Klik Jommm

Friday, February 28, 2014

Pre Order: Adjustable Children Basketball Set (Harga Borong)

Salam,

Nak kumpul order untuk basket ball set ni. Stock akan sampai pertengahan bulan Mac, harga borong aku bagi tu..mai mai mai







GMB PRICE: RM23.00 (exclude postage)

Postage to Semenanjung: RM9.00

Berminat??

PM/WHATSAPP/SMS: 0162305024 (Erin)

Cepat tau, stok limited.

atau 




Aish vs Wak Doyok

Salam,

Sabtu lepas, Aish bangun je dari tidur nampak mak dia ni makan Magnum Mini, dia nak rasa so aku kasi sikit, dari sikit terus jadi dia punya..amboiiii, daddy tolong bukakan baju, tinggal pampers je sebab daddy tau isterinya ini malas nak sental baju anak..ngihihi.


GOOD MORNING EVERYBODEHHH



Aish versi Wak Doyok

Moga Aish membesar menjadi Aish Yusuf yang Mommy dan Daddy akan banggakan

Dah Jumaat..yeayyy, hari ni gaji..double yeayyyyy..haha

Bye!!



Wednesday, February 26, 2014

Ahad Lepas

Salam,

Dah hari Rabu, kejap betul kan. Minggu lepas kitaorang tak balik Rawang, dah 2 minggu tak balik tau, nasib baik jugak tak balik, sebab tiba-tiba petang Sabtu parents aku call cakap diaorang dah otw ke rumah aku, suka tau buat anak diaorang ni tertanjat-tanjat. Nasib baik En. Syg baru balik dari beli barang dapur, penuh fridge dengan lauk dan sayur, kalau idak ikan masin jelah kita..hahaha. Sekarang aku dah jarang ikut En. Syg pergi beli barang dapur sebab kadang-kadang Aish tidur and kadang-kadang I is malas, alaaa dekat je tempat belinya pun, kalau bosan duk rumah aku ikut jugak tapi kebanyakan masa memang aku ikut pun, lately je dah jarang sikit.

Ahad pulak, bawak parents aku berjalan ke SCM and lajak terus ke Jakel beli kain pasang nak buat baju raya, tapi aku tak ikut ke Jakel, Aish dah mengantuk and Jakel ko taulah time tengahari baru ko nak pergi, macam sardin, nak parking pun susah, kang nak ngadap Aish mengamuk ngantuk lagi, parents and 2 orang adik aku je yang pergi Jakel, aku anak beranak tunggu dari kejauhan sementara diaorang shopping.huhu, singgah Plaza Masalam, Sek. 9 beli susu Aish dan lunch sekali. First time lunch dekat sini



Bellagio Cafe

Cafe biasa-biasa je tepi-tepi koridor, open air, saje nak try test.



Spagethi Aglio Olio, kena order jugak spagethi sebab Aish suka makan, dah la pagi tu dia taknak makan, ciput je dia makan paratha, masa kat SCM dia makan biskut je sikit. Kalau ko tanya sedap ke tidak spagethi ni, aku rasa biasa je, errr tak recommended.



Nampak je spagethi terus sambar and makan sendiri dengan tangan, baca doa pun tak sempat ye dik. Kat rumah aku stok spagethi sentiasa ada, sebab Aish suka makan. Sebenarnya dia suka makan mee, tapi aku rasa dari mee kuning baik aku bagi spagethi kan, mee kuning tu tak berapa elok untuk budak sebab ada pengawet kuat. Spagethi tu pun aku buat masak macam-macam untuk Aish.



 Aku ambik Beef Burger, surprisingly sedapppp, macam burger bakar tu..sedap, sedap, sedap.


Nanti boleh makan lagi kat sini, aku nak makan burger, sedap weh.

Oklah, bye!


Tuesday, February 25, 2014

Pop Chef Murah

Salam,

Jom beli, boleh buat bentuk buah atau roti yang menarik untuk anak korang, nak buat bento untuk anak pun senang, mana tau anak korang makin berselera lepas ni.











