Klik Jommm

Thursday, May 30, 2013

Aunty Nina dah kahwin

Alhamdulillah, Aish dah baik demam hari Selasa hari tu, masa daddy jaga. Sampai je rumah, aku tengok daddy ngan Aish kat playground bawah rumah, daddy cakap dia ngamuk, tak tau nak buat apa, dia bawak gi playground berjam-jam..haha. Kemain comot 2 beranak, rambut tak bersikit, bergulung-gulung. Aish pakai baju lain, seluar lain. Baru kau tahu suamiku betapa miserable nya diri ku ini bila kau pulang pukul 10 malam di hari kerja, bini ni tak sempat mandi, x sempat makan, tak sempat golek, tak sempat segala la, sebab bayimu meratap hiba kalau ditinggalkan..srooottttttttttt. Dan-dan En. Syg ajak aku dinner kat luar and jalan-jalan malam tu, dia cakap nak kurangkan stress..wakakaka. Stress ke bang jaga anak seharian..kikiki. Masa Aish tidur dia cepat-cepat masak bubur Aish and masak makanan sendiri, tak mandi seharian dia tau, sebab Aish tu lain macam sikit, kalau dia tengah tidur dalam buai, bunyi shower je, terus dia bangun..grrrrr, tapi aku ni hati kental sikit, walau dia nangis aku mandi je, tapi En. Syg tu amboiiii kemain sayang dengan anak dia, ekkk sikit berlari dia tengok. Selalu pesan dengan aku, jangan bagi anak menangis selalu..ateeee dah budok, biorlah dia nangis, memang budak begitu yang. Matilah balik ni En. Syg marah sebab aku buat statement cenggini.

Haaa aku ni kan memang suka keluar tajuk, ok berbalik pada tajuk di atas. Aunty Nina ni adik ipar aku, En. Syg ada 4 adik beradik, dia anak sulung dan satu-satunya lelaki. Adik kedua dia yang doktor kat Hospital Selayang, dah kahwin tahun lepas, baru semalam dia bagitau dia pregnant..wuuuu Aish nak dapat cousin akhirnya. Nina ni yang ke 3, so sekarang tinggal yang bongsu jelah yang belum kahwin.

Majlis nikah malam 24 May hari tu


Ni family mertuaku, laki sapa la yang tak senonoh sangat ni



Adik ipar yang no. 2 tu yang kiri sekali tu, dia PJJ ngan husband dia, masa kitaorang capture gambar ni husband dia still otw dari Johor, tak sampai-sampai, yang sebelah aku tu yang paling bongsu



Aku tak reti pakai selendang, serius, kemain comot aku, aku belit sesuka hati je asal lekat..kahkah, ingat lepas ni nak belajar pakai selendang, kalau tudung bawal aku expert, senang je oiii



Aish dah start demam masa kenduri ni, tu pasal monyok je



Theme hari kenduri kuning air sebenarnya, tapi masing-masing pakat beli baju kuning dengan mustard, lepas tu En. Syg pun sibuk nak sama kaler dengan aku, tu pasal dia beli baju kuning, seluar mustard jugak, balik kerja gigih cari seluar mustard. Baju kuning Aish dah nak bergambar family baru aku pakaikan, tau jelah budak, kalau pakai awal-awal kang habis comot.





Selamat Pengantin baru Aunty, semoga kekal ke akhir hayat



Minggu ni ke Melaka kita, majlis bertandang belah lelaki pulak kat Masjid Tanah

Bye!

Wednesday, May 22, 2013

Update: Elmo T-Shirt and Banner

Hai, ok adik aku dah reply semalam, tu pun dah petang sangat but since ramai yang bertanya through FB and email, aku update kat sini jelah eh

Nama Paper: Iron on transfer paper
A4: RM5.40
A3: RM8.40

Kalau beli banyak, lagi jimat and murah, ada jual kat kedai buku or kedai art and design. Btw tu harga kat Shah Alam lah, kalau kat Simpang Renggam tidak ku tahu berapa harganya. Tetiba Simpang Renggam, tu je terlintas dalam kepala aku tadi.

