Klik Jommm

Showing posts with label Mummy Aish. Show all posts
Showing posts with label Mummy Aish. Show all posts

Tuesday, February 4, 2014

Hari ni

Salam,

Aku sorang-sorang kat office atas ni, lemau betul, keje banyak ni sebenarnya..haha. Update blog sat, jap lagi sambung kerja pulak. Semalam aku cuti, suamiku pun cuti, babysitter tak cuti, so kita hantar Aish ke babysitter dan kita dating berdua yang akhirnya end up pergi melawat baby baru lahir. Memula plan nak pergi karok, sekali tempat yang suami aku biasa pergi tu dah penuh daa, baru tengahari dah penuh, apa takde kerja lain ke orang M'sia ni berkaraoke tetengah hari buta..hahaha. Aku dah lama gila kot tak karaoke, last masa bujang, masa tu belum kenal suami aku lagi kot, cer kira dah berapa lama tu, almost 6 years..perghhh. Lepas tu pergi tengok tiket movie, alahaii movie semua boring, tak jadi tengok, or sebab kitaorang ni dah tua, dah beranak kecik, so movie yang dulunya time bujang baru tengok tajuk dah mengeletis-ngeletis nak pergi cinema, sekarang tengok tajuk je dah alahaiii, bosannya movie ni. Tak jadi tengok movie, kitaorang pergi Paradigm Mall, first time ok aku pergi, so sempat singgah Kaison, tapi kenapakah aku tidak excited pergi Kaison..hahaha ke sebab aku tinggalkan Aish kat rumah babysitter so aku tak rasa havoc macam biasa. Kalau Aish ada, semua aku rasa excited, maybe sebab havoc gile melayan dia. Sebelum pergi melawat baby, belikan present dulu untuk baby, takmo beli set baju newborn yang biasa tu, so kita beli luar biasa sikit.



Beli satu baju jalan n hairclip yang maha comel. Alahai bersinar-sinar mata aku tengok aksesori baby girl. Comel kan hair clip tu, aaaa mak suka. Tapi tak taula kat mana mak baby tu nak kepit hairclip tu nanti..haha gasaklah, kakak baby pakai pun takpe kot.

Gambar baby takde, tapi baby kecik and merah sangat..ololololo, besar tu rupanya Aish dulu, aku nak pegang pun takuitt, dia nangis mata pejam, mulut nganga-nganga..hujung-hujung je keluar suara..anyonyonyo dia tu, eiii geram. Kakak baby tu baru setahun sebulan, dia dah ada adik, terus aku terkagum-kagum, memang penuh tenaga mak dia, melayan kakak yang kecik masa mengandungkan baby ni dulu. Aku?? sekarang pun tak larat, tu baru anak sorang, terus rasa bertenaga nak tambah baby jugak, eh bertenaga?? macam lain je..hahaha pangggg!!



Ok stop cerita baby, ni lunch tadi, sebab sorang-sorang, gi tapau je grilled chicken with mushroom sauce, tak tau kenapa asyik terasa-rasa nak makan western je hari ni..hmm ke ada baby?? eh.. Oklah penat merepek, bye!


Monday, January 27, 2014

Nasi Air

Salam,

Eh korang pernah makan nasi air tak? Aku rasa orang pantai timur je tau, nasi air means bubur nasi yang di makan dengan lauk. Kalau orang Key Ell ni of courselah panggil bubur nasi ye dak. Seingat aku dari kecik sampai dah tua bangka ni, pernah sekali je Ma aku buat nasi air, itulah sekali sebab Pa aku peminat tegar nasi, dia nak nasi, nasi, nasi je..hahaha. Kalau Ma aku masak mee contohnya untuk lunch, jap lagi kang dia mintak nasi jugak, disebabkan Ma aku malas nak buat kerja 2-3 kali, memang jarang kitaorang makan selain nasi waktu lunch and dinner, breakfast je lah pun yang boleh makan lain sikit selain nasi.

Dah besar ni, dah kahwin dan dah ada rumah sendiri, of courselah masak ikut selera sendiri je. Aku suka bubur nasi, masa bujang dulu jarang kot aku buat, nak makan sorang, renyah pulak nak masak lauk bagai-bagai. Selalu aku pergi berdating je ngan En. Syg kat Night Circle Seksyen 11 tu makan bubur nasi kat situ, sedap wa cakap lu, tapi dulu la, bila Aish dah lahir, dah jarang pergi situ, sebab berasap orang dok bakar sate, chicken wings segala. So buat nasi air kat rumah sendiri je, nasib baik dapat suami boleh layan tekak aku, err kadang-kadang la, kadang-kadang idak jugak..haha



Biasa aku masak bubur dalam rice cooker je, letak air banyak-banyak, kacau sekali sekala, buh garam sikit. Siap. Jangan pulak ko tutup periuk tu, mau banjir satu dapur, biar je dia ternganga.

Untuk lauk pulak, aku tengok je apa yang ada dalam fridge, tapi ikan masam tu wajib, baru umpphh!!



 Ayam goreng kunyit



Aku tak ingat nama sayur ni, dia macam salad sikit. Ni aku goreng dengan sos tiram, memang buat banjir macam ni sebab nak makan dengan bubur kan.