Boleh tengok cara guna kat sini


GMB PRICE: RM 21.00 (exclude postage)

Berminat??

PM/WHATSAPP/SMS: 0162305024 (ERIN)
  
atau 


Have a nice day!!


Pemenang Erin (..life after "i do") 1st Giveaway

Salam,

TQ pada semua yang join GA aku ni dan TQ jugak untuk korang yang tolong vote, setiap vote korang tu aku ambik kira tapi markah dari juri pun ada jugak. Aku ingat nak umumkan pemenang Jumaat ni, tapi rasa macam tak sabo la pulak..hahaha. 

Juri ada 3 orang, setiap orang akan pilih 5 gambar yang paling dia suka, so ada 15 la yang tersenarai, lepas tu markah dikira dari situ sampai tinggal final 4, dari 4 kitaorang pilih 3 yang the best jelah kan. So dah ready nak tau pemenangnya :)

*

*

*

*

*

*

*

JENG JENG JENG

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

&

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*



 Cikkin dari blog Cikkin Diary



Umie Sue dari blog Sue Suka Susun




Uyah Nazura dari blog Uyah Nazura


Nanti korang bertiga email address korang kat email aku yeh airin2306@yahoo.com, minggu depan baru aku pos tau. Tahniah untuk semua pemenang, yang tak menang, takpe nanti aku buat lagi..ececeh bajet semuaorang nak join GA ko. Frame akan diberi secara random, aku sendiri pun dah tak ingat sebab aku dah bungkus pun. Doakan frame korang tak pecah di tengah jalan..huuu, aku dah bungkus elok2 tu, nanti aku akan letak sticker fragile. Ok, settle, bye!




Monday, February 24, 2014

Happy Call 32cm Murah

Salam,

Nak jual murah ni, serius murah





HAPPY CALL 32CM
Non stick double pan




RM 81.00 (exclude postage)

Berminat:
PM/Whatsapp/SMS: 0162305024 (Erin)

atau Like Page aku Gobok Mommy & Baby


Room/Playroom: AISH

Salam,

Dah lama gila tertangguh nak update pasal ni



Tah-tah korang pun dah lupa kan, aku buat teaser on Dec last year..amboii dah lama tu, nak tau apa aku beli kat Typo? Aku beli ini....

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*




Beli 1, RM15/unit, Beli 3 dan ke atas RM10/unit. Aku beli 4, so dapat RM40 jelah.



Sebenarnya aku suka huruf kayu yang warna putih tu, tapi takde penyangkut dan huruf tu agak berat sikit, kalau aku nak tampal kat dinding pakai selotape khas untuk dinding, aku takut tak kuat, kang jatuh tertimpa kepala anak aku, naya je. So takpelah aku korbankan kehendak demi keselamatan gitteww.



Belakang dia macam ni, ada penyangkut and ringan je, agak-agak kalau jatuh atas kepala, takdelah retak kepalamu..kahkah



Dah siap, jenuh daddy mengukur nak kasi lurus



Jam aku duk pukul 2.24 je kan..haha tak letak bateri lagi, asyik lupa nak beli bateri, nanti kalau Aish ada adik, aku tambah je huruf tu susun macam teka silangkata



Port lepak Aish sambil tengok DVD, nasib baik dia tak addict sangat tengok DVD, kalau tak jenuh.

Oklah tu je, bye!




Friday, February 21, 2014

Hadiah GA dah siap

Salam,

Kebetulan 2 hari aku ambik EL minggu ni, time Aish tidur je, aku pun balut hadiah GA ni. Bukan apa aku ni ada satu perangai tak senonoh yang susah nak diubah. Suka sangat menangguh kerja, kang kalau aku tak balut sekarang, mau berbulan-bulan baru aku hegeh-hegeh nak pos hadiah orang..not good..not good.

