Klik Jommm

Monday, December 16, 2013

Aish and Daddy


Aish and Daddy, April 2013

Aish is 1, Daddy is 30..wahahaha

 Love you both..Aish tembamnyaaaaa!!

Tak sempat nak update dengan proper, so share picture heroes kesayangan je.

Ok, bye!



Friday, December 13, 2013

Hai

Salam,

Tajuk tak menahan..haha, nak update tapi bz sikit hari ni. Aku ni kan pagi-pagi En. Syg keluar rumah pukul 6.30am, so tinggal la aku berdua je dengan Aish. Pagi-pagi tu lah aku bz mandi, solat, make up, kutip semua botol Aish yang dia minum malam tu and rendam dalam air sabun sebelum pergi kerja, buat bekal susu, iron baju kerja, kocoh-kocoh kemas katil, kemas mainan Aish yang bersepah, memang bz ke hulu hilir aku ni pagi-pagi, kalau Aish tidur memang selamat, cepat lah aku boleh siap kemas dan bersiap, kalau dia bangun, alamatnya memang lambat la aku pergi kerja pagi tu, aku kemas, dia kumbar..kombinasi terbaik. Kadang kalau bz sangat bersiap aku biar je dia sorang-sorang, tiba ada satu pagi ni, dia bangun awal while aku sibuk kat dapur, so aku biar je lah dia main sorang-sorang, dah siap kemas semua, aku panggil dia sebab nak pakaikan kasut, dia keluar dari master bedroom dengan senyuman manis, sebelum pergi kerja aku akan check setiap bilik to make sure semua kipas dan lampu dah off, aku masuk balik master bedroom...

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*



Oooo patutlah senyap je ko tadi yeh, lepas tu kemain lebar senyum, senyum kepuasan ke apa?? hahaha, sabor jelah..Aish..Aish..Mommy sayang awak tau :)

Eh korang, tiba kan aku teringin nak buat GA, sekarang ni pun aku dah sibuk buat hadiah..hehehe a'ah aku buat sendiri je, tapi tak taulah jadi ke tak nak buat GA ni, goal aku sekarang nak buat hadiah sampai siap dulu lepas tu baru buat GA, rasa macam best jer kalau boleh bagi apa yang aku buat sendiri. Nantilah kalau dah siap hadiah GA tu baru aku war warkan pasal GA yeh. Kalau aku buat korang nak join tak?? 

Tanak takpelah..ok bye!


Thursday, December 12, 2013

Christmas Gift

Salam,

Amboihhh macamkan aku sambut krismas la pulak kan..hahaha. Balik Rawang baru ni, excited parents in law aku nak bawak Aish ke Tesco, sebab lori, kereta, fire truck, segala jenis kenderaan mainan budak tengah sale kat situ. Atok dengan Nenek dah usha-usha minggu sebelum tu. Bayangkan dari RM40++ boleh dapat RM16 to RM20++ je, aku sendiri pun rambang mata, geram-geram sebab memang kualiti dia pun elok, tapi PIL nak Aish yang pilih sendiri.

Kemain Aish pilih, warna merah je yang dia nak



Dapat 2, Atok cakap bulan depan boleh beli lagi, nak beli bas double decker pulak



 Aish dan Atok, dahlah Atok yang beli, Atok nak pegang pun dia marah, dia nak main sorang..amboihh





Fire Truck ni lah yang selalu Aish main sekarang, siap terbaring depan tv main fire truck punya pasal, bangun tidur ni jugaklah yang dia cari dulu. Minat betul dia dengan mainan macam ni, buku transportation yang Daddy beli tu pun sekarang ni dah jadi buku favourite dia, hari-hari dia belek.

Oklah, aku pening kepala hari ni, malas nak taip pepanjang, bye!

Tuesday, December 10, 2013

Gaviscon - Bagaimana Menangani Gastro-Exophageal Reflux dan Pedih Ulu Hati Semasa Mengandung

Salam,

Tu diaaa.. panjang gile tajuk aku, baca tajuk je dah boleh tau isinya..hahaha. Ok serius sekarang, aku rasa kebanyakan reader aku hampir kesemuanya ibu atau bakal ibu kan? Ke ada yang bujang? Takpe kalau korang bujang sekalipun, boleh je baca entry ni, buat ilmu, mana tau satu hari nanti boleh praktikkan.

Kalau cakap pasal Gaviscon, aku dah kenal produk ni agak lama jugaklah. Al maklumlah suamiku penghidap gastrik kronik, so stok Gaviscon memang sentiasa ada. Masa awal-awal mengandungkan Aish dulu aku selalu kembung dan perut selalu tak selesa, sepanjang mengandung, aku tak boleh langsung makan pulut, serta merta kembung datang tanpa di undang. Aku ingat lagi masa tu Raya Aidilfitri 2011, hari raya pertama, sebulan puasa, aku nampak lemang..amboiiiii tak menahan, masa tu baru 7 minggu mengandungkan Aish, so aku makan je lah lemang tu, lepas tu, ambik ko tertonggeng-tonggeng menahan senak perut, suami aku bagi aku makan Gaviscon, sekejap je dah lega.