So kalau nak jimat, boleh beli banyak-banyak, boleh buat untuk family sendiri, family mertua, sedara mara, sepupu sepapat dan lain-lain..hehe, tapi aku sebenarnya tak suka kalau baju kaum kerabat semua sama dengan baju tuan rumah and birthday boy, macam tak eksklusif la kan, kalau dah semuanya seia dan sekata, dah tak tau mana satu tuan rumah. Tapi kalau korang suka, takpe teruskan saja.

Tapi masa nak ironkan tu sila buat dengan berhati-hati, sebab adik aku tersalah buat untuk baju Aish hari tu, nasib baik dia dah test buat seminggu sebelum majlis, so diam-diam dia pergi Plaza Alam Sentral pergi cari balik baju RM5 Disnep tu nak ganti yang baru. Nasihat aku, jangan beli baju mahal, salah buat kalu, nangisla ko sendiri.



Terpaksa up lagi gambar ni, so korang tak lupa camne rupa tshirt and banner..ehemmsss

Sekarang nak bagitau pasal banner Sesame Street pulak. Banner tu suamiku beli di EBay, pergi je website dia dan search la apa pun, semua untuk birthday pun ada, tapi sila beli awal ye sebab kebanyakan barang yang dijual tu datang dari oversea, macam banner birthday Aish tu dari US, sehari sebelum birthday party baru sampai, aku dah gabra-gabra nak buat plan B. Barang kat ebay tu murah tapi kalau dari oversea biasanya kos postage saja lebih mahal dari harga barang. Kalau nak lagi murah mari beli banner aku ni, aku ingat nak jual balik, half price, mungkin aku akan bagi a few barang free, macam iron on Elmo tu, aku ada lebih sekali dengan perkataan Mommy, Daddy, nama baby pun ada lebih, bolehla pakai kalau nama anak ko Aish, kalau nama anak ko Muhammad, tidaklah boleh dipakai ye..kih kih. Tapi sampai sekarang aku belum ambik gambar banner tu lagi, banner tu material plastik nipis je, kalau ko ganas sikit, insyaallah tak koyak, kalau ko ganas lebih-lebih insyaallah rabak. Masa sampai kat kitaorang, dia memang berlipat-lipat, so kesan lipat memang obvious, tapi dalam gambar tak kan, nampak smooth je, tu pasal la kena ambik gambar dulu sebelum jual balik. Buatnye dapat pembeli super fussy, susah hati aku, nanti aku up entry sekali dengan gambar and harga ye. So sape belum ada party theme tu, mehlah buat theme Elmo, boleh beli dengan aku..haha. Kalau ada apa-apa nak tanya, email je, or PM je, ada masa aku jawab insyaallah, berbesar hati aku nak share tau. Ok, bye semua.

Tuesday, May 21, 2013

Elmo T-Shirt (DIY)

Salam, masa birthday Aish hari tu, memang pening jugaklah nak manage. Aku ni pulak manalah ada masa sangat, bz kononnya. Kebanyakan kerja pun last minit..not good, not good. Mula-mula dah baik punya plan ni nak buat design t-shirt untuk kitaorang bertiga, tapi last-last minit, malas gila kot nak cari kedai yang buat customized t-shirt tu, alih-alih ku kerahkan adik sendiri je buatkan, mula-mula dia test buat kat t-shirt sendiri.



Aku dah rotate picture ni tapi degil betul dia ye, nak jugak duduk begitu. Nama adik aku mula dengan huruf J, so dia letaklah misz J kononnya. Lepas tu En. Syg cakap "K.cik, tau tak miss J tu apa? Janda" terus tak jadi adik aku nak pakai baju ni..kejam betul.

Aku tengok baju dia ok, aku terus on, aku yang buat design (ceh, padahal copy gambar elmo kat internet je pun, lepas tu aku yang tentukan huruf macam mana nak pakai). Adik aku buat malam sebelum majlis, aku bangun pagi Sabtu tu, tengok dah siap, kemain cantik..hebaklah mu kakcik.


