Klik Jommm

Wednesday, July 31, 2013

Berbuka bersama mertua and Boy's day out

Salam,

Takde benda nak cerita, nak up gambar je. Hari tu berbuka dengan mertua kat Selayang Mall, kitaorang makan Sate Kajang. Sate Kajang adalah favourite food bapa mertuaku :)





Terjumpa minion, tunjuk kat Aish yang kebetulan tengah tengok video minion dalam stroller dia, kemain dia gelak, gelak seminit, lepas tu tengok video minion semula. Daddy belikan, tapi sekarang kalau aku bagi kat dia, habis dicampaknya, dia takmau..haha

Ok, cerita kedua, barang dapur habis, kebetulan mak mertua aku takde sebab jaga adik ipar kat hospital (adik ipar aku tak sihat) so semua lelaki dalam rumah pergi NSK Rawang, beli barang dapur, semua lelaki termasuk Aish Yusufku. Takde sorang pun perempuan yang ikut, aku tak risau sangat, sebab En. Syg and pak mertua pandai handle Aish.



Dalam kereta lambai Mommy



Bapa mertuaku






 Ini adik ipar




Gambar suami takde, sebab dia tukang ambik gambor, rajin betul, lepas tu paksa aku suruh update blog..haihhh..hahaha.

Hari ni nak buka puasa kat luar, nak shopping raya sekali. Pagi-pagi lagi suami dah whatsapp aku cakap dia teringin nak makan sedap hari ni, lepas tu mention "mommy belanja". Ni mesti baru tengok kalendar, mentang hujung bulan, tau je gaji aku masuk hari ni..hahaha, suka pau mommy tau. Padahal aku pun rajin pau dia, saling pau mengepau, barulah bahagia dok. 

Yang tak tahan tu siap bagi aku pilihan nak belanja dia makan kat mana

"Nak makan sushi ke sushi malam ni?? Kalau taknak sushi, sushi pun ok.."

Nampak tak dia nak makan kat mana sebenarnya..pffftttttttttt

Ok bye!

P/S: Sayang malam ni I belanja Mekdi je ok, sila bertabah...haha


STICKY POST: Background Sesame Street Untuk Dijual

Salam, aku super busy ni, ni pun curi-curi update sebab dah ada orang yang bertanya pasal background ni. Sorry eh, lambat update, kelam kabut sangat minggu ni, sampai tak boleh fokus, pagi tadi dah meredah jam, hampir sampai rumah babysitter, baru teringat botol susu Aish tertinggal..huwaaaaa, patah balik aku ni, menghadap jam balik, nasib baik Aish behave, tak mengamuk lama-lama dalam kereta..aiyoo...aiiyoooo..aiyooo.

Ok, sila take note, background yang aku nak jual ni aku dah guna masa birthday party Aish hari tu, ni kira 2nd hand la. Suami aku beli di Ebay, so sekarang aku nak jual balik, sebab aku tak kuasa nak simpan, buat nyomak ghumah den jo nanti.



Mula-mula mari tenung gambar happy family ni dulu, tenung background tak payah tenung aku.

Background ni masa mula-mula sampai dia lipat-lipat, so as you can see, memang nampak lah kesan lipat tu kan? dan background ni material plastik nipis, ada 5 pieces. Gambar Sesame Street tu actually terpisah 2, belah kanan dan belah kiri, Happy Birthday 1 piece, Elmo Merah 1 piece dan Elmo Biru 1 piece. So pandai-pandai la tampal nanti ye.



Dia berlipat begini ye, tu aku lipat balik lepas pakai, dan cara dia lipat pun bukan lurus sangat, so aku ikut balik kesan lipatan dia yang tak lurus tu



Plastik nipis


Flash kasi terang sikit mata..haha



Masa pakai untuk birthday Aish hari tu, adik aku tampal ke dinding pakai double tape, after aku tanggalkan background ni dari dinding, double tape tu dah melekat takleh tanggal, so aku tampal balik double tape macam ni, nanti kalau korang nak pakai, just cabut je pelekat putih tu, kalau takmo pakai double tape pun boleh, pakai salotape je.



And aku nak minta maaf awal-awal, cara aku tampal double tape tu memang bersepah ikut kat mana adik aku tampal dulu. Dan disebabkan dah pernah pakai, ada la berkedut sikit, so masa tampal ko tarik lurus-lurus eh.



 Tapi kalau tengok dari depan i'allah tak nampak double tape tu, melainkan ko tenung bagai nak rak



Ada koyak sikit, kecik je, sebab aku tertarik.



Nanti aku bagi label atas cupcake ni sekali, tak sempat pakai pun untuk Aish hari tu. Boleh pakai kalau your baby celebrate 1st birthday, sebab ada no. 1 di situ. Kalau bukan 1st birthday, huruf A tu pun ok. Mana-manalah kan.


