Klik Jommm

Wednesday, August 29, 2012

Dilema Babysitter


Belahan jiwa



Si Gemala Hati

Insyaallah start September ni aku n family akan pindah balik rumah sendiri, setelah hampir 5 bulan duduk rumah mertua. Seronok duduk rumah mertua, tapi bila dah lama-lama segan pulak aku ni hah. Dah kalau semua pun mak mertua tolong buatkan, serius aku segan. Anak aku pun dia jaga, baju anak kadang-kadang dia basuhkan, makanan dia masak, baju dia tolong sidaikan, kalau ko jenis muka tebal, mungkin lah ko tak malu, tapi aku malu ko tau tak, kadang walau penat tahap nak pengsan, aku basuh jugak baju anak aku sebab tak nak susahkan mak mertua, En. Syg asyik cakap "takpe, mak faham awak penat", memanglah dia faham, tapi aku malu, kalau semua pun dia tolong buatkan. So aku cakap dengan En. Syg, lepas raya kita pindah Jelutong, walau apa pun terjadi, kita kena pindah jugak, lagi pun rumah aku tu dah lama sangat tinggal, kalau rumah sewa lain cerita, ini rumah sendiri.

So sesi mencari babysitter untuk anak aku pun bermula, ikutkan mertua, diaorang nak jaga anak aku sampai setahun, tapi aku yang dah tak sanggup nak berulang, nak pulak kesian dengan En. Syg, aku bukan pedulikan dia dah sekarang, baju kerja dia pun dia gosok sendiri. Kesiannnnnnn dia tu, sebab aku penat sangat, uruskan hal diri sendiri dengan anak je.

So sepanjang bulan puasa hari tu, hari-hari duduk mengoogle babysitter kat Bukit Jelutong, aku jumpa satu je, dekat jugaklah dengan rumah aku, tapi dia nak jaga 5 orang baby, 2 orang 9 bulan, sorang 4 bulan, sorang newborn and Aish 5 bulan, tambah lagi dia ada jaga budak umur 4,5 tahun beberapa orang, dia jaga sorang-sorang tau, aku duk membayangkan, cemanalah kalau dia mandi or ke toilet, budak nangis melalak nak susu, kalau 5-5 menangis serentak tak ke haru, sah-sah la ada yang terbiar menangis lama-lama. Anak aku pulak dah 5 bulan ditatang bagai minyak yang penuh, dia kan cucu sulung, ek sikit, berlari satu rumah entertain dia, manja la teramat, kalau terbiar nangis lama-lama kesian pulak aku. Mak mertua aku dah cakap awal-awal, JANGAN, ramai sangat dia nak jaga, kang tak terjaga, cakap dengan Ma masa balik raya, Ma pulak cakap, JANGAN, anak awak tu manja, dahlah susah tidur siang, kang dibuatnya yang bukan-bukan kat anak awak, awak bukan tau. Tak tidur malam aku tau, asyiklah fikir nak hantar anak aku kat siapa ni.

Sorang lagi mak sedara En. Syg recommendkan, makcik tu kawan baik dia masa diaorang temankan suami masing-masing study kat Scotland dulu. Lepas tu dia suruh aku ambik anak pukul 6 petang, aku kerja kat Subang (yang jam manjang) office hour aku start 8.30am - 6pm, cemanalah aku nak pecut dari Subang sampai Shah Alam dan boleh ambik anak pukul 6pm..aiyoyo, pening aku tau, aku taknak hantar nursery sebab pendapat peribadi aku, budak kat nursery ramai, kalau sakit senang berjangkit, bila dah ramai-ramai, cikgu pun tak bagi tumpuan sangat, kalau Aish dah setahun mungkinlah aku consider nak hantar nursery, sebab dah besar, ni kecik lagi, kalau boleh naklah orang yang jaga tu focus kat dia je, macam mana mak mertua aku jaga. Ni pendapat peribadi akulah, lain orang lain pendapat kan.

Mak mertua aku prefer yang kedua, sebab makcik (adik mak mertua aku) kenal baik dengan dia. Kalau apa-apa hal senang nak deal, lagipun takkanlah dia nak buat yang bukan-bukan dekat cucu sedara bestfriend dia kan. Tapi tulah, cemana aku nak ambik anak sebelum pukul 6 ni. Bincang punya bincang dengan En. Syg, dia suruh discuss dengan boss aku kotlah boleh dapat flexible hour. Aku segan sebenarnya nak mintak flexible hour, sebab boss aku ni baik sangat, apa yang aku mintak semua pun dapat, contoh kalau tahun ni naik gaji lambat, nanti aku cakap je "boss, bila gaji nak naik, bagi i increment RM200 ye" nanti kang berdesup dia naikkan ko gaji, bukan 200 increment tapi 800. Contoh ye contoh, kang ko ingat betul2 pulak, bankraplah kalau asyik naikkan gaji aku 800 setahun -___-". Macam tulah tahap kebaikan dia, ko nak cuti, cuti je, tak de de dia cakap tak boleh, boleh sesaja, asal kerja ko siap, apa pun boleh, aku dah kerja kat sini dari 2005 ko tau, tak sampai hati nak tinggalkan dia..ewahhhhhhh macamlah ko tu penting sangat kan. Padahal boss berdoa dalam hati, cepatlah budak ni cari kerja lain, banyak nor permintaan bukan-bukan dia..haha

And seperti yang dijangka, boss aku cakap ok to flexible hour, so aku start 8am-5.30pm, heibat tak boss akak, dan aku sorang-sorang jelah kat opis pukul 8am tu nanti..hmmm nak buat apa nanti eh..PANGG..orang dah buat baik, ko nak mengular ye. Tapi ok jugak flexible hour kan, cepat pergi kerja, cepat balik, boleh mengulit rumah pulak nanti. Makcik, tolonglah jaga anak manja saya tu baik-baik, nyawa tu nyawa. Settle babysitter, mommy suka.


Tuesday, August 28, 2012

Balik Kampung

To Anon yang bertanya pasal white paper bag masa aku kahwin dulu, kalau takde kat Tesco cuba cari mana-mana kedai jual bahan bakery, insyaallah ada, kalau takde jugak, tak taulah akak kat mana lagi yang ada. Aku malas nak reply comment kat thread tu, malas nak kelebet entry lama. Hope it help ya!

Ok, ni cerita rewind namanya, sebab dah up entry beraya, baru hari ni nak cerita balik kampung. Aku balik Temerloh hari Sabtu, sehari sebelum raya, cuti dah tinggal hujung-hujung nafas, nak pulak minggu ni adik ipar kahwin, kenalah ambik cuti jaga anak dirumah, mak mertua nak membz buat persiapan kenduri.

Tapi aku takdelah bertolak pagi-pagi subuh, aku bertolak tengahari lepas mengemas bilik tau, habis licin berkilat aku kerjakan bilik tidur aku, sebab biasanya orang akan tumpang sembahyang dan toilet kat bilik tu, so takkanlah nak tinggalkan bilik bersepah-sepah kat ibu mertuaku. Toilet pun aku basuh siap, kasi wangi meletop-letop. Barulah senang hati nak balik beraya di Temerloh.


Driver tercinta, ni semangat raya namanya, pakai tshirt dengan songkok, tu pun aku yang beria-ia balik Jelutong kutip songkok dalam lemari, kalau nak tunggu dia ingat nak ambik sendiri, mintak mahaplah, kalau balik kampung tu, dia tau angkat beg je, baju apa yang aku bawak untuk dia pun dia tak tau, dia tau pakai je, gamaknya kalau aku lupa bawak baju dia, sehelai sepinggang jelah ko bang oi, nasib baik dapat isteri pantas cam ai..ahaha, lepas mandi, dia main sebut je

Boxer kat mana?
Beg hijau
Baju melayu?
Tu dalam beg sogo
Jeans saya awak bawak tak?
Dalam beg hijau, bawah boxer purple
Stokin?
Kat tepi zip

Aku main sebut, tak payah tengok, dah tau kat mana, efficient ke tidak isteri anda ni bang? Masa raya baru ni dia terkagum-kagum bila nampak sampin dia ada dalam beg, dia tak sangka aku boleh ingat nak bawak, sebab sampin tu kat rumah Jelutong. Suami, sila kagum selalu, sebab banyak lagi kebolehan terpendam yang masih belum ditunjukkan lagi.