 Pewiitt..alamak meleleh air liur den



Ayam masak sos tiram jugak



Sayur campur



Sambal kicap


Ni antara lauk yang aku selalu buat la, ikan bilis goreng pun sedap jugak. Hmmm macam kena buat je petang ni, tetiba teringin pulak. 

Like page aku ye Gobok Mommy and Baby :)

Ok bye!


Thursday, January 23, 2014

Update: Room/Playroom (Alphabet, Number and Hijaiyah)

Salam,

Dah selamat pun gantung..hehe, punyalah lama terbiar, sabor jelah dengan mak ko ni Aish, kerja asyik nak menangguh je..haihh sebenarnya kitaorang ni yang tak sempat ke IKEA, beli satu lagi frame untuk Hijaiyah tu, tu pasal lambat digantung. Sebelum ni aku cuma siapkan Alphabet and Numbers je, baru-baru ni pergi IKEA barulah sempat beli frame untuk Hijaiyah and hadiah GA untuk korang tu. 

Ingat lagi Alphabet and Number yang aku buat ni? Berkurun lama ku peram..haha



Hijaiyah ni baru lagi, panas lagi, mestilah korang ingat ye dok



Bilik Aish memang aku nak buat tema Hijau dan Biru, ikut warna dinding dia tu, kalau ko tanya bila nak siap bila ni, aku pun tak tau, banyak lagi kot yang belum siap, takpe pelan-pelan kayuh ye dak. Biar lambat asal siap..gitu

So disebabkan tema Hijau dan Biru, frame pun kena ikut tema la jugak, setelah ku pikir dan ku kaji, aku gantung kat sini



Betul-betul bawah wall shelves, sebab kat sini je tempat yang luas and masih available, dinding lain kitaorang dah plan nak letak benda lain, tu lain hari ku cerita dan tu semua kena ikut bajet la jugak kan.





Boleh aku feeling-feeling headmistress, berdiri depan frame, ambik pembaris panjang while Aish duduk kat depan, ini apa??!!! A B C..hahaha. Sekarang Aish kena dongak kalau nak tengok frame ni, kalau dia duduk jauh sket baru ok. Ok tak?? Tak ok pun aku nak cakap ok jugak..huhu. Oklah tu je nak share, bye! Ohh ohhh lupa pulak hari tu janji nak show off apa yang aku beli kat Typo kan? Minggu depan aku show off yeh..haha over gile nak show off tapi aku rasa korang pun dah dapat agak kan..kan..kan, oklah bye!

Like Page aku yeh Gobok Mommy and Baby :)

 

Tuesday, December 31, 2013

Pemenang GA Mommycha

Salam,

Kito monang yo!..kito monang yo!..haha poyo tak ingat

First time okeh aku menang GA so gembira tu lebih sikit la sebab aku ni bukan orang yang selalu lucky, asyik tak lucky je kalau masuk apa-apa pertandingan sekali pun. GA Mommycha ni GA kedua yang aku join sejak berblog. TQ Micha, sila buat GA selalu, nanti aku nak menang lagi...gahaha

Semalam hadiah sampai, tanjat aku sebab cantik sangat Micha balut, siap ribbon hah!






 Aku dapat buku ni, suka! serius suka, kalau dah namanya hadiah, dapat apa pun aku suka. Nak pulak sekarang aku tengah buat bilik Aish, boleh cari inspirasi dari buku ni kan.



Sorry, gambar aku gelap gelita, ambik gambar malam tadi..haha. TQ Micha, moga murah rezeki ko selalu.

                                         Januari ni aku pulak nak buat GA tau, tungguuuu. Ok, bye!


Monday, December 23, 2013

Rutin Harian Seorang Emak 3

Salam,

Tak sangka dah masuk episod ketiga..hahaha. Episod pertama masa mula-mula Aish lahir dulu, gila hectic rutin aku sebab baru nak adjust dengan kehidupan bergelar emak, episod kedua, dah kira expert sikit. Episod ketiga ni alhamdulillah lagi ok, sebab once Aish dah pandai berjalan dan main sendiri, rasa senang sangat nak uruskan anak dan rumahtangga. Aish berjalan masa umur 1 tahun 5 bulan, masa tu lagi seminggu nak masuk 1 tahun 6 bulan, nak menitik air mata tengok step dia yang banyak dari pintu rumah babysitter sampailah kat aku yang tengah berdiri kat garaj. Tengah aku melayan syahdu tengok anak berjalan, makcik babysitter cakap "Kalau nak makan KFC ajak makcik ye" kuikui sempat lagi ye ko makcik, haku tengah emo nak menitik air mata terus tergelak.

Serius bila anak dah berjalan rasa mudah sangat aku nak buat kerja, masa dia merangkak dulu, dia asyik menangis je kalau kena tinggal, so aku masak sambil dukung dia or setiap 2 minit berlari ke hall tengok dia or else dia akan merangkak sampai ke dapur dengan tangisan berkumandang, Aish menangis style nyaring, tahan ke telinga ko nak dengar lama-lama. Babysitter pun cakap, dialah baby first yang dia jumpa menangis tahap nyaring, gitulah dia menangis masa baru lahir dulu, aku yang tengah mamai sebab sedut gas tahan sakit pun sampai sekarang boleh ingat lagi kenyaringan tangisan dia, jangan jadi artis ye Aish, Mommy tak approve..ngahahaha.