Aku bagi sekali dengan Elmo iron on shirt macam yang aku pakai masa birthday Aish hari tu, ada lebih, tapi ada untuk mommy and daddy je la, baby punya, ko kena google gambar Elmo, lepas tu print eh, cara nak buat iron on ni, pun ko kena google sebab aku tak tau, hari tu adik aku yang buatkan..hahaha. Untuk iron on dan label cupcake tu tak termasuk dalam harga, tu semua aku bagi je free sebab ada lebih, kalau taknak pakai pun takpe.

Ok kalau nak tau harga, boleh PM aku..hahahahaha, takdelah main je, harga aku letak RM40 with postage, murah dah tu, suamiku beli lebih mahal sebab termasuk postage dari US. Kalau ko fussy sangat, jangan beli, pening mak nanti uollssss. If interested boleh email aku directly airin2306@yahoo.com, boleh tukar no. phone and boleh tanya bertalu-talu. Oklah mak lapar ni, mak nak gi makan, bye!


Tuesday, July 30, 2013

Cerita Raya

Salam,

Fuhhh sakan aku tengok masing-masing buat persiapan raya, aku belum lagi, maybe minggu ni baru nak pergi shopping raya. Agak-agak dah nak hujung-hujung puasa ni banyak discount tak? ke makin mahal? Tahun ni tak banyak sangat baju raya yang nak dibeli, baju Aish banyak lagi yang tak berpakai, bersusun dalam almari, tak gamak aku nak beli lain, tambah jeans panjang, jeans 3 suku, tshirt sehelai dua dengan singlet je kot untuk dia.  Ohhh dengan kasut sekali, sepasang je cukup la kot. Untuk aku pulak, aku plan nak beli baju kurung sepasang dua je, jeans kaler hijau nak sama dengan Aish..hehe and baju jalan, dahlah. Kasut memang aku taknak beli, sebab high heels aku berlambak tak berpakai, sejak pregnantkan Aish high heels tu memang duduk dalam kotak je, so tahun ni pakai je yang ada tu. En. Syg pulak nak beli baju melayu dengan baju tshirt 2-3 helai cukup la. 

Tahun ni kitaorang beraya di Rawang, rumah mertua aku. Kitaorang akan gerak balik Pahang petang raya kedua kot insyaallah. Seriously, aku tak pernah kisah beraya di mana, di Rawang ok, di Pahang pun ok, ntah aku tak pernah bezakan family aku dengan family mertua, sama je. Bezanya family aku akan berjalan siang malam pagi petang sampai penat. Family mertua pulak akan berjalan 4-5 buah rumah masa raya pertama and that's it. Raya kedua duduk rumah je tunggu orang datang, aku rasa macam hari biasa je kalau raya kedua kat rumah mertua..hehe. Lagipun aku dah biasa raya berjauhan dengan parents sendiri sebab dulu family aku duduk Sabah 8 tahun masa aku study kat UiTM, kalau hari raya kena time cuti sem sebulan, aku memang balik Sabah, tapi kalau raya kena time cuti sem seminggu je, aku just raya rumah ayah sedara aku. Mula-mula dulu nangis jugak, lama-lama dah biasa. Aku dah biasa duduk sendiri dari umur 18 tahun, semua buat sendiri without family, aku ni jenis berdikari tau..hehehe puji diri sendiri ke apa ni. Kalau tak balik Sabah merempat la aku rumah akak aku kat Tekam Plantation tu haa, masa tu study kat UiTM Jengka, kalau kat UiTM Shah Alam tu pulak aku duduk je kat hostel sampai berkulat..kahkah. Mungkin sebab dah terlalu lama berdikari, aku jadi keras hati and suka ikut kepala sendiri je, tu pasal kuat melawan suami..haha, kecik hati suami aku sebab aku suka buat decision sendiri. Sorry ye sayang, kadang-kadang tak sedar, nanti raya ku susun sepuluh jari ok, duit raya pun nak sepuluh keping jugak eh..hehe. Haa satu lagi beza kalau beraya rumah mertua, aku jadi extra rajin, sebab segan nak bermalas-malasan, kalau rumah parents aku, anytime je aku boleh baring tergolek-golek..haha, nampak tak?? and kalau dapat beraya dengan family sendiri, syahdu tu lain macam sikit la kan. Ma aku jenis syahdu sikit, penuh perasaan kalau dapat raya dengan anak, boleh nampak dari muka dia, mak mertua aku pulak jenis ceria je or mungkin mak mertua aku belum rasa berjauhan lama-lama dengan anak-anak dia kot macam Ma aku, lama-lama mak mertua aku pun agaknya jadi syahdu syahdan macam Ma aku jugak nanti, bila anak dah berkeluarga duduk jauh dari dia..hehe. Eh, bila cerita pasal Ma pun dah bergenang air mata, aku nanti dah tua-tua pun syahdu macam Ma jugak nanti bila Aish beraya rumah mertua agaknya..haha. 

Tema raya tahun ni kuning, sebab kitaorang just pakai balik baju masa kenduri kahwin adik ipar aku hari tu, jimatt kekdahnya. Sejak kahwin dengan En. Syg, setiap tahun pun tema raya rumah mertua adalah tema kahwin anak-anak diaorang. Tahun pertama aku kahwin 2011, raya pakai baju merah, tema kenduri kahwin aku dengan En.Syg belah Rawang. Tahun 2012 warna purple tema kahwin adik ipar aku yang kedua. Tahun ni warna kuning tema kahwin adik ipar aku yang ketiga yang kahwin bulan May hari tu, nampak tak penjimatan berterusan tu..hahaha, tahun depan je kena fikir tema lain sebab tahun depan takde adik ipar yang nak kahwin dah, kalau ada pun tunggu lagi 3-4 tahun kot, sebab adik bongsu En. Syg baru 21 tahun.

Kuih raya pulak aku beli je, sebab aku allergic buat kuih raya, boleh darah tinggi dibuatnya. Aku tak minat buat kuih raya, gentel-gentel tepung, tekap-tekap acuan..eiii memang luar bidang kuasa aku, tak minat..tak minat..tak minat. Kuih raya yang aku beli tu pun buat makan sendiri je, sapelah nak datang rumah aku. Kalau ada orang call cakap nak datang rumah, dan-dan aku lari balik Rawang lepas tu cakap "Aku kat Rawang ni, mehlah datang umah mertua aku" hahaha gila keji tak kasi orang datang beraya. Aku segan la wei, rumah aku tu tengah proses "renovation" lagi tau, so macam kapal yang karam di lautan, kemas tu memangla kemas, tapi tak kemas dengan proper dan cantik.



High heel aku memang high semuanya sebab suami aku suka yang tinggi-tinggi punya walaupun dia rendang saja..hahaha, ni yang paling tinggi dan paling ku sayang. Hantaran kahwin yang aku pilih sendiri, last aku pakai raya 2011 masa pregnantkan Aish 7 minggu, tahun tu kan tema baju raya warna merah. Pak mertua aku dah jeling-jeling, lepas tu dia pesan kat mak mertua suruh aku beli selipar lain, sebab dia takut aku jatuh..hehe. Lepas tu aku memang tak pakai dah, sebab ada anak kecik susah oiii, aku tak expert nak balance badan dengan anak kecik di dukungan, kang tergolek dog sape nak menjawabnya.  Nak cari baju merah menyala, nak jalan catwalk raya ni..hahaha, habislah semua orang doakan aku masuk lumpur sebab over sangat. Eh, dah lama tak pakai takut salah langkah mau tersadung kaki sendiri aku ni, matilah.



Baju melayu pertama Aish Yusuf, tahun lepas aku tak belikan dia baju melayu sebab dia baru 4 bulan masa tu. Minggu ni nak cari songkok, sebab tahun ni nak bergambar studio dengan family mertua, nak ganti balik gambar raya tahun 2011 masa Aish masih di dalam.



Aish this morning, dia nampak aku pakai spek hitam, terus dia campak buku yang dia tengah belek and tunjuk spek satu lagi kat dashboard, lepas tu duk tiru aku pakai spek, mengagau-gagau tangan dia nak letak spek kat mata macam aku pakai jugak..hehe bijak sangat ni.



                                                           Do I look like you mommy?

Yes you do, coz you are my baby.. :)

Haihh, mommy cinta sangat kat awak tau. Ok bye!

Monday, July 29, 2013

Makan sendiri

Salam,

Pssttt, hari ni aku tak puasa, first day, kecewa sikit la, sebab aku harap sangat dah hujung-hujung bulan puasa baru tak puasa, ni nampaknya seminggu jugak la aku tinggal puasa ni..sobsss. Kalau dapat puasa penuh macam last year kan syok.

Hari ni aku super excited nak siapkan report..hahaha, serius tak sabor nak siapkan, berkobar-kobar gitu..so entry penuh gambar je la eh, entry bebelan next time bila report dah siap nanti barulah aman je nak taip kan. So marilah tengok gambar je.

