Salam,
Aku ni jarang sangat dapat balik Temerloh, yelah kalau cuti takat 2 hari je rasa mcam tak berbaloi, lain la kalau malam Jumaat tu kitaorang dah gerak balik kan. Selalunya kalau balik kampung, pagi sabtu la kitaorang baru gerak, Jumaat tak larat la, nak ngemas rumah lagi, nak packing baju lagi, suami aku pulak balik kerja dah 8.30, dah tak larat nak drive balik kampung dah, tu pasal kalau ada public holiday lama sikit memang kitaorang akan balik Temerloh, parents aku pun rajin jugak datang Shah Alam, kalau datang sini memang tidur rumah kitaorang je lah. Last week kan cuti Hari Malaysia, so kitaorang balik Temerloh, this time Aish dah boleh beramah mesra dengan Atuk Nenek dia, kalau tak sebelum ni, nampak je Atuk Nenek terus menangis, aku pun pelik, dengan stranger takde pulak dia takut, dengan Atuk Nenek sendiri kemain takut..macam-macam ko dik.
Kalau balik kampung kan, aku suka mandikan Aish kat luar, barulah feel kampung, tadah air dalam besen mandi tepi longkang sambil Aish main air paip, mandi pulak masa tengah matahari terik light-light..nikmat gila rasa, air sejuk cuaca panas, dah siap pakai baju, minum pulak susu suam-suam (tiba xde kena mengena).
Paip tu kaler putih sebenarnya tapi dah bertahun duduk dekat luar rumah, habis dah berkarat, barulah kampung ye dak, kalau paip berkilat stainless steel, takde la feel kampung tu..hahaha. Rumah parents aku ni depan paya je, tapi Pa aku pagar keliling la, kang ada pulak cucu terlepas terjun paya
Cucu lelaki nan seorang
Raya Haji ni insyaallah kitaorang balik Temerloh lagi. Ok bye!
aisy cekciiila. heheheh
ReplyDeleteaish...sexy!!!hahahaha..putih gebus!!
ReplyDeletetemerloh kat mane?
ReplyDeletelaluan balik kg tu.. saya kat jengka je
cekci aish.. malu2 tocen aunty nak tgknyer
kat kg. peragap, keluar highway belok kanan :)
Deletejln ke jerantut?kome org jerantut tp xde blog...silent reader je...hehehe salam kenal
ReplyDeleteheaven nya aish balik kampung~ kak aish xpe eh jirus air kat muka cm tu.cane nk ajar anak bg tahan bila jirus air kat muka tu eh.princess x suka,susah kalau nk syampoo rambut dye.
ReplyDeleteRara, Aish ok je, kdg2 nangis jugak, tp akak x mandikan dia bawah shower mcm princess, akak cebokkan je, cebok sikit2, tp klu dia nangis pun akak langgar jugak, abis takkan nak biar rambut busuk..hehe
Deleteaish sheksinye ko nak..
ReplyDeleteeh iman pn sama aku suke mndikn kt laman.ade pool die kt kg.maka pg ptg le duk brendam xnk msk umh..air kwsn bukit bukau dh le sejuk kn..huhu
Hensemnye aish..
ReplyDeletesonok ade kampung yang betul2 kampung ni....baru feel balik kampung kaaann.....
ReplyDeleteHensem boy balik kampung..eh blk temerloh nnti singgah la kemaman
ReplyDeletekasut aish comel la..beli mana
ReplyDelete