Klik Jommm

Tuesday, September 10, 2013

Room/Playroom for Aish Yusuf

Salam,

Semalam malas update, malas terlampau, so hari ni kena merajin-rajinkan diri. Oh btw, hari ni nak cerita pasal bilik untuk Aish. Hmmm aku pun tak tau nak panggil apa eh, aku rasa lebih kepada bilik kot instead of Playroom, sebab aku plan nak letak barang Aish dalam ni, semua barang Aish, be it baju, toiletries, mainan, semua lah. Mungkin cuma ada 2-3 toys yang aku buat hiasan, yang lain lepas Aish siap main, semua aku nak lanting dalam kotak mainan, dan kotak itu akan ku simpan dalam almari. Ok, or maybe kena panggil bilik aktiviti, bilik belum siap, ko dah kepoh nak panggil bilik apa eh..haishhh. Aku baru buat first stage sebenarnya..hahaha, cat pun belum lagi, kena tunggu weekend baru boleh cat, last week balik Rawang, minggu ni balik Pahang, so minggu depan baru boleh start cat. But initial plan dah ada dalam kepala, dah aim pun barang yang nak dibeli, feature wall pun aku dah set macam mana, theme color pun dah ada dalam kepala juga, nanti slowly aku update bila dah siap sikit-sikit eh which may takes 3-4 months lagi kot progressnya, sebab sekarang tengah gigih kumpul duit dalam tabung ayam untuk bajet deko bilik Aish ni and aku paksa suami kumpul duit itu, aku kumpul idea je..ngehngeh. Gitulah bila dah ada rumah sendiri, nak deko pun kena menabung tau, dan bila dah ada rumah sendiri, setiap apa yang kita beli mesti kita nak yang the best, bukan main beli je, betul tak anak-anak??

Bilik untuk Aish ni bilik kedua dalam rumah aku, tak besar pun, tapi muat lah untuk si Aish Yusuf tu nanti..haha, sebab tu aku plan betul-betul, tak mau beli banyak perabot, takut sempit, memang plan nak beli almari, drawer and set meja untuk toddler tu, that's all. Yang lain, dah ada kalu, baru aku kepohkan, kang apa pun takde, ko dah sibuk mengepoh. Mari kita tengok first stage dulu



Satu rumah aku ni memang owner dulu cat kaler putih, takdok feature wall, senang kerja ku. Setiap bilik ada wooden panel kat siling dan lantai, tu yang kaler coklat tu wooden panel la tu. Memula dulu aku plan nak cat wooden panel satu rumah ni warna putih, tapi...tapi..tapi..semua pintu kat rumah ni kaler coklat, bertabah kah aku nak mengecat pintu jadi kaler putih jugak?? So aku tau aku ni tak begitu tabah kot, so aku biarkan je lah semuanya dengan warna asal, or mungkin kena syelek semula kasi berkilat memancar-mancar..gitu.

Disebabkan ada wooden panel, sebelum kerja mengecat, kena la tampal masking tape dulu, kang masa ko tengah cat bersungguh-sungguh, tak perasan pulak tercat dengan wooden panel sekali..haruu, dah satu kerja nak mengikis pulak.

Eh lupa pulak, nampak tak kat dinding tu macam ada frame, kat dalam frame tulah aku nak buat feature wall nanti, yang luar frame tu aku nak cat biasa je.