Aku cari baju putih kosong untuk En. Syg kat Giant, aku punya kat FOS (sebab kat Giant takde baju perempuan putih plain), baju Aish pulak kebetulan aku terjumpa kat Plaza Alam Sentral, dia nak habiskan stock baju baby, apa lagi aku pun kumbarlah, jumpa baju putih, Disnep and RM5 pulak, aku ambik saiz paling besar, 6-12 months, nasib baik Aish muat. Yang baju Popeye tu baju lain, saje letak masa nak buat teaser sebelum birthday Aish hari tu.



 

Alahai cute gile baju Aish, adik aku print dekat sejenis kertas, kertas grid kot nama dia, aku tak confirm, adik aku ni dari tadi aku tanya tak jawab2 lagi, dia ada kelas kot. Nanti dia dah reply, aku confirmkan semula, so lepas dah print kat kertas tu, ko just gunting and iron on kan, terus taraaaaaaaaaaa jadi. Murah je, kertas tu RM5 sehelai, kalau tak salah aku lah.

 

Satu-satunya gambar Aish yang nampak clear masa pakai baju ni. Aish comot sangat masa birthday dia, sebab memang kelam kabut, aku tak sempat nak kemaskan dia pun. Aku just pesan kat En. Syg je pakaikan dia kasut dengan topi, tapi tak dipakainya, togel anak aku, mommy tak sempat la sayang, mommy bz sangat uruskan hal orang kat rumah, lepas tukar baju, terus turun and potong kek, sebab masa tu dah dekat pukul 6 petang. Lepas potong kek, terus En. Syg bawak Aish naik atas and tidur, sebab dia memang dah penat sangat, tak tidur langsung tengahari sampai petang, sebab sedara mara start datang pukul 1, bergilir-gilir dukung dia.

Murah je kan cost nak buat ni, tapi yang tak bestnya, cepat luntur. Aku rendam baju Elmo suami on Ahad, kebetulan Aish warded sebab rotavirus malam tu, so aku tak sempat nak basuh baju dia, hari Rabu lepas keluar dari wad, barulah aku basuh baju Elmo dia tu, habis luntur warna Elmo, dah tak merah, dah nak jadi warna putih pulak dah, tapi baju aku, aku tak rendam, rendam air sabun, berus and terus jemur, still ok baju tu, cuma aku rasa lama-lama nanti luntur jugaklah warna dia kot. Sayang pulak nak basuh baju Aish, takut pudar jugak, sayanglah sebab tu kenangan, ke tak payah basuh, aku framekan terus buat kenangan 1st birthday dia, ok jugak kan.

Akhir sekali, terimalah.....





Ehemmmm...


Amboiihhh, makin rapat ni..haha... bye!

Monday, May 20, 2013

Bekas Garam

Hai..cool tak tajuk, straight to the point..hahaha. Sebenarnya nak letak tajuk bekas garam, bekas minyak, bekas rempah dan bekas minyak yang dah guna tapi macam panjang dan annoying sangat dan bakal membuatkan para pembaca berkata dalam hati "hek elehhh tu pun nak tunjuk". Tapi sebenarnya kan saya memang malu pun nak tunjuk, sebab bekas garam tak seberapa, tapi hati meronta-ronta nak tunjuk jugak, nampak tak, nampak tak? Jadi saya salahkan hati saya kerana beliau berani meronta-ronta, jadi kuturutkan beliau saja..kahkahkah. Tu namanya ayat MENCAPUB, dulu mula-mula adik aku cakap MENCAPUB, tanjat aku tau, terus bulat mata lalu berkata "eiii apa ko ni tak senonoh mencarut!" padahal MENcari PUBlisiti maksudnya. Semua orang tau, aku je yang tak tau. Baiklah saya suka terkeluar tajuk, mari kita berbalik ke tajuk asal iaitu bekas garam.



