Klik Jommm

Monday, November 11, 2013

Hai :)

Salam,

Lama tak jumpa kan, aku bz sikit ni, bz menjadi SuperStaff..hahaha, hati meronta-ronta nak update, tapi boss pulak meronta-ronta bagi kerja, biasa dia tu!! So buat melepas rindu kat blog sendiri, aku update sikit je hari ni, boleh la dari takde



Homemade KFC

Hari cuti, suami meronta-ronta nak buat KFC. Iye, buatlah bang, i makan saje nanti. Dah 2 kali buat, kesedapan masih berkekalan. Kali pertama adik aku jadi assistant chef, kali kedua dia buat sorang-sorang, kelentang kelentung siap. Aku makan sambil meronta-ronta kesedapan..ok over, makan pun nak meronta, pang kang tau la. 

Bye, boss i tengah meronta-ronta bila tengok I lekkk je update blog macam takde apa-apa yg berlaku di opis ni. Ok, otak tengah tepu, ayat meronta-ronta je yang aku nak taipkan sekarang ni. Entry tak berilmiah langsung, baik korang jangan baca..ke dah habis baca??? ahahahaha. Bye!

 

Wednesday, November 6, 2013

Update: Dapur (Rak Rempah)

Salam,

Lama pulak rasanya tak update, ok nak update cepat-cepat ni, baru ni pergi Jusco dan akhirnya bertemu jodoh dengan rak kecik yang dah lama ku cari-cari. Serius dah banyak tempat aku cari, tapi takde yang aku berkenan macam yang ni, aku nak yang kecik je, sebab ruang tepi dapur aku sangatlah terhad, nasib baik aku memang dah pernah ukur jarak ruang tu dengan dapur menggunakan jari runcingku..tuihh, sejengkal je ruangnya, so senang aku ukur rak tu, ku jengkalkan je jari..muehehe. Perfecto rak tu tak sampai sejengkal aku, so memang muat la, terus beli.



Harga: RM15.90 je, murahkannnnnnn

Aku suka sebab stainless steel dan kukuh, selalu tengok kat Daiso ada rak plastik tu je, aku takut tak tahan lama, pakai kejap habis roboh, aku punya bekas rempah pulak semua kaca, mau berderai kaca-kaca tu semua bersama deraian airmataku..ok over sangat.



Dulu susun bertingkek-tingkek macam ni, setiap kali nak pakai garam, kena turunkan dulu bekas kunyit tu, dahlah kaca kena pulak berhati-hati, anak pulak menangis tepi kaki..acaner?? ko nak buat kerja cepat, tapi tak boleh, dahlah dapur sompit, anak pun menyompit bersama tangisan, aku takut terkena minyak je anak bujang tu. Bila mood anak baik, memang aku pantas memasak..ketung ketang, ketung ketang, tapi bila nak cedok garam kemain slow mo.



Dapurku sekarang..ahaiii, kemas sikit kan. Actually bekas IKEA tu ada 4, tapi satu dah selamat berderai bersama garam sekali, aku letak hujung dapur sangat, maka terjun ke bawah la dia, nasib baik masa tu aku dan Aish takde kat situ. Lepas tu setiap kali masak ko kena lap setiap bekas tu, or else akan berkarat nanti. Mula-mula dulu aku cam malas-malas manja sikit nak lap, dah keluar karat sikit, nasib baik masih boleh diselamatkan, so sekarang memang kena rajin mengelap setiap bekas rempah setiap kali lepas masak, kalau tak habis berkarat, yelah tangan basah-basah duk pegang, lepas tu kesan kicap lagi melekat, kalau masak sambal, kena letusan sambal pulak dia. 

Itu je cerita dapur kecik ku, tempat dimana aku menambat perut suami..wahaha statement macam hebat je memasak aku ni, hebat la jugak walaupunnn (suami aku yang tengah baca terus mata ke atas..kehkeh). Bang malam ni nak order apa?? haha dan..dannn wehhh. Ok, bye!