Disebabkan nak pos frame, kenalah balut cermat sikit, kang pecah, naya je, TQ Tmah belanja kita bubble wrap..haha bubble wrap pun nak mintak kat orang, kalau ko tak menang, jangan ko suruh aku bayor pulak bubble wrap ko..kahkah.







3 kali balut tepi buai anak, yang anak pulak kemain telinga lintah, bunyi plastik je, kemain dia bergoyang dalam buai, kang bunyi kertas dia terjaga lagi, gila slow mo aku balut takut dia terjaga, dari petang membawak ke maghrib baru siap, sampai ke malam sakit pinggang. Eh sekarang aku selalu sakit pinggang and belakang, dah tua sangat aku ni, suami aku cakap dah boleh minum susu untuk orang umur 50++ tu, amboiiii ko bang, kemain lagi yeh.

Tak sabar nak pos, nak clearkan meja makan aku..haha, molek je hadiah bertenggek atas meja makan, situ je tempat yang Aish tak boleh capai. Oklah, see you next week :) Bye!


Saturday, February 15, 2014

Erin (..life after "i do") First Giveaway

Salam,

Are you ready?? Ok, get set go!!

TEMA GIVEAWAY


 Daddy and Baby Cool


SYARAT PENYERTAAN

Mode garang is on! keskes

1)  Follow blog ..life after "i do"

2)  Buat satu entry dengan tajuk Erin (..life after "i do") First Giveaway

3)  Copy seluruh entry aku ni termasuk gambar tema dan gambar hadiah dan paste ke dalam entry GA di blog korang (printscreen tak mau aaa) dan jangan lupa letak link blog ni dalam entry korang tu.

4)  Dah paste entry aku kat entry GA korang, bawah sekali baru korang masukkan gambar suami dan anak korang yang korang rasa paling cool dan menarik (suami dan anak sendiri sahaja ye, suami or anak orang lain ku tak terima, mak-mak jangan masuk dalam gambar, aku nak tengok ayah-ayah mithali pulak, asyik muka korangggg je..hahahaha)

5) Bawah gambar tu buat entry ringkas pasal gambar suami dan anak korang tu, mungkin boleh bagitau kenapa gambar tu ko rasa cool dan menarik sangat dimata ko (itu contoh ye). Nak merepek pun boleh, tapi jangan la panjang sangat.

6) Jangan lupa paste link entry giveaway korang tu di ruang komen entry ini, kalau lupa tak dapek den nak nolong..gahaha

7) First Giveaway aku ni akan bermula pada 15 Januari 2014 sampai 15 Februari 2014.

8) Sila baca syarat penyertaan betul-betul, tak lengkap kalu, reject la jawabnya. Sebarang surat menyurat, whatsapp, sms, kolling-kolling tidak akan dilayan (paling muka ke tepi) kahkah..hoihhh garang sangat ni. Boleh je nak tanya apa-apa, komen je kat sini, nanti aku jawabkan, nak email pun boleh, nak whatsapp pun boleh, saya tak garang, baik je..huhu

9) 3 orang pemenang dengan gambar paling cool dan menarik sahaja akan dapat hadiah ini



Boleh gantung di playroom anak :)

Ok, tu je, join ramai-ramai ye, bye!


Friday, February 14, 2014

Pop Up Spice Rack Murah

Salam,

Ok, ni entry bisnes pulak ye, lepas ni ngadap la korang kejap entry personal kejap entry bisnes..haha. Sambil nyelam sambil minum air gitu..kihkih

Korang rajin masak tak? ke malas? Eh tak kiralah rajin ke malas ke, aku rasa korang perlu ada Pop Up Spice Rack ni, sebab apa?? Senang, boleh ko bubuh segala jenis rempah ratus letak tepi dapur, sambil masak boleh capai je nak rempah apa, lepas tu tak payah ko terpusing-pusing tutup bekas rempah yang biasa tu, lambat oii, sempat hangit dulu masakan ko, eceh over sangat sampai hangit. bekas rempah ni senang, sekali ko pop dia, ko tunggang dalam kuali, pastu ko pek balik bekas dia, terus boleh simpan, ni tahap masterchef sangat ni..hahaha. Udah katanya kita-kita ni kan SuperMommy..ehemsss, buat kerja mestilah nak cepat sebab ada anak-anak kecik kan.