Itu cerita awal mengandung, masa dah trimester ketiga, pedih ulu hati tu memang biasa, sebab masa tu baby dah besar dalam perut, perut pun jadi sempit, so pedih ulu hati tu dah macam kawan sejati, hari-hari pun pedih ulu hati, tapi hati tetap gembira sebab tak lama lagi nak ada baby sendiri..wahaha dan paling gembira ada Gaviscon, telan sepeket settle pedih ulu hati tu, jangan risau Gaviscon selamat untuk ibu mengandung, tak percaya??, tengok ni:







Nak tahu lebih lanjut, klik sini Gaviscon



8 hari sebelum bersalin, tengok walaupun hidung kembang dan bersaiz mak gajah, aku masih gembira sebab ada suami yang supportive dan aku ada Gaviscon uollssss.

Ok, bye!


Demam BBW

Salam

Amboih korang, kemain berdesup-desup pergi BBW eh, kalau kat Whatsapp Gojes tu lagi la, pergi bersahut-sahutan..bahaha. Lepas orang ni, orang ni pulak gi, aku je yang tak pergi-pergi. Nak kirim tapi tak tau nak kirim buku apa. Bila dah ramai yang pergi, masing-masing pun duk upload gambar kat whatsapp, kemain aku study gambar tu sebab nak kirim kat orang nanti, senang aku nak bagitahu buku apa yang aku nak. Aku tak pergi sebab pak incik ku tak suka bersesak, dia bagi je kalau aku nak pergi dengan sape-sape, tapi persoalannya aku nak pergi dengan sape?? Dah lah aku ni buta jalan, Shah Alam - Subang je aku tau, kang hilangkan nak gi BBW aku pergi BBQ kat Port Dickson (tiba takde kena mengena).

Tapi memang rezeki la, dapat jugak aku kirim 2 buah buku kat Yumie, tenkiu yayang. Tak dapat pergi BBW pun takpelah, dapat jugak aku merasa buku BBW walaupun 2 buah je, nak kirim kat orang, takkan nak kirim sampai sepuluh dok, 2 pun jadilah. Tiba rasa nak tambah lagi sebuah..hahaha, aku nak buku Colours pulak. Sape nak gi angkat tangan cepatttt, aku nak kirim ni :)



Buku BBW Aish, satu buku cerita pendek dan satu lagi buku Shapes, aiyoo comelnya lombu tu. RM14 saje.

Yumie whatsapp gambar buku ni pukul 3 pagi kat aku, kebetulan bangun susukan Aish, terus rasa excited. Tu je nak cerita, bye!


Monday, December 9, 2013

Recycle

Salam,

Korang ingat tak hari tu masa public holiday aku ada mengemas "mini market" aku? Ingat tak? Ok tak ingat takpe, lagipun banyak gile kot blog yang korang baca. Masa mengemas "mini market" tu kan, boleh tahan banyak jugaklah barang yang dah expired, so aku buang, bila dah selamat buang, baru lah otak aku ni TINGGG!! Kenapa la aku tak recycle je segala botol dan bekas plastik tu, masa nak korek balik plastik sampah, i is geli sebab dah bercampur dengan bermacam-macam sampah, tak jadi aku nak korek balik, so terpaksa let go semua bekas-bekas tu. 

Since then aku start kumpul barang-barang recycle, baru sebulan aku start tapi serius bila dah kumpul rasa seronok, tak sampai seminggu, kotak recycle aku dah penuh..hmmm ke kotak aku tu yang kecik sangat?? haha. Lagipun pusat recycle dekat dengan office aku, jalan kaki pun sampai, everday nak pergi lunch pun akan lalu depan pusat recycle tu, tapi kesian, baru sekarang aku ada kesedaran..ishh..isshh..isshh. Takpelah better late than never ye dak. So korang bila lagi? marilah menyelamatkan dunia..wahaha dah bunyi macam sailormoon pulak. 

Cuba korang start sekarang, serius memang seronok, lepas ni aku nak balut kotak recycle aku cantik-cantik lepas tu letak label, mesti lagi berkobar-kobar lepas tu. Ohh pusat recycle aku tu takde bagi duit pun, bagi barang tu free je kt diaorang tapi still aku bersemangat nak kumpul barang recycle. Jom kumpul barang recycle ramai-ramai lepas tu share kat blog, manalah tau entry ciput kita tu memberi inspirasi pada orang lain jugak, kan ke dah kurang sampah dalam Malaysia ni nanti kalau semua orang pun dah mula recycle. Selagi ko tak start, selagi tu ko takkan tau betapa banyaknya barang di rumah ko yang boleh di recycle, serius, let's save the enviroment people!




Biasanya aku akan kumpul barang recycle dalam satu kotak je, malam sebelum nak bawak ke pusat recycle baru aku asingkan ikut jenis, plastik, kertas dan aluminium. Sebelum ko recycle jangan lupa cuci dulu bekas-bekas tu, janganlah malas sangat woii, berkeladak tin tu dengan susu ko main hantar je, bersemut-semut segala. Kalau tin susu pekat tu aku akan rendam dulu, lepas tu cuci dengan sabun, dah bersih baru hantar, senang kerja diaorang, bukan tin susu je, segala bekas yang aku nak recycle aku akan cuci bersih-bersih dulu.