Gambar ulang tayang, lupa nak bagitau masa birthday Aish, aku buat sendiri candy buffet dia. Serius hodoh, aku sendiri pun terperanjat dengan kehodohannya, ku pikirkan meletop habis la, tapi nan ado..tapi aku tetap gembira, sebab barang candy buffet dia tu, aku boleh pakai balik. Taklah ku bagi beratus-ratus kat orang, lepas tu apa pun ku tak dapat. Disebabkan aku buat sendiri, barangnya pun aku dapat balik, dan aku boleh pakai, nampak balang kecik isi M&M tu? Tulah bekas garamku..hahaha, sebelum beli aku dah fikir baik-baik. Sebab aku ni jenis berfikir sebelum membeli, sebelum beli dah kufikirkan, kat mana nak letak, untuk apa, siapa nak pakai, bagaimana nak pakai, berbaloi ke tidak, maklumlah rumah takde store room, kalau beli banyak-banyak lepas tu buat menyemak rumah, mulalah nak ku lantingkan saja semuanya. Kalau aku mengemas rumah parents aku, siap la, habis semua aku nak buang, berbulus-bulus Ma aku tu..haha. Sebab tu kalau sekarang balik rumah parents aku kat Pahang, aku jarang dah nak mengemas, bukan apa takut terbuang barang yang Ma aku sayang..eh ye ke, ke tu alasan nak bermalas-malasan..pffttt.

Perghhhh debor-debor aku tengok gambor ni (cilok dari website IKEA)



DROPPAR, RM11.90 satu



Kecik je, aku beli yang 0.9 liter, tapi takdelah kecik sangat, nak simpan garam sepeket dua dalam ni pun muat. Jar jenis ni banyak saiz, ada lebar, ada lonjong, ada tinggi, semua saiz la ada. Haissshhh cara aku cerita macam la korang tak pernah pergi IKEA kan, mestilah korang tau.




Aku beli 4 terus, letak garam, kunyit, asam keping dengan belacan, aku ingat belacan tu nak letak tempat lain nanti, takut berbau bekas aku, sebelum ni aku pakai Tupperware letak semua benda ni, sampai mak mertua aku tegur, dia cakap sayanglah, rosak tupperware aku buat letak garam, kunyit, belacan segala, memang pun, lepas basuh tupperware tu, sampai sekarang bau belacan lagi..srrrooottt, hari tu letak biskut Aish, aku cuba makan balik biskut tu, rasa belacan..euuwwww. Biskut perasa belacan..errrkkk.

Aku suka bekas ni sebab dia see through, takyah ko buka satu-satu nak tau isi dia apa. Lagi satu bekas ni senang sangat nak buka, tak payah ko susah-susah pulas penutup dia, ko angkat je sebab penutup dia tu ada getah je. Kalau nak masak cepat tu memang sesuai sangatlah. 



Getah begini je, tapi dia tak kedap udara, kalau ko letak biskut, confirm lemau, kalau ko letak gula confirm bersemut. Mulanya aku nak beli jar yang sama untuk letak gula, tapi bila tengok penutup dia begini, terus terbantut.



So aku beli ni untuk letak gula, dan letak tepi dapur, senang kalau nak masak sambal, tak payah lari mengagau kabinet dapur kering yang jauh sikit tu. Tapi bekas gula ni aku beli kat Plaza Alam Sentral, kedai English kat atas sekali tu, KK Home Deco ke apa ntah, aku lupa. Aku beli 2 saiz, yang pendek ni kalau tak salah RM7.90, yang tinggi sikit tu RM8.90. Jar ni memang kedap udara, aku test letak coco crunch dah 3 minggu, still tak lemau, lepas ni nak beli lagi, buat letak biskut, cantik sikit kabinet aku, ntah bila aku nak pergi lagi ntah. Ok lah kan jar ni, ada iras-iras Droppar jar tu hah.



One day..one day



Bekas letak rempah, rak gantung ni nama dia Bygel Wire Basket, RM6.90 je, aku gantung kat tepi dapur jugak.




