Klik Jommm

Thursday, January 27, 2011

Dinner Terhebat

Banyak-banyak CNY dinner yang pernah dihadiri di syarikat ini (amboi haii..skema betul) dinner malam semalam adalah yang paling hebat. JAPANESE BUFFET. Owhh..mentang-mentang itu makanan kegemaran sendiri, terus nak cakap itu dinner yang terhebat. Jadi tiada lagi upacara mengembur-gemburkan yee sang beramai-ramai, menahan kegelian melihat Geoduck buat pertama kali dekat satu kedai Seafood in PJ atau tidak berani bercakap sesama sendiri sebab boss besar sahaja yang "dibenarkan" bercakap. Semalam boss besar takde, jadi kami berlapan boleh makan secara riang gembira.

Btw, korang pernah tengok Geoduck? Aku tak pernah tau Geoduck ni wujud until CNY dinner last year, chinese suka makan, rupa dia memang mengerikan @ melucahkan @ entah la korang tengok la sendiri, kalau lepas ni kurang selera makan jangan salahkan aku. Google je Geoduck, aku tak mo letak kat sini, takut orang ingat aku tunjuk gambar kelucahan melampau pulak..ahaha.

Kami dinner di Tenji (Solaris Mont Kiara)
Katakan saja apa yang kau mahu. Semua ada, steamboat, teppayanki, sushi, oyster, japanese desert, kek, ais krim. Aiskrim yang ada cuma Baskin n Robin and Haagen Dazs, heaven. Asal lalu je tepi section ni, telan air liur, lalu section sana, telan air liur lagi. Sampai bangun pagi tadi pun tak terasa lapar, punya lah banyak aku makan semalam.








Ni apa yang aku makan dan sempat di capture, tengok gambar ni je pun, asyik menelan air liur je. Kalau aku duduk Jepun, confirm obes..percayalah.

4 comments: