Klik Jommm

Thursday, September 5, 2013

Aish @ 16 Months

Salam,

Dulu masa Aish belum setahun, setiap bulan aku update perkembangan dia, sebab baby bawah setahun dia punya tumbesaran tu kan cepat, lepas setahun aku update setiap 2 bulan. Dah 2 tahun nanti aku nak update setiap 6 bulan or bila-bila ada perkembangan baru...gituuuu mak-mak sangat kan. Hopefully untuk anak kedua pun aku masih gigih update macam sekarang ni. Ok mari zasss kita tengok perkembangan Aish, ni pun aku update mana yang aku ingatlah ye, tapi yang no. 1 ni aku paling ingat, akan terpahat di ingatanku sampai Aish ber anak cucu..hahaha

* Dah pandai jalan..yeay!! 

Ye, dah setahun 4 bulan, baru Aish pandai jalan, ishh ishhh ishhh, terkejut ke kak?? hahaha. Mulanya aku tak risau sangat, tapi bila dah hampir setahun 3 bulan belum jalan jugak, aku risau la ko, sebab Aish bukan kategori lambat, dia kategori sedang-sedang, meniarap 4 bulan, menyusur 7 bulan, merangkak, duduk and memanjat 9 bulan, so aku jadi takut bila dia just berdiri, tak jugak menapak ke depan, kadang aku tolak suruh dia melangkah, tapi dia jatuh, idak jugak di angkat kakinya, siap aku la tolong angkat kan. Kiri kanan, kiri kanan aku tolong angkat dan letak ke lantai, kira nak ajar cara menapak la..hahaha. Hari-hari aku ajar ye, jangan ko cakap aku mak yang tak encourage anak pulak..marah ai nanti, tapi i have to admit, dia adalah terlalu manja, nak berdukung setiap masa. Sekarang pun dia masih suka merangkak dari berjalan, kalau nak tengok dia jalan ko kena dirikan dia dan paksa, tapi sekarang aku dah tak risau, sebab aku dah tahu dia dah boleh menapak, dia je yang memanjakan diri sangat, tapi setiap hari aku tetap paksa dia berjalan..hahaha, ini omak yang garang.

"Berjalan ko sekarang!!!" amboihhh garang sangat ni :D

* Pandai cakap "Dah" dan "Nak"

*Dulu setiap kali menangis mesti dia sebut "Maaa" Maaa", sekarang "Mamaaaaa" "Mamaaaa"

"Siapa Mama ko??!!" amboiihhh garang lagi. Padahal kemain berlari pujuk mulut moncong setiap kali anak nangis. Ololololololo sayang mommy ni, meh meh.

*Kemain pusing-pusing tangan isyarat habis, ko tau tak macam mana?, ishhh susah la nak tunjuk. Maybe aku kena buat video lalu upload di Keek. Eh lupa aku takde Keek, Instagram pun jauh sekali.

*Pandai salam cium tangan, tu dia dah pandai since setahun kot. Sebab Daddy selalu ajar.

*Lambai dan sebut byeeee, but most of the time mesti bunyi "baaaaa"

*Rajin panjat kabinet tv and main plug..heii geram je aku, memang tak boleh tinggal dia sorang-sorang. Tau-tau je dah berdiri sebelah tv.

*Kalau baru lepas balik dari rumah babysitter, aku langsung tak boleh jauh dari dia, kang dia menangis meratap hiba minta dukung. Abis camno den nak masak?? Memang kena tunggu daddy balik pukul 8.30 kang baru boleh ku masak. Nasib baik dapat suami yang memahami, yang tak pernah marah kalau lambat masak walaupun dia tengah lapar, yang tak pernah marah kalau rumah bersepah, kain tak sempat lipat, boxer dia habis sebab isteri tak basuh baju seminggu. Setiap kali cakap sorry, dia akan cakap, takpe..kan kita ada anak kecik, orang gila je yang akan marah. Tak ke terharu isteri mithali ni..terima kasih bang..eh tetiba abang...ooo hari ni hari Khamislahhhh. Tiba lari tajuk..(icon peluh kat dahi merecik-recik)

*2-3 bulan lepas kemain susah nak makan, peluh tiak mak masak, baru hulur sudu ke mulut dia, habis dia tepis, bersepai ke lantai. Urut dada aku ni. Sejak 2 hari ni kemain berselera la pulak, menganga macam mulut burung, maybe musim hujan, so perut pun lapar ye nak.

*Makin cheeky dan banyak akal.

*Marah kalau tak dapat apa yang dia nak. Jari kemain melentik-lentik tunjuk ke barang yang dia nak. Aku rasa semua budak pun begitu kan.

*Masih bf sehingga kini..sobss terharu dengan diri sendiri. Walaupun dah tak fully, tapi ada la jugak.

Tu yang aku ingat setakat ni, kalau ada yang tertinggal kita jumpa 2 bulan lagi baru aku updatekan sekali harung. Ok, bye!



Rajin benor menyelongkar KC aku, memang tak boleh buat apa dah, pernah beli pelekat untuk kabinet tu, tapi sekali dia kopek je habis tercabut, pakai tak sampai berapa hari T_T. I hetchu Daiso, you tipu ai!!



Dah siap main, dia susun balik, tunggang langgang



Tengah syok mommy tengok tv, dia tukar channel, amboiii sabor jelah. Kalau tukar sekali je takpelah, ni tukar berkali-kali, pening aku. Kalau Astro tu teroff, pandai pulak ko menangis ketakutan sambil tunjuk tv.



Look at me mommy!





Bosan tunggu daddy



Jatuh 2 minggu lepas kat rumah babysitter. Takpelah dik, baru Hero namanya

Ok, bye! Ini betul-betul bye :)




10 comments:

  1. Aish Yusuf hensem...yeayyy dah jalan....boleh la main kejar kejar...ehemmmmmmmm akak nampak alas kaki sakan...ehemmmmmmmmmmmmmmmmmmm...

    ReplyDelete
  2. yey..dah pandai jalan...lepas ni lagi ligat la mommy n daddy dia nk kejor...hehe

    ReplyDelete
  3. dahi aish tu pakej benjol sekali calar ke ape tu? jatuh atas tikar ke? kesian la budak ni..dari kecik, ntah bape kali bace ko update jatuh kat umah BS..haishhhh...

    ReplyDelete
  4. Akhirnya...

    Syabas aish.kagum mama nengok awk da pndi jln.terbaikla
    Aku suka nengok budak laki pki kemeja kaler putih.nmpk trserlah kehenseman kekiutan kemachoan.
    Nti ank 2nd lau dpt boy aku nk bli sume kaler putih kemejanya.

    ReplyDelete
  5. alhamdulillah aish dah pandai jalan..mesti comey je terkedek2 kan..
    lisa skarang pon tak boleh nak balance betol lagi..kena banyak practice lagi..huhu..

    ReplyDelete
  6. bab tukar channel mmg sama. jenuh haku menjerit dari dapo. tgh dengo berita melayu tetiba dgr berita tamil tak ke ko hangiiinnn????

    ReplyDelete
  7. suka tengok aish ni, perangai sebijik sama ngan saif. jenis lemah lembut sopan, suka tukar channel tv, bila kuar skrin biru tau menjerit takut panggil mama kat dapur..huhu..

    ReplyDelete
  8. Aish..hansomenya awak!!dh jln ek...congrats!!

    ReplyDelete
  9. berjalan jgk ko aish..klu tidak cian mommy ko ni riso je manjang.huhu.xpe aish,aish kn big boy mommy..

    ReplyDelete
  10. hetchuu daiso toooooo....medangnya tercabut. gara gara benda tu tercabut lah umar berjaya pecahkan tinggalan moyang dia punya mangkuk...tokojut den

    ReplyDelete