Rupa sebenar, ko gantung je dekat rail, rail pun ko boleh beli kat IKEA, bekas rempah tu pun ada kat IKEA


Macam ni


Alang-alang dah cerita pasal dapur kan, kita lajak terus pasal bekas minyak. Aku sayang sangat bekas minyak ni, brand Tupperware, aku beli dari zaman bujang, masa tu dah bertunang la, kemain lama aku simpan bawah katil bujang dengan niat nak pakai lepas dah kahwin nanti. Aku sayang sebab sampai sekarang aku tak jumpa lagi dah bekas minyak 1 liter ni, kat Tupperware sekarang jual yang 500ml je, adik ipar aku kemain berkenan dengan bekas minyak aku, tapi Tupperware dah tak jual saiz ni, ke hulu ke hilir dia cari..hehe, akhirnya dia dapat, tapi tak tau camne dia boleh dapat. Ke ada jual lagi?? Sebab office aku sebelah Tupperware je, sampai sekarang kalau aku tengok katalog dia takde pun bekas minyak besar ni dah.

Bekas stainless steel tu aku buat letak minyak yang dah guna, means kalau minyak tu still panas ko boleh curah je dalam bekas tu, tak payah ko tunggu dia sejuk, dan selalunya aku pakai minyak 2 kali je, lepas 2 kali aku terus buang, tak elok pakai banyak-banyak kali tau, Ma aku cakap tak elok.

Haa aku dah cerita pasal bekas garam aku, cepat cerita pasal bekas garam korang pulak aku nak nyibuk ni..hahaha. Tu jelah aku nak share, next week aku share benda lain pulak, kalau bosan..sorry eh, promise tak share pasal rumah tetiap hari, takut korang nyampah pulak nanti. Bye!




Friday, May 17, 2013

Gojes Bloggermom Gathering @ SCM, 11 May 13

Hai, dah almost seminggu gathering ni, baru hari ni nak update. Tapi tak ramai geng Gojes yang boleh join, sebab tak available on that date, kebetulan Umie pulak memang ada kat Semenanjung, kalau tak jumpa dia sekarang, memang susah dah nak jumpa, dia duk Miri, gathering pulak dekat dengan rumah aku, so aku on je. Janji pukul 12pm dengan Umie kat FoodChannel SCM tu, tapi aku terlambat, duk suap Aish makan dulu, duk bergaduh nak pakaikan baju, duk buat breakfast, duk itu, duk ini..amboii panjangnye alasan ko ye.

Aku sampai around 12.20pm camtulah kat foodcourt tu, semua dah ada. Walaupun tak ramai, tetap meriah dengan anak-anak. Lapar sangat masa tu, so aku terus pergi beli nasi ayam and makan dengan Zura sambil borak, Aish pulak daddy dia jagakan kejap. Oh lupa nak cakap, sampai je kat Foodcourt tu terus jumpa diaorang and salam-salam, ada Dayah and Ieza jugak. Masa gathering ni first time aku jumpa Zura and Dayah, Ieza aku dah pernah jumpa masa first gathering kat tepi tasik Shah Alam dulu on Oct 12. Siap makan aku duk jaga Aish pulak sambil suami makan, suami siap makan, dia jaga Aish dan aku jaga Dhia anak Umie yang petite and sweet, fuhhh melasak betul anak dara ni, celah tiang pun dia masuk, berkejaran aku..hehe, Umie takde hal, rilek je makan nasi..kahkahkah.