Ni wooden panel belah bawah, kena extra cover, sebab takut cat menitik



Tangga yang membuatkan aku berulang alik ke Mydin, nasib baik ringan, aku boleh bawak sebelah tangan je




Amboi..seksinya ko banggg..kalau buat kerja lelaki tetiba nampak suami sendiri seksi..Pannggg





Hari tu aku dah nekad dalam hati, tak mau cat bilik ni warna biru, sebab manalah tahu murah rezeki aku dapat baby girl pulak lepas ni, so boleh share-share main dalam bilik ni dengan Abang Aish, so aku plan nak cat warna turquoise. Dalam otak aku ni, turquoise tu warna biru kehijau-hijauan, tapi bila nak beli cat, orang kedai tu cakap, turquoise tu warna hijau kebiru-biruan, dah aku confuse pulak, masa tengah pilih warna cat, Aish sakan menangis sebab mengantuk, aku takut nak pilih warna hijau kebiru-biruan tu, aku takut jadi warna petronas pulak..aaaa tak suka, so aku terus zass pilih turquoise blue, mati-mati orang kedai cakap tu warna biru..iyelah biru lah kot tu, malas dah aku nak pening, punyalah takmo biru mula-mula, biru jugak akhirnya..pffttt, gasaklah, nanti aku deko bilik ni warna lain selain biru, kasi nampak unisex sikit. 



Biru pun birulah labu, pening tengok warna banyak sangat, aku beli cat Dulux ICI, washable, pearl glow, 3 liter, satu liter RM30++, ko pilih warna dulu, baru dia adun dengan machine. Aku nak cat the whole room, untuk feature wall aku pilih warna pekat sikit, sebenarnya dark blue pun cantik as feature wall, tapi bilik tu kecik, aku taknak yang gelap sangat, kang nampak lagi kecik, so beza warna feature wall aku dengan dinding yang lain tak ketara sangat, but still warna untuk feature wall tu pekat sikit, dah cat nanti baru nampak bezanya kot, sekarang dok dalam tin, nampak lebih kurang je.

Ok tu je update hari ni, 2 minggu lagi baru update bilik yang dah siap cat okeh, doakan aku berjaya..hahaha.

16 comments:

  1. eh, eh rin samela kite..mamilisa and ayahlisa pon skarang ngah bertungkus lumus nak menyiapkan playroom lisa kat umah tu..ayahlisa dah siap cat dah bilik dia color pink..barang2 lain macam almari, set meja toddler sume dah beli dah..beli sikit2 and murah2 je terjah mane yang ada sale..huhu..
    skarang ngah pikir nak buat susun atur..
    good luck rin :) x sabar tengok outcome bilik aish:)

    ReplyDelete
  2. cantik la sbb lantai kayu! i sukaaa...

    nanti dah siap cat update tau...i pon baru settle cat bilik ayish kat rumah baru nanti...boleh la share2 idea deco nanti...hehe

    ReplyDelete
  3. Sebenarnya saya hari2 baca belog awak. Komen jer tidak sbb malas. Hari ni nak komen lah.

    Gud luck! (Best kan komen ni)

    ReplyDelete
  4. go go caiyokkk...tak sabor pulak nk tengok hasil deko korang laki bini..hehehe

    ReplyDelete
  5. tak sabor nak tengok hasil bilik aish ni..

    ReplyDelete
  6. Wah ros pun xsbar ni nak watplayroommm..., grrrr

    ReplyDelete
  7. chayok2!
    tngu ade rumah sndr bru ade palyroom betol2 utk zara

    ReplyDelete
  8. Alaa. Ape ni entry xde hasillll. Hahahah. Nk tgk bilikkk mesti cantik nii.

    ReplyDelete
  9. Alamak.xsabar tau nak tgok.. :-)

    ReplyDelete
  10. aku suker bende2 mengecat nih..eaahh...hahaha...gud luck erin...

    ReplyDelete
  11. chaiyok erin!baby gegurl pun aci aje kaler biru tu..cer tengok shahadah kina..semua mak dia balun biru..hehehe

    ReplyDelete
  12. wow... nanti upload gambar da siap plak ye...

    ReplyDelete
  13. Salam pekenalan ..bestnya cat bilik untuk anak .. seronoknya ..tak sabar nak tgok perkembangan seterusnya ..yayyy

    ReplyDelete
  14. cantiknye bilik lantai kayu..berangan jugak rumah lantai kayu camni..

    ReplyDelete