Hoiii hoiii kata nak buat rutin harian, termelalut ke lain pulak aku, baiklah, saje nak share supaya semua supermom yang baca tahu, kita adalah supermom walaupun beranak satu, kalau beranak lebih dari satu aku pasti ko lagi la supermom kuasa 18, tak gitu?

6.30 pagi

Bangun tidur terus iron baju suami, lepas tu baru mandi, solat dan iron baju sendiri. Lepas siap make up, baru masuk bilik kutip semua botol yang Aish dah minum malam tadi. Aku akan pastikan aku rendam dengan air sabun sebelum pergi kerja, tak suka nanti bau masam kalau tak rendam dengan air sabun.

Siap rendam botol, aku akan siapkan sebotol susu and air masak Aish, buat bekal dalam kereta. Kemas dapur sikit then baru tukar diaper Aish sambil kejutkan dia. Kena kejutkan dengan suara yang ceria, kalau idokkk dia akan moody and menangis mintak dukung, dia taknak berjalan ke car park, kenalah aku dukung dari tingkat 8 sampai car park. 11kg ok, aku tak larat, serius. Dah kejutkan Aish barulah aku kocoh-kocoh kemas katil, lipat selimut, susun bantal. Check semua bilik to make sure semua suis aku dah off kan, baru pakaikan Aish kasut dan off we go.

7.30 - 8.00 pagi

Time aku keluar dari rumah is depends on pukul berapa aku bangun or mood Aish, kalau mood Aish baik memang cepatlah aku boleh pergi kerja, kalau mood tak baik, nak mintak bergayut, memang lambatlah mak incik ni. Tu belum kalau dia tetiba poopoo masa aku dah nak pakaikan dia kasut, kenalah masuk rumah balik dan tukarkan diaper baru.

Lepas meredah jam dan hantar Aish ke rumah babysitter, baru aku gerak ke office, sampai office kerja la apa lagi dok. Sejam jugaklah nak sampai office dari rumah aku, sebab aku ke Seksyen 4 dulu hantar Aish, baru keluar Federal untuk ke Subang. Sepanjang jalan tu jammed takyah cerita la.

5.30 petang

Dah gerak dari office dengan kelajuan cahaya..wahaha. Babysitter Aish sampai pukul 6.00 petang je, kalau lambat seminit dua takdelah segan sangat, kalau lambat sampai 10 minit hari-hari aku malu oii, sebab dia tak charge OT, lepas tu jalan nak balik aku ni kadang-kadang jammed. So memang kena balik cepat.

Biasanya dalam 6.05 petang macam tu aku dah sampai rumah babysitter, sampai Jelutong around 6.30 - 6.45. Kalau Aish teringat playground, maka dekat maghrib jugaklah aku duk menghayun buai.  Kadang-kadan aku tak layan, ku keringkan hati dukung dia yang melalak naik lif cepat-cepat, ate kalau hari-hari nak main buai sampai maghrib, manalah Mommy larat dik.

7.00 malam

First thing lepas dah letak beg segala, aku akan ke dapur, keluarkan bahan nak masak. Memang aku akan fikir resepi siap-siap dari pagi..ngahaha, so that bila sampai rumah aku dah tau apa aku nak masak, masak nasi, lepas tu masak air nak mandikan Aish.

Kalau Aish ok, aku akan siapkan bahan nak masak sementara tunggu air masak. Mandikan Aish, bergusti nak gosok gigi dia, tu belum lagi dia nak berendam dalam baldi..hoiii keje rumah aku berlambak, memang aku takkan layan, lepas mandi dan gosok gigi, cepat-cepat aku angkat dan pakaikan dia baju. Pasang DVD and buka lampu dan kipas dalam bilik/playroom dia, so dia akan ulang alik ke depan tv and playroom. Kejap main dalam bilik kejap kang dia tengok tv sambil naik basikal, gitulah, sekarang dah pandai layan diri sendiri.

Sementara dia leka aku mandi cepat-cepat, asingkan baju yang nak basuh tangan dan masuk mesin. Rendam baju dalam baldi, dia dah tidur kang boleh aku berus baju sebelum aku tidur, bertuah la nak berus baju masa dia berjaga, kang dia bantai nak masuk dalam bathroom sekali. Siap je mandi aku solat maghrib, lepas tu kocoh-kocoh masak.

8.30 malam

Daddy balik!! (tu pun kalau kerja dia tak banyak la, kalau kerja banyak, mau pukul 11 jugak baru balik) Kalau daddy ada lagi senang kerja aku, sebab kang dia bergumpal dengan daddy je, mommy dah tak laku. Siap masak aku hidang, buat air untuk suami, dan barulah aku suap Aish makan. Dah jarang dapat makan berdua dengan En. Syg sekarang, kena bagi Aish makan dulu, takut dia nak tidur pulak kejap lagi.

Aish dah siap makan pass Aish kat Daddy, so Daddy la yang akan siapkan Aish sebelum tidur, basuh mulut, basuh tangan, gosok gigi. Boleh la aku makan dengan tenang, lepas tu berus baju and masukkan kain dalam mesin basuh, baru ku kemas dapur (sebab sementara buat kerja, mesin pun dah siap pusing, boleh terus sidai je), basuh botol, sterelize, siapkan beg Aish untuk esok, angkat baju, kemas mainan Aish, kemas living hall.