Lama jugaklah kitaorang duk borak kat foodcourt tu, seingat aku sampai pukul 2pm and lepas tu Zura pun dah nak balik. Penat aku tengok Zura berkejaran, aktif kemain anak dia si Awish tu, comel..hehehe. Adam pulak daddy dia yang jagakan. Lepas tu Zura balik, and Dayah pergi main bowling dengan Puteri Umno dia, Saif anak Dayah duk tido tak bangun-bangun, dahlah bambam, aku geram nak dukung tapi tak dapek sebab kemain lena dia tido, siap mimpi hisap susu lagi, nyot..nyot mulut dia sambil tido. Kitaorang bertiga, aku, Umie and Dayah gerak pergi H&M. Otw ke H&M Tira call cakap dia dah otw ke SCM, so kitaorang tunggu dia kat H&M jelah, sempat jumpa Tira and Akid kejap je sebab Aish dah mengamuk nak nenen, puas pusing tingkat 2 tu, tak ku jumpa mana nursing room, kalau Level 1 tu memang taulah kat mana. Tak jumpa nursing room, aku patah balik H&M jumpa diaorang semula and mintak diri. Aish nak tidur sebenarnya tu tapi duk tahan mata, tu pasal meragam semacam. Tapi dalam lif nak turun parking, Aish ok, dan-dan tu aku teringat Daiso, En. Syg selalu cakap Daiso tu kedai aku, kalau pergi SCM mesti tanya "taknak singgah kedai awak dulu?" haha. Tengah shopping kat Daiso terjumpa pulak Umie dengan Ieza, kantoiii sebab kat H&M tadi cakap nak terus balik..huuuu


Daku, Umie, Zura, Dayah and Ieza


Erkk..kenapa peha nampak besar sangat ni


Tengok Awish..hehe comel sangat





Mak-mak feeling jap





Pasang lagu untuk babies, tetiba daddy ramai peminat



Mommies yang gojes semuanya


Aku: Dhia, uolls nak beli apa?

Dhia: Entahlah aunty, iolls macam berkenan dengan stokin ni, nanti iolss pau ibu

Aku: camtu, aunty nak pau ibu uolls jugak la..eh



Jumpa Tira and Akid kat H&M, Akid comel mata besar, geram, geram, geram.



Awish


Saif


"Hai Dhia"

"Hello Aunty"


Sebelum balik, eh kenapa suamiku dukung Psy tu? hahahaha. Aish muka feeling habis.






 Hello ladies

Tetiba rambut jadi belah 2 ye dik, sampai rebeh-rebeh hidung duk menahan spek itam, kemain.

Bye, jumpa next gathering eh, hopefully lepas ni ramai lagi yang boleh join :)

P/S: Umie, daku cilok gambar dari blogmu kemain banyak ni. TQ


Thursday, May 16, 2013

Mommy's Day

Salam semua ibu-ibu. Korang celebrate mother's day hari tu kat mana? Hubby belanja makan? Biasanya kalau mother's day, mak-mak boleh rehat kan, tak payah masak, tak payah mengemas, tapi aku tak, sebab Ahad hari tu aku teringin nak makan tomyam, tapi aku tak suka tomyam thai yang pekat tu, aku suka tomyam melayu yang cair and masam, tu pasal takmo ajak En. Syg makan luar, sebab dah selalu sangat kalau order tomyam, confirm dapat tomyam thai. Tak suke. So aku masak sendiri.

Lepas makan, aku tanya En. Syg

"Sayang, hari ni mother's day, sayang tak wish pun kat saya lagi"

Suami diam, lepas tu dia cakap
"Saya tak celebrate mother's day"

"Alaaa wish je la"

"Tak nak"

Fine, aku diam jelah. Suami aku memang tak romantik pun, memang macam tu. Aku pun tak romantik jugak sebenarnya..kah..kah. Perkara paling romantik suami aku pernah buat masa birthday aku tahun 2010, beberapa hari sebelum bertunang, kebetulan birthday aku tu hari bekerja dan aku belum start cuti lagi untuk majlis tunang. Suami diam-diam ambik cuti, drive dari Shah Alam to Subang, datang office aku dan tunggu belakang pintu level 1. Masa aku turun nak pergi lunch, tiba-tiba dia muncul dari belakang pintu sambil cakap "Happy Birthday Sayang" bawak sejambak bunga besar dengan sebiji kek ohhh dengan kad birthday, ayat yang aku ingat dalam kad tu "thanks for being part of my life and i love you soooo much"..hehehe tengokkkk, i ingat lagi tau abang (tetiba abang)..kehkehkeh. Romantik light-light pun ada jugak, tapi masa birthday tahun 2010 tulah yang paling romantik, dapat bunga dari pakwe, mau tak romantik kan.

