Klik Jommm

Tuesday, March 6, 2012

Shopping barang baby 5

This time online shopping, ececeh, beli barang seketul je, nak jugak buat satu entry. Sebelum tu nak cerita pasal semalam. Semalam teringin sangat-sangat nak makan cheezy wedges, balik kerja sharp pukul 6 ni, terus drive pergi Taipan, bukan apa, takut balik nanti jam, so kena cepat-cepat settlekan pengidaman. Sampai kat KFC, aku pun beratur, ada sorang aunty kat kaunter tengah order dan belakang aku sorang mamat. Aunty depan aku tu order punyalah lama, order macam kedai makan, nak milo O panaslah, yang pelik-pelik sampai staff KFC tu berbulu-bulu. Lepas tu mamat yang belakang aku ni tak boleh duduk diam, sekejap ke kiri, sekejap ke kanan, setiap 5 saat, dia sebut "Idah..idahh", aku ingat dia on the phone, jap lagi dia sebut lagi "idah..idahh" sebut pulak tepi telinga aku, aku dah takut dah, betul ke tidak budak ni, aku pegang handbag aku. Jap lagi kang dia sebut lagi, bebetul tepi telinga ko tau, apa dia ingat tengah shooting cerita seram ke, tolonglah jangan menakut-nakutkan ibu mengandung ni. Aku takut gila, dapat order terus lari balik, apa aneh sangat customer KFC semalam.

Ok, tarik nafas, sekarang jom tengok apa aku beli..



Order khamis minggu lepas, semalam sampai




Barut saiz S, tu pun aku beli 5 helai je, yang Along aku kasi ada 9 helai (Along kasi kebanyakannya saiz besar), cukuplah tu kot. Mula-mula aku google, jumpa online business akak ni, lepas dah baca a few review dari korang-korang, terus aku beli, korang punya review pun cakap ok, so aku pun oklah, mari membeli.

Aku beli dari mybabycomel

Dia ada banyak jenis, ada kalerful, ada kartun, ada tali, ada zap. Aku prefer yang bertali dan warna putih, sebab aku tak nak bila anak aku pakai barut kartun or kalerful nanti nampak berbayang-bayang je kat baju dia. Barut akak ni cantik, kemas je dia jahit, memang puas hatilah. Oklah nak balik, nak masak sup cendawan, babai.



3 comments:

  1. i bought barut dari kak mazlin tu jugak.hihi.mmg kemas dia jahit:)

    ReplyDelete
  2. x beli....sbb mak ekin dah jahitkan...

    ReplyDelete
  3. reyna: i baca review u la, sebab tu beli kat dia jugak

    ekin: untunglah, my mom pun nak jahitkan hari tu, tapi i ckp tak payahlah, lgpun i dah nak due, takut tak sempat siap pulak

    ReplyDelete