fuh..panjang betul entry hari ni. Selamat hari Jumaat.

6 comments:

  1. shopping barang baby memang besh kan..lagi2 kalau shopping free..:)

    ReplyDelete
  2. wahhhh bestnye shopping pakai voucher je! alhamdulillah rezeki kn? hehe

    ReplyDelete
  3. wahh guna voucher..sure sakan habis!!!!

    next trip pegi jusco pulak..lagi banyak choices :)

    ReplyDelete
  4. bestnya dpt voucher smpai 400!tapi kalo gi jusco mmg lg best.hihi

    ReplyDelete