Eh, tapi sebelum jumpa suami, aku pernah kenal sorang mamat yang psiko gile, banyak kali aku cakap taknak, tak reti-reti ko tau, setiap kali datang nak jumpa aku mesti bawak bunga, bukan sekuntum tapi sejambak, setiap kali datang bawak bunga, penuh bunga dalam bilik rumah sewa aku dulu, dahlah dalam seminggu mau 3 kali dia datang dari KL nak jumpa aku kat Subang, cer bayangkan, bunga tu belum layu, datang bunga lain pulak, sampai tak tau mana nak ku campakkan, macamkan aku ni hot sangat..hahaha. Manalah mamat tu sekarang agaknya, hopefully dia dah kahwin dan tak menjadi psiko lalu menstalker blog aku..hahaha, sebab dia pernah stalk FB aku dulu. Terkeluar tajuk pulak dah, ok tu selingan je. Takpe, suami aku tau pasal ni and dia tak marah pun, serius. Sebab tu cerita lama, buat gelak-gelak je.

Ok, masuk tajuk balik, orang perempuan ni senang je kan sebenarnya nak bagi dia gembira. Macam aku, aku bukan jenis yang mengharap hadiah sangat, dapat wish and kad je pun dah cukup. Kadang-kadang, kalau aku buat something, harap sangat suami puji, suami puji sikit cukup la, kembang setaman seminggu. Sampai sekarang aku ingat pagi tu aku hantar suami kat pintu masa dia nak pergi kerja lepas tu dia cakap "Saya rasa awak seksi sangat malam tadi" ok sekarang sila bayangkan betapa seksinya aku malam itu..hahaha, berdarah hidung semua orang..hoiii, malam tu aku mandi, lepas tu tak sikat rambut, so rambut aku basah-basah seksi, ko tau aku tersenyum sendiri satu hari teringat suami puji, rasa bahagia, rasa aku paling cantik dan seksi di seluruh Lembah Klang..kahkahkah..dan dan nak jalan catwalk..ok over sangat. Ibarat kata, kalau suami buat sepah kat rumah or anak menangis meraung-raung sekalipun aku masih boleh senyum sebab teringat pujian suami. Hebat kan pujian seorang suami ni, tapi tulah orang lelaki ni berat mulut sikit nak puji. Tapi kalau dapat suami yang semua benda pun nak puji, rimas jugakkan. Aku pulak ada perangai tak senonoh, lepas buat something mesti minta puji "Syg, cepatla puji!", tapi En. Syg buat-buat tak tau..cisss.

Mother's Day hari Ahad kan, hari Isnin balik dari kerja, En. Syg bawak ini



Kecik tapi penuh makna, TQ sayang, I love you so much

Happy Mother's Day semua

Monday, May 13, 2013

Majlis Naik Rumah, Aqiqah dan Birthday Party Aish

Maafkan saya kerana berani menanam tebu di pinggir bibir minggu lepas, kemain berjanji nak update on Friday, sekali tak sempat, ada emergency. Tapi takpe, hari ni kan ku update jua walaupun tanpa kehadiran gambar yang melambak-lambak, serius tak sempat nak copy gambar dari semua orang, masa majlis, tuan rumah memang tak sempat langsung nak capture gambar, sempat posing je. Tuan rumah takde budget nak ambik OP, budget yang ada cukup nak buat majlis je..hahaha.

Aku dah duduk rumah sendiri dari Dec 2011, tapi langsung tak sempat nak buat majlis naik rumah. So alang-alang nak buat majlis untuk Aish, kita sekali harungkan terus. Mak mertua aku ajak group marhaban dia datang untuk buat bacaan surah Al-Baqarah.

Plan asal, bacaan surah untuk majlis naik rumah akan bermula pukul 3 petang, so aku dok budget-budget around pukul 4 kira settle la kan, kira pukul 4 tu barulah start aqiqah and birthday party Aish kat bawah (aku duduk rumah tinggi, so majlis makan-makan dibuat di poolside). Memang itulah plan asal aku dengan mak mertua, so aku yang lurus bendul ni memang tak buat plan B la.