Actually Aish pun macam baby lain, umur 7-8 bulan tu dah pandai makan sendiri, tapi sebelum ni aku just bagi biskut je la pun kalau dia nak makan sendiri, kalau dinner or lunch tu still aku suapkan, sebab aku tak kose nak mengemas balik hasil tumpahan segala. Tapi lately kitaorang start ajar dia makan dinner sendiri, tu pun certain food je lah, kalau buat sup takkan nak suruh makan sendiri ye dak, tak sampai seminit lingkup sup tu, ngan aku sekali rasa nak terlingkup, gile ko ingat tak penat buat sup?? walaupun senang tetap penat ok. Tapi yang aku perasan since dia makan sendiri, lagi banyak dia makan dari aku suapkan, sebab maybe dia excited dapat buat sendiri kot. Kadang-kadang penat jugakla mengemas and mengelap balik, tapi takpelah for the sake of learning kan dik, mommy ok je.




Daddy ajar pakai sudu garfu, Aish suka, banyak dia makan






Telur dadar, ni menu dinner kalau Aish meragam tak boleh tinggal, ni cepat sikit boleh buat..hehe



Penat ajar dia bersila, kangkang jugak dia akhirnya, lepas tu lama-lama kaki dia pun parking dalam mangkuk, saborr jelah



Makan bersungguh-sungguh


 Begitu bersungguh, tahap kembang hidung



Lepas tu tangan kiri kanan dia pakai, masih belajar lagi, takpelah mommy ajar selalu ye sampai Aish tau, kalau makan kena guna tangan kanan, lagipun tangan kiri Aish belum pakai buat basuh bonbon lagikan, so masih suci lagi la tu.



Aku tanggalkan baju sebab tak sanggup nak menyental, ada hari tu kasi makan spagethi, tak tanggal kesan tomato tu..sobbsss, sayang baju, dia pulak takmo pakai bib, habis ditariknya.









Sekarang Aish addicted dengan Minion, pantang nampak hp, mesti mulut dia baaa...baaa



Haahaaaa, kelakar la minion ni mommy








Bila mee panjang sangat dia putuskan dari mulut dia dan campak ke lantai. Amboiii sangat ye kau nakkkk



 Tengoklah kerusi dia..





Sabtu baru ni masa berbuka kat Sate Kajang, rileks la sikit kitaorang makan, kalau tak kena bergilir-gilir melayan dia, tu pun dalam 20 minit je dia bertahan lepas tu bila aku hulur pinggan kat dia, ditolaknya pinggan tu sampai tumpah kuah sate semangkuk atas riba aku..grrrrrr







Ok, bye! Maggi memanggilku..ehh, report memanggilku..ehemmm.


Thursday, July 25, 2013

Pasar Ramadhan Bukit Jelutong

Salam,

Aku sejak bulan puasa ni tak pernah sekali pun aku masak untuk buka puasa, semua main beli je sebab aku tak sempat nak masak, sampai rumah pun dah dekat pukul 7, Aish pulak dia nak df dulu bila dah sampai rumah, lama pulak tu dia nak ambik feeling, lepas tu nak mandikan dia, masak dinner and bagi dia makan. So hari-hari En. Syg akan beli ikut request aku kat Bazar Ramadhan je, time sahur baru kitaorang masak.

Baru ni kitaorang keluar nak beli sayur kat Jaya Grocer sebab stok sayur dah habis langsung. En. Syg sampai je rumah terus gerak ke Jaya and before that singgah ke Param Jelutong dulu. First time pergi ni.



Daddy kalau dalam gambar selalu nampak mokmok tapi hakikat sebenarnya...mok sikit je kan sayang?? hahahaha



Mommy is teringin Yong Tau Foo, kalau beli YTF confirm mintak kangkung 2 ikat.





Hahaha, innocent muka ko dik




 Mula-mula kitaorang pimpin Aish jalan, lepas tu daddy tak tahan sebab jalan pengantin sangat, terus dukung



 Sikit je stall kat sini, tak sempat berpeluh pun dah sampai hujung, adalah dalam belas-belas stall je, tak meriah sangat, orang pun tak ramai sangat. Yang banyak stall jual Yong Tau Foo je, adalah 2-3 yang aku jumpa.


Pastu beli murtabak daging seketul dengan apam balik, lepas tu balik la apa lagi, eh, pergi Jaya dulu la baru balik.

Kat Jaya, orang dah azan, kitaorang ambik air yogurt minum dulu sebelum bayar, sampai rumah baru berbuka dengan YTF, murtabak and apam balik.


Nak kasi Aish diam, bagi je hp tu and playkan video Minion, diamlah dia, sekarang dia suka betul tengok Minion, kan minion suka pisang, asyik sebut bananaaaaa manjang, Aish pandai sebut baa..baaa je




Kemain khusyuk, haih budak-budak sekarang, memang suka dengan gadget kan



Aish this morning, dia tidur tak bangun-bangun dari aku angkat dia naik stroller, letak dalam carseat drive sampai rumah babysitter tetaplah dia tidur jugak, apa yang dipenatkan ntah. Oklah, tu je, bye!