Sejak beranak kecik, tempat aku adalah di belakang, diharamkan sama sekali duduk depan pegang anak, haram, berdosa tau, berdosa kalau buat sebab ingkar cakap suami. Kat belakang memang workstation aku sekarang, kat situlah beg diapers Aish, bantal, lampin-lampin buat tutup tingkap kereta, carseat, toys aish, semualah.



Good boy tidur, kereta baru gerak 5 minit, terus tidur, aku pegang sekejap, terus letak dia dalam carseat and dia tidur sampai Temerloh, berjaga kejap je bila kereta berhenti.


Anak dah tidur, aku masukkan duit dalam sampul, senang hati boleh bersenang lenang tak payah lenguh tangan dukung anak. Aku sempat tidur lagi dalam kereta, kitaorang balik ikut Genting, makin syok lah Aish tidur sebab kereta kona lipat kanan, kona lipat kiri, sedap je beralun-alun feeling buai.


"Dah sampai ke mommy? mana nenek adik?"

Terjaga masa berhenti isi minyak. Sebab dia goodboy sangat mummy kasi dia upah


Terus tertidur balik and kitaorang sampai Temerloh dekat pukul 4, masa tu Pa aku, abang ipar and adik aku tengah bakar lemang, tahun ni buat lemang sendiri sebab dah duduk rumah kampung, sebelum ni duduk kat taman cemanalah nak bakar lemang kan. Btw, rumah yang kat Taman tu family aku buat homestay, so sesiapa yang nak buat kenduri bertandang ke, nak jalan-jalan Temerloh ke and cari homestay, meh sewa dengan family aku, rumah di Taman Sri Semantan 3, 15 minit je dari Temerloh exit. Nanti dah dapat gambar rumah aku buat sticky post la eh.

Kitaorang balik hari Sabtu tu, jalan clear gila, tak jammed langsung, senang hati ai, pak mertua aku siap bekalkan 5 liter air buat basuh punggung Aish, kot-kotlah jammed and toilet penuh, bolehlah basuh punggung anak tepi kereta je kalau dia memerut. 

Statement tak menahan Ma aku masa kitaorang buka puasa terakhir malam tu "Ma rasa macam tak nak makan, dah kenyang rasanya tengok semua anak ada" hehe..sayang Ma


Monday, August 27, 2012

Cerita Raya

Selamat Hari Raya, dah seminggu kita raya, baru aku hegeh-hegeh nak update. Sebenarnya aku dah start kerja Khamis minggu lepas lagi, tapi malas nak update, sebab semua blog pun bercuti, sunyi je. Raya tahun ni aku beraya di Temerloh. First time beraya dengan anak, aku excited gile kira duit raya dia..haha. Asal sedara aku datang je, aku beratur sekali dengan budak-budak sambil dukung Aish tunggu giliran dapat duit raya, over mak kau. Tapi tahun ni kitaorang tak berjalan sangat, just duduk rumah tunggu sedara datang, kalau tak, tahun-tahun sudah memang merayap sampai ke malam, nasib baik jugak duduk rumah je sebab Aish pun tak berapa sihat raya baru ni. 

Pagi raya, bangun je tidur, siapkan suami dulu, suami dah pergi sembahyang raya, baru siapkan anak



Daddy pakaikan baju, tak boleh siapkan awal-awal, kang meliur, habis basah baju, aku tak belikan Aish baju melayu, aku kesian takut dia merimas, aku pun rimas tengok. Eh, pehal sepah sangat bilik aku ni.



Mummy pakaikan kasut



Kitaorang 2-2 pun turun berat, kurus kering berdua, ohh tahun ni aku puasa penuh taukkkk, seronok sangat ;p, aku belum period lagi since Aish lahir. Masa ni baru lepas salam raya, orang lain dah salam dulu masa aku tengah susukan Aish, so takdelah gambar salam raya aku tahun ni..sobss




Sepupu Aish bagi duit raya, comel gila pakai baju kurung moden kain ombak-ombak, jalan terkedek-kedek..sedondon dengan mak dia..hehe




Aish pakai baju raya sekejap je, lepas bergambar, terus tukarkan, habis basah baju dia meliur



Asal dapat sampul raya, gigit sampai basah, nasib baik mommy selalu come to the rescue, mommy takut dia koyakkan duit sebenarnya. Duit tu dik, duit tuuuuu $__$'. Banyak jugak duit raya Aish, tunggu Aish 6 bulan nak bukak ASB untuk dia. Selamat Hari Raya!