Material dia plastik tau, yang hijau tu getah, dahlah memudahkan kerja, cantik pulak tu kan, nak pulak ko letak tepi dapur, amboiii terus mak mertua jeling-jeling. Motip mak mertua nak jeling-jeling spice rak ko? sebab cantik, so baik ko beli 2 terus..ngahahah pangg!! Eh salah beli 3 terus, kasi ke mak ko jugak :)









Berminat??

Like Page Gobok Mommy & Baby

RM 27.00 (exclude postage)

Whatsapp/SMS: 0162305024 (Erin)

 Have a nice day!!

Last Call: Erin (..life after "i do") First Giveaway

Salam everybodehh,

Lama aku hilang, sebab sibuk sangat dengan kerja menambun dan sibuk dengan bisnes kecik. Alhamdulillah nak kata untung ribu-ribu tu takde lagi la, tapi setiap hari pun ada order, syukur..syukur, dapat pulak En. Syg yang support dan tolong promote kat officemate dia jugak. Seronok betul bila buat bisnes, aku pun jual murah-murah je, sikit-sikit lama-lama jadi bukit ye dok. Haaa dah like belum page aku? Kalau belum mai like, aku tengah tambah barang sekarang ni, manalah tau ada yang korang berkenan and korang rasa murah marilah berbelanja denganku..kikiki.

Eh nak cerita pasal benda lain mengarut ke lain pulak aku. Ni nak bagitau, esok last ye untuk korang join GA aku ni, kalau belum buat, buat cepat-cepat, sebab tu aku buat sebulan nak kasi korang masa yang cukup untuk join, kalau tak sempat jugak, takpelah next time aku akan buat lagi :). Thank you pada yang dah join, Isnin ni nanti aku up semua gambar peserta..cewahh peserta gitu, sebab juri akan  judge dari blog aku ni je, so Isnin ni jangan lupa chekidout blog aku ye, kang takut gambar korang tertinggal pulok.

Oklah nak membz sat, jap lagi aku nak up entry bisnes aku pulak..hahaha muntah darah la korang, bye!



Errr tak tau nak boh gambar apa..tibai gambar ni jelah.

Like Page aku yeh : Gobok Mommy & Baby

Eh, lupa nak bagitau aku ada jual barang Autumnz tau, sekarang tengah buka order untuk 2nd batch start 08/02/14 - 05/03/14, delivery akan bermula 10/03/14 onwards, kalau korang berminat dengan barang Autumnz (nursing bra, stereliser, warmer, storage bottle, storage bag etc..) jangan lupa singgah page aku, aku jual lebih murah dari harga pasaran. Bye!



Monday, February 10, 2014

Aish..

Salam,

Dah lama tak update blog, bz sangat lately, kerja menambun..haha, baru-baru ni jugak aku tak sihat, so mood nak update tu macam malas je, but anyway, hari ni dah sihat..errmmm dah almost seminggu kot sihat..miahaha. Oklah meh tengok Aish je hari ni yeh.



Saturday bebeh, mari bangun pukul 10am



Otw balik Rawang, pakai baju budak pulau. Aunty dia belikan masa bercuti kat Pulau Pangkor, TQ Aunty



Lately selalu sangat tidur lewat, malam tadi dia tidur pukul 2am, mommy daddy dah terlelap depan tv, dia lek je duduk depan tv, mata seinci je dari tv..haihhh rosak mata dik. Habis ikhtiar dah nak bagi dia tidur awal, tapi tak berjaya jugak. Kalau duduk dalam bilik, gelap-gelap tu, dia sibuk berjalan atas katil, kalau kitaorang tidur pun dia peduli apa, ngekek dalam gelap sambil jalan atas katil pastu rebahkan badan, aku risau je dia jatuh ke lantai, nak tidur pun tak boleh maknya ni ha, sibuk duk menyambut anak. So aku bawak dia keluar longgok buku bagi dia leka. Padahal siang tu dia tidur 2 jam je, siap berjalan satu Tesco, tak tau kenapa dia tak letih...waaaaa