Agak-agak mesin belum siap lagi, aku lipat kain pulak, susun semua baju dalam almari, baru keluarkan baju kerja yang nak dipakai esok. Sementara nak siap semua kerja rumah tu, memang kena berhenti kejap susukan Aish nak bagi dia tidur. Masa susukan Aish tulah aku layan whatsapp or blogwalking, sekarang dah jarang boleh komen blog orang, kat office bz, kat rumah tak sempat, kena bw laju-laju..haha.

Siap semua kerja, baru boleh masuk tidur, tu pun kadang-kadang terlajak blogwalking jugak sampai pukul 12..haiihh. Macam tu lah rutin aku sekarang, lagi senang bila Aish dah besar ni, kalau ikutkan kerja rumah tak pernah habis kan, adaaaa je. Aku memang kena settlekan rumah time weekdays, sebab weekend memang balik Rawang selalunya. Tak suka tinggalkan rumah dengan baju berlonggok, lantai tak bersapu, so memang kena gagahkan badan jugak walau kadang-kadang penat tahap nak pengsan. Tapi bila balik kerja penat-penat, tengok rumah kemas je, rasa macam syurga, penat pun takpe la.

Tu lah rutin aku hari-hari, tapi aku selang selikan lah. Kalau malam ni aku basuh baju, malam esok aku basuh bilik air, gitulah, kena gilir-gilir, tak boleh buat semua kerja satu malam, mau tak tidur, memang kena plan awal-awal apa aku nak buat setiap malam sebelum tidur :)


Weekend

Kalau weekend kat rumah sendiri, aku jarang keluar. Kalau keluar pun sebab kesiankan Aish yang kena duduk memerap kat rumah. Sebab aku macam teruja dapat duduk rumah sendiri time weekend, masa tu lah aku nak mengemas tahap maximum..semua pun aku rasa nak buat, basuh tingkap, kemas "mini market", mop satu rumah, kemas drawer dalam bilik (semua kerja yang aku tak sempat buat time weekdays, masa weekend la aku dapat buat).

Cer share rutin korang pulak :)



Kalau hari cuti, aku suka tidurkan Aish dalam bilik, sebab dia ni telinga lintah, bunyi sikit je terus terjaga, acane mommy nak buat kerja dik



Tukang sepah, lepas mommy dah kemas



Budak berendam, baldi pun bolehhhh

Ok, bye!



Thursday, December 19, 2013

Melayan Anak

Salam,

Kalau tak balik Rawang or keluar berjalan, macam nilah cara kitaorang entertain Aish, layan dia main kat bawah rumah je.

PLAYGROUND







Suka betul naik buai sekarang, asal berhenti je buai tu dia menjerit marah, dah bosan main buai, dia nak mandi pool la pulak, dengan baju tu jugak daddy bawak masuk pool. Aku lah yang kena naik ambik towel and pelampung lengan dia

POOL





Sebelum maghrib, terus tangkap dia bawak naik.

Bye!

Friday, December 13, 2013

Hai

Salam,

Tajuk tak menahan..haha, nak update tapi bz sikit hari ni. Aku ni kan pagi-pagi En. Syg keluar rumah pukul 6.30am, so tinggal la aku berdua je dengan Aish. Pagi-pagi tu lah aku bz mandi, solat, make up, kutip semua botol Aish yang dia minum malam tu and rendam dalam air sabun sebelum pergi kerja, buat bekal susu, iron baju kerja, kocoh-kocoh kemas katil, kemas mainan Aish yang bersepah, memang bz ke hulu hilir aku ni pagi-pagi, kalau Aish tidur memang selamat, cepat lah aku boleh siap kemas dan bersiap, kalau dia bangun, alamatnya memang lambat la aku pergi kerja pagi tu, aku kemas, dia kumbar..kombinasi terbaik. Kadang kalau bz sangat bersiap aku biar je dia sorang-sorang, tiba ada satu pagi ni, dia bangun awal while aku sibuk kat dapur, so aku biar je lah dia main sorang-sorang, dah siap kemas semua, aku panggil dia sebab nak pakaikan kasut, dia keluar dari master bedroom dengan senyuman manis, sebelum pergi kerja aku akan check setiap bilik to make sure semua kipas dan lampu dah off, aku masuk balik master bedroom...

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*



Oooo patutlah senyap je ko tadi yeh, lepas tu kemain lebar senyum, senyum kepuasan ke apa?? hahaha, sabor jelah..Aish..Aish..Mommy sayang awak tau :)

Eh korang, tiba kan aku teringin nak buat GA, sekarang ni pun aku dah sibuk buat hadiah..hehehe a'ah aku buat sendiri je, tapi tak taulah jadi ke tak nak buat GA ni, goal aku sekarang nak buat hadiah sampai siap dulu lepas tu baru buat GA, rasa macam best jer kalau boleh bagi apa yang aku buat sendiri. Nantilah kalau dah siap hadiah GA tu baru aku war warkan pasal GA yeh. Kalau aku buat korang nak join tak?? 

Tanak takpelah..ok bye!


Tuesday, December 10, 2013

Gaviscon - Bagaimana Menangani Gastro-Exophageal Reflux dan Pedih Ulu Hati Semasa Mengandung

Salam,

Tu diaaa.. panjang gile tajuk aku, baca tajuk je dah boleh tau isinya..hahaha. Ok serius sekarang, aku rasa kebanyakan reader aku hampir kesemuanya ibu atau bakal ibu kan? Ke ada yang bujang? Takpe kalau korang bujang sekalipun, boleh je baca entry ni, buat ilmu, mana tau satu hari nanti boleh praktikkan.

