Klik Jommm

Tuesday, September 3, 2013

Gambar Raya Family Saya

Salam..

Hahaha..over tau, ni sebab si Leenda lah yang suruh upload gambar side family aku pulak. Tapi ni gambar raya tahun lepas, tu pun kitaorang ambik on raya ketiga kot seingat aku. Tahun lepas memang giliran beraya kat rumah family aku di Temerloh, tapi raya ketiga baru sempat nak ambik gambar sefamily. Tema baju raya tahun lepas is HIJAU, tapi bila dah banyak family kecik-kecik ni, masing-masing balik bawak warna hijau versi masing-masing, aku hijau terang, Along aku hijau lumut, adik lelaki aku emerald green, parents and adik-adik aku yang belum kahwin hijau suka hati ko..kahkah, paling best adik lelaki aku pakai hitam, tampaq kang tau la.

Family aku besar, kitaorang 6 beradik, aku anak kedua, 3 orang dah kahwin, 3 orang belum. Sekarang cucu dah ada 4 orang, tapi Aish is still the only grandson, 3 lagi cucu perempuan. Adik lelaki aku yang belah kanan tu sebaya En. Syg. En. Syg muda setahun je dari aku. Adik lelaki aku kahwin dulu dari aku on 2010, aku kahwin 2011. Adik beradik kitaorang semua muka lain-lain..tak taulah kalau korang tengok ada iras ke tak, tapi kalau kitaorang jalan sesama adik beradik, takde orang perasan pun kitaorang ni adik beradik. Ma aku ada darah mamak sikit, tu pasal Ma gelap sikit, tapi dalam adik beradik, akulah yang paling cerah dan yang paling kurus, sebab aku banyak ikut side Pa. Yang lain ko tengoklah sendiri.



Along (kakak aku), Sara (anak buah), Abg Long (abg ipar), family aku, Ad (adik no.5), Sham (adik no. 3), Amani (anak buah), Asha (adik ipar)

Adik (bongsu), Pa, Ma, K.cik (adik no. 4)

Tahun depan, kita beli kain sekayu, so that semua sama warna..hahaha

Dah tu je, nak gi Mydin USJ sat lagi nak tukar tangga, salah beli saiz da, pendek sangat, tak sampai nak panjat ke siling. Ada projek baru dengan suami, nanti dah siap baru update, belum siap kita diam-diam dulu..hahaha, macamkan orang nak tau sangat..puihh. Ok, bye!



9 comments:

  1. bestnyer bergambar family besar camni :)

    ReplyDelete
  2. ahahahhaa..ingatkan ape lah haii sampai tagged aku kt group..mekasih la sudi buat entry menjawab persoalan aku tuh..tahun depan aku nak paksa adik beradik aku pulak ambik gmbr kt studio..asyik tgk gmbor ko je..jeles jugak aku seposen...hahahaha..

    ReplyDelete
  3. Sama le kite erin.adik beradik 6 org =)
    Pssst..nak mengecat ke tu?hehehe

    ReplyDelete
  4. Besar keluarga erin kan...hijau temanya

    ReplyDelete
  5. Erin..ade gak same sikit2 akak sulung and adik pompuan..tang mata tu..tp saiz je lain2..heheh

    ReplyDelete
  6. terkenang gmbar daku sefmly 1st syawal 2013..smgt ambil dn kumpul reramai tetiba2 ank buah terdelete..nangis!! xdpt nk wat pe..sobs!

    ReplyDelete
  7. Best! Kita ada gak gambo sefamily tapi x kt studio..perkhidmatan ironboardpot. Hahahaha. Btw, seronok kan bila tengok gambo family gini. Kenangan hingga akhir hayat! ; )

    ReplyDelete
  8. hoi. semangat gambo raya dia. mcm gambo konvo lah. hehehehe.

    ReplyDelete