Ni kotak recycle aku, sekarang masih hodoh, nanti aku nak transform dia jadi cantik



Ni hasil kutipan seminggu, baru pagi tadi aku hantar ke pusat recycle.

Best kan, jangan lupa buat eh. Ok, bye!



Friday, December 6, 2013

Aish @ 1 year 7 months

Salam,

Dah lama tak update perkembangan Aish, saja nak share dan aku rasa kalau anak korang baya Aish memang lebih kurang je perkembangan dia. Yang aku update ni pun bukanlah kepandaian baru dia..haha ni yang aku ingat lah, bila dia pandai buat semua ni aku pun dah tak ingat, ni kira perkembangan as to date la eh.





Tak sempat bayar dah habis sebotol


Suka gambar ni tapi sayang sebab tak clear. Ni jelah gambar Aish berjubah masa Raya Haji baru ni, dia demam, so tak dapat nak ambik gambar proper, sebab dia asyik menangis je.



Dengan Atuk Rawang kemain lentok dia, pantang jumpa melentok sesaja


*Pandai geleng kepala bila tak nak

*Pandai flying kiss

*Pandai buang sampah

*Pandai Kiss n Hug

*Dah tau kegunaan banyak barang, contoh macam sikat untuk sikat rambut, bedak untuk sapu kat badan etc..etc

*Suka tengok Upin Ipin dan Minion, selalu sangat dia suruh aku pasang DVD Minion, lepas tu pandai pulak dia tengok, yang aku perasan ada certain part dia akan lari jauh dari tv dan menyorok belakang meja makan dengan muka cemas, tengok tv pun intai-intai sikit, ada part dia akan meniarap kat sofa sambil ketawa macamkan dia faham sangat apa orang tu cakap..muahahaha. Yang mommy pelik tu, takde pulak part takut dalam cerita tu, tapi memang setiap kali part tu dia akan menyorok dengan muka cemas..sumpah acik tak faham..kuikuikui

*Baru semalam dia pandai cakap NO!..hahaha, sebab pagi semalam aku larang dia main tong sampah so aku cakap "No Aish, No" tangan dia duk main jugak tapi muka berpaling kat aku sambil cakap NO! banyak kali tau..ni melawan ke apa?

*Aish takkan menangis kalau ko marah dia, dia akan sengih je, takde hal punya. Kalau ko buat-buat nak lepuk tangan or kaki dia dengan muka garang, dia ketawa terkekek-kekek sebab dia ingat ko tengah bergurau

*Suka Vitagen instead of Milo or Dutch Lady coklat

*Suka makan mee

*Teramatlah suka menolak troli, pantang nampak troli, semua dia nak tolak, iye termasuk troli pasaraya tu pun dia nak tolak sendiri

*Pandai minta barang

*Suka belek buku especially buku pasal jenis kenderaan yang Daddy baru belikan, itu je la yang dia hadap selalu sekarang.

*Mulut boleh tahan becok, tapi belum pandai cakap proper words lagi.

*Sangat manja dengan Daddy dan Atuk Rawang

*Dah 11kg, Mommy tak larat nak dukung pagi-pagi. Tapi dah tau tips untuk dia berjalan ke parking kereta every morning. Kejutkan dia bangun dengan suara yang ceria, lepas tu geletek sikit so mood dia pun baik, baru dia nak berjalan sendiri, kalau mood tak baik kenalah ko mendukung dari Level 8 sampai parking, nak runtuh bahu ni ku rasa..huwaaaa.

*Suka sangat main suis, geram mak ko ni. Habis semua suis dalam rumah di on kan.

*Dah boleh berlari melantun-lantun..hahaha

*Suka tengok lori dan bas, setiap kali nampak bas dia akan sebut bah bah bah (macam bunyi loghat kelate je dik) kalau nampak lori pun dia panggil bas jugak. Kalau burung dia sebut bird..ok betul, aeroplane pun bird jugak..hmmmmm

*Gigi dia dah banyak, kadang-kadang aku tak berani nak bagi dia makan benda keras-keras, kalau bagi pun, aku bagi sikit je sebab takut tercekik, rupanya dia dah boleh makanlah benda-benda keras ni..hehehe underestimate pulak mak ko ni dik.

*Susah gila nak pakaikan dia diaper kadang-kadang, sabor jelah.

*Suka main air, berendam dalam air sejuk masa musim hujan ni pun takpe, kalau angkat dia menangis sekuat hati. Pantang nampak aku masuk bathroom, berdesup dia lari tetiba je dah tercongok depan pintu, nak main air letteww..grrr

*Masih tidur berbuai, macamana eh nak hentikan habit berbuai, nak dekat 2 tahun dah ni ke dia akan berhenti sendiri nanti?

Ok tu je yang aku ingat setakat ni, next time aku update lagi pasal Aish, ok, bye!