Kalau cakap pasal Gaviscon, aku dah kenal produk ni agak lama jugaklah. Al maklumlah suamiku penghidap gastrik kronik, so stok Gaviscon memang sentiasa ada. Masa awal-awal mengandungkan Aish dulu aku selalu kembung dan perut selalu tak selesa, sepanjang mengandung, aku tak boleh langsung makan pulut, serta merta kembung datang tanpa di undang. Aku ingat lagi masa tu Raya Aidilfitri 2011, hari raya pertama, sebulan puasa, aku nampak lemang..amboiiiii tak menahan, masa tu baru 7 minggu mengandungkan Aish, so aku makan je lah lemang tu, lepas tu, ambik ko tertonggeng-tonggeng menahan senak perut, suami aku bagi aku makan Gaviscon, sekejap je dah lega.

Itu cerita awal mengandung, masa dah trimester ketiga, pedih ulu hati tu memang biasa, sebab masa tu baby dah besar dalam perut, perut pun jadi sempit, so pedih ulu hati tu dah macam kawan sejati, hari-hari pun pedih ulu hati, tapi hati tetap gembira sebab tak lama lagi nak ada baby sendiri..wahaha dan paling gembira ada Gaviscon, telan sepeket settle pedih ulu hati tu, jangan risau Gaviscon selamat untuk ibu mengandung, tak percaya??, tengok ni:







Nak tahu lebih lanjut, klik sini Gaviscon



8 hari sebelum bersalin, tengok walaupun hidung kembang dan bersaiz mak gajah, aku masih gembira sebab ada suami yang supportive dan aku ada Gaviscon uollssss.

Ok, bye!


Monday, December 9, 2013

Recycle

Salam,

Korang ingat tak hari tu masa public holiday aku ada mengemas "mini market" aku? Ingat tak? Ok tak ingat takpe, lagipun banyak gile kot blog yang korang baca. Masa mengemas "mini market" tu kan, boleh tahan banyak jugaklah barang yang dah expired, so aku buang, bila dah selamat buang, baru lah otak aku ni TINGGG!! Kenapa la aku tak recycle je segala botol dan bekas plastik tu, masa nak korek balik plastik sampah, i is geli sebab dah bercampur dengan bermacam-macam sampah, tak jadi aku nak korek balik, so terpaksa let go semua bekas-bekas tu. 

Since then aku start kumpul barang-barang recycle, baru sebulan aku start tapi serius bila dah kumpul rasa seronok, tak sampai seminggu, kotak recycle aku dah penuh..hmmm ke kotak aku tu yang kecik sangat?? haha. Lagipun pusat recycle dekat dengan office aku, jalan kaki pun sampai, everday nak pergi lunch pun akan lalu depan pusat recycle tu, tapi kesian, baru sekarang aku ada kesedaran..ishh..isshh..isshh. Takpelah better late than never ye dak. So korang bila lagi? marilah menyelamatkan dunia..wahaha dah bunyi macam sailormoon pulak. 

Cuba korang start sekarang, serius memang seronok, lepas ni aku nak balut kotak recycle aku cantik-cantik lepas tu letak label, mesti lagi berkobar-kobar lepas tu. Ohh pusat recycle aku tu takde bagi duit pun, bagi barang tu free je kt diaorang tapi still aku bersemangat nak kumpul barang recycle. Jom kumpul barang recycle ramai-ramai lepas tu share kat blog, manalah tau entry ciput kita tu memberi inspirasi pada orang lain jugak, kan ke dah kurang sampah dalam Malaysia ni nanti kalau semua orang pun dah mula recycle. Selagi ko tak start, selagi tu ko takkan tau betapa banyaknya barang di rumah ko yang boleh di recycle, serius, let's save the enviroment people!




Biasanya aku akan kumpul barang recycle dalam satu kotak je, malam sebelum nak bawak ke pusat recycle baru aku asingkan ikut jenis, plastik, kertas dan aluminium. Sebelum ko recycle jangan lupa cuci dulu bekas-bekas tu, janganlah malas sangat woii, berkeladak tin tu dengan susu ko main hantar je, bersemut-semut segala. Kalau tin susu pekat tu aku akan rendam dulu, lepas tu cuci dengan sabun, dah bersih baru hantar, senang kerja diaorang, bukan tin susu je, segala bekas yang aku nak recycle aku akan cuci bersih-bersih dulu.



Ni kotak recycle aku, sekarang masih hodoh, nanti aku nak transform dia jadi cantik



Ni hasil kutipan seminggu, baru pagi tadi aku hantar ke pusat recycle.

Best kan, jangan lupa buat eh. Ok, bye!



