Klik Jommm

Thursday, March 1, 2012

Habitat kesayangan

Dah lama tak jumpa kesayangan-kesayangan aku ni. Last sekali masa raya hari tu. Dulu zaman semua pun single, selalu kitaorang pergi holiday sesame. Pangkor, Melaka, Cherating, Langkawi, kadang-kadang bila tengok balik gambar bercuti, terasa diri dah menua sekarang..haha. Masing-masing dah kahwin, ada anak, ada yang dah pindah jauh ikut suami. So aktiviti sekarang dah tak macam dulu, dah kahwin kenalah hadkan keluar malam kan, kalau nak pergi holiday pun, kenalah angkut suami dengan anak sekali, dulu masa single bolehlah. Suami aku tak kisah sangat, kadang-kadang dia pulak yang suruh aku arrange jumpa diaorang, sebab tak tahan tengok aku asyik adaaaaaaaaaaaa je kat rumah, dia kata aku anti sosial, hamboi bang, bosan ke tengok ai hari-hari?



Erin, Ina, Baity, Syeira n Shita
Teluk Cempedak 2009



Baity, Syeira, me n Rose
LCCT



 Syeira, Erin, Shita, Baity n Rose
Langkawi 2009

Tengok gambar ni pun dah buat aku tersenyum-senyum sendiri, so baru-baru ni aku jumpa diaorang, tak semualah, yang ada just Syeira, Sheta ngan Ina je, yang lelain tak dapat join, ada hal.



Syeira, Ina n baby Adam, me

Ina dah anak sorang, tengah berusaha nak tambah sorang lagi, hikss..good luck babe. Dulu kitaorang semua satu office, tapi sekarang just tinggal aku dengan Rose je kat office ni. Yang lain dah berhijrah.



Gambar masa raya 2011 kat rumah ina di Shah Alam, Yang dah kahwin, aku, Ina dengan Rose. Rose pun dah anak sorang.



Me n Sheta..teserlah kekembangan hidungku

Kitaorang jumpa kat Restoran Mr. Sambal, SS15, Shah Alam, family Ina punya, asal datang sini je, kena makan free, asal makan free je, kena datang sini, naik segan pulak. Menu aku kalau datang sini mesti Yong Tau Fu punyalah, Yong Tau Fu dia sedappp. Hopefully masa aku dalam pantang nanti, bolehlah jumpa diaorang semua, aku nak paksa diaorang tengok aku kat Rawang, bawak present paling besar sekali :p


4 comments:

  1. hahahaha dun worry insyallah kami datang rawang serbu baby habitat..hahahah jg2.. ;p

    ReplyDelete
  2. miss those moment ouh. takpe, akan ku arrange kan Family Day Habitatans soon. so sesape yang beranak kecit ke ape ke, aku heret jugak. huhuhuhu

    ReplyDelete
  3. juihan: dtg jgn tak dtg

    sirachan: op coz i akan ikut, anak dah besar masa tu, jgn perut pun same membesar sudah..huhu

    ReplyDelete
  4. halamak tetiba tertouching tgk pic lama..how sweet those pic..no worries...will visiting u soon......

    ReplyDelete