Klik Jommm

Showing posts with label Giveaway. Show all posts
Showing posts with label Giveaway. Show all posts

Friday, February 14, 2014

Last Call: Erin (..life after "i do") First Giveaway

Salam everybodehh,

Lama aku hilang, sebab sibuk sangat dengan kerja menambun dan sibuk dengan bisnes kecik. Alhamdulillah nak kata untung ribu-ribu tu takde lagi la, tapi setiap hari pun ada order, syukur..syukur, dapat pulak En. Syg yang support dan tolong promote kat officemate dia jugak. Seronok betul bila buat bisnes, aku pun jual murah-murah je, sikit-sikit lama-lama jadi bukit ye dok. Haaa dah like belum page aku? Kalau belum mai like, aku tengah tambah barang sekarang ni, manalah tau ada yang korang berkenan and korang rasa murah marilah berbelanja denganku..kikiki.

Eh nak cerita pasal benda lain mengarut ke lain pulak aku. Ni nak bagitau, esok last ye untuk korang join GA aku ni, kalau belum buat, buat cepat-cepat, sebab tu aku buat sebulan nak kasi korang masa yang cukup untuk join, kalau tak sempat jugak, takpelah next time aku akan buat lagi :). Thank you pada yang dah join, Isnin ni nanti aku up semua gambar peserta..cewahh peserta gitu, sebab juri akan  judge dari blog aku ni je, so Isnin ni jangan lupa chekidout blog aku ye, kang takut gambar korang tertinggal pulok.

Oklah nak membz sat, jap lagi aku nak up entry bisnes aku pulak..hahaha muntah darah la korang, bye!



Errr tak tau nak boh gambar apa..tibai gambar ni jelah.

Like Page aku yeh : Gobok Mommy & Baby

Eh, lupa nak bagitau aku ada jual barang Autumnz tau, sekarang tengah buka order untuk 2nd batch start 08/02/14 - 05/03/14, delivery akan bermula 10/03/14 onwards, kalau korang berminat dengan barang Autumnz (nursing bra, stereliser, warmer, storage bottle, storage bag etc..) jangan lupa singgah page aku, aku jual lebih murah dari harga pasaran. Bye!



Monday, January 13, 2014

Hadiah Giveaway Dah Siap!!

Salam,

Korang ingat tak hari tu aku ada bagitahu aku nak buat GA on January. First GA aku tau..kofkof. Memang aku dah niat nak buat sendiri hadiahnya, barulah special walaupun..hahaha. Aku tak tahu la orang suka ke tidak, tapi aku nak bagi korang hadiah yang aku sendiri suka, sebab aku dah buat untuk Aish, so aku suka dengan resultnya, again, kalau korang tak suka janganlah join..sobsss. Kalau suka mai join ramai-ramai.

Sebenarnya aku dah buat benda lain, tapi atas kesilapan teknikal sendiri, aku print je balik apa yang aku dah buat untuk Aish ni, hadiah yang aku dah buat sebelum ni, aku buat untuk 2nd GA je la eh..huhu, ponat mak hincik mendesign berminggu-minggu (design la sangat). Takpelah, for first GA, rezeki korang untuk dapat hadiah ni..jeng jeng jengg...

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

* 

Pejam mata dulu

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

Debor-debor tak?

*

*

*

*

*

*

*

*

Tadaaaaaa

*

*

*

*

*

*

*

*





Aku buat 3, so akan ada 3 pemenang, takde nombor, aku akan pilih 3 gambar paling menarik je




Boleh gantung kat playroom anak korang nanti, sama macam Aish punya, sape mau?? Tunggu Rabu ni aku up entry GA yeh. Aku nak buat sebulan, so memang banyak masa, kalau tak sempat join jugak, tak tau la nak kata apa..haha. Suka dok?? Tak suka takpe..srootttt.  Ok, bye!



Thursday, January 9, 2014

Pemenang Giveaway Umie Sue

Salam,

Syukur alhamdulillah, memang rezeki Aish. Ni kira 2nd time aku menang GA, tak menang pun takpe sebenarnya, aku join pun sebab nak support member, kalau aku free and ada gambar yang sesuai, memang aku akan join, kalau menang memang rezeki la tu.

Ni entry GA aku dan ni entry Umie Sue masa umumkan pemenang. Memang tak sangka pun sebenarnya, gambar tu pun aku ambik candid je masa Aish busy main mop. Dia baru lepas mandi, pakai baju pun tak sempat, dah sibuk dengan mop dia.

Hadiah?? Aku suka gile ok hadiah GA Umie Sue ni, sebab Aish belum ada Flash Card Jawi lagi. Baru sampai petang semalam, belum guna untuk Aish pun lagi.



Tq Sue, moga murah rezeki mu selalu..ewahh

Ok, bye.


Wednesday, January 8, 2014

Wordless Wednesday

Salam,

Bz terlampau, macam rasa ada beban dalam jantung..haaa gituuu, tercungap-cungap, nak fokus yang ni, yang itu datang, nak fokus yang itu, yang ini belum siap..grrrr, so boleh entry pendek jek.