Friday, November 1, 2013

Potong Kuku

Salam,

Dah Jumaat, afdhal ni kalau potong kuku hari Jumaat. Aku nak tanya berapa kerap korang potong kuku anak dalam seminggu? Kuku Aish cepat betul panjang, mungkin sebab aku tak berani nak potong kuku dia terlalu pendek, takut dia sakit and tak selesa, tu pasal kuku dia cepat panjang. Masa Aish baby, aku memang tak berani langsung nak potong kuku dia, sebab kuku dia kecikkkk je, takut terkepit jari pulak, naya je. So kerja memotong kuku Aish diserahkan kat Atok Rawang, memang dia yang akan potong kuku Aish, bila Aish dah besar sikit, baru aku belajar memberanikan diri untuk potong kuku dia sendiri. Aku akan potong kuku Aish masa dia tengah tidur waktu malam, bagai nak juling mata aku ni duduk merenung jari kecik dia, siap berpeluh berdebar-debar lagi, nak tak nak memang kena potong jugak or else habis calar balar badan dia tercakar dengan kuku sendiri, kadang sampai patah kukunya sebab aku biarkan tak berpotong, ni kes takut punya pasal.

En. Syg?? Hmmm dia memang tak berani nak potong kuku Aish, pernah dia kepit jari anak sampai berdarah, Aish diam je, tak nangis langsung tapi darah aku pulak yang naik sampai kepala..hahaha. Eh, tapi aku bukan jenis tengking-tengking suami, paling marah pun aku diam je sambil buat muka stress..hehe, aku kan isteri mithali..ewahhh.

Sejak Aish dah pandai merangkak dan berjalan, kerja potong kuku jadi sangat mencabar kewibawaan ibu mithali ini, aku baru pegang sebatang jari dia, baru nak fokus mata ni kat jari kecik tu, dia dah tarik sambil bengkokkan jari, aku takut nak potong kalau dia bergerak-gerak, kang terpotong isi dia pulak. Pendek kata memang susah gila ahh nak potong kuku dia sejak dua menjak ni, kadang aku terpaksa biar sampai patah, kesian anak aku, time malam pulak kadang-kadang aku letih sangat dan tertidur awal. Tapi sekarang tidak lagi..hahaha (iklan sangat ni). 



Aku potong kuku Aish dalam kereta, otw ke rumah babysitter. Jarak rumah aku ke rumah babysitter tak jauh pun sebenarnya, tapi biasalah pagi-pagi, kena tempuh traffic light, roundabout dengan kereta banyak lagi, so it may takes about 30 min to 45 min jugaklah pagi-pagi, setiap kali traffic light, aku potong 2-3 jari, by the time sampai rumah babysitter settle 10 jari, esoknya pulak aku potong kuku kaki. 
 




Magic, sebab Aish boleh layan je, maybe sebab dia duduk dalam carseat, so dia tak boleh lari or refuse, hahahaha, senang kerja mak kau dik.



Pagi tadi aku potong kuku kaki, ada 2-3 batang jari yang tak settle lagi, sebab tak banyak sangat kereta pagi ni. Ok tu je nak cerita, salam Jumaat, happy holiday, bye!



Tuesday, March 12, 2013

Menu Hari Ini


Aish dah tak mau makan bubur nasi, lepas 2-3 sudu dia nak muntah, kadang-kadang dia makan sikit je, yang lain dia luahkan balik. Aku dah perasan dari last week, tapi aku takut nak bagi dia makan nasi, gigi baru 4 batang aku takut dia tak boleh kunyah je. Hari cuti hari tu baru aku start bagi dia makan nasi and dia makan macam biasa, bersudu-sudu dan tak tersedak pun, dah bagi dan tengok sendiri baru aku yakin sikit nak buat bekal nasi hantar rumah babysitter. So menu hari ni, nasi air lebih, so that senang babysitter nak lenyek sebelum bagi dia makan nanti, sup ayam, brokoli dan carrot dengan scramble egg yang aku goreng dengan unsalted butter kacau laju-laju kasi telur tu halus. Makan ye nak, menongkat mata mak ko masak pagi tadi (amboi macam masak rendang je bunyinya).


Tuesday, July 31, 2012

Selamat Berpuasa

Tajuk tak kena dengan isi, kalau buat karangan ni confirm kena potong banyak markah. Lama aku hilang, mengadjust tenaga di bulan puasa. Serius penat jadi berganda-ganda, insyaallah lepas raya ni nak pindah Jelutong semula, duduk rumah sendiri, takutnyaa, mampu ke aku uruskan Aish Yusuf tu eh, sebab sekarang ni banyak mak mertua yang tolong. Kalau Aish menangis masa aku tengah bersiap nak pergi kerja, mak mertua yang tolong pujukkan, kalau kat rumah sendiri nanti, kelam kabutlah aku sorang-sorang, En. Syg 6.30 pagi dah keluar rumah. Tapi kalau fikir macam tu sampai bila nak berdikari kan. Insyaallah boleh punyalah. 