Friday, August 17, 2012

Selamat Hari Raya semua

Hari ni last day kerja sebelum bercuti, tahun ni aku ambik cuti sehari je pun, hari Rabu je, hari Khamis dah start kerja balik, sebab lepas raya ni nak cuti lagi, adik ipar kahwin. Lepas tu nak simpan cuti untuk checkup Aish Yusuf, kalau boleh takmolah unpaid leave, kurang semangat kerja nanti, tu pasal gigih simpan cuti tu.

Korang raya kat mana?
Aku tahun ni beraya di Pahang, rumah family aku..syokk wooo, sebab semua family member balik
Tahun lepas memasing pun beraya rumah mertua, so tahun ni giliran parents sendiri and tahun ni jugak kitaorang beraya di rumah baru.
Lagi syok sebab tahun ni dah ada Aish, aku excited nak kumpul duit raya dia..hehe, lepas tu simpan dalam bank, padahal akaun dia aku belum buat lagi, lepas raya ni buat kot.
Tema tahun ni di Temerloh HIJAU. Excited aku Isnin baru ni cuti pergi jalan TAR dengan mak mertua.
Kitaorang pergi berdua je, Aish aku tinggalkan dengan aunty dia, dapatlah baju 2 pasang untuk aku, jadilah. Baju anak jugak yang banyak.

Tahun ni jugak aku tak beli kuih raya langsung, sebalang pun takde, tak tau nak beli kat mana, lagi pun aku kan dah jarang keluar. Adik aku dah sibuk2 tanya, kuih apa aku beli, sebab Ma aku pun tak buat kuih langsung tahun ni, tunggu malam rayalah pergi bandar Temerloh beli kuih lelong ye Ma.

Esok pagi-pagi, lepas mengemas bilik, menyidai baju, menyiapkan anak, baru bertolak balik, hopefully tak jammed lah, and hopefully naklah anak aku duduk dalam car seat dia, nak pegang dia sekarang lenguh tangan, kemain berat walaupun 6.3kg je. Berat Aish naik 500gm je dari bulan lepas, ish ish ish..aku risau dia nanti mewarisi kekurusan aku dengan En. Syg masa kecik-kecik dulu..tak comellah nanti, kalau baby tembam tembun kan comel. Btw berat aku sekarang dah tinggal 45kg..sobsss, punah impian nak berbadan solid, kurus kering jugak yang aku dapat, takpelah asalkan sihat. Bila aku mengadu dengan nurse susu aku kurang, nurse tu tanya aku ada berdiet ke sebab badan aku cantik, badan aku cantik dia cakap?? pitamm. Seumur hidup aku tak pernah berdiet, cuma mungkin aku ni tak makan banyak sangat, tu pasal susu makin mengurang kot, azam lepas raya nak makan banyak-banyak, nak gain susu untuk Aish.

Oklah, panjang pulak bebel. Untuk yang akan balik kampung tu nanti, drive safely ya, ingatlah orang yang tersayang. Selamat Hari Raya dari aku, En. Asrul Sani and Baby Aish Yusuf, maaf zahir dan batin. Bye


Thursday, August 16, 2012

Aish demam ;(

Last week Aish demam, Jumaat malam masa menyusukan dia dalam bilik aku rasa macam kepala dia panas, aku pasang aircond, aku ingat perasaan aku je. Aku rasa dahi dia, aku rasa dahi sendiri, rasa dahi dia lagi, rasa dahi sendiri pulak..hmmmm macam sama panas je dahi dia dengan dahi aku, tak demam kot. Lepas tu sambil menyusu sambil mengamuk, mak mertua aku pun ada cakap siang tu dia meragam sikit, lepas susu aku bagi Aish kat En. Syg, atok dia main dengan dia, lepas tu atok dia cakap dahi dia panas..eh, macamana aku jadi emak ni, anak demam pun tak tau. Ok, first time ada anak, dimaafkan.