Aish Federer



Berjaya tidur without buai waktu siang, 3 jam..huaaa, penat mommy nangis tengok Kabhi Kushi Kabhi Gham, Aish tak jugak bangun..heaven, boleh mak ko nangis dengan tenang..haha



Aktiviti wajib kalau balik Rawang, berendam dalam "pool" kat garaj sambil siram orkid nenek



Aktiviti kat Tesco semalam, daddy cakap Aish tengah pilih spenda. hahaha spenda la sangat.



Ok, nenek, jom kita g bayor spenda...haha

Ok, nak makan, bye!

 


Tuesday, February 4, 2014

Hari ni

Salam,

Aku sorang-sorang kat office atas ni, lemau betul, keje banyak ni sebenarnya..haha. Update blog sat, jap lagi sambung kerja pulak. Semalam aku cuti, suamiku pun cuti, babysitter tak cuti, so kita hantar Aish ke babysitter dan kita dating berdua yang akhirnya end up pergi melawat baby baru lahir. Memula plan nak pergi karok, sekali tempat yang suami aku biasa pergi tu dah penuh daa, baru tengahari dah penuh, apa takde kerja lain ke orang M'sia ni berkaraoke tetengah hari buta..hahaha. Aku dah lama gila kot tak karaoke, last masa bujang, masa tu belum kenal suami aku lagi kot, cer kira dah berapa lama tu, almost 6 years..perghhh. Lepas tu pergi tengok tiket movie, alahaii movie semua boring, tak jadi tengok, or sebab kitaorang ni dah tua, dah beranak kecik, so movie yang dulunya time bujang baru tengok tajuk dah mengeletis-ngeletis nak pergi cinema, sekarang tengok tajuk je dah alahaiii, bosannya movie ni. Tak jadi tengok movie, kitaorang pergi Paradigm Mall, first time ok aku pergi, so sempat singgah Kaison, tapi kenapakah aku tidak excited pergi Kaison..hahaha ke sebab aku tinggalkan Aish kat rumah babysitter so aku tak rasa havoc macam biasa. Kalau Aish ada, semua aku rasa excited, maybe sebab havoc gile melayan dia. Sebelum pergi melawat baby, belikan present dulu untuk baby, takmo beli set baju newborn yang biasa tu, so kita beli luar biasa sikit.



Beli satu baju jalan n hairclip yang maha comel. Alahai bersinar-sinar mata aku tengok aksesori baby girl. Comel kan hair clip tu, aaaa mak suka. Tapi tak taula kat mana mak baby tu nak kepit hairclip tu nanti..haha gasaklah, kakak baby pakai pun takpe kot.

Gambar baby takde, tapi baby kecik and merah sangat..ololololo, besar tu rupanya Aish dulu, aku nak pegang pun takuitt, dia nangis mata pejam, mulut nganga-nganga..hujung-hujung je keluar suara..anyonyonyo dia tu, eiii geram. Kakak baby tu baru setahun sebulan, dia dah ada adik, terus aku terkagum-kagum, memang penuh tenaga mak dia, melayan kakak yang kecik masa mengandungkan baby ni dulu. Aku?? sekarang pun tak larat, tu baru anak sorang, terus rasa bertenaga nak tambah baby jugak, eh bertenaga?? macam lain je..hahaha pangggg!!



Ok stop cerita baby, ni lunch tadi, sebab sorang-sorang, gi tapau je grilled chicken with mushroom sauce, tak tau kenapa asyik terasa-rasa nak makan western je hari ni..hmm ke ada baby?? eh.. Oklah penat merepek, bye!