Friday, November 1, 2013

Potong Kuku

Salam,

Dah Jumaat, afdhal ni kalau potong kuku hari Jumaat. Aku nak tanya berapa kerap korang potong kuku anak dalam seminggu? Kuku Aish cepat betul panjang, mungkin sebab aku tak berani nak potong kuku dia terlalu pendek, takut dia sakit and tak selesa, tu pasal kuku dia cepat panjang. Masa Aish baby, aku memang tak berani langsung nak potong kuku dia, sebab kuku dia kecikkkk je, takut terkepit jari pulak, naya je. So kerja memotong kuku Aish diserahkan kat Atok Rawang, memang dia yang akan potong kuku Aish, bila Aish dah besar sikit, baru aku belajar memberanikan diri untuk potong kuku dia sendiri. Aku akan potong kuku Aish masa dia tengah tidur waktu malam, bagai nak juling mata aku ni duduk merenung jari kecik dia, siap berpeluh berdebar-debar lagi, nak tak nak memang kena potong jugak or else habis calar balar badan dia tercakar dengan kuku sendiri, kadang sampai patah kukunya sebab aku biarkan tak berpotong, ni kes takut punya pasal.

En. Syg?? Hmmm dia memang tak berani nak potong kuku Aish, pernah dia kepit jari anak sampai berdarah, Aish diam je, tak nangis langsung tapi darah aku pulak yang naik sampai kepala..hahaha. Eh, tapi aku bukan jenis tengking-tengking suami, paling marah pun aku diam je sambil buat muka stress..hehe, aku kan isteri mithali..ewahhh.

Sejak Aish dah pandai merangkak dan berjalan, kerja potong kuku jadi sangat mencabar kewibawaan ibu mithali ini, aku baru pegang sebatang jari dia, baru nak fokus mata ni kat jari kecik tu, dia dah tarik sambil bengkokkan jari, aku takut nak potong kalau dia bergerak-gerak, kang terpotong isi dia pulak. Pendek kata memang susah gila ahh nak potong kuku dia sejak dua menjak ni, kadang aku terpaksa biar sampai patah, kesian anak aku, time malam pulak kadang-kadang aku letih sangat dan tertidur awal. Tapi sekarang tidak lagi..hahaha (iklan sangat ni). 



Aku potong kuku Aish dalam kereta, otw ke rumah babysitter. Jarak rumah aku ke rumah babysitter tak jauh pun sebenarnya, tapi biasalah pagi-pagi, kena tempuh traffic light, roundabout dengan kereta banyak lagi, so it may takes about 30 min to 45 min jugaklah pagi-pagi, setiap kali traffic light, aku potong 2-3 jari, by the time sampai rumah babysitter settle 10 jari, esoknya pulak aku potong kuku kaki. 
 




Magic, sebab Aish boleh layan je, maybe sebab dia duduk dalam carseat, so dia tak boleh lari or refuse, hahahaha, senang kerja mak kau dik.



Pagi tadi aku potong kuku kaki, ada 2-3 batang jari yang tak settle lagi, sebab tak banyak sangat kereta pagi ni. Ok tu je nak cerita, salam Jumaat, happy holiday, bye!



Thursday, October 31, 2013

Self Reward

Salam,

Sejak ada anak, beli barang anak dah jadi macam reward untuk diri sendiri every months. Setiap bulan aku akan aim something untuk Aish, bila dapat, aku yang over membelek dari anak. Seronok, nampak kedai buku, aku yang over seronok, tengok sale baju baby, aku yang over membeli, nampak mainan, aku yang over perah otak nak beli yang mana satu, sebab banyak sangat so dah jadi rambang mata. Tadi ingatkan nak beli buku baru untuk Aish, kemain lama aku duduk membelek, dapat buku ni



Alamak, kemain besor hanjing tu, tapi ni jelah buku kanak-kanak yang ada gambar original. Susah tau nak cari buku baby ada gambar original, kebanyakannya gambar kartun, yang kucing warna oren and elephant warna hijau. Aish dah besar, so sekarang aku memang nak hunting buku yang ada gambar original, so that dia tahu keadaan sebenar binatang, buah or benda sekeliling dia instead of kartun. Kebanyakan buku yang ada gambar original untuk adult, so kertasnya pun nipis, yang sekali aku rebut dengan Aish boleh terkoyak, yang ini memang untuk budak, kertas tebal macam buku baby tu.