Tapi kita hanya merancang, Allah jua menentukan..gituu. Tiba-tiba bila group marhaban sampai around pukul 3, mak mertua aku tukar plan nak ajak diaorang makan dulu, mau tak gelabah, meja buffet baru siap pasang masa tu, makanan pun baru sampai. Oh lupa nak bagitahu, majlis ni, semua makanan dimasak oleh sedara mara En. Syg, mak mertua buat mee goreng mamak, agar-agar, rendang ayam, mak sedara 1 buat pulut kuning, mak sedara 2 buat bihun sup, sepupu 1 buat laksa, sepupu dua bawak kuih muih, sepupu 3 buat kek coklat. Semua pun pakai sedara mara sahaja kecuali kambing aqiqah. Untuk kambing aqiqah aku ambik set BBQ (ada coleslow, salad, roti and 2 jenis sos) Walaupun sedara mara masak, kitaorang tetap bayar, tapi ada certain yang bagi FOC je, kira sedekah..alhamdulillah kira rezeki Aish la tu.

Bila mak mertua aku dah tukar plan, kelam kelibut la sedara mara, duk menghidang atas meja buffet, nasib baik aku tuan rumah, so aku just naik atas dan gundah gulana dalam hati je..hahaha. Serius aku risau, sebab aku dah bagitahu kawan-kawan aku majlis makan-makan start pukul 4, masa group marhaban start pukul 4.30 petang, kawan aku dah datang dah, tapi aku tak boleh la turun sebab siapa nak tunggu rumah. En. Syg pulak kelam kabut kat bawah sebab tak jumpa cawan la, pinggan la, padahal ada je duk dalam beg tepi dewan tu, aku lupa nak assign orang lain. Haihhh satu kerja pulak En. Syg pergi beli cawan lain untuk guest. Air mineral pun lupa nak letak atas meja. Rasa nak tepuk kepala sendiri sebab kelam kabut dan lupa nak assign adik or kakak aku untuk handle semua tu. Tapi takpelah kira pengalaman la tu.

Walaupun aku tuan rumah, aku tetap mengaji sekali dengan group marhaban mak, sebab rasa macam tak proper pulak aku duk tercongok je kan, tapi sempat baca 2-3 pages je sebelum En. Syg naik dan suruh aku turun sebab ada kawan aku yang dah nak balik.


Gambar joyah (yg sempat melarikan diri kejap) dengan bff, gambar dalam rumah tak sempat aku ambik, semua dalam kamera mertua aku

Lepas menjoyah kat bawah kejap, aku naik balik sampai bacaan surah selesai around 5.30, lepas tu baru aku tukar baju dan turun. Sampai bawah je, terus potong kek Aish, lepas tu sambung jumpa kawan-kawan balik sampailah diaorang balik.

Ok, habis cerita majlis, pada yang datang hari tu, aku appreciate sangat, tq korang, pada yang tak dapat datang, it's OK, next time kite jumpa ye. Untuk majlis ni saja kitaorang habis around RM4K++ la jugak, plan asal 3K je. Alhamdulillah murah rezeki Aish, sebab memang dah plan majlis ni dari Aish kecik lagi, sebab masa Aish 4 bulan kitaorang just aqiqahkan seekor kambing je, so untuk majlis ni kitaorang aqiqahkan seekor lagi. Settle, lega sangat walaupun majlis ku cincai boncai, yang penting aqiqah Aish tu.



Nah, nilah kambing yang korang makan hari tu, tunggangan Aish, gemok kan.



Happy Birthday Sayang


Blogger, pic dengan Nadt and Erina dalam DSLR, tak copy lagi (alfatihah untuk Aqil, sampai sekarang still teringat-ingat Aqil lagi). 2 orang baby girl mengamuk nak terjun pool..hehe


TQ Kak Mimy, tetap datang walaupun lambat, tq sangat. Gambar dari hp aku, memang blurlah










Ini BFF


View dari rumah aku

Ok, bye, dah ada gambar proper nanti aku update lagi eh.