Klik Jommm

Tuesday, March 13, 2012

Mid Valley Expo

Hai, semalam cuti pergi checkup. Hari Ahad lepas baby agak kurang bergerak, so aku pun mengadu la dengan doktor semalam, alih-alih terus dia buat surat refer ke Selayang. Buat CTG and scan, semua normal..alhamdulillah. Doktor estimate berat baby dah 3.0-3.2kg..pengsannn, nak sampai due nanti agak2 dah berapa? Pengsan lagi..

Ni cerita Sabtu lepas, semangat gila nak pergi baby expo, first timelah katakan, suami jenis yang tak suka bersesak-sesak, so bila dia kata OK, gumbira sangat. Plan nak pergi hari Jumaat, tapi suami dah cuti hari Isnin minggu yang sama nak uruskan hal registration adik dia kat UiTM, takpelah kita pergi hari Sabtu je lah ye. Pagi Subuh sabtu, En. Syg dah kejut aku suruh bersiap, sebab dia tau, isteri dia ni nak bedak muka je dah sejam, tah ape yang aku bedakkan pun aku taktau, nak kata cantik idak jugak, rupa tu jugak nanti..haha..dasar berangan depan cermin je lebih.

Pukul 9 lebih dah sampai Mid Valley, breakfast KFC dulu:


First time makan KFC breakfast ni, boleh tahan, aku makan sorang-sorang je, En. Syg dah makan kat rumah ketika isteri sibuk berbedak. Dia makan oat, aku tak mau, tak sedap.



Lautan manusia tengah beratur, nasib baik kitaorang awal sikit, so kitaorang orang no. ke 7-8 beratur camtulah. Buka je pintu tu, aku tengok kakak paling depan sekali, sambil dukung baby 4-5 bulan dia, menyelinap ikut bawah pintu dan berlari selaju-lajunya macam marathon sampai kitaorang berdua tergamam "apehal kakak ni", kot ye pun kan, aku rasa dia kejar booth Mamy Poko kot. Tapi agak-agaklah bawak baby tu, patah leher anak kang.

Nak cakap best ke tidak, aku pun tak tau, sebab ni first time pergi motherhood expo kan. Barang yang aku aim pun tak banyak, aku just nak beli nursing bra, washable breastpad, pureen stretch mark lotion, dengan survey breast pump. So sambil lenggang kangkung berdua, kitaorang masuk Pureen, ambik stretch mark lotion dan bayar. Aku orang first yang bayar, cashier mengagau-gagau lagi cari plastik. Lepas tu lenggang kangkung lagi pergi booth Autumz, aku orang first yang sampai booth tu, diaorang tengah makan lagi. Ambil nursing bra satu, test saiz, beli 3, ambik 2 set washable breastpad, bayar. Lepas tu pusing Hall 2 tu nak cari breast pump, tapi harga lebih mahal dan tidak berbaloi untuk dibeli. Tak dapat breastpump, pergi cari Carter rompers pulak, tapi set dia 4 helai rompers and 6 stokin RM42, mahal oiii, nasib baik sehari sebelum pergi aku dah survey harga Carter rompers kat OBW cuma RM36.90 je, so tak jadi beli. Otw nak balik, ambik satu lagi nursing bra. Kitaorang keluar dari expo pukul 10.40 pagi. Selesai.

Lepas tu pusing MidValley nak cari baju untuk majlis tunang adik En. Syg 1st April ni. Dapat baju hijau, lunch dan terus balik.



Hasil belian di expo

4 nursing bras: 2 (plain) RM25 each (underwire) 2 RM28 each, aku memang suka pakai yang underwire, tapi akak kat booth cakap tak elok pakai underwire nanti boleh keringkan susu, ye ke? tapi terasa sungguh mak-mak bila pakai yang lembik-lembik tu. Takpe kalau agak-agak susu kurang nanti, aku operate wire tu kasi keluar.

2 set washable breastpad: satu set (6 pieces) RM11 je

Pureen stretchmark lotion: free maternity toothpaste: RM25

Tu je, sikit je kan, bila dah aim barang apa nak beli, lajuuu je shopping, lagipun booth nya pun tak banyak, 2 kali pusing tempat yang sama, aku ajak En. Syg keluar jadi suami adalah gumbira bila tak perlu bersesak. Boring kan En. Syg ni, bersesak itu adalah fun ok, baru rasa meriah. Tapi dia tak, balik dari MidValley dia tidur, bangun tidur terus demam, sampai hari ni demam tak baik lagi, sebab bersesak ke? Hailah suami, lemah betul daya tahan, tengok ibu mengandung ni sihat walafiat je.


5 comments:

  1. hehe comel je suami anda smpai demam p expo? :)
    nsb kite x pegi sbb ramai pulak ckp x best, hoho

    ReplyDelete
  2. Ada ternampak erin dgn husband kat expo hari tu..tak sempat nak tegur..laju je jalan..:)

    ReplyDelete
  3. orang cakap expo kali ni kecik n takbesh sangat..n barang pon mahal gak...hurrmm...

    ReplyDelete
  4. ade lagi expo bln 5 karang. tp tce gak yg organise so tak sure best ke tak. i wnt to pureen warehouse sales ms preggy aritu & darn the baju seringgit pon ada! standard rm 6 se set la.

    we bought avent steamer blender at rm 359 which is affordable. eventho lmbat lg nk gne tp i noticed harga dier kian melambung. baik bli awal, anak pasni pon leh pakai,kan?

    ReplyDelete
  5. liyana: kurang best eh? i pun tak tau, sebab 1st time pergi hari tu

    aszmiza: ye ke, hehe, i memang jalan menonong je, kadang suami pun i tinggalkan

    aty: a'ah brg mahal sikit, yang i perasan rompers la, yg lain2 tu tak pasti pulak

    kay: ye ke, tapi bulan 5 nanti dlm pantang, tak boleh nak pergi

    ReplyDelete