Lepas tu ada part yang boleh flip, tengok kemain besar bear, jangan Aish mengigau sudah. Tak sabar nak balik tunjuk kat Aish gambar kucing, mesti dia excited, gambar pig pun ada T_T, takpelah kan untuk belajar, walaupun binatang tu haram, tak haram kita nak ajar anak apa itu pig, gambar je pun, bukan pig betul ye dak.

Ok tu je, bye!


Monday, October 28, 2013

Share: Children Bedroom Set

Salam,

Hai korang, update di hujung waktu kerja, hari ni just nak share pasal satu kedai perabot yang jual bedroom set untuk anak-anak. Aku tengok sekarang, masing-masing kemain pantas dan tuntas buat playroom/bedroom untuk baby masing-masing kan, seronok dok? Seronok kan, terus rasa macam, kalau aku kaya, aku nak beli semua benda yang hebat dan letak dalam bilik anak aku, gitu sekali. Tapi yang pasti jarang sangat ada kedai perabot yang jual bedroom set yang heibat dan cantik memukau macam ni, serius this is the first one yang aku jumpa, tu pun tak tengok depan-depan lagi, baru tengok kat facebook dia je. 

Actually last week, time En. Syg balik dari kerja, dia lalu dekat Home Dec KLCC, terus dia capture gambar dan whatsapp this picture kat aku, terus aku suka!!, tapi belum tau nak beli ke tak..hahaha. So aku share jelah ngan korang, mana tau korang berminat ke kan, kalau dapat, confirm mommy tumpang tidur dalam bilik Aish sekali.


Design dia cantik dan moden, dan kebanyakan design dia semua selamat untuk budak-budak, nak godek dengan lebih sedap, korang pergi sini Castle Kidz, tapi design dia terhad la, harga tak ku sure.

Ok, tu je, bye jemah semua :)


Friday, October 25, 2013

Aish dan Carseat

Salam,

Seawal umur berapa korang ajar anak duduk dalam car seat? Aku rasa kebanyakan baby sekarang memang dah terbiasa dengan car seat kan, sebab tahap kesedaran orang sekarang agak tinggi berbanding dulu and kebanyakan mak-mak zaman sekarang bekerja and at the same time menghantar anak ke taska or babysitter, kalau penjaga anak ko dekat dan tak memerlukan ko travel dengan kereta then oklah, tapi macam aku, jarak rumah aku dengan babysitter is 30 minutes lebih kurang, mengadap jammed, roundabout, traffic light, kadang-kadang 45 minit jugak. 

First time aku hantar Aish ke rumah babysitter masa dia umur 4 bulan. Baik je dia duduk dalam carseat, tak nangis pun, dia tidur je, lega aku sebab aku memang start ajar dia carseat since umur dia 2 bulan lebih. Tapi dalam seminggu dua je dia tidur, lepas tu setiap kali naik kereta, dia akan nangis, nangis, nangis, kadang-kadang aku terpaksa buat pekak je, pergi dan balik pun dia akan nangis. Sampailah aku jumpa alternatif lain, setiap kali dia nangis dalam kereta, aku akan bagi dia susu, sebelah tangan drive and sebelah lagi pegang botol susu dia, bahayakan. Tapi aku takde pilihan, kalau aku berhenti tepi jalan, aku akan lambat sampai office. Dan sebelum balik, aku akan suruh babysitter prepare susu sebotol untuk bekal waktu dalam kereta. Itulah yang buat dia tak nangis, tapi kadang-kadang nangis jugak..hahaha

Kalau dia nangis light-light, aku buat tak tau je, tapi kalau dia nangis tahap sedu, aku akan berhenti dan susukan dia (susu badan), main kejap and baru drive semula. Tapi paling tak tahan bila fasa dia pandai mengamuk, dia akan campak botol, menangis sampai kerang (ko tau kerang?? merah muka, suara takde), setiap kali pergi dan balik aku akan stress sangat, aku nyanyi, aku selawat, aku azan, apa yang aku tak buat?? semua pun aku buat just to make sure dia diam. Alhamdulillah sekarang dia dah makin faham dan makin selesa dengan carseat, dah jarang sangat menangis, selalu tertido sendiri, kalau dia jaga aku akan tunjuk sky, tree, bird, bus, ballon, aeroplane and segala apa yang dia boleh nampak dan aku akan selalu bercakap dengan dia (salah satu cara nak didik anak menjadi bijak is to bercakap dengan dia, lagi banyak ko cakap, lagi banyak dia belajar and lagi banyak perkataan akan dia serap dalam otak). Aku cakap tak henti-henti ko tau, kadang dah rasa macam mak nenek..huhu. Kalau dia menangis, aku jarang marah, aku just cakap "stop crying Aish, what do want? tell me". 