Terus bagi ubat dan aku jerlum kepala dan badan dia, malam tu Aish tidur dengan kitaorang, memang tak lenalah aku tidur, sikit-sikit bangun, jerlum kepala dia, aku risau, budak kecik kalau demam kan kesian. Esok pagi demam dah baik alhamdulillah, tapi dia selesema pulak, meleleh je air hidung sama naik dengan air liur menitik-nitik. Memang asyik mengamuk jelah dia satu hari sebab tak selesa, susah nak bernafas. Mula-mula kitaorang sedut hingus dia dengan penyedut hingus tu, apa tah namanya aku pun dah lupa, tapi dia asyiklah meronta-ronta, aku takut terjolok ke dalam je, so aku tak bagi En. Syg pakai benda alah tu. Alternatif lain, En. Syg sedut hingus Aish manually pakai mulut, dia sedut, bagi Aish kat aku, lari masuk toilet..hehe. Banyak kali jugak dia sedut, Aish besar nanti kena baik dengan daddy ye, mummy pun tak sanggup nak sedut hingus Aish macam daddy buat. Aku ni penggeli tak bertempat, masa Aish mula-mula lahir dulu, nak basuh tahi dia pun aku geli, En. Syg yang selamba je basuh pastu ejek-ejek aku "apalah, tahi anak pun nak geli". Tapi sekarang tidak lagi, beraklah banyak-banyak dik, mummy rela je.



Budak demam, sekarang dah pandai hisap puting, kalau takde puting, tak lena dia tidur. Tapi bila dia dah lena aku cabut.



Mengepit je dengan aku bila demam, sebab dia asyik terkejut bila tidur, tengah tidur kang tetiba terangkat badan dia, lepas tu menangis, sebab tu aku pangku, bila dia terkejut je aku peluk.



Wednesday, August 15, 2012

Rutin Harian Seorang Emak

Aku ni lembab, zaman anak dara dulu, makan pun lembab..hehe. En. Syg cakap kalau berdating, tengok aku makan, boleh sakit jantung dibuatnya, lembab sangat, terkemut-kemut, tapi sebab bercinta, ditahankan saja. Dah kahwin pun, tak boleh buang jugak kelembab aku ni..eh, jap nak tanya, eja lembab belakang dia 'b' ke 'p' eh? Tetiba pulak nak lembab otak hari ni..gasaklah eh. Tapi bila dah beranak, mampu ke ko nak berlembab-lembaban? Sebab anak ko cargas menangis dan merengek, ko lagi nak melembab, kang mak mertua pulak sakit jantung, acane?

Dah jadi mak, busynya lagi busy dari kerja kat opis, sampai dah tak tau yang mana nak capai dulu, suami ke, anak ke, kerja rumah ke? Priority sekarang memanglah anak, suami sila uruskan diri sendiri ye. Anak dah tidur kang, meh i uruskan u pulak..eh. Kerja rumah pulak, nasib baik masih duduk rumah mertua, jadinya kalau sempat, aku tolonglah jugak basuh pinggan, or pusing washing machine, sapu, mop-mop sikit, kalau tak sempat memang aku tak buat, sebab tu dah malu nak duduk rumah mertua lama-lama, lepas raya ni insyaallah pindah rumah sendiri semula, anak aku tu kemain susah nak tidur. Nak tidurkan dia aje, dekat 2 jam...pengsan mak ko ni dik

Ni nak cerita rutin harian bulan puasa ni, pukul 5 pagi mak mertua kejut, semua dah siap tinggal makan je, sungguh tak senonoh menantu ni, tapi serius aku memang tak larat nak menolong, alangkan bangun pukul 5 tu pun aku tak berapa center. Lepas makan, kalau sempat tolonglah basuh pinggan sikit, kalau tak sempat, Aish bangun aku susukan, tapi sepanjang puasa ni manjanglah tak sempat..huuuu. Lepas tu iron baju, mandi, solat, dan bersiap pergi kerja. Drive pergi kerja macam dalam mimpi, tetiba je dah sampai, tu mengantuk punya pasallah, drive sejam setengah ke Subang pun tak perasan, semalam aku tertidur sambil drive, gile berdebar bila tersentak balik, terus cancel mengantuk.