Dari hari ke hari aku nak update, tapi tak sempat capture gambar, kalau update takde pic ni macam tak best, tak lengkap. Ni pun aku curi-curi update sambil membz nih. Sekarang otw pergi office, confirm singgah RnR Sungai Buloh, tidur dulu. Balik pulak aku singgah RnR Elmina (Guthrie) tidur jugak, sampai rumah mertua lagi 10minit nak berbuka, mengantuk tahap tak boleh drive dah, kalau aku drive jugak, insyaallah ke syurgalah tempatnya (syurga ke ko?) Hari-hari mengantuk, sejak ada Aish, aku develop bakat baru, tidur dimana-mana saja, kat parking sambil tunggu officemate bukak office (padahal aku ada kunci office sendiri, tapi malas nak buka pintu office, baik aku tidur dalam kereta..haha) sambil pam pun aku boleh tidur tau, kalau 3-4 kali pam kat office, 3-4 kalilah aku nap sambil duduk, kat depan PC pun aku tidur, sambil susukan Aish aku tidur duduk (masih takut nak susukan dia sambil baring, takut aku tertidur dulu), kadang sambil dodoikan dia pun aku tidur, tersentak bila kepala Aish dah nak melurut dari tangan aku (tak senonoh punya mak). So macam tulah hidup bila dah jadi mak, penat tapi happy, hari-hari balik tengok anak rasa puas, biarlah penat macam mana sekalipun. Ada sorang sepupu En. Syg cakap, dia menyesal tak tidur dan rehat puas-puas masa bujang dulu sebab bila dah ada anak dah tak dapat tidur dan rehat macam dulu..haha comel betul statement dia. Oklah, aku mengantuk ni, nak pergi pam kejap -__-' ...pam ada makna. Bye and selamat berpuasa.

Friday, July 6, 2012

Bertemu Gynae


Ingat lagi tak aku ada cakap luka epi aku tak baik lagi. Luka episiotomy tau, bukan epidural, kang ada pulak yang salah faham. Episiotomy tu luka gunting masa bersalin. Anak dah dekat 3 bulan, tak baik-baik lagi, kalau buang air kecik tu, aku kemut-kemut sebab pedih, kena air pun pedih. Setiap kali nak membuang, mulalah tension, aku takut ko tau, takut sangat, asyik membayangkan luka tu terkoyak lah, lepas tu kena jahit baliklah, mampus aku lari beribu batu kalau gynae suruh jahit balik, sumpah tak mau, takut gile. Trauma sakit bersalin pun masih belum luput dari ingatan..wahaha, nak jahit balik, kirim salam jelah..ewahhhh. Bile mengadu dengan En. Syg, dia tolong tengokkan, aku tengok pakai cermin kecik tak nampak or aku yang takut sangat nak tengok sendiri sebenarnya, En. Syg cakap luka tu macam tak bercantum..huuuu haiii. Terus dia ajak jumpa gynae, aku menangis-nangis tak mau, tapi menangis dalam bilik airlah..En. syg tak tau..syyhhhh. Masa dalam pantang hari tu, nurse yang datang rumah memang ada cakap, jahitan aku tu gaping, tak rapat. Jumpa doktor government masa dalam pantang hari tu pun dia cakap boleh baik tapi takes time. Aku jalan masa dalam pantang, kepit tak hingat, sebab takut luka terbetaslah, tapi kepit-kepit pun gaping jugak, kira bahagian aku lah tu. 

Kalau ikut aku, nak biar je luka tu baik sendiri, tapi En. Syg paksa jugak jumpa gynae, dia kata takut ada infection sebab tu lambat baik. Aku ok dengan syarat, dia kena ikut sekali, takut woooo. So aku pergi DEMC, since dah biasa dengan prosedur kat situ, masa Aish jaundice dulu pun bawak pergi DEMC jugak, so senang. 




Kesinilah kami berdua-duaan, anak tinggal dengan ibu mertua ku, klinik ni sebelah klinik paed Aish je.

Nervous gila aku, setiap kali En. Syg bangun nak pergi mana-mana, aku mesti tanya "Sayang nak pergi mana?" En. Syg cakap aku macam budak-budak..hehe..aku takutttttttt. Kadang-kadang dia sengaja buat-buat bangun..tampor kang, orang tengah takut ni.

Sebelum jumpa doktor timbang dulu..eh dah jadi 48kg, itulah berat yang diidam-idamkan dahulu, hopefully tak turun lagi dah. Lepas tu nurse tanya dah berapa bulan pregnant. Eh, terkejut aku, aku tanya En. Syg, buncit sangat ke perut aku ni..huuuuuuuuuu. Rupanya nurse tu ingat aku nak buat pregnancy check up. 



Seekor panda..eh, seorang ibu bermata panda cuba senyum dalam ketakutan

Jumpa doktor, doktor pulak cakap

Dr: Kita buat pap smear sekalilah ye
Aku: Errrr..nanti dululah doktor

Luka tak baik lagi, nak korek-korek pulak doktor ni, dahlah aku tengah takut. Lepas scan rahim, doktor pun menjalan kan tugas korek mengorek, dia nak tengok sampai mana luka tu, aku punya berpeluh, dah macam masa bersalin dulu. En. Syg pulak tambah drama, berdiri sebelah aku sambil pegang tangan aku, amboi haiii macam nak beranak sekali lagi je, siap ajak borak-borak tu. 