Aku seronok sebab Aish makin faham, sekarang kalau kat rumah aku ajar dia buang sampah, setiap kali dia habis minum Vitagen aku akan cakap "put it in the basket, throw it away" nanti dia kedek-kedek pergi buang, sampai sekarang, kalau nampak je sampah kemain dia kutip terkedek-kedek pergi buang..so comel and so adorable (well anak sendiri, gitulahhh). Setiap kali dia buang aku akan cakap "Good boy, now clap your hand". Dia pun tepuk sambil kedek-kedek pergi main semula..wahahaha. Hari tu Daddy tukar cadar dan suruh dia letak dalam bakul baju kotor, Daddy sebut basket, maka ke tong sampahlah cadar aku Aish letak..hahaha. Eh tadi aku cerita pasal carseat, dah termelalut sampai buang sampah pulak, aku nak letak gambar Aish banyak-banyak ni tau, gambar dia duduk dalam carseat, gambar nangis takde, sebab kalau dia dah nangis, manalah sempat aku nak ambik gambor dah..huhu
































Malas nak susun gambar ikut umur. TQ Habitat for the best and carseat yang hebat, sampai sekarang Aish guna lagi, kalau aku dapat anak second nanti, nak mintak carseat lagi boleh?..haha

Ok, bye uollss..


Thursday, October 24, 2013

Baju Baru untuk Assistant Kecik Kesayangan

Salam,

Biasalah bila dah jadi mak-mak ni, aim setiap bulan mesti barang anak. Kalau dapat beli barang anak rasa macam kepuasan, seronok dan tamak semua ada..hahaha. Tak percaya cuba ko jadi mak-mak, confirm ko akan rasa begitu...hmmm ke aku je gitu? Minggu lepas aku kemas semua baju Aish, mana baju yang dah agak-agak saiz body builer dengan Aish, aku simpan, banyak jugaklah yang aku simpan, so sekarang baju Aish nak rolling seminggu pun dah tak cukup. Tau jelah budak kecik, sehari pakai 3 pasang baju, baju malam confirm la 2 pasang, kang dia muntah, sat lagi dia makan bersepah, memang kerja menukar baju anak je aku ni. Aku suka baju banyak-banyak, boleh skip basuh baju anak lama-lama sikit, sekarang tiap 2 hari pun kena sental baju, takut tak cukup punya pasal, lepas tu asyik-asyik pakai baju yang sama, ko tau jelah fomfuan, Aish bukan kisah pun, mak dia yang terlebih kisah. Nak hantar rumah babysitter takkan nak bagi anak baju lusuh-lusuh, kesian pulak tengok anak sendiri pakai baju lusuh, kang babysitter tengok anak aku pun kesian, biar hantar baju baru-baru, lawa-lawa barulah hensem dok.

Lunch time tadi aku pergi Fiffy, kena beli jugak hari ni sebab tak sabor punya pasal, Fiffy je lah pun kedai baby paling dekat dengan office aku. Baju dia elok tau, kain elok dan murah, RM15.90 je sepasang, murah kannn tapi sayangnya saiz untuk Aish dah banyak takde, kalau ada pun aku tak berapa berkenan, tapi aku beli jugak sebab dah alang-alang sampai, takkan nak balik tangan kosong kan, buat peluh tiak je berjalan, dapatlah 3 pasang, nanti-nanti beli lagi.



Brand Miffy, dapat baju tidur sepasang, sleeveless sepasang dan baju siang berlengan sepasang, semua pun aku tak berapa berkenan, tapi tu je saiz yang ada, sapu jelah. Walaupun tak berapa berkenan tetap alhamdulillah, rezeki untuk Aish. Kena belajar bersyukur Erin, ada orang tak mampu nak beli baju pun, ko yang mampu beli baju anak kemain lagi ye, itu tak kenan, ini tak kenan, panggg kang tau la.

Baheklah, syukur alhamdulillah, ok, bye!