2 parcel yang di tunggu-tunggu dah sampai..fuhhh tak sabar tau!



Ni hadiah menang GA



Ni..biarlah resia..hahahaha

Esok buat entry proper sikit, ok bye! nak sambung mencungap jap.


Tuesday, December 31, 2013

Pemenang GA Mommycha

Salam,

Kito monang yo!..kito monang yo!..haha poyo tak ingat

First time okeh aku menang GA so gembira tu lebih sikit la sebab aku ni bukan orang yang selalu lucky, asyik tak lucky je kalau masuk apa-apa pertandingan sekali pun. GA Mommycha ni GA kedua yang aku join sejak berblog. TQ Micha, sila buat GA selalu, nanti aku nak menang lagi...gahaha

Semalam hadiah sampai, tanjat aku sebab cantik sangat Micha balut, siap ribbon hah!






 Aku dapat buku ni, suka! serius suka, kalau dah namanya hadiah, dapat apa pun aku suka. Nak pulak sekarang aku tengah buat bilik Aish, boleh cari inspirasi dari buku ni kan.



Sorry, gambar aku gelap gelita, ambik gambar malam tadi..haha. TQ Micha, moga murah rezeki ko selalu.

                                         Januari ni aku pulak nak buat GA tau, tungguuuu. Ok, bye!


Friday, December 27, 2013

Umie Sue 1st Giveaway

Salam,

Hari ni nak join GA by Umie Sue pulak

Aish ni kan dia pantang nampak mak dia ni buat kerja rumah. Budak baya dia memang macam tu, mak dia sapu, dia nak sapu jugak, mak dia kemas, dia nak kemas jugak, mak dia mop, dia nak mop jugekkk, yang paling aku geram tu, kalau masa mengemop rumah, Ya Rabbi, atas lantai basah tulah dia sibuk nak berjalan, jatuh terduduk, terlentang, kemain dia usaha nak jugak capai mop yang aku pegang tu, bila aku bagi, amboihh dia punya over lebih dari maknya ni, aku mop lantai je, dia mop segala benda, mainan dia pun dia nak mop jugak, basikal pun dia mop, mak dia tengah lipat baju, kemain susun sama besar, sekali dia libas mop (niat baik nak tolong mopkan baju), terabur semua..(nangis dalam hati). Aku tak bagi kang dia punya melalak, amboihhh berdesing telinga ni rasanya, ke hulu ke hilir dia usung mop. Alih-alih diam tak berketik, sekali lagi aku tengok.

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*




Lor penat ke dik (manalah tak penat, kalau dah semua benda pun nak di mop), siap boleh mop sambil baring, kemain lagi dia gerakkan mop tu ke atas ke bawah, ni lagi multi tasking dari mommy ni, mengemop sambil berehat, mommy pun tak mampu buat camni dik. Dah besar sok kena macam ni jugak tau, baru mommy sayang lebih.

Ok, tu je, bye. Jangan lupa join tau, barulah meriah :)



Tuesday, December 24, 2013

Ibu Rafif First GIVEAWAY

Salam,

Hari ni nak join GA by Ibu Rafif

Syarat2;
>Follow blog i dlu. Ada kat tepi ni. Tekan je follow! (DONE, dah lama ku follow, sejak Rafif belum wujud lagi)
>Buat entry dengan meletakkan SEKEPING saje gambar. (Gambar paling best)
>Terangkan la tentang situasi gambar tersebut. (Contoh anak tengah main piano baru beli guna duit bonus ke.lol) 
>Once dah joint, nanti tempek link di ruangan komen ye. (I akan check one by one)

Itu saje! Tarikh tutup penyertaan: 31 December 2013 (lambat lagi)
Ok, Mimi, aku boh gambar ni
Aish dalam playroom, kalau dia dah start main, memang kecah satu bilik, buku pun habis dia kumbar. Sekarang tengah kemaruk main Fire Truck yang Atok Rawang belikan, dari duduk sampai meniarap, tu dah tahap penat sangat tapi nak main jugak :) Kalau dapat Fire Truck ni dia boleh main sampai baring terlentang, apa dibeleknya pun tak tau la. Mommy snap picture pun dia tak perasan, fokus sangat ni.

Ok, bye, mai join ramai-ramai.

Thursday, November 28, 2013

Mommycha 1st Giveaway

Salam,

Lama aku tak update, tetiba timbul sebab nak join GA Mommycha.




Micha cakap buat entry ringkas, ni dah habis ringkas aku buat. Ni gambar candid masa kat Wad DEMC, Aish demam panas, ternyata begitu sopan aku tidur.

Micha, no. 6 pun jadilah..muehehe. Aku saje join, nak support kengkawan, lepas ni akan cuba merajinkan diri join GA korang, mai la buat GA bebanyak, aku nak join.

Ok, bye!, nak gi lunch date dengan En. Syg.