Balik kerja confirm kena drive sampai 2 jam sebab jem, jem kat Subang, jem nak turun NKVE, jem dekat Tol Rawang, jem otw ke Serendah, manjang jemnya, tapi dah 2 bulan berulang Rawang-Subang ni dah tak terasa Rawang tu jauh, rasa macam dekat je. Tapi bila dah lama sangat drive pergi balik energy level aku bila sampai rumah dah tahap merah blip-blip, tinggal nak pengsan je lagi, tapi tak boleh sebab anak dah menanti. 

Berbuka laju-laju, tapi kalau Aish dah start merengek, memang aku tinggal je makanan, bawak dia masuk bilik and bf, lepas bf En. Syg ambik, so aku boleh solat, lepas tu mandi sambil basuh baju Aish, baju dia still basuh tangan lagi, lepas tu barulah struggle tidurkan anak bujang aku tu, kena bf kiri kanan, tepuk-tepuk sampai lenguh tangan maknya ni, baru dia nak tidur. Dia dah tidur, barulah senang hati aku nak basuh botol, sterilize, prepare air bawak masuk bilik, kemas bilik sikit, lipat baju Aish, belek baju raya dia..eh..hehe, tak puas belek baju anak hari-hari, pukul 11 lebih barulah aku tidur, pukul 12 confirm Aish bangun menyusu, dia bangun setiap 2 jam, paling lama pun 3 jam, masa dia demam hari tu je dia bangun sekali je satu malam.

Begitulah aku sekarang, tak sempat dah nak melembab, mandi sambil berangan, makan dengan nikmat, semua pun kena cepat. Penat kan jadi mak-mak ni, tapi seronok. Tak sabar nak balik rumah sendiri, duduk bertiga, mesti lagi kelam-kabut aku nanti. Sempat ke tidak nak masak, aku ni dah dekat 5 bulan tak masak, tah ingat lagi ke tak resepi-resepi yang pernah aku cuba dulu. Nak masak rumah mertua..segan. Ok, time's up nak balik, bawak Aish pergi check up 4 bulan.



 Tengah menyusu, mata pejam kesedapan, cabut je kang, besar mata dia



Ok, budak kecik dah tidur, mommy bertindakkkkk!!!




Aku basuh baju Aish every night, sebab sehari dekat 10 pasang dia pakai, aunty dia kerap tukarkan sebab dia meliur, habis basah baju, nak pakaikan bib kesian sebab panas.




 Botol nak basuh n sterilize sehari pun banyak sebab kat office aku pump 4 kali, double pumping, botol Aish kat rumah lagi, ni aku pakai besen besar tau, besen basuh kain, rendam dalam air sabun


Wednesday, August 8, 2012

Breastfeeding Journey: Belajar minum botol

Macam kelakar kan tajuk, aku nak letak bottle feeding sebenarnya, tapi kang dah semuanya omputih, tak best pulak bila isinya melayu, berpinar mat salleh yang google pasal bottle feeding ni kang nak baca :D Ni entry yang terperam kemain lama, sikit-sikit aku taip, malas dan bz punya pasal.

Aku start ajar Aish minum botol since 2-3 hari selepas lahir, masa tu bagi Tommee Tippee, kecik lagi, apa pun dia hisap asal ada susu, masa tu gumbira sebab dia boleh terima Tomee Tippee, lepas tu bila dia dah start jaundice, aku memang direct feed je, cuma sekali sekala je bagi botol kalau aku tengah tidur and tak larat nak duduk sebab dia terlalu kerap menyusu. Tapi semua susu akulah yang aku pam malam-malam. 