Lepas tu doktor keluarkan benda putih macam kulit kering En. Syg cakap. Doktor kata tu yang buat aku sakit and pedih, sebab tempat tu sensitif, lukanya dah tak besar pun, dia cakap tak lama lagi baiklah. Lega gila tak kena jahit balik..phew. Minggu depan dah buat appointment untuk pap smear, nangis..takuttttt, tak pergi boleh tak, rasa macam tak ready je lagi. En. Syglah yang suruh set appointment tu, dia yang ye-ye cakap kat doktor nak buat pap smear..amboiiiii meh i pap smearkan you, tengok berani ke tidak, kemain lagi dia.  Sehari lepas tu, luka epi dah tak pedih, tapi still aku kemut-kemut sikit masa buang air, still takut lagi..hopefully minggu depan dah betul-betul baiklah. Ok, bye


Wednesday, June 13, 2012

Hai

Hai sayangsssss, ingat saya lagi tak..haha. Hari ni 2nd day bekerja, serius seronok, duduk kat rumah 2 bulan aku rasa hidup aku kelam macam orang menopause, eh macamlah pernah menopause kan aku ni.  Serius, rasa hidup macam takde hala tuju, duduk je 24 jam mengadap anak, seronok mengadap anak, tapi naklah jugak bersosial, bergaul dengan orang kan, aku ni duduk je kat rumah. Jiran rumah mak mertua, aku tak kenal sangat, balik Bukit Jelutong pulak, jiran aku ni aneh sikit, terserempak balik rumah, laju dia lari masuk rumah kunci pintu, sanggup dia biar grill dia tak berkunci semata nak cepat masuk dalam rumah, macamkan aku nak mintak beras dia je..hehe, tak paham aku. Apa-apa jelah kakak, kotlah nak manis mulut bertanya "eh, dah bersalin ke". Jiran depan rumah pulak yang lagi ramah dari jiran sebelah rumah.

Banyak cerita, panjang story. Dah ada anak, macam manalah nak berblog, alangkan nak bayar bil online pun 4-5 kali tertangguh, baru nak klik CIMB, dia dah merengek, dah siap susukan, baru nak klik CIMB lagi, dia mengigau pulak suruh dodoi, dah tidur, baru nak klik CIMB, dah dia kentut prot prot, bila check pampers penuh isinya, camane?? camane?? Memang tak sempat. Anak aku pulak jaundice sampai dekat 2 bulan tau, susahnya lah hati aku ni, duduk berulang alik hospital. Satu ubat pun aku tak makan, luka jahit aku lambat baik, nak makan gamat aku takut, sebab anak jaundice, nak makan shaklee, pun takut sebab anak jaundice, nak makan jamu lagilah takut, lada hitam, halia, kunyit, semua aku tak makan masa pantang, aku start makan shaklee minggu lepas, start makan gamat pagi tadi. Alhamdulillah, Aish dah tak jaundice.

Masa berpantanglah aku paling banyak menangis, tapi menangis diam-diam dalam biliklah, menangis masa call En. Syg, aku stress, mau ko tak stress, anak jaundice, urat dia kecik, susah nak ambik darah, kalau dah setiap 2 hari duk berulang KK and hospital, nak ambik darah satu tabung kena cucuk sampai 3-4 kali, Aish menangis selak, maknya ni pun menangis sekali, dengan aku yang sakit kat bawah tak baik-baik, nak duduk pun susah, makan ubat tak boleh, dengan rindu kat suami lagi eiii ngada betul, nipple crack, rindu rumah sendiri lagi ngada berganda-ganda, nasib tak meroyan je, En. Syg risau tengok aku, kalau Aish menangis lebih sikit, mesti dia ambik anak cepat dari aku, dia takut aku apa-apakan anak dia..haha, tidoklah sampai meroyan, apa-apa je laki aku ni, ni terlebih tengok drama lah ni. Tapi dia ambik anak ok jugak, boleh mak baring-baring..hehe

Eh oklah, sudah penuh dadaku nih, pam memanggil-manggil, apalah Aish Yusuf tengah buat kat rumah tu eh, rindu kat budak masam mummy tu. Sekarang kemain rancak bersembang, petang semalam, mak mertua aku cakap dia mencebik-cebik, merengek-rengek, tu teringat cik B la tu. Kalau dapat cik B, terpejam-pejam mata kesedapan..haha. Pagi-pagi sebelum pergi kerja, aku mesti pesan "hari ni cik B nak pergi kerja ikut mummy, adik minum botol ye hari ni", macamkan budak tu faham. Eh, oklah, dah berapa oklah aku ni, esok sambung eh..babai


Tuesday, April 24, 2012

New mummy

Asyik update pasal Aish je kan, mummy pun nak interframe jugak, meh tengok mummy Aish pulak

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

auww maluuu

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

 


Gile muka tak siap, macam ni lah ye, bila dah ada anak, nak uruskan diri sendiri pun tak sempat, masa ni Aish baru 2 hari, hidung mummy pun kembang lagi, berat pun bertan-tan lagi..hehe, kalau anak dah menangis nak susu, apa pun campak, kejar anak dulu. Hari tu timbang hari ke 12, berat dah turun 8kg lah..ehehe, dari 63 dah tinggal 55, ingat nak turun sampai 48 je kot, masa kahwin hari tu berat 45, tapi kurus sangatlah, tak cantik. Sekarang muka dah kembali lonjong..ececeh, asyiklah duk tengok cermin belek muka sendiri, perut ni je hah, bila tah nak kempis balik, nangislah aku kalau tak turun, memang kena exercise lah lepas habis pantang ni. 

Dapat pulak suami yang asyik sebut "awak kena kurus, awak kena kurus" dah macam mantera dah kat tepi telinga aku ni. Dulu masa bercinta, time aku kurus kering, asyiklah suruh berisi sikit, ni dah berisi, suruh kurus pulak..hahaha, tulah sapa suruh beli aiskrim Magnum hari-hari, kan dah lebau.