Lepas 2-3 minggu tinggal botol, habis pantang dan masa tu aku kat Temerloh, aku start nak ajar dia minum pakai botol balik, sebab masa tu tinggal lagi 2 minggu nak kerja. Tapi dia tak nak ok, menangis-nangis tak rela, masa dia lapar aku sumbat Tommee Tippee, dia tak nak jugak, dia asyik menangis je, tak sampai hatilah pulak, so aku direct feed. Esoknya gigih aku suruh Pa aku pergi beli puting lain, sebab nak ajar jugak dia minum botol. Aku suruh Pa beli puting latex, alah yang warna kuning tu, tak kisahlah brand apa asal latex. Tapi jenuh Pa pusing satu Temerloh tak jumpa, so Pa pergi butik Anakku dan beli puting silicone. Pekerja kat butik tu cakap, puting nilah yang paling lembut sekali dalam Malaysia, iyolah tu




Puting dekat Anakku yang warna putih tu, since aku takde botol biasa, aku pakai botol Autumz bagi Aish minum, mula-mula dia taknak, tapi akhirnya sebab dah lapar sangat dia minum jugak, itu jelah pun sekali sebab esoknya, bila bagi balik dia dah tak nak, asyik menangis je. Aku suruh Pa aku cari jugak puting latex, tapi kalau orang lelaki kalau pergi membeli, bukannya dia tau sangat, akhirnya dia jumpa jugak puting kuning, tapi bukan latex, silicone yang berwarna kuning dan puting tu lebih keras dari puting Anakku, ko ingat Aish nak?, "mintak maaf ye Mummy, sila jangan tipu saya". Tak berjayalah jugak misi aku, so nak taknak, terpaksalah paksa jugak dia minum dengan puting Anakku tu. Setiap kali dengar dia menangis masa nak minum susu, aku jadi tak sampai hati, nak je aku direct feed, tapi Ma aku cakap, hati kena kental, kalau tak nanti lagilah susah bila aku dah start kerja. Siang memang aku tak df langsung, bagi botol je, Aish minum, tapi tak banyak, dalam pukul 7pm baru aku df, dia hisap macam lapar sangat..kesian anak mummy, macam tulah aku train dia selama seminggu sampai dia boleh terima puting Anakku tu walaupun dia hisap macam mau tak mau. Balik je Jelutong, aku terus pergi OBW dan cari puting latex NUK. Ni brand yang officemate aku recommend, sebab anak dia memang nak puting ni je, puting lain tak laku. NUK ni ada 2 jenis, satu puting biasa dan satu lagi orthodontic. Aku beli yang orthodontic





Inilah puting kesayangan Aish, sekali bagi mau terus. Sampai sekarang Aish pakai puting ni, tapi yang tak bestnya, puting ni ada lubang anti-colic dan susu asyiklah terkeluar dari lubang tu, habis basah baju Aish kena susu, setiap kali susu, memang kena pegang dan tengok betul2, takut susu tu terkeluar.




Setiap kali susu, habis mak mertua aku balut Aish dengan lampin, takut susu tu tumpah, nampak tak botol Autumz tu..hehe, sampai pudar dah kaedahnya, tak jugak aku nyempat nak belikan dia botol lain, aku ingat nak beli MAM, tapi ganti dengan puting ni, muat tak eh? standard size ke neck MAM tu? Minggu lepas adalah aku pergi OBW, tapi tak sempat nak belek-belek, beli toys, bib, dengan puting, bayar terus balik, Aish meragam, dia kalau keluar memang asyik merengek sebab tak boleh tidur, sebab tulah aku jarang keluar, kesian dekat dia. Baju raya dia pun aku tak beli lagi tau, ingat minggu ni, tapi tak bawak dialah, kang meragam tak sempat nak pilih baju.

Baru-baru ni mak mertua aku test bagi Tommee Tippee


Maulah sekejap, lepas tu dah tak mau. Aish dah pandai pegang botol sendiri, kalau kita pegangkan, sibuklah tangan dia nak pegang sama, kadang-kadang sampai terpicit puting dia, menyembur susu keluar dari lubang anti colic tu, dengan aku-aku pun basah, dia jangan ceritalah, habis muka terpercik susu. Tapi kalau aku ada kat rumah, dia memang taknak minum botol, lebih-lebih lagi malam, memang dia nak cik B jugak.

Begitulah caranya saya mengajar anak minum botol, ok dah, nak sembahyang Asar lepas tu balik, 2 jam baru sampai Serendah ok, 2 jam, naik sakit pinggang ni..huuuu, tu pasal sekarang jarang update, aku penat badan, kalau nak update blog penat nak pikir ayat..haha femalas betul aku ni. Bye.